SEKOLAH KEBANGSAAN PINJI
PERSIARAN BUNGA RAYA
31650 IPOH, PERAK
MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
KALI KE-19
SESI 2021/2022
TARIKH : 25 JUN 2022
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN HARMONI, SK PINJI
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
Notis Mesyuarat Agung PIBG kali Ke- 19 1
Aturcara Majlis 2
Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali Ke -19 2
Senarai Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 3
Minit Mesyuarat Agung PIBG kali Ke -18 4 - 11
Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2021 12
Penyata Kewangan 2021 hingga 31.1.2021 13 - 17
Mesyuarat AJK PIBG sesi 2021/2022 18
Jawatankuasa Pengelola Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 19
Usul dan cadangan 20 - 22
Perlantikan Jawatankuasa PIBKS SK Pinji tahun 2022/2023 23
Penghargaan 24
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN PINJI
PERSIARAN BUNGA RAYA
31650 IPOH, PERAK.
KOD SEKOLAH : ABA 2064 Tel/Fax: 05-3211778
Ruj. Kami : SKPi(PIBG)01/06/04(5)
Tarikh : 13 Jun 2022
Kepada,
Ibu bapa / Penjaga SK Pinji
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 19 – SESI 2021/2022
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Pinji akan
diadakan seperti berikut:
Tarikh : 25 Jun 2022 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Harmoni SK Pinji
Tuan dijemput hadir pada hari tersebut.
2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
2.1 Ucapan Pengerusi PIBG
2.2 Ucapan Penasihat PIBG
2.3 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu
2.4 Membentang dan menerima Laporan Tahunan
2.5 Membentang, menerima laporan dan meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2021
2.6 Membahaskan usul
2.7 Ucapan Penangguhan
Kerjasama dan kehadiran tuan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan Amanah,
........................................................................
(HAFIZIN NAIM BIN MUHAMMAD SANUSI )
Setiausaha PIBG
SK : Penasihat PIBG
YDP/AJK PIBG
1
ATURCARA MAJLIS
8.00 pagi : Pendaftaran ibu bapa dan guru
8.15 pagi : Tayangan multimedia
8.45 pagi : Para tetamu dan ibu bapa mengambil tempat
9.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku
: Bacaan doa
:Ucapan Pengerusi Majlis
:Ucapan YDP PIBG
:Ucapan Perasmian – GB SK Pinji
Majlis berehat
10.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-19 dimulakan
: Agenda Mesyuarat : -
❖ Ucapan YDP PIBG
❖ Membentang dan mengesahkan Minit
Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu
❖ Membentang dan menerima Laporan
Aktiviti Tahunan
❖ Membentang, menerima dan meluluskan
Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember
2021
❖ Membahaskan usul
: Cabutan Bertuah 1
❖ Lantikan AJK PIBKS
❖ Ucapan Penangguhan
: Cabutan Bertuah 2
11.00 pagi : Bersurai
2
SENARAI JAWATANKUASA PIBG
SESI 2021/2022
Penasihat : En. Yusuf Bin Yeop Yunus (Guru Besar SK Pinji)
Yang Dipertua : En. Abdul Halim Bin Aripin
Naib Yang Dipertua : En. Suhaimi Bin Mohd Yusuf
Setiausaha : En. Hafizin Naim Bin Muhammad Sanusi
Bendahari : Pn. Nora’ini Binti Abdul Rahman
Ahli Jawatankuasa : Wakil Pihak Guru
1. Pn Azlina binti Mohamed Suhaibudeen
2. Pn Shavita A/P Aiyathurai
3. Cik Thavamani A/P Selvan
4. Pn Norhasikin binti Ahmad Alwi
: Wakil Ibu Bapa
1. En Mohamad Aznir bin Abdul Samad
2. Pn Fatimah binti Jamaluddin
3. En Mohd Faizal bin Razali
4. En Mohd Shubaily bin Abdul Kader
Juru Audit : 1. Pn Noor Zaimah Zakiah bt Mohd Yusof (Guru)
2. En. Mohd Nur Helmi Bin Mohamad Salim (Ibu Bapa)
3
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN PINJI
PERSIARAN BUNGA RAYA , 31650 IPOH PERAK
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-18 SESI 2021
TARIKH : 10 April 2021
HARI : Sabtu
MASA : 9.30 pagi
TEMPAT : Dalam Talian ( Google Meet)
KEHADIRAN : 97 orang
AGENDA 1 : Ucapan YDP PIBG – En. Mohd Azidi Bin Abdul Aziz
1.1.1 Ucapan terima kasih kepada pihak sekolah dan ibu bapa yang dapat hadir di dalam talian
bagi Mesyuarat Agung Kali ke-18 bagi sesi 2021.
