PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MPU 2183
TAJUK E- FOLIO:
KESAN-KESAN NEGATIF AKTIVITI JENAYAH DALAM MASYARAKAT
NAMA & NO MATRIKS:
MUHAMMAD HAZMAN BIN AZHAR (2253008 / ES53)
MUHAMMAD NUR ZIKRI BIN MOHD SAAD (2253007 / ES53)
MUHAMMAD FAHIM BIN HAMDAN (2253009 / ES53)
MUHAMMAD ASYRAF AIEMAN BIN YAHYA (2253036 / ES53)
MUHAMMAD AIMAN HAKIMI BIN RIZAL (2253042 / ES53)
MUHAMMAD SHAH RAZIE BIN AHAD (2253045 / ES53)
MUHAMMAD HAFIZ NAQIUDDIN BIN JOHARI (2211002 / IS11)
MUHAMMAD FAIDHI BIN ZULKARNAIN (2212019 / IS12)
NAMA PENSYARAH:
MOHD ADIB AKMAL AHMAD SHATHIR
SESI PEMBELAJARAN:
SESI 1 2022/2023
PENGENALAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala kerana
limpah kurnia, taufik dan hidayat-Nya, kami dapat menyempurnakan kerja kursus ini. Kerja
kursus ini bertajuk kesan-kesan negatif aktiviti jenayah dalam masyarakat yang perlu kami
bincangkan. Besar harapan kami sekiranya kerja kursus ini dijadikan bahan rujukan dan bahan
bacaan asas kepada para pelajar-pelajar yang akan meneruskan bidang ini.
Kerja kursus ini sangat penting kerana ia mengandungi kesan-kesan negatif aktiviti
jenayah dalam masyarakat yang dapat membuka mata, telingan dan mulut masyarakat dalam
bertindak tegas dalam hal ini. Kerja kursus ini diharapkan dapat memberi kesan yang besar
bukan sahaja dari segi penguasaan tetapi dapat menyebarkan ke seluruh masyarakat.
Jenayah ditakrifkan sebagai satu perbuatan yang membawa kepada kerosakan dan
kemudaratan kepada masyarakat kita seperti perbuatan mencuri, merompak, membunuh
dan rasuah. Kebelakangan ini, isu jenayah acap kali terpampang pada muka akhbar dari masa
ke masa. Isu jenayah semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat kita seperti kata
peribahasa cendawan tumbuh selepas hujan. Lebih-lebih lagi pada masa ini, perbuatan
jenayah bukan sahaja sekedar perbuatan yang dilakukan secara nyata dengan fizikal, namun
juga secara siber yang melibatkan kegiatan penggodaman internet dan pembulian siber yang
semakin rancak kelihatan akhir-akhir ini. Oleh itu persoalannya, apakah kesan-kesan yang
akan dihadapi oleh masyarakat jika usaha membanteras jenayah tidak ditangani dengan
segera?
Salah satu kesan tidak menangani gejala jenayah ialah masyarakat akan hidup dalam
kegelisahan sepanjang masa kerana keselamatan mereka tidak terjamin. Masyarakat akan
sentiasa berasa risau ketika hendak melakukan apa-apa aktiviti sama ada di dalam rumah atau
di luar rumah. Tamsilnya, marhaen akan berasa gundah gelana ketika sedang berada di luar
rumah ketika bekerja atau belajar kerana risau rumahnya akan dirompak. Manakala ketika
berada di dalam rumah pula mereka risau sekiranya rumahnya dimasuki penyamun sedang
mereka tidur pulas. Keadaan di mana terdapatnya ramai penjenayah yang masih lagi berlegar-
legar secara bebas dalam masyarakat membuatkan marhaen tidak dapat hidup tenang
kerana pada bila-bila masa sahaja nyawa atau harta mereka boleh terkorban pada tangan
penjenayah. Perkara ini turut mengehadkan kebebasan masyarakat dalam kehidupan
seharian. Kerisauan sepanjang masa ini menjadikan masyarakat berada dalam keadaan
seperti cacing kepanasan dan pergerakan mereka untuk melakukan apa-apa aktiviti menjadi
terhad. Tegasnya, masyarakat akan hidup dalam kegelisahan kerana keselamatan mereka
tidak terjamin disebabkan oleh keberadaan penjenayah-penjenayah yang masih belum
ditangkap oleh pihak berkuasa dalam masyarakat kita.
Selain itu, banyak nyawa insan yang suci dan nirmala akan terkorban akibat gejala jenayah
yang tidak ditangani dengan segera. Penjenayah-penjenayah tentunya akan menjadikan
golongan yang dhaif dan lemah sebagai target kejahatan mereka seperti kanak-kanak. Sering
kali kita mendengar kanak-kanak yang masih berusia setahun jagung, setampuk
pinang menjadi mangsa penculikan dan pembunuhan yang bagaikan tiada belas kasihan
langsung dan perikemanusiaan langsung dalam diri penjenayah tersebut.
