The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

20 tips pelajar cemerlang SMKLL-converted (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitihalina5682, 2021-08-22 07:27:59

20 tips pelajar cemerlang SMKLL-converted (1)

20 tips pelajar cemerlang SMKLL-converted (1)

SMK LAYANG – LAYANG
81850 LAYANG – LAYANG,

KLUANG , JOHOR
‘EXPLORE YOUR WORLD”

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SMK LAYANG - LAYANG

TIP 1 – Membuat persediaan awal
Pelajar perlu membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama
ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan lain seperti SPM dan STPM. Anda
perlu elakkan belajar di saat akhir kerana ia akan memberi tekanan kepada anda. Bukan itu
sahaja, anda juga sukar untuk memahami tentang sesuatu mata pelajaran.

TIP 2 – Menjadi pelajar yang berdisiplin
Pelajar perlu mendisiplinkan diri terlebih dahulu. Sebagai contohnya disiplinkan diri anda
untuk datang awal ke sekolah pada waktu yang telah ditetapkan dengan berpakaian bersih
dan kemas (sekiranya pandemik Covid-19 sudah berakhir). Apabila sikap disiplin telah
tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam
pembelajaran.

TIP 3 – Jangan malu untuk bertanya
Jika anda tidak hadir ke sekolah (sekiranya pandemik Covid-19 sudah berakhir), dapatkan
bantuan guru atau rakan-rakan untuk mendapatkan nota-nota yang telah anda ketinggalan.
Jika anda tidak faham, terus bertaya kepada guru atau rakan. Bukan itu sahaja, anda juga
tidak digalakkan menangguhkan tugasan kerana ia akan menjadi beban didalam kepala anda.

TIP 4 – Bertukar pendapat
Anda perlu sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana
dengan cara memberikan pandangan, bukan anda sahaja akan faham malah rakan-rakan anda
akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah
daya ketajaman pemikiran pelajar.

TIP 5 – Belajar berkumpulan
Belajar secara berkumpulan secara online boleh digunakan untuk pelajar yang sukar untuk
belajar secara bersendirian. Hal ini kerana, anda sering berbincang dengan rakan-rakan
tentang pelajaran yang telah dipelajari. Oleh itu, ia akan memudahkan anda untuk memahami
tentang sesuatu mata pelajaran.

TIP 6 – Menyiapkan tugasan
Menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru
dalam tempoh yang ditetapkan. Oleh itu, lebih baik jika anda menyiapkan tugasan yang
diberikan lebih awal. Hal ini kerana, anda boleh bertanya kepada guru jika anda tidak faham
tentang sesuatu mata pelajaran.

TIP 7 – Berfikiran positif
Minda kita adalah kuasa yang boleh digunakan untuk mencapai apa yang anda inginkan di
dalam kehidupan. Ia bergantung bagaimana cara anda berfikir seperti jika anda fikir perkara
yang positif, maka perkara positif akan datang kepada anda dan sudah pasti tindakan anda
juga akan positif. Sebaliknya, jika anda fikir tentang kesusahan dan nasib anda yang teruk,
maka minda anda akan cari menjalan untuk membuktikan bahawa benarkah anda bernasib
malang.

TIP 8 – Membeli buku rujukan
Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Secara tidak langsung ini dapat memantapkan
persediaan pelajar. Anda boleh meminta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku
rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Namun lebih elok jika anda bertanya kepada
guru buku yang bagaimana sesuai dijadikan rujukan kerana mereka lebih arif tentang buku
rujukan.

TIP 9 – Menyertai kelas tambahan
Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman, pengetahuan dan juga
kecekapan pelajar dalam mata pelajaran. Namun jika tidak berkemampuan, anda boleh
menyertai kelas tambahan yang diadakan di sekolah. Selain itu, anda boleh membuat latihan
sendiri dan periksa jawapan tersebut dengan guru di sekolah.

TIP 10 – Tanamkan cita-cita
Gambarkan cita-cita anda. Fikirkan setiap pagi “aku mampu buat yang terbaik”. Tidak
seorang pun mampu mencapai cita-cita dalam sekelip mata. Kita perlu berusaha dan
mengambil masa yang lama. Catatkan cita-cita anda dimana tempat yang mudah dilihat
kerana ia akan selalu mengingatkan kita supaya terus berusaha. Jangan sesekali mempunyai
sikap berpuas hati pada diri dan tahap pencapaian. Kita patut bercita-cita tinggi dan berada
dipencapaian yang tinggi. Berusahalah untuk mencapainya.

TIP 11 – Menjaga kesihatan
Pelajar perlu menjaga pemakanan dan menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara
menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu
banyak ‘junk-food’. Untuk otak yang lebih pintar, pelajar digalakkan makan kismis kurma
dan makanan-makanan sunnah yang lain. Bahkan kaum bukan Islam juga ada yang
mengamalkan makan kurma kerana tahu akan khasiat buah tersebut.