1.1.2 Ucapan terima kasih kerana telah memberikan maklumbalas dengan memberikan
cadangan-cadangan dan usul pada mesyuarat kali ini. Sumbangan daripada ibu bapa
berupa kewangan, idea dan tenaga amat diperlukan bagi melancarkan aktiviti yang telah
dirancang di sekolah.
1.1.3 Diharap mesyuarat dapat dijalankan dengan ringkas, teratur, lancar dan mendapat
kerjasama semua pihak.
1.1.4 Jumlah minima kehadiran yang diperlukan bagi menjalankan mesyuarat ini adalah
sebanyak 45 orang (3 kali ganda jumlah AJK PIBG). Ini melayakkan untuk
melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-18. (Jumlah terkini 97 orang yang
berdaftar di e-Kehadiran).
4
1.1.5 YDP rasa bersyukur kerana pada tahun lepas, pihak PIBG dan sekolah sempat
melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 7hb Mac 2020 sebelum PKP
dikuatkuasakan pada 18hb Mac.
1.1.6 Mesyuarat ini boleh dilaksanakan secara bersemuka dengan SOP yang telah ditetapkan
tetapi pihak PIBG telah memutuskan untuk melaksanakan secara dalam talian kerana
Negeri Perak masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Dengan
ini dapat mengurangkan risiko penyebaran Covid-19.
1.1.7 YDP mewakili PIBG SK Pinji berharap ibu bapa bersama-sama dapat mengingatkan
anak-anak untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Ibubapa diminta menilai tahap
kesihatan anak-anak, jika bergejala seperti batuk, demam dan selsema, diminta agar
tidak menghantar anak-anak ke sekolah kerana dikhuatiri berjangkit kepada rakan-
rakan sekelas.
1.1.8 Pihak PIBG telah membiayai kos kerja-kerja penyediaan SOP berdasarkan spesifikasi
yang telah ditetapkan. YDP mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Guru Besar,
para Pentadbir dan guru-guru yang bertungkus lumus dalam menyediakan SOP
penjarakan. Pihak PIBG juga telah membekalkan 20 liter hand sanitizer untuk
keperluan sekolah pada tahun lepas.
1.1.9 YDP mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah membuat bayaran yuran
pada tahun lepas. Kadar bayaran yuran boleh rujuk di dalam buku program muka surat
14. Kadar asal yuran yang disokong semasa Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas
telah pun mendapat kelulusan daripada Pendaftar Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
1.1.10 Ada dikalangan ibubapa yang terjejas pendapatan mereka dan pada masa yang sama
kerajaan telah mengarahkan penutupan sementara sekolah. Semua aktiviti dan program
yang telah dirancang tidak dibenarkan untuk dilaksanakan. Pihak PIBG bersetuju untuk
menyemak semula kadar yuran dan sumbangan. Kadar yuran baru adalah seperti jadual
berikut:
P. Khas Th.1 Th.2 Th.3 Th.4 Th.5 Th.6
Bil Perkara
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
Sumbangan PIBG
1. 100.00 35.00 35.00 35.00 35.00 35.00 35.00
(Sekeluarga)
2. Program Komputer - - - - - -
Program Peningkatan
3. - - - 10.00 10.00 -
Akademik
Jumlah Besar 100.00 35.00 35.00 35.00 45.00 45.00 35.00
5
1.1.11 Pemilihan Barisan Pentadbiran PIBG yang baharu akan dijalankan . YDP berharap
semoga pemilihan berjalan dengan lancar dan secara peribadi menolak apa-apa jawatan
di dalam pemilihan yang akan dilaksanakan bagi memberi ruang kepada pentadbiran
baharu untuk melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan.
