The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F2 - NUR ALIA ATHIRAH BINTI MOHAMAD NOOR - PENULISAN AKADEMIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alia09-431, 2021-08-24 08:31:59

F2 - NUR ALIA ATHIRAH BINTI MOHAMAD NOOR - PENULISAN AKADEMIK

F2 - NUR ALIA ATHIRAH BINTI MOHAMAD NOOR - PENULISAN AKADEMIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 3)

_____________________________________________________________________________________
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
(EDUP3043)

____________________________________________________________________________
DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NUR ALIA ATHIRAH BINTI MOHAMAD NOOR
ANGKA GILIRAN
NOMBOR KAD PENGENALAN 2020192340025
KUMPULAN / UNIT
KOD DAN NAMA KURSUS 011112-02-0350

NAMA PENSYARAH PISMP F2

TARIKH HANTAR EDUP3043
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH

LAKU
ENCIK MOHD ROSE DZIDAN BIN MOHD

DARDAN

21 OGOS 2021

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN
1.0 PENGENALAN 1
2.0 ANALISIS ISU-ISU TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM
BILIK DARJAH 1–2
2–3
2.1 Isu Murid Kurang Fokus Ketika Belajar 3–4
2.2 Isu Murid Malu untuk Bertanya Jika Tidak Faham 4–7
2.3 Isu Buli
3.0 HUBUNGKAIT MODEL PENGURUSAN DISIPLIN DAN INTERVENSI 7
SERTA PENGGUNAAN TEKNOLOGI SEBAGAI PEMANGKIN 8–9
KREATIVITI DAPAT MENGATASI TINGKAH LAKU BERMASALAH 10 – 12
4.0 KESIMPULAN
RUJUKAN
LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN

Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses untuk memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah dapat dilaksanakan dengan lancar walaupun berlaku
gangguan tingkah laku murid. Dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran, guru tidak
terlepas daripada menguruskan tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid-murid.
Tingkah laku bermasalah dalam konteks pendidikan merujuk kepada sebarang tingkah laku
yang boleh menjejejaskan kelancaran serta keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Justeru itu, skop tugasan ini memfokuskan
kepada isu-isu semasa berkaitan tingkah laku bermasalah dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah dan hubung kait pemilihan model pengurusan disiplin dan
intervensi serta penggunaan teknologi sebagai pemangkin kreativiti bagi menangani tingkah
laku bermasalah di dalam bilik darjah.

2.0 ANALISIS ISU-ISU TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM BILIK DARJAH

Tingkah laku bermasalah merujuk kepada tingkah laku atau perbuatan murid yang boleh
mengganggu kelancaran dan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
khususnya di dalam bilik darjah. (Mok Soon Sang, 2011). Antara isu berkaitan tingkah laku
bermasalah di dalam bilik darjah menurut pendapat pakar-pakar ialah isu murid kurang fokus
ketika belajar, isu murid malu untuk bertanya jika tidak faham, dan isu buli.

2.1 Isu Murid Kurang Fokus Ketika Belajar

Menurut seorang guru di SK Alor Janggus, iaitu Cikgu Sharifah Ridzoh Syed Ali, antara
isu berkaitan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah ialah isu murid kurang fokus
ketika belajar. Isu ini sering berlaku dalam kalangan murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Isu murid kurang fokus ketika belajar boleh dikaitkan dengan pengaruh
rakan yang gemar berbual di dalam kelas. Hal ini dapat dibuktikan melalui hasil kajian
yang dilakukan oleh Mohamad Aziz Shah Mohamed Arip et al. (2014) berkaitan masalah
murid kurang tumpuan ketika belajar. Murid yang gemar bercakap terutamanya murid di
bahagian belakang akan menyebabkan penyampaian guru tidak sampai kerana keadaan
persekitaran yang bising. Akibatnya, murid akan hilang tumpuan dan membuat kerja
sendiri. Misalnya, hasil kajian itu menyatakan tentang sikap murid yang terpengaruh
dengan kawan yang gemar bercakap.

