MPU21032: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK
TRAGEDI 13 MEI: PUNCA DAN PENGAJARAN
NAMA PENSYARAH:
ENCIK ZAMRI BIN IBRAHIM
KUMPULAN 4
AHLI KUMPULAN:
NAMA NO PENDAFTARAN
06DET21F1069
AMIR MUHAMMAD DANISH BIN MOHD 06DET21F1089
ZAMZURI 06DET21F1031
06DET21F1049
MUHAMMAD DANISH BIN ABD RAZAK 06DET21F1120
MUHAMMAD EDZMIR BIN
HAFIZULZAKUAN
MUHAMMAD FARIS NASRUL BIN MOHD
SUHAIMI
AHMAD IKMAL BIN AZMY
1|Page
SENARAI KANDUNGAN. MUKA SURAT
3
NO. ISI KANDUNGAN
1 PENGENALAN 4-7
2 PUNCA TRAGEDI 13 MEI 8 - 10
3 PENGAJARAN
4 KESIMPULAN 11
5 RUJUKAN 12
2|Page
1.0 PENGENALAN
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang
berlaku dan kemuncak kepada masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini
telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat
dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam
dalam sejarah negara Malaysia.
Peristiwa 13 Mei ini merupakan salah satu tragedi berdarah yang
banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat
Malaysia. Peristiwa ini juga merupakan peristiwa besar yang telah berlaku di
Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang
berlaku secara tiba-tiba kerana ianya merupakan suatu rentetan kepada
punca-punca atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.
Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu
punca yang turut berkait dengan peristiwa 13 Mei. Selain itu, kesan
peninggalan penjajah Inggeris juga dapat dilihat sebagai punca kepada
peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris seperti ini telah banyak
merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut
ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif
terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya.
Ekonomi adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini
merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British. Contohnya,
dasar ekonomi baru yang telah dirancangkan oleh kerajaan pada 1971
merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan
ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia. Kesimpulannya, kejadian
ini telah menyebabkan kemerosotan ekonomi Malaysia dan kerajaan telah
mengambil tindakan untuk meningkatkan ekonomi terhadap kaum melayu.
Berdasarkan peristiwa ini, rakyat Malaysia dapat mengetahui pelbagai jenis
punca dan pengajaran yang dapat diperolehi daripada peristiwa ini.
3|Page
2.0 PUNCA TRAGEDI 13 MEI
2.1 Pembangkang Meraikan Kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya
Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di
kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak
meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50
di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di
sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan
Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru,
diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa
terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya
rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat
penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka
menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat
yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan
menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu dari Kuala Lumpur. Dalam
masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif. Ada
yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-
tepi jalan.
4|Page
2.2 Keputusan Pilihan Raya Umum 1969
Keputusan pilihan raya umum 1969,lonjakan pengaruh parti cauvinis cina
serta hilang majoriti dua pertiga perikatan di DUN selangor.Perarakan
kemenangan sebagai pencetus provokasi besar yang membakar kemarahan
kaum Melayu.Ketika berkumpul dalam keadaan bersemangat
itu,bergentayangan cerita-cerita tentang kebiadaban segelintir orang Cina
tersebar dan memulakan babak-babak rusuhan.Tragedi tercetus dengan
Kuala Lumppur mula menjulang asap dan api kemarahan,pembunuhan dan
keadaan yang panik mewabak dengan pantas.
2.3 Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan
secara berbeza-beza. Masyarakat China umpamanya telahy dilayan dengan
teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu.Keadaan
ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini
menyebabkan perasaan saling mendedami antara satu sama lain masih segar
dalam ingataan.Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan
permusuhan antara orang-orang Melayu dan China.
5|Page
2.4 Perbezaan Agama Dan Budaya
Kaum Melayu sebahagian besarnya beragama Islam. Kaum cina
beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india
beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama Kristian.
Setiap kaum juga mempunyai kebudayaanyang tersendiri. Masalah
perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari
sikap jahil terhadap agama - agama lain hingga banyak perkara yang
dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama
lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.
2.5 Masalah Ekonomi pada 13 Mei 1969
Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza
antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi
secara tidak sihat.
Ketidakseimbangan ini menyebabkan setaip kaum saling mencemburui
satu sama lain.Orang Melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang
Cina manakala orang Cina dan India menecemburui kelebihan orang
Melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dan sektor pentadbiran.
Perhimpuan orang Melayu yang mengadu masalah ekonomi negara dikawasan terbuka.
6|Page
2.6 Perarakan Kematian Cina
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak
sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian
bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina
Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf
di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan.
Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur tetapi
permohonan maaf sudah terlambat.
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
7|Page
3.0 PENGAJARAN
3.1 Perpaduan Dikalangan Kaum Harus Dikukuhkan
Perpaduan juga perlu dikekalkan untuk tidak memberikan peluang dan
kesempatan kepada musuh-musuh negara untuk memecahbelahkan rakyat
dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya.
Kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat
sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang
kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat bersangka
baik antara satu sama lain.
3.2 Kehilangan Nyawa Dan Harta Benda
Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebernanya tidak menghasilkan sebarang
faedah ke pada berlakunya perpecahan dan perbalahan yang telah berlaku di
antara kaum Melayu dan kaum China yang mengakibatkan kerosakan harta
benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang telah terkoban
akibat kejadian seperti ini yang meninggalkan kesan dan pengajaran yang
pahit dan getir kepada saura- mara dan kaum keluarga yang terlibat dalam
tragedi 13 Mei 1969.
8|Page
3.3 Saling Hormat-menghormati Antara Kaum
Tragedi ini juga membuka ruang muhasabah diri untuk semua pihak
supaya memikirkan sejauh mana hubungan antara kita sesama kita sebelum
ini dan selepas ini. Seperti yang telah dikatakan, semua pihak harus hormat
menghormati antara satu sama lain dan juga seterusnya saling percaya
mempercayai antara satu sama lain. Tak mustahil ada pihak yang akan ambil
kesempatan atas kelemahan kita, hingga "yang dikejar tak dapat, yang
dikendong berciciran".
3.4 Semangat Cinta Akan Negara atau Bersikap Patriotik
Pengajaran yang terdapat daripada peristiwa 13 Mei ialah
semangat cinta akan negara. Semua rakyat Malaysia perlu
mengamalkan semangat cinta akan Negara supaya rakyat tidak akan
melakukan mana-mana perlakuan yang merosakkan nama atau imej
Negara. Rakyat yang patriotik seharusnya tidak melibatkan diri dalam
pergaduhan ataupun rusuhan yang boleh memecahbelahkan kaum di
dalam Malaysia. Hal ini kerana, ia akan menguatkan dan
menguntungkan negara-negara luar. Antara contoh-contoh yang boleh
dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu
Melaka di tangan penjajah Portugis pada tahun 1511. Perkara ini akan
membuatkan musuh-musuh negara sentiasa mengambil kesempatan
dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat Malaysia.
9|Page
3.5 Keadilan Ekonomi
Tragedi 13 mei juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat
sukar dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan ianya menjadi
lebih sukar majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum
sahaja.Keadaan ekonomi dandemografi penduduk Malaysia menunjukkan
bahawa majoriti penduduk Bumiputra tinggal di luar bandar kebanyakkan
adalah pendapatan rendah dan miskin.Kemiskinan ini akan menjadi isu di
dalam masyarakat Malaysia,khususnya masyarakat Bumiputa untuk
mencapai keharmonian hidup adalah sukar.Oleh itu selepas 13 mei,satu
dasar pragmatic dasar ekonomi baharu (DEB) telah gubal oleh
kerajaan.Dasar ini merupakan satu dasar jangka Panjang yang mempunyai
dua objektif utaama iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan
Menyusun semula masyarakat.
10 | P a g e
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah
mengamalkan perpaduan dikalangan kaum harus dikukuhkan.
Selain itu, insiden 13 Mei ini perlu dielakkan supaya masyarakat
tidak kehilangan nyawa dan harta benda. Seterusnya, rakyat
Malaysia hendaklah saling hormat-menghormati antara kaum
supaya dapat mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian negara.
Di samping itu, Semua rakyat Malaysia perlu mengamalkan
semangat cinta akan Negara supaya negara dapat menjamin
keamanan dan kemakmuran negara. Akhir sekali, Malaysia
wajarlah mengamalkan keadilan ekonomi supaya negara lebih
sistematik dan pembangunan negara bertambah maju dan
berkembang dengan lebih pesat. Kesimpulannya,kita haruslah
mengelakkan trajedi ini berlaku kembali, negara akan menjadi
kucar kacir jika kita begaduh sesame kaum. Oleh itu, kita haruslah
bersama-sama menjaga hubungan baik sesama bangsa untuk
mengekalkan keharmonian pada generasi akan datang.
11 | P a g e
5.0 RUJUKAN
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
• http://peristiwa13meipengajianmalaysia.blogspot.com/
• https://anyflip.com/iukgs/xazu
• https://anyflip.com/tzeoq/vpve/basic
12 | P a g e