Sains Tahun 4
Unit 5 : Sifat Cahaya
5.1.1 Pergerakan Cahaya
1. Cahaya kelihatan bergerak daripada sumber cahaya.
Pergerakan ini adalah dalam garis lurus.
2. Cahaya bergerak secara lurus.
3. Banyak fenomena cahaya bergerak lurus yang
berlaku di sekeliling kita:
• Cahaya daripada lampu kereta.
• Alur cahaya matahari pada celahan pokok di kawasan
hutan.
• Cahaya daripada lampu helikopter.
Fenomena Cahaya Bergerak Lurus
5.1.2 Kejelasan Bayang-bayang Objek
1. Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya yang
bergerak lurus dihalang oleh sesuatu objek.
2. Kejelasan bayang-bayang yang terbentuk
mungkin berbeza mengikut jenis objek yang
menghalangnya, iaitu sama ada lut sinar, lut
cahaya atau legap.
• Plastik jernih ialah contoh objek lut sinar kerana
membenarkan semua cahaya melaluinya.
• Plastik berwarna ialah contoh objek lut cahaya kerana
membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.
• Kad manila pula ialah contoh objek legap kerana tidak
membenarkan cahaya melaluinya.
Keupayaan Cahaya Menembusi Objek
5.1.3 Faktor yang Mempengaruhi Saiz Bayang-
bayang
• Terdapat dua faktor yang mempengaruhi saiz bayang-
bayang:Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
• Jarak di antara objek dengan skrin
5.1.3 Faktor yang Mempengaruhi Saiz Bayang-
bayang
Faktor 1: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya.
1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak objek
dengan sumber cahaya dan saiz bayang-bayang.
2. Hipotesis: Semakin bertambah jarak di antara objek
dengan sumber cahaya, semakin bertambah saiz bayang-
bayang.
3. Pemboleh ubah:
• Dimanipulasi: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
• Bergerak balas: Saiz bayang-bayang
• Dimalarkan: Jarak di antara objek dengan skrin.
5.1.3 Faktor yang Mempengaruhi Saiz Bayang-
bayang
4. Pemerhatian:
Kesimpulan: Semakin bertambah jarak di antara
objek dengan sumber cahaya, semakin bertambah
saiz bayang-bayang.
5.1.3 Faktor yang Mempengaruhi Saiz Bayang-
bayang
Faktor 2:
1. Jarak di antara objek dengan skrin.Tujuan: Untuk
menyiasat hubungan di antara jarak objek dengan skrin
dan saiz bayang-bayang.
2. Hipotesis: Semakin bertambah jarak di antara objek
dengan skrin, semakin berkurang saiz bayang-bayang.
3. Pemboleh ubah:
• Dimalarkan: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
• Bergerak balas: Saiz bayang-bayang
• Dimanipulasi: Jarak di antara objek dengan skrin
5.1.3 Faktor yang Mempengaruhi Saiz Bayang-
bayang
4. Pemerhatian:
Kesimpulan: Semakin bertambah jarak di antara
objek dengan skrin, semakin berkurang saiz
bayang-bayang.
5.1.4 Faktor yang Mempengaruhi Bentuk Bayang-
bayang
1. Orientasi objek dan kedudukan sumber cahaya
mempengaruhi bentuk bayang-bayang.
2. Bentuk bayang-bayang sesuatu objek
bergantung kepada:
a) Kedudukan/ Orientasi objek
i. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara
kedudukan objek dan bentuk bayang-bayang yang
terhasil.
ii. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan berubah
apabila kedudukan/ objek berubah.
5.1.4 Faktor yang Mempengaruhi Bentuk Bayang-
bayang
b) Kedudukan sumber cahaya
i. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di
antara kedudukan sumber cahaya dan
bentuk bayang-bayang yang terhasil.
ii. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek
akan berubah apabila kedudukan sumber
cahaya berubah.
5.1.4 Faktor yang Mempengaruhi Bentuk Bayang-
bayang
5.2.1 Pantulan Cahaya
1. Apabila melihat cermin, kita melihat imej kita
terbentuk pada cermin. Fenomena ini dinamakan
pantulan cahaya.
2. Cahaya yang menyinari kamu sebenarnya
dipantulkan ke arah cermin, dan cermin itu pula
memantulkan imej ke arah mata kamu.
3. Contoh-contoh fenomena pantulan cahaya:
a) Imej terbentuk pada permukaan air.
b) Imej terbentuk pada permukaan lantai berjubin.
c) Imej terbentuk pada permukaan logam.