1

“… kawan sebelah saya selalu bercakap, mulut dia pot pet tak berhenti, selalu je ajak
saya bersembang…”

Selain itu, isu murid kurang fokus ketika belajar boleh juga dikaitkan dengan
kekurangan penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru ketika mengajar. Hal ini juga
dapat dibuktikan melalui hasil kajian yang dilakukan oleh Mohamad Aziz Shah Mohamed
Arip et al. (2014), iaitu hasil kajian itu mendapati bahawa kebanyakan murid akan
menjawab bahawa penggunaan bahan bantu mengajar sangat tidak menarik minat
mereka untuk terus kekal fokus di dalam kelas. Berikut merupakan jawapan daripada
murid berkaitan kekurangan bahan bantu mengajar menyebabkan mereka tidak fokus di
dalam kelas.

“… cikgu masuk kelas terus bukak buku teks, tak de guna bahan lain pun lebih-lebih
subjek Bahasa Melayu. Bosan jer sebab bahan bantu mengajar yang digunakan tak

menarik.”

Justeru itu, isu murid hilang fokus ketika belajar boleh dikaitkan dengan pengaruh rakan
yang suka bercakap dan kekurangan penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru ketika
proses pengajaran dan pembelajaran.

2.2 Isu Murid Malu untuk Bertanya Jika Tidak Faham

Isu berkaitan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah yang seterusnya menurut
Cikgu Sharifah Ridzoh Syed Ali juga ialah isu murid yang malu untuk bertanya kepada
guru jika tidak faham tentang sesuatu perkara. Isu seperti ini merupakan salah satu
daripada tingkah laku bermasalah yang negatif. Tingkah laku bermasalah seperti ini
merupakan jenis tingkah laku bergantung. Menurut Syed Ismail Syed Mustapa et al.
(2018) dalam buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, tingkah laku bergantung
merujuk kepada murid-murid yang sering mengalami emosi kebimbangan, pergantungan
berlebihan, dan mempunyai nilai kendiri yang rendah. Murid seperti ini biasanya akan
bergantung kepada orang lain dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Murid yang terlalu pemalu ini merupakan murid yang
mempunyai tingkah laku bergantung. Masalah malu dalam kalangan murid-murid
merupakan masalah yang universal di mana kajian-kajian lepas telah membuktikan
bahawa wujud murid yang pemalu ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. (Balda, &
Duhan, 2010, Rubin, 1993, Rimmer, Good, Harris, & Balaam, 2011). Justeru itu, jelaslah

2

bahawa tingkah laku terlalu pemalu yang tidak bertempat di dalam bilik darjah akan
menyebabkan murid kehilangan banyak peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman
dalam aktiviti kemahiran di dalam kelas. (Coplan, & Arbeau, 2008). Oleh sebab
kekurangan interaksi di dalam bilik darjah, suasana pembelajaran pasif telah wujud tanpa
disedari, sedangkan pembelajaran yang aktif sangat penting dalam pembinaan dan
perkembangan kemahiran murid. (Yeo, & Mohamad, 2010, & Yahaya, 1999).

2.3 Isu Buli

Menurut seorang pakar, iaitu Laura Crothers (2008) yang merupakan seorang Professor
of School Psychology di Duquesne University, isu buli juga merupakan salah satu
daripada isu tingkah laku bermasalah yang negatif di dalam bilik darjah. Buli merujuk
kepada tingkah laku agresif sama ada fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara
berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan untuk mendatangkan perasaan tidak
seronok. (Noran Fauziah Yaakub, 2004). Secara umumnya, terdapat dua jenis buli yang
biasa berlaku, iaitu buli fizikal dan buli psikologikal. Buli fizikal melibatkan kekerasan
terhadap tubuh badan seseorang sehingga membawa kepada kecederaan, manakala buli
psikologikal melibatkan cemuhan, sindiran, dan hinaan yang menjatuhkan air muka
seseorang. (Farayantie, 2006). Implikasi daripada buli ini bukan sahaja boleh memberikan
kesan kepada mangsa buli sahaja, malah ia akan memberikan kesan kepada kedua-dua
belah pihak, iaitu mangsa buli dan pembuli itu sendiri. Implikasi buli terhadap mangsa buli
menurut Kaltiala-Heino et al., (1999), Mackenny et al., (2002), & Williams et al., (1996)
ialah,

“Victims of bullying behavior suffer from anxiety, depression, low self-esteem, physical
and psychosomatic complaints, posttraumatic stress disorder, and suicidal ideation.”

