The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F2-NUR ALIA ATHIRAH BINTI MOHAMAD NOOR - E-PORTFOLIO

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alia09-431, 2021-08-05 03:45:59

F2-NUR ALIA ATHIRAH BINTI MOHAMAD NOOR - E-PORTFOLIO

F2-NUR ALIA ATHIRAH BINTI MOHAMAD NOOR - E-PORTFOLIO

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NUR ALIA ATHIRAH BINTI MOHAMAD NOOR
NO ANGKA GILIRAN 2020192340025
NO KAD PENGENALAN 011112-02-0350
KUMPULAN PISMP F2
KOD DAN NAMA KURSUS
TAJUK TUGASAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN EDUP3053
PENGHASILAN UNIT PEMBELAJARAN DIGITAL DAN BAHAN MEDIA
NAMA PENSYARAH
TARIKH HANTAR PENGAJARAN DIGITAL
DR NURUL RABIHAH BT MAT NOH

5 OGOS 2021

BIODATA DIRI

NAMA NUR ALIA ATHIRAH BINTI MOHAMAD
NOOR
NO KAD
PENGENALAN 011112-02-0350
KELAS
F2
UMUR 20 TAHUN

NEGERI ASAL KEDAH
019-9385301
NOMBOR
TELEFON PEREMPUAN
JANTINA KAWASAN LUAR BANDAR

LATAR
MASYARAKAT

ISI KANDUNGAN HALAMAN
5
PERKARA 6
PENGHARGAAN 7
1.0 PENGENALAN 8
2.0 TEMA 9
3.0 KEMAHIRAN BAHASA 10
4.0 DSKP BAHASA MELAYU TAHUN 5
5.0 OBJEKTIF PENGAJARAN 11 - 19
6.0 MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN (ASSURE) 20
7.0 KESIMPULAN

ISI KANDUNGAN HALAMAN
21 - 24
PERKARA 25

LAMPIRAN
RUJUKAN

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Alhamdulillah, pada kesempatan ini, saya ingin merafakkan segala kesyukuran kepada Ilahi
kerana dengan limpah rahmat dan keizinan-Nya, saya telah berjaya menyempurnakan
tugasan projek, iaitu unit pembelajaran digital bagi kursus Teknologi untuk Pengajaran dan
Pembelajaran (EDUP3053) dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Seterusnya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya, Dr. Nurul
Rabihah bt Mat Noh selaku pengajar bagi kursus ini di atas segala dorongan, dan bimbingan
dalam memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang proses menyiapkan tugasan projek ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya dan rakan-rakan saya yang
telah banyak membantu dalam menyumbangkan masa dan tenaga serta banyak meberikan
sokongan kepada saya bagi menyempurnakan tugasan projek ini dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

1.0 PENGENALAN

Menurut Yusuf Hashim (1997), teknologi pendidikan merujuk kepada satu
proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksanakan dan menilai
aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik dengan tujuan untuk
meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Keadaan murid juga ditekankan sebagai sebahagian daripada teknologi
pendidikan kerana hal ini boleh mempengaruhi keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, teknologi pendidikan
merupakan satu sistem yang meliputi alat, bahan media, dan organisasi
yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam
pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

2.0 TEMA

KEMASYARAKATAN

Tema ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulan
dalam kalangan pelbagai bangsa untuk mewujudkan
keharmonian dan kerukunan hidup bermasyarakat. Tema ini
diajarkan kepada murid sekolah rendah agar dapat
melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, bertoleransi,
hormat-menghormati , bekerjasama, bertanggungjawab,
serta menerima perbezaan antara budaya.

3.0 KEMAHIRAN BAHASA

KEMAHIRAN MEMBACA

Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid
membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran
yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis
dengan menggunakan teknik-teknik membaca. Di samping itu,
melalui kemahiran membaca murid berupaya untuk
menghayati teks yang dibaca.

4.0 DSKP BAHASA MELAYU TAHUN 5

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Asas membaca dan memahami. 2.1.1 Membaca dan memahami
maklumat tersurat dan maklumat
tersirat untuk memberikan respons.

5.0 OBJEKTIF PENGAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Menjawab soalan-soalan tentang maklumat tersurat dan
maklumat tersirat dengan betul.

