Tun Dr. Ismail Dato’ Haji
Abdul Rahman
Nama: Tiu Jing Sheng
Kelas: 4Setia
Alamat e-mail: [email protected]
Nama sekolah : SMK Pai Chee (CF)
Alamat sekolah : Jalan Masjid, 86800
Mersing, Johor
Pendahuluan
• Buku skrap digital ini dilaksanakan bagi memberi maklumat tentang tokoh
pemimpin Johor pilihan saya iaitu TUN DR. ISMAIL HAJI DATO’ ABDUL RAHMAN. Sepanjang saya mendapatkan
maklumat dari internet dan buku sejarah, saya juga dapat meluaskan pengetahuan saya tentang tokoh-tokoh pemimpin yang
lain juga. Di samping itu, dengan terhasilnya buku skrap digital ini, ianya dapat menaikkan semangat ‘Muafakat Johor’ dan
‘Bangsa Johor’ dalam diri saya dan juga pembaca
Biodata tokoh pemimpin
• Tun Dr. Ismail Dato’ Haji Abdul Rahman dilahirkan pada 4 November 1915 di Johor Baharu, Johor. Beliau berlatar belakang
status golongan elit. Bapanya, Dato’ Abdul Rahman Mohd. Yassin pernah bekerja sebagai kerani, pesuruhjaya daerah,
majistret, bendahari negeri serta Speaker Dewan Negara..
• Beliau berkahwin dengan Toh Puan Norashikin Dato’ Mohd Seth. Isterinya merupakan anak kepada bekas Menteri Besar
Johor, iaitu Datuk Mohd. Seth Mohd. Said. Hasil perkongsian hidup beliau dan isterinya telah dikurniakan enam orang
cahaya mata, iaitu empat lelaki dan dua perempuan.
• Tun Dr. Ismail merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua, iaitu Tun Abdul
Razak. Beliau menceburkan diri dalam dunia politik setelah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1951.
• Pada 2 Ogos 1973, Tun Dr. Ismail meninggal dunia kerana serangan jantung dan jenazahnya telah disemadikan di Makam
Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur dan menjadi pemimpin pertama yang disemadikan di situ.
Pendidikan tokoh
• Tun Dr. Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Baharu. Beliau menyambung pembelajarannya di
Maktab Sultan Abu Bakar yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Inggeris, Johor Baharu. Seterusnya, beliau meneruskan
pengajian di Kolej Perubatan King Edward, Singapura (1936-1939). Pada tahun 1943, beliau berangkat ke Australia untuk
meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Melbourne, Australia. Pada tahun 1945, beliau memperoleh
Ijazah doktor perubatan dari Universiti Melbourne, Australia dan merupakan anak Melayu pertama memperoleh ijazah
doktor perubatan di universiti tersebut.
Kerjaya tokoh
• Tun Dr. Ismail merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua, iaitu Tun Abdul
Razak. Beliau menceburkan diri dalam dunia politik setelah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1951.
Pada tahun 1957, beliau merupakan duta pertama dari Malaysia ke Amerika Syarikat. Beliau mendapat pentauliahan untuk
menjadi duta negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan memegang jawatan ini sehingga 1959.
• Berikut merupakan antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau, iaitu pernah dilantik menjadi ahli Dewan Undangan
Negeri Johor, Majlis Kerja Kerajaan Johor (EXCO) pada tahun 1948 hingga 1954, Menteri Perdagangan dan Perindustrian
yang pertama (1956), Duta Besar Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ke Amerika Syarikat (31 Ogos 1957), wakil tetap
negara di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sehingga 1959, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri (1959), Menteri
Keselamatan Dalam Negeri (1960), Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (1960-1967), Ahli Majlis Perundangan Negara (1970),
Timbalan Perdana Menteri Malaysia (1971) serta Menteri Perdagangan dan Perusahaan.
• Selain itu, Tun Dr. Ismail juga pernah menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September 1960 hingga
21 Mei 1967 dan meninggalkan kabinet disebabkan masalah kesihatan. Walau bagaimanapun, kekosongan jawatan diisi oleh
Tun Abdul Razak. Beliau sekali lagi dilantik oleh Tun Abdul Razak menjadi menteri Hal Ehwal Luar Negeri pada 14 Mei
1969 berikutan peristiwa berdarah 13 Mei. Tun Abdul Razak mempengerusikan MAGERAN dan meminta beliau untuk
menjadi Timbalan Pengarah MAGERAN (Mei 1969- Februari 1971). Beliau kembali menjawat jawatan Menteri Hal Ehwal
Luar Negeri sehingga 1 Ogos 1973 dan bertanggungjawab membantu Tun Abdul Razak meredakan ketegangan dalaman
sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
• Antara anugerah yang beliau perolehi ialah pingat Panglima Mangku Negara (PNM) oleh Yang Dipertuan Agong pada 31
Ogos 1959, Ijazah Kehormat Doktor Perundangan oleh Universiti Malaya pada Jun 1964, Anugerah Kehormat daripada
pemerintah Vietnam (‘Vietnam National Order Grand Officer’) oleh kerajaan Republik Vietnam (Oktober 1965), Bintang
Kebesaran Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) Oktober 1965, Bintang Kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) oleh Yang
Dipertuan pada April 1966 yang membawa gelaran Tun. Selain itu, pada Mac 1970 beliau mendapat Anugerah Bintang
Republik Indonesia daripada Presiden Sukarno, Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang dari Universiti Malaya (1964) dan
Universiti Sains Malaysia (Jun 1973).