Manakala, implikasi buli terhadap pembuli menurut Kumpulainen, Rasanen, & Puura
(2001) ialah,

“Perpetrators of bullying also experience negative effects, including an increased risk
of mental health disorders such as attention-deficit / hyperactivity disorder,
depression, oppositional defiant disorder, and conduct disorder.”

Justeru itu, isu buli ini juga tergolong dalam tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah
kerana buli merupakan satu tingkah laku bersifat negatif yang melibatkan diri sendiri dan

3

orang di sekeliling, iaitu perbuatan buli ini akan memberikan kesan kepada diri sendiri dan
juga orang lain.

3.0 HUBUNGKAIT MODEL PENGURUSAN DISIPLIN DAN INTERVENSI SERTA
PENGGUNAAN TEKNOLOGI SEBAGAI PEMANGKIN KREATIVITI DAPAT MENGATASI
TINGKAH LAKU BERMASALAH

Model pengurusan disiplin yang dipilih hasil daripada perbincangan bersama Cikgu Sharifah
Ridzoh Syed Ali bagi menangani isu tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah ini ialah
Model Pengurusan Kelompok Kounin. Model Pengurusan Kelompok Kounin ini diasaskan
oleh Jacob Sebatian Kounin (1912 – 1995). Menurut Kounin, teknik yang digunakan oleh guru
merupakan aspek yang paling penting dalam pengurusan tingkah laku murid di dalam bilik
darjah. Pengurusan bilik darjah yang baik bergantung kepada pengurusan pengajaran yang
berkesan. Jacob Kounin mengenal pasti bahawa tingkah laku guru-guru proaktif dapat
menguruskan bilik darjah dengan lebih berkesan berbanding dengan guru-guru yang tidak
proaktif. Kounin juga telah memperkenalkan idea-idea utamanya dalam pengurusan bilik
darjah, iaitu ripple effect, withitness, overlapping, effective transitions, momentum,
smoothness, dan group alerting.

3.1 Isu Murid Kurang Fokus Ketika Belajar

Cara menangani isu murid kurang fokus ketika belajar berdasarkan Model Pengurusan
Kelompok Kounin adalah melalui idea utama Kounin, iaitu group alerting. Group alerting
merupakan satu teknik untuk menarik perhatian murid seluruh kelas yang terlibat dalam
proses PdP supaya sentiasa bersedia dan aktif sepanjang proses PdP. Melalui idea
utama group alerting ini, guru boleh mempelbagaikan teknik pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana, menurut Model Kounin, pengurusan bilik darjah yang baik
memerlukan guru untuk menggunakan pelbagai teknik untuk menarik perhatian murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkan murid berasa bosan sekali
gus terdorong untuk melakukan salah laku. Justeru itu, intervensi yang sesuai
diaplikasikan bagi menangani isu ini melalui idea utama group alerting, iaitu
mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran adalah intervensi terapi bermain.
Bermain merupakan satu aktiviti yang sesuai dengan keinginan kanak-kanak, iaitu untuk
memperolehi keseronokan.

Oleh itu, guru boleh menggunakan teknik gamifikasi untuk menarik perhatian
murid untuk belajar dan mengelakkan murid berasa bosan ketika belajar. Misalnya, guru