2. Memberikan respons berdasarkan maklumat tersurat
dan maklumat tersirat dengan betul.

6.0 MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

Bahan media pengajaran digital yang dihasilkan ini melibatkan
penggunaan model reka bentuk pengajaran, iaitu model ASSURE. Model
ASSURE adalah model pengajaran yang bersistem dan berstruktur, iaitu
matlamat dan objektif pengajaran ditentukan dahulu secara eksplisit.
Model ASSURE merupakan satu rujukan kepada guru di mana guru boleh
merancang sesi pengajaran dan pembelajaran secara sistematik supaya
alat dan bentuk pengajaran yang digunakan akan memberi kesan
kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Heinich (1982) menyatakan
bahawa model ASSURE digubal untuk menyediakan panduan
perancangan dan pengendalian proses pengajaran dan pembelajaran
yang memerlukan penggunaan media.

MODEL ASSURE

A Analyze Learner
S State Objectives
S Select Method, Media, or

Materials

U Utilize Media and Materials
R Require Learner

Participation

E Evaluate and Revise

6.1 ANALYZE LEARNER

Langkah yang pertama dalam merancang bahan media pengajaran adalah
dengan mengenal pasti golongan sasaran dan sifatnya terlebih dahulu
sebelum mereka bentuk bahan media pengajaran. Pembinaan bahan media
pengajaran perlulah memastikan bahawa kandungan bahan media
pengajaran yang dipersembahkan bersesuaian dengan golongan sasaran.
Bagi penghasilan bahan media pengajaran digital ini, golongan sasarannya
ialah murid sekolah rendah, iaitu tahun 5. Justeru itu, bahan media
pengajaran digital yang dihasilkan perlulah sesuai dengan murid tahun 5
supaya penggunaan bahan media pengajaran tersebut berkesan dan
bermakna kepada murid itu sendiri. Bahan media pengajaran yang
dihasilkan juga perlu mengambil kira aspek perkembangan tahap kognitif,
sosial, dan emosi murid supaya proses PdP lebih berkesan.

6.2 STATE OBJECTIVES

Objektif pengajaran yang hendak dicapai perlulah ditetapkan terlebih
dahulu sebelum membina bahan media pengajaran digital. Objektif
pengajaran perlulah dinyatakan dengan jelas bagi memastikan bahan
media pengajaran yang dibina mempunyai hala tuju yang jelas.
Dalam pembinaan bahan media pengajaran digital ini, objektif pengajaran
bahan media pengajaran digital yang dirancang ini berpandukan kepada
DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun 5, iaitu Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran bagi kemahiran membaca.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Asas membaca dan memahami. 2.1.1 Membaca dan memahami
maklumat tersurat dan maklumat
tersirat untuk memberikan respons.

Sambungan...

Selain itu, objektif ini juga berpandukan kepada bahan pengajaran
seperti buku teks Bahasa Melayu Tahun 5.
Maka, objektif pengajaran yang ditetapkan berdasarkan kepada DSKP
Bahasa Melayu Kemahiran Membaca Tahun 5 dan buku teks Bahasa
Melayu Tahun 5 adalah seperti berikut:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Menjawab soalan-soalan tentang maklumat tersurat dan
maklumat tersirat dengan betul.

2. Memberikan respons berdasarkan maklumat tersurat dan
maklumat tersirat dengan betul.

6.3 SELECT METHOD, MEDIA OR MATERIALS

Pemilihan kaedah serta bahan yang bersesuaian dengan pengguna adalah sangat
penting bagi mencapai objektif pembelajaran dan menanam minat pengguna.

Kaedah dalam konteks ini merujuk kepada cara untuk mempersembahkan maklumat
dan isi pelajaran.

- Dalam tugasan projek ini, kaedah yang digunakan dalam media pengajaran ialah
kaedah penerangan, latihan pengukuhan, perbincangan, dan pembinaan projek.

Media pula merujuk kepada bahan yang menjadi perantara antara penyampai dan
penerima.

- Dalam tugasan projek ini, media yang dihasilkan ialah media pengajaran digital
seperti video Youtube, Learning Game seperti Gamilab, dan Wordwall, lembaran
kerja digital seperti Classkick, dan Wizer.me yang melibatkan penggunaan audio,
video, teks, grafik, dan animasi.

