Analisis
Kesalahan
Bahasa
Konsep kesalahan Bahasa
– “Kesalahan bahasa merujuk kepada bentuk bahasa yang binaannya menyalahi
peraturan yang telah ditetapkan. Hal ini berlaku mungkin kerana kealpaan,
ketidakfahaman atau kejahilan pengguna terhadap peraturan atau tatabahasa yang
dipelajarinya atau yang dituturkannya." - Ahmad Khair Mohd Nor, dll., Tatabahasa
Asas, Rawang: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia (2012:522).
Jenis Kesalahan Bahasa
Kesalahan Kesalahan Kesalahan Kesalahan
ejaan kosa kata tanda baca morfologi
Kesalahan Kesalahan ayat Kesalahan
sintaksis penanda
wacana
Kesalahan Ejaan
– mengeja imbuhan
Menambahkan huruf k pada akhiran –i dan –an yang bercantum dengan kata dasar yang diakhiri oleh huruf k
Memisahkan imbuhan awalan dengan kata dasar
Di kawal (x) dikawal (√)
– Mengeja kata klitik (kata ganti nama diri singkatan)
memisahkan kata klitik daripada kata dasar
kau Tarik (x) kautarik (√)
adik ku (x) adikku (√)
tidak menggunakan huruf besar pada huruf awal kata klitik –nya, -mu, -ku yang
merujuk kepada Allah.
kehendaknya (x) kehendak-Nya (√)