4. Info Sains: Bulan bukan sumber cahaya. Bulan
kelihatan bercahaya pada waktu malam kerana
Bulan memantulkan cahaya Matahari ke arah
Bumi.
5.2.1 Pantulan Cahaya
5.2.2 Kegunaan Pantulan Cahaya
1. Dalam kehidupan harian kita, banyak situasi yang
melibatkan kegunaan pantulan cahaya. Perhatikan
contoh di bawah.
a) Cermin muka memantulkan cahaya dari muka
ke mata kita.
b) Cermin sisi membolehkan kita melihat objek di
belakang dan di sisi kereta.
c) Cermin cembung membolehkan pemandu melihat
kenderaan lain yang terlindung daripada
pandangannya untuk mengelakkan kemalangan.
d) Cermin pergigian membantu doktor gigi untuk
melihat keadaan gigi pesakit pada bahagian yang
terlindung.
5.2.2 Kegunaan Pantulan Cahaya
e) Pelanggan di kedai kasut boleh melihat imej
kasut yang dipakai melalui cermin yang
diletakkan pada bahagian bawah.
f) Pelanggan di kedai gunting rambut boleh
melihat imej bahagian belakang kepalanya
melalui cermin yang diletakkan di belakang.
g) Tentera laut boleh melihat objek yang berada
di permukaan laut dari dalam kapal selam
dengan menggunakan periskop. Dua cermin
dalam periskop memantulkan cahaya dari
objek yang terhalang ke arah mata
pemerhati.
5.2.2 Kegunaan Pantulan Cahaya
2. Terdapat bahagian yang berkilat pada lampu
suluh supaya cahaya dapat dipantulkan dan
kecerahan cahaya yang terhasil bertambah.
3. Alat mainan, kaleidoskop yang menggunakan
prinsip pantulan cahaya boleh dihasilkan
dengan menggunakan kotak berbentuk silinder,
kerajang aluminium, labuci, kad manila, kerta
hitam, kertas bercorak, gam, pita pelekat,
gunting dan plastik jernih.
5.2.2 Kegunaan Pantulan Cahaya
5.2.3 Gambar Rajah Sinar
1. Apabila cahaya terkena pada permukaan yang
rata dan licin seperti cermin muka, cahaya
tersebut akan dipantulkan.
2. Fenomena ini juga boleh dilukis dalam bentuk
gambar rajah sinar seperti di bawah.
5.3.1 Pembiasan Cahaya
1. Cahaya dari sudu di dalam air dibiaskan apabila
cahaya bergerak dari air ke udara. Keadaan ini
menyebabkan imej sudu berubah ke atas dan
kelihatan bengkok.
2. Apabila cahaya bergerak melalui dua medium yang
berbeza, arah pergerakan cahaya akan berubah.
Fenomena ini dinamakan pembiasan cahaya.
3. Untuk menjadikan saiz imej ikan yang dipamerkan
di dalam akuarium kelihatan lebih besar daripada
saiz asalnya, kita boleh menggunakan cermin yang
lebih tebal kerana pembiasan cahaya membolehkan
imej ikan menjadi lebih besar.
5.3.1 Pembiasan Cahaya
5.3.1 Pembiasan Cahaya
5.3.2 Pembentukan Pelangi
1. Apabila Matahari memancarkan cahaya semasa
atau selepas hujan, pelangi akan terbentuk.
2. Apabila cahaya Mahatari terkena pada titisan
air hujan, cahaya akan dibiaskan dan akan
membentuk pelangi.
5.3.2 Pembentukan Pelangi
5.3.2 Pembentukan Pelangi
5.4 Kepentingan Sifat Cahaya dalam Kehidupan
1. Sifat cahaya penting dalam kehidupan kita.
Fikirkan:
a) Situasi 1: Jika cahaya tidak bergerak lurus,
adakah cahaya dari lampu suluh dapat
menyuluh objek yang dicari dengan tepat?
b) Situasi 2: Jika cahaya tidak dapat
dipantulkan, adakah kita dapat melihat
wajah pada cermin?
c) Situasi 3: Jika cahaya tidak dapat dibiaskan,
adakah kanta tangan dapat membesarkan
imej objek
Selamat
Mengulangkaji
Terima Kasih
Nota :
Buku Teks : halaman 87 – 106
Latihan :
Buku Teks : halaman 109 - 110