Ketika zaman nenek moyang kita di mana kadar jenayah adalah cukup rendah, anak-
anak boleh sahaja dibiarkan begitu sahaja bermain-main dengan rakan-rakannya di luar
rumah. Namun keadaan kini amat kontradiktif dengan keadaan dahulu kala, anak-anak tidak
boleh dibiarkan berkeliaran di luar rumah tanpa pengawasan ibu bapa waima sedetik pun
kerana terdapat penculik anak-anak yang sentiasa menunggu peluang untuk menculik mereka
seperti yang terjadi kepada adik Nurul Huda Abdul Ghani yang telah meninggal dunia dalam
kondisi yang paling kejam dan hina sekali pada 2004. Kejadian yang menyayat hati ini telah
menggemparkan rakyat Malaysia sekaligus membuktikan bahawa taraf keselamatan
masyarakat di negara kita masih berstatus rendah. Seiring berjalannya waktu, statistik
menunjukkan bahawa semakin banyak nyawa anak yang berusia dini yang terkorban akibat
perbuatan tidak bermoral dan berhati perut ini.
Lebih-lebih lagi, dengan perkembangan teknologi maklumat, suspek-suspek ini dapat
memperoleh maklumat target-target mereka melalui akaun sosial ahli keluarga target. Berapa
lagi nyawa yang perlu dikorbankan sehingga pihak berkuasa mengambil tindakan tegas
terhadap pelaku-pelaku ini? Sesungguhnya,jika gejala jenayah tidak ditangani dengan segera,
nescaya banyak nyawa yang seharusnya menjadi penerus generasi bangsa akan terkorban.
Dalam nada yang lain, kesan tidak menangani gejala jenayah ialah akan terjadinya
keruntuhan akhlak dan moral masyarakat kita. Hal ini akan berlaku kerana semakin
berleluasanya gejala jenayah dalam norma masyarakat kita, masyarakat kita terutamanya
mereka yang berdarah muda dan masih dalam proses mengenali yang mana intan dan
permata akan mula terbiasa dengan gejala-gejala ini. Mereka tidak akan menganggap gejala
jenayah sebagai suatu perkara yang amat hina dan patut dibejat tetapi mereka
menganggapnya sebagai suatu kemalangan yang menimpa orang lain sahaja. Lebih
malangnya lagi adalah apabila semakin ramai remaja yang mencontohi gejala-gejala jenayah
yang disaksikan di berita ataupun tayangan-tayangan hiburan dari Barat yang mempunyai
unsur budaya kuning dan gangsterisme.
Tidak hairanlah jika kebanyakan pelaku-pelaku jenayah juga terdiri daripada remaja
itu sendiri kerana minda mereka sudah dikotori dengan unsur jenayah kerana mereka
menganggapnya sebagai suatu cabaran yang menyeronokkan walhal perbuatan ini membawa
padah kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Tamsilnya, baru-baru ini pihak polis telah
menahan enam lelaki dan empat perempuan di bawah umur 17 tahun yang didapati positif
dadah ketika serbuan dilakukan di sebuah hotel di Georgetown. Berita ini telah membuktikan
bahawa gejala jenayah telah merebak seperti virus epidemis dalam kalangan masyarakat
terutamanya remaja kita. Tegasnya, akhlak moral masyarakat kita terutamanya golongan
remaja akan runtuh dan terus sirna seakan ditelan zaman jika gejala jenayah ini tidak
ditangani dengan segera.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada guru pembimbing kami atau pensyarah la,i iaitu Sir Mohd Adib Akmal
Ahmad Shathir kerana tidak jemu dalam memberi bimbingan, dorongan, sokongan dan tunjuk
ajar dalam membuat kerja kursus ini. Semoga kemahiran-kemahiran dalam kerja kursus ini
akan dapat dimanfaatkan secara berterusan, Amin.
ISI JENAYAH
Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang pemerintahan
sesuatu tempat. Perbuatan yang menyalahi syarak juga merupakan jenayah. Kerana syara’
merupakan sebuah perundangan islam yang telah dibuat oleh Allah.
Adalah apa apa perlakuan salah yang berkaitan dengan komputer (internet) yang
memberi kesan buruk dan penderitaan kepada si mangsa. Kita boleh lihat jenis-jenis jenayah
cyber yang sedang berleluasa sekarang sebagai contoh :
1. penipuan internet (scammer)
2. penggodam (hacker)
3. pornografi
4. skim cepat kaya
Penipuan internet (scammer) adalah penipuan yang dilakukan diatas talian sama ada
panggilan atau internet dengan tujuan untuk mendapat keuntungan dengan cara cepat,
dengan cara memberi kata-kata dan janji-janji manis yang akan mendapat keuntungan besar
untuk menarik perhatian si mangsa.