AGENDA 2 : Ucapan Penasihat – Tuan Guru Besar , En. Ahmad Khairi Bin Che Zaberi
2.1.1 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis, barisan Pentadbir,
YDP, AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa yang sudi melapangkan masa bagi mesyuarat
PIBG.
2.1.2 Guru besar bersyukur kerana dapat menjalankan mesyuarat secara maya menggunakan
aplikasi ‘Google Meet’.
2.1.3 Pembelajaran secara bersemuka telah pun bermula sejak 1 Mac 2021 dan semoga PdPr
tidak akan dijalankan semula akibat pandemik Covid-19.
2.1.4 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada YDP kerana telah memberi banyak
sumbangan kepada pihak sekolah. PIBG telah menyumbang sebuah LCD projektor di
bawah unit ICT sekolah. PIBG juga telah menyumbang ‘sanitizer’ untuk kegunaan
murid-murid.
2.1.5 Ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sokongan semasa proses
penyuraian murid-murid selepas waktu sekolah.
AGENDA 3 : Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 17
2020
3.1.1 Pn. Noorsoharah Bt. Sulaiman selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 2020 untuk disahkan.
3.1.2 Tiada perkara berbangkit
3.1.3 Pencadang : Pn. Suhaila binti Mohd Ali
Penyokong : Pn. Aliza binti Tarmizi
AGENDA 4 : Membentang dan Menerima Laporan Tahunan
4.1.1 Pn. Noorsoharah Bt. Sulaiman selaku Setiausaha PIBG membentangkan Laporan
Tahunan untuk disahkan.
4.1.2 Dua aktiviti sahaja yang dapat dijalankan iaitu Sukan Sekolah dan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-17 kerana pandemik covid-19. (Rujuk ms 15 )
4.1.3 Pencadang : Encik Abdul Halim bin Ariffin
Penyokong : Encik Suhaimi bin Mohd Yusop
6
AGENDA 5 : Membentang, Menerima Dan Meluluskan Penyata Kewangan
5.1.1 En. Izwan Bin Md Zain menerangkan bahawa, mengikut Perlembagaan PIBG SK Pinji
Kaedah F iaitu Kuasa bagi membelanjakan wang Persatuan. Segala cek atau kenyataan
pengeluaran wang dari akaun Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh
Bendahari dan Yang Dipertua atau Setiausaha. No akaun PIBG SK PINJI
158033155972 Maybank Pasir Putih, Ipoh Perak.
5.1.2 En. Izwan Bin Md Zain selaku Bendahari PIBG membentangkan Laporan Kewangan
PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2020 untuk diterima. (rujuk muka surat 17
hingga 20 )
5.1.3 Pencadang : Pn. Suhaila Bt Mohd Ali
5.1.4 Penyokong : Pn. Fatimah Bt Jamaluddin
AGENDA 6 : Membentangkan Usul – En. Mohd Azidi Bin Abdul Aziz (YDP PIBG)
6.1.1 PIBG menerima 6 usul untuk dibahaskan di dalam Mesyuarat Agung kali ke -18 ini.
Pengerusi meminta ibu bapa merujuk kepada buku mesyuarat (ms 10).
6.1.2 Pembawa Cadangan / Usul
Pembawa Usul 1: Pn Fadhilah Binti Hj Zawawi.
Maklumbalas usul :
YDP memaklumkan bahawa sebelum ini pihak PIBG tidak dimaklumkan akan perkara
ini. Namun begitu, itu tidak bermakna pihak PIBG tidak mengambil tahu akan hal ini
kerana ia boleh melibatkan kecederaan jika cermin tingkap tersebut pecah. Sekolah
perlu melihat kepada kuantiti dan kos yang terlibat untuk kerja-kerja baikpulih.