TIP 12 – Menunaikan kewajipan
Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan
oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-
masing. Menjadi tanggungjawab pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh kerana setiap
usaha itu akan dihitung pahalanya. Banggakan ibu bapa dengan kejayaan kita setelah mereka
telah banyak berkorban untuk kita.

TIP 13 – Menguji tahap kefahaman anda
Pelajar perlu menguji tahap kefahaman diri sendiri dengan mengadakan ujian dan
peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenar. Hal ini dapat
dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu mengambil kira masa yang
diambil untuk menjawab satu-satu soalan agar boleh menganggar waktu dalam peperiksaan
yang sebenar nanti.

TIP 14 – Tawakal selepas berusaha
Bagi pelajar Muslim, anda boleh bertawakkal (berserah diri) kepada Allah dan tidak putus asa
jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan
itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Namun jika bertawakal tanpa usaha pun
tiada guna kerana Allah akan memberi rezeki kepada orang lebih usahanya.

TIP 15 – Menghormati guru
Pelajar perlu menghormati guru sama ada berada di dalam sekolah atau di luar. Ilmu yang
diperoleh akan menjadi berkat kerana tanpa guru kita tidak dapat pergi jauh tanpa pendidikan.
Oleh itu, kenanglah jasa mereka walaupun mereka tidak lagi mengajar anda. Hal ini kerana,
guru berperanan untuk mendidik anda menjadi insan berguna yang dapat menyumbang
kepada pembangunan diri dan juga negara.

TIP 16 – Merubah sikap dan tabiat buruk
Merubah sikap tidak memerlukan wang, ia cuma memerlukan daya usaha yang kuat dan
memakan masa yang agak lama. Sesetengah individu bercita-cita untuk merubah tabiat buruk
orang lain, kenapa tidak dicuba untuk merubah diri sendiri ? Untuk berjaya, perbuatan dan
tingkahlaku itu mencerminkan keinginan seseorang. Memperbaiki kelemahan diri merupakan
usaha untuk merubah menjadi yang lebih baik.

TIP 17 – Elakkan sifat hasad dengki
Hasad dengki merupakan penyakit hati yang tidak dapat diubati. Cemburu dan dengki yang
melampau akan menyebabkan pelajar menyimpan hasad dengki kepada rakan sekuliah
mereka. Seharusnya pelajar mengamalkan persaingan yang sihat dengan rakan sekuliah
mereka, sebagai contoh berkerjasama dengan rakan yang lebih arif dalam subjek tersebut dan
bersama-sama menjadi pelajar yang cemerlang.

TIP 18 – Sentiasa berdoa
Setiap agama mengajar umatnya untuk berdoa kepada tuhan. Dengan usaha dan tawakal yang
dilakukan, pelajar haruslah berdoa dengan yakin untuk mendapat keredaan dari Tuhan. Kita
sebagai manusia perlulah menjaga hubungan dengan Allah, insha-Allah, Allah akan
memudahkan urusan ketika peperiksaan. Bukan itu sahaja, solat dan mengaji juga merupakan
terapi diri.

TIP 19 – Menjaga masa
Tidak membazir masa begitu sahaja. Pelajar cemerlang mempunyai jadual harian dan jadual
belajar. Jadual harian merupakan jadual yang digunakan bagi merancang aktiviti seperti
sekolah, tuisyen, ulang kaji, riadah, rehat, tidur, berkawan dan sebagainya. Manakala jadual
belajar pula ialah jadual yang digunakan bagi merancang pembelajaran anda.

TIP 20 – Sanggup berkorban
Remaja mana tidak sukakan hiburan dan keseronokan. Tetapi bagi pelajar cemerlang, mereka
mengekang perasaan berhibur dan berseronok yang akan menjejaskan pelajaran. Mereka
sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Mereka belajar lebih lama berbanding
pelajar lain, lebih gigih, bersungguhsungguh, sanggup membelanjakan wang yang banyak
bagi tuisyen dan membeli buku-buku tambahan serta tidak terlibat dengan cinta monyet yang
melalaikan.

Tahniah , Sekalung budi

- Pengurusan Dan Pentadbiran SMK Layang –Layang.
- Barisan Guru SMK Layang – Layang.
- Saudari Nurul Amira Bt Musa
Jurusan Sains Hayat
Kolej Matrikulasi, Johor
- Saudari Nurul Izzah Najwa Bt Ishak.
Jurusan Sains Fizikal
Kolej Matrikulasi , Johor
- Saudara Mohd Haziq Ziqry Bin Mohd Khairudin
Diploma Halal Industri
Kolej Profesional Mara,Melaka


Click to View FlipBook Version