Penggodam (hacker) di sini adalah berkenaan penggodam keselamatan yang
meneroka kaedah untuk melanggar pertahanan dan mengeksploitasi kelemahan dalam
sistem komputer atau rangkaian yang menggunakan komputer untuk mendapatkan akses
kepada maklumat tanpa kebenaran dan pornografi adalah gambaran perkara seksual untuk
tujuan rangsangan seksual yang mana penggodam juga boleh mendapatkan gambar ataupun
video dalam sekelip mata sahaja.
Skim cepat kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau
dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat bahawa wang deposit
tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi
wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-
institusi kewangan berlesen.
Kesan buruk yang kita boleh nampak ialah mangsa tersebut kehilangan sejumlah wang
apabila maklumat transaksi perbankan diakses mudah oleh penggodam dan kebanyakan data
peribadi kita akan senang diakses. Selain itu, mempengaruhi golongan-golongan terdesak dan
cetek pemikirannya untuk melakukan penipuan di internet. Ia akan lebih mudah tertipu lebih-
lebih lagi apabila ilmu berkaitan internet kurang ia akan lebih menyenangkan diri kita
termasuk dalam mangsa penipuan. Seterusnya, Pelbagai maklumat tidak kira sama ada benar
atau salah, idea, ideologi, propaganda. Orang ramai akan tertipu. Jadi pergaduhan dan
kesalahfahaman mungkin akan berlaku yang menyebabkan mangsa yang ditipu tersebut
hilang arah tuju
Selain itu, jenayah seksual terhadap golongan kanak-kanak dan remaja juga banyak
berleluasa .Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merekodkan sebanyak
6,897 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan remaja bagi tempoh tiga tahun antara
2018 hingga 2020.Data polis mendapati pelbagai aplikasi media sosial digunakan remaja serta
kanak-kanak antaranya WhatsApp, WeChat, Instagram, Facebook, MiChat, Telegram, Bigo,
Messenger, BeeTalk, TikTok dan Twitter menyumbang kepada perlakuan jenayah seksual ini.
Kesan jenayah ini terhadap mangsa itu, ia sudah pasti akan menjejaskan fizikal dan
mental mangsa sebagai contoh,fobia,depresi,kemurungan,serangan panic dan sebagainya.
Jenayah seksual ini menyebabkan masyarakat menjadi panik dan mengancam keharmonian
persekitaran masyarakat kita.Hal ini menyebabkan masyarakat kita hidup dalam suasana yang
negatif.
Seterusnya, kita boleh ambil contoh penderaan kanak –kanak. Ia merujuk kepada penderaan
kanak-kanak merujuk kepada penderaan secara fizikal dan emosi, penderaan seksual,
kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk sebarang bentuk eksploitasi atau
komersial.
Penderaan Kanak-kanak secara amnya dibahagikan kepada empat jenis penderaan termasuk:
1. Penderaan fizikal
2. Penderaan seksual
3. Penderaan emosi
4. Pengabaian
Penderaan fizikal
Kecederaan fizikal termasuk dari kecederaan ringan sehingga kematian. Ia menjadikan
pendera akan mendera kanak – kanak dengan menggunakan tangan, kayu dan sesuatu yang
tajam. Biasanya pendera tiada niat untuk mendera anak – anak kecuali disebabkan tujuan
untuk mendisiplin yang sangat berlebihan. Selain itu, ada juga penjaga yang tertekan di
tempat kerja dan melepaskan marahnya kepada anak-anaknya.
Penderaan seksual
Ada sesetengah penjaga yang bernafsu dengan anak-anaknya. Biasanya ia berlaku
disebabkan oleh suami yang kematian isteri yang tidak dapat memuaskan nafsu. Ia juga dapat
mempengaruhi atau memaksa kanak-kanak dalam aktiviti seksual yang bertentangan dengan
undang-undang. Setiap kanak-kanak berhak mempunyai seorang dewasa yang dapat
menyayangi dan menyokong mereka untuk membesar
Penderaan emosi
Penderaan emosi biasanya sukar untuk dibuktikan kerana tiada kesan fizikal yang
berlaku dan Biasanya berlaku apabila penderaan jenis lain dikenal pasti contohnya:
1) Tabiat suka mengenakan orang lain
2) Memperkecil dan memalukan
3) Menolak perawatan
4) Mengurung kanak-kanak di dalam almari gelap
Contoh kes
Terbaharu seperti yang dilaporkan oleh sebuah tabloid, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Selangor mencatatkan 1,910 kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak di antara Mac 2020
hingga Mac tahun lepas. Begitu juga kes yang digemparkan di media sosial dan media cetak
berkenaan penderaan kanak-kanak istimewa yang dikenali sebagai Bella yang membawa
kepada kecederaan yang begitu teruk oleh penjaganya. Perbicaraan kes ini sedang
berlangsung di mahkamah dan mendapat perhatian meluas di media dan dalam kalangan
netizen di media sosial.