7
Jika melibatkan kos yang besar seperti perlu menukar set-set tingkap nako tersebut,
pihak sekolah perlu melaporkan kepada Unit Pembangunan, Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD) supaya pihak PPD dapat menghantar kontraktor-kontraktor yang berdaftar untuk
melaksanakan kerja-kerja selenggara dan baikpulih untuk tingkap yang longgar, ia perlu
ditukar mengikut set lengkap dengan cermin. Tetapi jika kuantiti kerosakan tersebut
sedikit, pihak PIBG boleh mempertimbangkan untuk kerja selenggara kecil. PIBG akan
mengganti keseluruhan tingkap nako tersebut, mungkin pihak PIBG boleh
membekalkan “Water-Displacement Spray” (WD) untuk anti- karat. Harapan YDP
semoga pentadbiran baharu boleh mengambil tindakan yang sewajarnya untuk usul
tersebut.
Pembawa Usul 2 : En Muhammad Azmir Bin Mohd Yusof.
Maklumbalas usul :
YDP maklumkan sebelum ini terdapat beberapa tandas (lebih daripada 20 tandas) yang
tidak boleh digunakan langsung disebabkan oleh tiada kepala paip, getah, tiada selak
pintu tandas dan “high level cistern” yang tidak berfungsi. Pihak PIBG telah mengambil
tindakan berdasarkan usul yang dibawa oleh En Fauzul Azim pada Mesyuarat Agung
Tahunan ke-17. Setelah itu baru tandas-tandas tersebut dapat digunakan. Untuk
makluman juga tandas Tahap 1, hampir keseluruhan tandas telah diganti “high level
citern” yang baharu. Mungkin pihak PIBG terlepas pandang untuk beberapa tandas.
Insha Allah perkara ini akan diselesaikan kerana tidak melibatkan kos yang besar.
Pembawa Usul 3 : Pn Noranizah Binti Arif
Maklumbalas usul :
YDP menyatakan keperluan papan kenyataan PIBG untuk menyalurkan maklumat
adalah kurang praktikal buat masa sekarang disebabkan ibu bapa tidak dibenarkan
untuk berada di dalam kawasan sekolah. Pihak PIBG semasa di awal pentadbirannya
pada tahun 2019 dahulu, PIBG telah berbincang dan mengambil usaha untuk
menghidupkan kembali laman sosial FACEBOOK SK Pinji seperti yang tertera di muka
hadapan Buku Program ini. Ibu bapa dapat mengikuti secara lebih efisen berkaitan
aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak sekolah dan PIBG di dalam FB
tersebut.
Pentadbiran PIBG yang baharu dapat menyediakan carta organisasi, beserta no. telefon
8
dan gambar di dalam laman FB SK Pinji tersebut. Menjawab kepada usul 3.3, YDP
menjelaskan bahawa pihak PIBG SK Pinji sentiasa prihatin dengan perkara tersebut.
Disebabkan itu, di dalam Mesyuarat AJK ke 3 pada bulan Ogos 2020, PIBG telah
mengurangkan “on average basis” sebanyak 50.37% yuran tetapi untuk yuran
sumbangan PIBG masih dikekalkan sebanyak RM35. Untuk makluman , pada tahun
2019, PIBG telah membuat kutipan sebanyak RM12,570 berbanding tahun 2020 hanya
RM5,310 sahaja yang berjaya dikutip. Penurunan jumlah kutipan sebanyak -RM7,260
bersamaan -57.76% dan peratusan ibubapa yang membayar yuran juga menurun
daripada 81% pada 2019 kepada hanya 59.3% sahaja pada tahun lepas. Pihak PIBG
memberi kelonggaran untuk membuat pembayaran yuran secara ansuran supaya tidak
membebankan ibu bapa.
Pembawa Usul 4 : En Muhammad Firdaus Abd Shani
Maklumbalas usul :
YDP maklumkan bahawa pihak sekolah telah memberi kebenaran kepada ibu bapa
untuk menghantar dan mengambil anak-anak di dalam kawasan sekolah jika cuaca
hujan. Untuk menyediakan laluan jalan berbumbung atau istilahnya gajah menyusur,
memerlukan kos yang sangat tinggi. (Anggaran kasar sahaja) Jika jarak dari gate ke
blok bangunan dalam 130 kaki panjang, kos untuk memasang metaldeck SWG28
lengkap dengan “cement render path” dianggarkan lebih kurang RM25k-RM30k dan
ini memerlukan kos yang sangat tinggi dan perlu dirujuk oleh pihak sekolah ke Unit
Pembangunan PPD untuk dipertimbangkan.