4

boleh membuat permainan pembelajaran atau lebih dikenali sebagai Learning Games
dengan menggunakan pelbagai aplikasi digital. Sebagai contoh, guru boleh
menggunakan pelbagai aplikasi permainan pembelajaran digital seperti Gamilab,
Wordwall, Blooket, Educandy, Quizizz, Kahoot dan sebagainya dalam melaksanakan
aktiviti PdP. Hal ini kerana, Learning Games ini juga merupakan bahan bantu mengajar
digital yang boleh menarik minat murid untuk belajar kerana kanak-kanak sangat suka
bermain dan ini merupakan salah satu cara untuk menarik perhatian mereka untuk belajar.
Dengan itu, murid akan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dan mereka juga akan kekal fokus ketika belajar kerana mereka tiada masa
untuk bersembang atau berbual dengan rakan-rakan yang lain. Justeru itu, jelaslah
bahawa Model Pengurusan Kelompok Kounin yang menggunakan idea utama Kounin,
iaitu group alerting dan intervensi terapi bermain yang melibatkan penggunaan aplikasi
permainan digital dapat mengatasi masalah tingkah laku murid yang kurang fokus ketika
belajar.

3.2 Isu Murid Malu untuk Bertanya Jika Tidak Faham

Bagi menangani isu murid yang malu untuk bertanya jika tidak faham berdasarkan Model
Pengurusan Kelompok Kounin adalah dengan menggunakan idea utama Kounin, iaitu
ripple effect. Menurut Kounin, ripple effect merupakan kesan yang dapat dicapai apabila
seorang atau lebih murid membaiki tingkah laku mereka setelah guru membetulkan
tingkah laku rakan-rakan sekelas. Dalam erti kata lain, apabila seorang guru menegur
salah laku murid, maka murid lain juga akan terpengaruh atau terkesan dengan teguran
guru. Melalui idea utama Kounin, iaitu ripple effect, guru boleh menegur murid yang yang
selalu diam dan malu untuk bertanya tentang sesuatu perkara. Hal ini kerana, menurut
Kounin, teguran dan tindakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku
turut memberikan kesan kepada murid lain di dalam bilik darjah. Justeru itu, intervensi
yang sesuai diaplikasikan bagi menangani isu ini melalui idea utama ripple effect, iaitu
menegur salah laku murid yang malu untuk bertanya adalah intervensi teknik modifikasi
tingkah laku bermasalah. Teknik modifikasi tingkah laku merujuk kepada satu pendekatan
sistematik untuk mengubah tingkah laku individu berdasarkan prinsip psikologi.
Penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah tingkah laku negatif atau
salah laku murid yang dikesan di dalam bilik darjah kepada tingkah laku positif dan
menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku demi membentuk iklim bilik darjah
yang berdisiplin serta kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

5

Teknik modifikasi tingkah laku bermasalah yang boleh digunakan bagi menangani
masalah ini ialah peneguhan positif. Menurut Skinner, peneguhan tingkah laku merujuk
kepada langkah-langkah yang digunakan oleh guru untuk melakukan peneguhan secara
berkala. Cara peneguhan yang diberikan akan meninggalkan kesan kepada tingkah laku
yang seterusnya. Misalnya, pada mulanya, guru boleh menegur terlebih dahulu murid
yang selalu diam dan malu untuk bertanya seperti,

“Munirah, ingat tak apa yang cikgu beritahu tentang perkara yang perlu dilakukan
sekiranya tidak faham tentang apa yang cikgu ajar? Kamu perlu bertanya kepada cikgu
jika kamu tidak faham apa yang cikgu ajar.”
Kemudian, jika pada kelas akan datang murid tersebut bertanya kepada guru atau ingin
menyuarakan pendapat walaupun hanya beberapa patah perkataan, maka guru boleh
memberikan ganjaran seperti pujian dan bintang kepada murid tersebut kerana dia berani
untuk bertanyakan kepada guru. Guru juga boleh menggunakan aplikasi digital seperti
Class123 untuk memberikan ganjaran kepada murid-murid. Melalui aplikasi Class123,
guru boleh memberikan ganjaran seperti bintang kepada murid yang mereka memberikan
banyak respons semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, apabila murid
lain mendengar teguran guru dan melihat ganjaran yang diberikan oleh guru terhadap
murid tersebut, maka murid lain juga akan terpengaruh dan akan berusaha untuk bertanya
kepada guru atau menyuarakan pendapat untuk mendapatkan ganjaran. Oleh itu, jelaslah
bahawa Model Pengurusan Kelompok Kounin yang menggunakan idea utama, iaitu ripple
effect dan intervensi teknik modifikasi tingkah laku bermasalah yang menggunakan
peneguhan positif dapat mengatasi masalah tingkah laku murid yang malu untuk bertanya
jika tidak faham tentang pengajaran guru.

