AYAT MAJMUK PANCANGAN
Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terbina daripada
gabungan beberapa ayat tunggal dengan menggunakan kata
hubung pancangan seperti agar, bahawa, jika, untuk, ketika,
semasa, setelah, semenjak, selagi, selama,
supaya,
hingga, walaupun...
AYAT MAJMUK PANCANGAN RELATIF
Ayat majmuk pancangan relatif menggunakan kata
hubung yang.
Contoh: a. Wanita yang menjadi calon ibu misali itu
ibu saya. - Wanita itu menjadi calon ibu misali. -
Wanita itu ibu saya.
Ayat majmuk pancangan
komplemen
menggunakan kata hubungan bahawa dan untuk.
a. Perdana Menteri mengumumkan bahawa kakitangan kerajaan
akan menerima kenaikan gaji tidak lama lagi.
b. Tentulah tidak wajar untuk mereka melakukan aktiviti membuli
pelajar lain di sekolah.
Berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata kerja induk. Ayat-ayat
ini terdiri daripada ayat majmuk keterangan musabab, waktu, syarat, cara,
tujuan, perbandingan, pertentangan dan akibat.
Musabab
Contoh ayat majmuk pancangan keterangan
musabab:
a. Saya tidak menghadiri majlis perkahwinan itu
kerana tidak diundang.
b. Oleh sebab mereka tidak menjelaskan yuran
tahunan persatuan, keahlian mereka dalam
persatuan itu akan digantung.
a. Guru baru itu melaporkan diri di sekolah itu
setelah menerima surat daripada Jabatan
Pelajaran Negeri.
b. Sementara menunggu anak saya pulang dari
sekolah, saya mengemas rumah.
a.Sekiranya awak lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini
saya akan menghadiahi awak sebuah motosikal.
b. Kita akan dapat melaksanakan Program Pendidikan Alam
Sekitar ini seandainya kita mendapat kerjasama daripada semua
pihak.
a. Murid-murid di kawasan pedalaman itu ke sekolah dengan
menaiki perahu.
b. Dengan berbekalkan semangat yang tinggi serta usaha yang
gigih, Hazreen berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
a. Pekerja syarikat itu digesa melipatgandakan usaha mereka
untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil kerja.
b. Demi menjaga nama baik dan imej sekolah, semua pelajar
yang mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga peringkat
daerah itu dinasihati agar mematuhi peraturan pertandingan.
a. Sikap pemuda itu yang tidak pandai menghargai pemberian
orang lain, samalah ibarat kera mendapat bunga.
b. Suasana kehidupan penduduk desa itu amat harmoni
lantaran mereka saling membantu bagaikan aur dengan tebing.
a.Walaupun malam sudah larut, Faizal masih terus mengulang
kaji pelajarannya.
b. Meskipun ayah saya sudah berumur, dia masih ingin
menguruskan kebun buah-buahannya.
a. Kanak-kanak itu menjerit terlalu kuat hingga hilang
suaranya.
b. Pelajar yang cacat penglihatan itu amat gigih dan berusaha
bersungguh-sungguh sehingga dia berjaya.
Alyaa Atheera
Nur Amira Liyana
Ainaa Syakirin
Aeliehs Ishariena
Amiratul Athirah