Rata-rata mengharapkan agar kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan nasib adik Bella
akan terbela sebaiknya sehinggakan simpati itu diterbitkan jelas dengan wujudnya tanda
pagar Justife For Bella (#justiceforbella keadilan untuk Bella) meraih jutaan perkongsian di
platform-platform maya sosial.
Kes-kes penderaan sebegini sebenarnya sangat membimbangkan semua pihak, apatah lagi
Malaysia yang telah hampir 65 tahun mengecapi kemerdekaan. Kemerdekaan yang berjaya
membawa negara keluar daripada belenggu penjajahan, rupa-rupanya belum sepenuhnya
disusuli dengan pembangunan nilai-nilai ketamadunan dan keibubapaan yang sewajarnya
oleh sebilangan kita dalam masyarakat.
Contoh seterusnya kita boleh ambil penyalahgunaan dadah. Pengertian dadah dan
penyalahgunaan dadah adalah benda yang berbeza. Pengertian dadah boleh ditakrifkan
bahan yang menyebabkan perubahan dalam fisiologi atau psikologi organisma semasa
diambil. Dadah dapat dibezakan dari makanan dan bahan yang memberikan sokongan nutrisi.
Penggunaan dadah
bolehmelalui penyedutan, suntikan, merokok, pengingesan, penyerapan melalui tampalan p
ada kulit, supositori, atau melarutkannya di bawah lidah.
Contoh dadah:
1)Candu
2)Ganja
3)heroin
4)Morfin
Manakala definisi Penyalahgunaan bahan, lebih dikenali juga sebagai salahguna
dadah, adalah corak penggunaan sesuatu bahan (dadah) di mana pengguna menggunakan
bahan itu dalam jumlah atau dengan cara-cara yang merbahaya kepada diri sendiri atau
orang lain disekeliling.1
Kesan penyalahgunan dadah kepada masyarakat. Antara kesan penyalahgunaan
dadah kepada masyrakat adalah;
Suasana hidup masyarakat tidak tenteram kerana timbul pelbagai jenayah seperti
mencuri,merompak,pecah rumah dan sebagainya.
Perpecahan dan kemunduran dalam masyarakat berlaku akibat penglibatan anak-
anak muda dengan dadah,ini adalah kerana mereka tidak lagi berminat untuk memajukan diri
ke tahap yang lebih tinggi seperti menuntut ilmu dan melakukan kerja-kerja kebajukan dalam
masyarakat.
Permusuhan antara kaum akan berlaku sekiranya terdapt kaum lain terlibat secara
aktif dalam kegiatan penjualan dan pengambilan dadah manakala kaum yang lain pula
menjadi penagih.
KESIMPULAN
Berdasarkan huraian-huraian diatas, terbuktilah bahawa banyak kemudaratan yang
akan menimpa masyarakat kontemporari jika gejala jenayah tidak ditangani dengan segera.
Gejala jenyah yang semakin berleluasa mengundang keresahan dalam masyarakat kita kerana
konsekuensinya bukan sahaja kepada masyarakat kini, namun juga kepada generasi yang
akan datang kelak. Kesimpulannya, pihak bertanggungjawab seharusnya mengambil
langkah proaktif dalam membendung kemelut jenayah ini sebelum menjadi barah dalam
kehidupan masyarakat kita.
Kita sebagai anggota masyarakat juga sewajarnya membantu pihak berkuasa dalam
menangani masalah ini dengan melaporkan segala bentuk jenayah yang berlaku dengan
segera untuk mengelakkan masalah yang lebih besar. Marilah kita semua berganding
bahu dan menggembleng tenaga dalam prakarsa membendung gejala jenayah dalam
masyarakat kita. Janganlah kita menjadi seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing dan melepaskan tangan begitu sahaja dalam perihal ini kerana kita sebagai
manusia yang hidup dalam suatu komuniti mestilah menjaga kemaslahatan masing-masing
agar kita dapat hidup dalam keharmoniaan dan keamanan. Sekiranya semua orang
memandang enteng gejala jenayah dengan sebelah mata, tidak takutkah kita bahawa kita
atau keluarga tersayang kita sendiri akan menjadi mangsa jenayah yang seterusnya? Oleh
itu, tepuk dada, tanyalah selera. Gejala jenayah ini tentunya dapat diletakkan titik noktah jika
semua anggota masyarakat memainkan peranan masing-masing dalam menyekat aktiviti
gejala jenayah dalam masyarakat kita.
RUJUKAN
1) Jenayah siber (slideshare.net)
2) Security hacker - Wikipedia
3) https://ms.wikipedia.org/wiki/Dadah
4) https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyalahgunaan_bahan