Sumbangan tokoh
• Pada tahun 1971, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak. Beliau
telah menampilkan prestasi yang amat membanggakan serta banyak membantu meringankan tugas serta tekanan yang
dihadapi oleh Tun Abdul Razak. Beliau juga pernah memangku jawatan Perdana Menteri semasa Y.T.M Tunku Abdul
Rahman dan Tun Abdul Razak berada di luar negara.
• Sumbangan beliau terhadap negara amat besar. Pada 1 Januari 1956, beliau turut serta dalam rombongan ke London untuk
memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Oleh itu, sumbangan yang terbesar beliau adalah menuntut hak kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu dan membantu negara dalam menyatukan semula hubungan antara kaum selepas 13 Mei 1969.
Beliau berupaya memulihkan keamanan dalam negeri dan sanggup menawarkan khidmat bakti agar bangsa terselamat
daripada kemusnahan penjajahan dan api perkauman. Beliau sanggup memperjuangkan hidup dan nilai keperibadiannya yang
tinggi demi melihat pembangunan masyarakat dan negara dengan sepenuhnya.
• Sebagai penghormatan untuk beliau, beberapa nama tempat diletakkan nama beliau untuk memperingati jasa beliau
antaranya, di sebuah kawasan Segambut, Kuala Lumpur telah dinamakan Taman Tun Dr. Ismail, Kolej Tun Dr Ismail
(KTDI) di UTM Skudai, Kolej Tun Dr. Ismail di UPM Serdang, Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail di UTHM Batu Pahat serta
Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail di UKM Cheras (PPUKM). Selain itu, Pidato Tun Dr. Ismail turut diadakan dua tahun sekali
oleh Akademi Perubatan Malaysia
• Untuk mengenali sosok pemimpin ini, Memorial Negarawan Tun Dr. Ismail yang terletak di Jalan Dato’ Onn, berhadapan
dengan Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia telah menempatkan sejarah lengkap mengenai beliau dari awal pembabitannya
dalam politik sehingga kepada hari-hari terakhirnya berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua.
Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang
• Ketokohan serta sikap tegas beliau dalam melaksanakan urusan negara amatlah disegani. Tun Dr. Ismail adalah seorang
pemimpin yang jujur, berprinsip dan tegas dalam menyatakan pendiriannya mengenai sesuatu perkara, terutamanya berkaitan
dengan pelaksanaan tugasnya sebagai pemimpin Negara. Ungkapan beliau, 'Jangan sapu ke bawah permaidani' yang sangat
terkenal diingati sehingga ke hari ini. Nilai-nilai ini merupakan amalan dan pegangan negarawan yang boleh dicontohi oleh
generasi sekarang.
Kesimpulan / Penutup
• Tun Dr. Ismail adalah merupakan seorang tokoh politik Malaysia yang amat berjasa kepada negara. Ketokohan serta sikap
tegas beliau dalam melaksanakan urusan negara amatlah disegani. Berdiri sebagai orang kuat di bawah pimpinan dua orang
Perdana Menteri menunjukkan bahawa bakat serta ketokohan Tun Dr. Ismail dalam pentadbiran negara amatlah diperlukan.
Tun Dr. Ismail adalah seorang pemimpin yang jujur, berprinsip dan tegas dalam menyatakan pendiriannya mengenai sesuatu
perkara, terutamanya berkaitan dengan pelaksanaan tugasnya sebagai pemimpin negara. Tun Dr. Ismail bukanlah seorang
ahli politik dalam erti kata yang lazim, beliau lebih merupakan seorang pentadbir yang cekap dan memang sewajarnya beliau
menjadi orang kanan kepereayaan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Jika beliau mempunyai umur yang panjang,
mungkin kini beliau tersenarai sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas Tun Razak.
.
• Latarbelakang keluarga serta pendidikan yang diterima beliau telah membentuk peribadi
dan sifat kepimpinan beliau. Bakat kepimpinan beliau dalam politik diwarisi daripada
ayah, abang serta ipar beliau yang juga turut terbabit dalam dunia politik. Selain itu,
keperibadian beliau sebagai seorang doktor telah menjadikan beliau seorang pemimpin
yang teliti dalam membuat setiap keputusan. Walaupun tidak bercita-cita menjadi
seorang ahli politik, namun beliau berjaya menjadi seorang ahli politik yang disegani
dan ketokohan beliau sebagai ahli politik sukar untuk dicari ganti
Sumber rujukan
- Jurnal
Shahirah Mustaffa. “TUN DR. ISMAIL: BIOGRAFI DAN PERANAN DI AWAL KEMERDEKAAN (1951-1959) “
- https://en.wikipedia.org/wiki/Ismail_Abdul_Rahman
- http://penatokoh.blogspot.com/2014/01/tun-drismail-dato-hj-abdul-rahman.html
- https://www.wilayahku.com.my/pesona-tun-dr-ismail-sebagai-negarawan/#.YHg7l-gzZPY