3.3 Isu Buli

Bagi menangani tingkah laku bermasalah, iaitu buli berdasarkan Model Pengurusan
Kelompok Kounin adalah melalui idea utama Kounin, iaitu momentum. Momentum
merujuk kepada keupayaan untuk mengekalkan perjalanan proses pengajaran dan
pembelajaran kerana pengajaran yang berkesan dapat menarik minat murid untuk belajar.
Keupayaan guru untuk mengekalkan momentum serta kestabilan pergerakan sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran dapat menggalakkan penglibatan aktif murid dalam
aktiviti PdP dan seterusnya mencegah salah laku murid. Melalui idea utama Kounin, iaitu
momentum, guru boleh merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik
supaya dapat mengekalkan proses PdP yang lancar di dalam bilik darjah. Justeru itu,

6

intervensi yang sesuai diaplikasikan bagi menangani isu ini melalui idea utama
momentum, iaitu dengan merancang aktiviti PdP dengan baik adalah intervensi terapi
bercerita. Terapi bercerita merupakan satu terapi secara lisan untuk menyampaikan
sesuatu kisah atau peristiwa. Nilai yang ada dalam sesuatu cerita akan merangsang
secara instrinsik dan berkesan untuk menangani murid-murid yang bermasalah. Misalnya,
melalui terapi bercerita ini, guru boleh merancang aktiviti bercerita kepada murid-murid
tentang kisah buli. Guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar digital seperti video
tentang “Buli dan Kesannya” untuk menangani masalah buli dalam kalangan murid-murid.
Melalui video ini juga, guru boleh meminta murid untuk menceritakan semula tentang apa
yang ditonton dan dilihat menerusi video tersebut. Guru juga boleh menjadikan terapi
bercerita ini sebagai satu kaedah terapi untuk meneroka serta mendekati murid yang suka
membuli. Guru juga perlulah bijak dalam memilih cerita yang hendak disampaikan agar
cerita tersebut sesuai dengan tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid dan
murid dapat memperolehi pengajaran serta nilai murni daripada cerita tersebut.
Kemudian, guru boleh meneruskan sesi PdP dengan menjalankan sesi soal jawab dengan
murid berkaitan topik yang dibincangkan semasa aktiviti bercerita. Dengan itu, murid tidak
akan ada peluang untuk membuli rakannya seperti mengejek rakan mereka dan
sebagainya kerana aktiviti yang telah dirancang dengan baik oleh guru menyebabkan
murid tiada ruang dan peluang untuk membuli rakan mereka. Justeru itu, dengan
menggunakan terapi bercerita ini, murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah dapat
diatasi dengan mudah dan pada masa yang sama pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Oleh itu, jelaslah bahawa Model Pengurusan Kelompok
Kounin yang menggunakan idea utama Kounin, iaitu momentum dan intervensi terapi
bercerita dengan pengaplikasian teknologi dapat mengatasi masalah tingkah laku murid,
iaitu buli.

4.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, dalam sesebuah bilik darjah, pasti ada pelbagai isu-isu yang berkaitan dengan
tingkah laku murid-murid terutamanya tingkah laku yang bermasalah, iaitu tingkah laku negatif.
Justeru itu, sebagai seorang guru, kita perlulah bijak dalam menangani masalah tingkah laku
bermasalah yang wujud di dalam bilik darjah dengan mengaplikasikan model pengurusan disiplin
dan intervensi yang sesuai serta melibatkan penggunaan teknologi bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar, berkesan, dan
dapat mengubah tingkah laku murid yang negatif ke arah tingkah laku yang lebih baik.

7

RUJUKAN

Balda, S., & Duhan, K. (2010). Social inhibition in preschool children: Causes and coping
strategies. J Psychology, 1 (2), 79 – 83.