AGENDA 7 : Pembubaran AJK PIBG 2019/ 2020
7.1.1 Yang Dipertua PIBG memohon kemaafan jika ada kekurangan dan kelemahan
sepanjang pentadbiran PIBG di bawahnya. Terima kasih di atas tunjuk ajar dan
bimbingan Tuan Penasihat, kerjasama daripada guru-guru Penolong Kanan, Setiausaha,
Bendahari Guru-guru dan AJK PIBG amat dihargai. Secara rasminya Jawatankuasa
PIBG Sesi 2019/2020 dibubarkan berkuatkuasa jam 10:33 pagi pada 10/04/2021.
AGENDA 8 : Pemilihan Jawatankuasa PIBG Bagi Sesi 2021/2022
8.1.1 Pn. Noorsoharah Bt. Sulaiman telah dilantik sebagai pengerusi sementara.
Cadangan : En. Abdul Halim Bin Arifin
Sokongan : Pn. Fatimah Bt Jamaluddin
9
8.1.2 Lantikan Jawatankuasa :
• YDP PIBG : En. Abdul Halim Bin Arifin
Pencadang : Pn. Fatimah Bt Jamaluddin
Sokong : En. Suhaimi Bin Mohd Yusuf
• NYDP PIBG : En. Suhaimi Bin Mohd Yusuf
Pencadang : En. Abdul Halim Bin Arifin
Sokong : Pn. Fatimah Bt Jamaluddin
• AJK Ibubapa PIBG
1. En. Mohamad Aznir Bin Abdul Samad
Pencadang : En. Abdul Halim Bin Arifin
Sokong : En. Fauzul Azim B. Baharuddin
2. Pn. Fatimah Bt Jamaluddin
Pencadang : En. Riduan B. Seman
Sokong : Pn. Khadijah Bt. Jamil
3. En. Mohd Faizal Bin Razali
Pencadang : En. Muhammad Syahir B Abdul Halim
Sokong : Sebulat suara
4. En. Mohd Shubaily Bin Abdul Kader
Pencadang : Lantikan sendiri
Sokong : Sebulat suara
• Juru Audit : En. Mohd Nor Helmi Bin Muhammad Salim
Pencadang : En. Abdul Halim Bin Arifin
Sokong : En. Suhaimi Bin Mohd Yusuf
8.1.3 AJK PIBG calon daripada guru-guru yang telah dilantik .
• Setiausaha : En Hafizan Naim B Muhammad Sanusi
• Bendahari : Pn Nora’ini Binti Abdul Rahman
• AJK :
1. Pn. Azlina Bt Mohamed Suhaibudeen
2. Pn. Shavita A/P Aiyathurai
3. Cik Thavamani A/P Selvan
4. Pn. Norhasikin Binti Ahmad Alwi
• Juru Audit : Pn. Noor Zaimah Binti Mohd Yusop
10
AGENDA 9 : Ucapan YDP Baru
9.1 YDP baru mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan semua dengan
lantikannya sebagai YDP PIBG sesi 2021/2022. Beliau berharap semoga pihak PIBG dan
sekolah dapat berjalan seiring demi kemajuan anak-anak didik yang bersekolah di Sk Pinji.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.10 pagi.
11
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG
SESI 2021/2022
Sepanjang tahun 2021/2022, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi membantu pihak
sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Berikut adalah
aktiviti yang melibatkan PIBG dan pihak sekolah.
