UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK TAMAN TUN AMINAH, JOHOR BAHRU
Apa itu penyakit mental?
Apakah salah faham mengenai penyakit mental?
Jom kita ketahui tentang penyakit mental.
FAHAMI PENYAKIT MENTAL
Penyakit mental adalah penyakit yang menyebabkan gangguan pada fungsi otak yang menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan
tingkahlaku seseorang yang mengakibatkan
gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.
SALAH FAHAM MENGENAI PENYAKIT MENTAL
Semua pesakit mental sentiasa tidak normal?
Tidak semua penyakit mental akan menyebabkan penghidapnya menjadi tidak siuman. Hanya mereka yang menghidap penyakit 'psikosis' yang melibatkan gangguan kewarasan sahaja boleh mengalami masalah tidak siuman. Walaubagaimanapun ianya
bersifat sementara dan boleh dirawat.
Semua pesakit mental disebabkan faktor genetik atau keturunan.
Tidak semua penyakit mental disebabkan oleh faktor genetik atau keturunan. Buktinya tidak semua yang mengalami penyakit mental mempunyai salasilah keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental. Terdapat faktor lain yang boleh menyumbang kepada masalah penyakit mental seperti tekanan kerja, kewangan, penyalahgunaan dadah dan lain-lain.
Pesakit mental hanya boleh dirawat di institusi psikiatri atau hospital mental sahaja.
Sebahagian besar penyakit mental boleh dirawat sebagai pesakit luar seperti orang awam yang lain. Hanya pesakit mental yang kerap mengalami penyakit berulang (relapse) kerana berhenti memakan ubat atau sakit teruk kerana terbiar lama dan tidak mendapat rawatan doktor sahaja yang akan dirawat di hospital.
Pesakit mental tidak dapat menjalani kehidupan biasa dan sentiasa bergantung kepada orang lain.
Sama seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh sembuh sekiranya diberikan rawatan yang teratur dan berterusan. Mereka yang hilang upaya akibat penyakit mental masih mampu berdikari sekiranya menjalani rawatan pemulihan.
Pesakit mental selalu mengganas dan perlu diasingkan.
Jumlah keganasan disebabkan oleh pesakit mental adalah sangat kecil, tetapi perkara tersebut disensasikan oleh pihak media. Keadaan ini adalah bersifat sementara sahaja dan boleh berlaku sekiranya penyakit mental yang dialami tidak mendapat rawatan. Rawatan yang sempurna akan membantu pesakit mental menjadi lebih tenang, terkawal dan tidak perlu disisihkan dari masyarakat.
Pesakit mental tidak boleh bekerja.
Melalui program pemulihan yang komprehensif dan sistematik, pesakit mental yang teruk boleh dipulihkan dan kembali kepada kehidupan yang normal. Mereka boleh bekerja atau berdikari uantuk menyara kehidupan mereka seperti sediakala.
Pesakit mental merupakan orang yang lemah semangat dan suka menurut perasannya
Mereka kelihatan lemah semangat dan suka menurut perasaan disebabkan penyakit mental yang dialami belum dirawat sepenuhnya. Dengan rawatan yang sempurna, masalah ini dapat diatasi.
Pesakit mental perlu diasingkan.
Pesakit mental biasanya akan pulih dengan segera apabila mendpaat rawatan yang sempurna dan mereka boleh dirawat di dalam masyarakat sekeliling tanpa pengasingan.
Pesakit mental boleh berjangkit. Elakkan bergaul dengan mereka.
Penyakit mental bukan disebabkan oleh kuman, bakteria ataupun virus yang boleh berjangkit. Oleh itu, penyakit ini tidak boleh berjangkit.
Oleh kerana punca sebenar penyakit mental tidak diketah, maka ianya mustahil untuk dicegah.
Langkah-langkah
penyakit mental
meningkatkan pemahaman mengenai kesihatan mental, mengendalikan tekanan secara positif dan mengamalkan cara hidup sihat.
pencegahan adalah
Pesakit mental mempunyai 'split personality'- kadangkala baik kadangkala jahat. Oleh itu mereka tidak boleh dipercayai.
Tanda-tanda ketara pada seseorang pesakit mental adalah akibat penyakitnya dan bukan disebabkan 'split personality'. Mereka perlu dibri bantuan untuk patuh memakan ubat dan menerima rawatan berterusan.
Pesakit mental ini sebenarnya mengada- ngada dan sengaja hendak perhatian orang lain.
Tanda-tanda penyakit mental bukanlah sesuatu yang boleh dibuat- buat. Ia adalah tanda penyakit mental sebenarnya.
N
Cikgu Salwana
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
A
E
D
C
V
A
R
O
E
L