Coplan, R. J., & Arbeau, K. A. (2008). The stresses of a “brave new world”: Shyness and school
adjustment in kindergarten. Journal of Research in Childhood Education, 22 (4), 377 –
389.

Kaltiala-Heino, R., Rimpela, M., Marttunen, M., Rimpela, A., & Rantenan, P. (1999). Bullying,
depression, and suicidal ideation in Finnish adolescents: School survey. British Medical
Journal, 319 (7206), 348 – 351.

Kumpulainen, K., Rasanen, E., & Puura, K. (2001). Psychiatric disorders and the use of mental
health services among children involved in bullying. Aggressive Behaviour, 27, 102 – 110.

Laura M. Crothers, & Jered B. Kolbert. (2008). Tackling a problematic behavior management
issues: Teachers’ intervention in childhood bullying problems. Intervention in School and
Clinic, 43 (3), 132 – 137. http://dx.doi.org/10.1177/1053451207311606.

Masadliahani Masduki. (2016). Hubungan emosi malu dan penglibatan murid prasekolah dalam
pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

McKenny, K.S., Pepler, D. J., Craig, W.M., & Connolly, J. A. (2002). Psychosocial consequences
of peer victimization in elementary and high school – An examination of posttraumatic
stress disorder symptomatology. In K. A. Kendall-Tackett & S. M. Giacomoni (Eds). Child
victimization: Maltreatment, bullying and dating violence, prevention and intervention.
Civic Research Institute.

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Fauziah Mohd Sa’ad, Norhidayah Jaapar, Khairiyah Mohd
Ali, Najwa Hananie Athdzar, Wan Norhasniah Wan Abd Rashid. (2014). Faktor, kesan
dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan pelajar sekolah menengah di
dalam kelas: Suatu kajian kualitatif. In International Counseling Conference and Work.
Universitas Negeri Medan.

Mok Soon Sang. (2011). Pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran. Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.

Noran, F. Y. (2004). Tingkah laku buli di sekolah: Apa yang boleh kita lakukan. The Third Principle
Conference. Universiti Malaya.

8

Nurul Farayantie Mohd Shahid. (2006). Kajian masalah buli pelajar di sekolah menengah (Latihan
ilmiah tidak diterbitkan). Universiti Malaysia Sarawak.

Rimmer, J., God, J., Harris, E., & Balaam, M. (2011). Class participation and shyness: Affect and
learning to program. In The 23rd Annual Workshop of Psychology of Programmers Interest
Group (PPIG). University of York.

Rubin, K. H. (1993). The waterloo longitudinal project: Correlates and consequences of social
withdrawal from childhood to adolescene. Infancia y Aprendizaje, 13 (49), 73 – 90.

Syed Ismail Syed Mustapa, Chin Mei Keong, Ahmad Subki Miskon, & Noor Fitriyati Abdul Samad.
(2018). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Sasbadi Sdn. Bhd.

Williams, K., Chambers, M., Logan, S., & Robinson, D. (1996). Association of common health
symptoms with bullying in primary school children. British Medical Journal, 313, 17 – 19.

Yahaya, A. (1999). Keberkesanan pelaksanaan program kemahiran hidup di sekolah-sekolah
menengah di Malaysia berdasarkan model penilaian konteks, input, proses dan produk.
Universiti Putra Malaysia.

Yeo, K. J., & Muhamad, Z. (2010). Hubungan antara harga diri dengan pencapaian mata
pelajaran kemahiran hidup pelajar sekolah menengah. 1 – 7. Unpublished.

9

LAMPIRAN
PAKAR 1: Laura M. Crothers. D. Ed., NCS

(Professor of School Psychology, Department of Counseling, Psychology, and Special
Education Duquesne University)

JOURNAL TACKLING A PROBLEMATIC BEHAVIOR MANAGEMENT ISSUES: TEACHERS’
INTERVENTION IN CHILDHOOD BULLYING PROBLEMS
https://www.researchgate.net/publication/237305005_Tackling_a_Problematic_Behavior_Mana
gement_Issue

10

PAKAR 2: Cikgu Sharifah Ridzoh Syed Ali
(Guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Alor Janggus)

11

12


Click to View FlipBook Version