BIL. PERKARA TARIKH PERLAKSANAAN
PROGRAM KHAS
1. e-Mesyuarat Agung PIBG ke-18 10 April 2021
2. e-Ceramah Sambutan Maulidurrasul 08 November 2021
3. Program Penyerahan Sumbangan Peranti 09 November 2021
4. Projek Etno Botani Park 08 Disember 2021
Aktiviti dan program tahun 2021 tidak banyak dapat dijalankan berikutan pandemik covid-19
12
13
14
15
16
17
MESYUARAT AJK PIBG SESI 2021/2022
Ahli Jawatankuasa yang dilantik telah mengadakan mesyuarat sebanyak 2
kali dan beberapa perkara telah dibincangkan dan diputuskan dalam
mesyuarat tersebut.
Tarikh-tarikh mesyuarat adalah seperti berikut:
(Tahun 2022)
1. Mesyuarat Pertama 29 Mac 2022 (Selasa)
2. Mesyuarat Kedua 20 Jun 2022 (Isnin)
Berikut adalah bilangan kehadiran AJK pada mesyuarat Ahlijawatankuasa:
BIL AJK PIBG 2021/2022 KEHADIRAN
1 En. Ahmad Khairi bin Che Zaberi* 1/2
2 En. Yusuf Bin Yeop Yunus* 1/2
3 En. Abdul Halim Bin Aripin 2/2
4 En. Suhaimi Bin Mohd Yusuf 0/2
5 En. Hafizin Naim Bin Muhammad Sanusi 2/2
6 Pn. Nora’ini Binti Abdul Rahman 2/2
7 En Mohamad Aznir bin Abdul Samad 1/2
8 Pn Fatimah binti Jamaluddin 0/2
9 En Mohd Faizal bin Razali 0/2
10 En Mohd Shubaily bin Abdul Kader 2/2
11 Pn Azlina binti Mohamed Suhaibudeen 2/2
12 Pn Shavita A/P Aiyathurai 1/2
13 Cik Thavamani A/P Selvan 2/2
14 Pn Norhasikin binti Ahmad Alwi 2/2
15 En. Mohd Nur Helmi Bin Mohamad Salim 2/2
16 Pn Noor Zaimah Zakiah bt Mohd Yusof 1/2
* Pertukaran Guru Besar
18
JAWATANKUASA PENGELOLA MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE-19
SK PINJI 2022
Penasihat : En. Yusuf bin Yeop Yunus (Guru Besar)
Pengerusi : En. Abdul Halim bin Aripin (Yang diPertua PIBG)
Timbalan Pengerusi : En. Suhaimi bin Mohd Yusuf (Naib Yang diPertua PIBG SK Pinji)
Naib Pengerusi 1 : En. Riduan bin Hj Seman (PK Pentadbiran )
Naib Pengerusi 2 : Pn Norasikin binti Yahaya (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 3 : Pn Salmah binti Ahmad (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 4 : En. Fauzul Azim bin Baharuddin (PK Pendidikan Khas)
Setiausaha : En. Hafizin Naim bin Muhammad Sanusi (Setiausaha PIBG)
Bendahari : Pn. Nora’ini binti Abdul Rahman (Bendahari PIBG)
JAWATANKUASA
PENDAFTARAN PENGACARA MAJLIS
PN.SHAVITA A/P AIYATHURAI(K) MOHAMMAD AZMIN BIN SALEH(K)
PN.SYABINAR BINTI MOHAMAD SHARIF MURNI BINTI MANSOR
PENCATAT MINIT PA SISTEM/LCD/LIVE
THAVAMANI A/P SELVAN(K) FRANCIS A/L VEDAMUTHU(K)
SURIATI BINTI KASIM IZWAN BIN MD ZAIN
ANG BEE FANG
PERSIAPAN PENTAS
NORHASIKIN BINTI AHMAD ALWI(K) BACAAN DOA
HASLINA BINTI SAMAT MUHAMMAD SYAHIR BIN ABDUL HALIM
NORFAIZA BINTI ISA
PERSIAPAN DEWAN
HADIAH CABUTAN BERTUAH ROSLAN BIN WALAT(K)
NURUL KAMALIAH BINTI ABDULAH (K) HAMIDAH BINTI SULAIMAN
NOORSOHARAH BINTI SULAIMAN
FADHILAH BINTI HJ ZAWAWI
SHARIFAH JUNITA BINTI SYED AMIR NORA'INI BINTI ABDUL RAHMAN
ROHANA BINTI MOHD. NOR
PEKERJA AM SEKOLAH
JAMUAN PENYAMBUT TETAMU
AZWANI BINTI SAMAUN (K)
GURU BESAR DAN GURU-GURU PENOLONG
PUTERI ROTHIAH BINTI MEGAT YAHAYA KANAN.