6.4 UTILIZE MEDIA OR MATERIALS

Penggunaan sesuatu media pengajaran dalam proses PdP adalah sangat penting
kerana ia menjadi penentu kepada keberkesanan proses PdP. Media pengajaran
digital yang dibangunkan mestilah dapat memberikan kesan yang positif terhadap
motivasi serta minat pengguna dan kesesuaian kepada persembahan. Justeru itu,
penggunaan sesuatu media pengajaran mestilah disesuaikan dengan kehendak
pengguna dan kandungan pelajaran.

- Dalam tugasan projek ini, media pengajaran digital yang dibangunkan adalah
sangat sesuai dengan kehendak pengguna, iaitu murid sekolah rendah yang
sangat tertarik dengan video, game, dan aktiviti yang menarik.

- Media yang dibangunkan ini juga sangat sesuai dengan kandungan pelajaran
bagi kemahiran membaca, iaitu membaca dan memahami maklumat tersurat
dan maklumat tersirat untuk memberikan respons.

6.5 REQUIRE LEARNER PARTICIPATION

Penglibatan murid yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
adalah sangat penting bagi menjamin proses pemindahan ilmu berlaku
secara sempurna.

- Dalam tugasan projek ini, media pengajaran digital yang dihasilkan
ini dapat menarik minat murid untuk belajar. Hal ini kerana, media
pengajaran digital tersebut menggunakan pelbagai elemen
multimedia seperti video, audio, animasi, grafik, teks dan sebagainya.
Aktiviti yang dirancang dengan menggunakan media pengajaran
digital juga dapat melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran kerana proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku secara dua hala, iaitu murid boleh berbincang
dan memberikan pendapat bersama guru dan rakan-rakan.

6.6 EVALUATE AND REVISE

Penilaian dan penyemakan semula boleh dibuat terhadap bahan
media pengajaran digital yang digunakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Media pengajaran digital yang telah dihasilkan ini
boleh dinilai daripada aspek:

- Kepuasan pengguna
- Pengajaran dan pembelajaran
- Media dan kaedah yang digunakan

7.0 KESIMPULAN

Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media
pengajaran digital yang dibuat secara teliti dapat memastikan guru
membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara
optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu,
guru boleh merujuk kepada model ASSURE dalam merangka dan
menghasilkan bahan media pengajaran digital supaya bahan
tersebut boleh menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih berkesan dan murid mendapat manfaat daripada penggunaan
bahan pembelajaran tersebut.

LAMPIRAN

Berikut merupakan link bagi media pengajaran digital yang dihasilkan.

VIDEO PEMBELAJARAN
(YOUTUBE)

https://youtu.be/XicFQCQpjss

LAMPIRAN

Berikut merupakan link bagi media pengajaran digital yang dihasilkan.
GAME PEMBELAJARAN

https://gamilab.com/play/cfde1aa9-e6
d6-449b-800e-8b0be6108d58

https://wordwall.net/play/19663/795/
957

LAMPIRAN

Berikut merupakan link bagi media pengajaran digital yang dihasilkan.
LEMBARAN KERJA DIGITAL

https://app.wizer.me/learn/8YHW0Z

https://app.classkick.com/#/login/CS
6WL8

LAMPIRAN

Berikut merupakan link bagi penggunaan aplikasi digital dalam pelaksanaan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini.

WHITEBOARD.FI https://whiteboard.fi/x4v73

JAMBOARD https://jamboard.google.com/d/1DL6y7JK
CMnHkmasWaJy1f7cklHe1zbYfnk_v8pvo5k
Y/edit?usp=meet_whiteboard

SLIDESGO https://slidesgo.com/

ANYFLIP https://anyflip.com/

RUJUKAN

Heinich, Robert, Michael Molenda, James D. Russel. (1982). Instructional media and the
new technology of instruction. John Wily and Sons.

Heinich, Robert, Molenda, Michael. Russell, James D., Smaldino, & Sharon E.
(2002).Instructional technology and media for learning. Pearson.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Kurikulum standard bahasa Melayu sekolah
rendah (semakan) tahun 5. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lever-Duffy, J., & McDonald, J. B. (2014). Teaching and learning with technology.
(5th ed). Allyn and Bacon.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Wan Kamaruddin
Wan Hasan. (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

Yusuf Hashim. (1997). Media pengajaran untuk pendidikan. Fajar Bakti.

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version