NOR HASMIDA BINTI AB HAMID
NORLAILA BINTI HAIDAR AJK PIBG
FOTOGRAFI LAPORAN DOKUMENTASI/PERLANTIKAN
MARLIYANA BINTI RAMLI (K) AJK PIBKS
AZLINA BINTI MOHAMED SUHAIBUDEEN (K)
GURSURINDAR KAUR A/P GURDIAL SINGH
BUKU PROGRAM KESELAMATAN/KEBERSIHAN
HAFIZIN NAIM BIN MUHAMMAD SANUSI (K) ABDUL RAZAK BIN ISMAIL(K)
HAZRINA BINTI MUHAMMAD YAZID MUHAMMAD SYAHIR BIN ABDUL HALIM
KHAIRIYAH BINTI MOHAMED AKHIR PENGAWAL KESELAMATAN
RAFIZA BINTI ABDUL RAHMAN
TAYANGAN SLIDE/QR CODE/LIVE
NOOR ZAIMAH ZAKIAH BINTI MOHD YUSOP(K)
19
USUL MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE 19
Usul 1
Pembawa: AJK PIBG
Cadangan sumbangan PIBG 2022 telah persetujui dalam mesyuarat AJK Bil 2 pada
20 Jun 2022 untuk dibentangkan semasa mesyuarat agung kali ke-19.
P. Th.1 Th.2 Th.3 Th.4 Th.5 Th.6
Bil Perkara Khas (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
(RM)
Sumbangan PIBG
1. 100.00 35.00 35.00 35.00 35.00 35.00 35.00
(Sekeluarga)
2. Peralatan ICT/Keceriaan - 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00
Program Peningkatan
3. - - - - 20.00 20.00 20.00
Akademik
Jumlah Besar 100.00 45.00 45.00 45.00 65.00 65.00 65.00
Usul 2
Pembawa: AJK Badan Kebajikan Pendidikan Khas (BKPK)
Cadangan sumbangan BKPK 2022 telah persetujui dalam mesyuarat AJK Bil 4 pada
23 Jun 2022 untuk dibentangkan semasa mesyuarat agung kali ke-19.
P. Th.1 Th.2 Th.3 Th.4 Th.5 Th.6
Bil Perkara Khas (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
(RM)
Sumbangan PIBG
1. 100.00 35.00 35.00 35.00 35.00 35.00 35.00
(Sekeluarga)
2. Peralatan ICT/Keceriaan - 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00
Program Peningkatan
3. - - - - 20.00 20.00 20.00
Akademik
Jumlah Besar 100.00 45.00 45.00 45.00 65.00 65.00 65.00
Usul 3
Pembawa: Yusliza Yakimir Binti Abdul Talib
1. Penyimpanan buku teks/kerja di sekolah yang ditempatkan di kelas, dicadangkan
untuk membeli box lutsinar (sama saiz & standard yg sama untuk semua murid)
Ibu bapa boleh menyumbang untuk membeli box berkenaan untuk anak-anak
Usul 4
Norzarimah Binti Arif
1. CARTA ORGANISASI PIBG SK PINJI (akan sy terangkan pada mesy agung PIBG)
2. CARTA AKTIVITI PIBG (akan sy terangkan pada mesy agung PIBG)
3. Jika ada hasil tanaman yg ditanam di kawasan sekolah boleh la di jual kepada
ibu bapa pelajar secara tak langsung boleh menambah dana PIBG.
20
Cadangan Ibu Bapa/Penjaga
Cadangan 1 - Shahrul Azhar Bin Mohd Kasim
1. Vending machine mohon jangan letak sebab fikir kesihatan anak, minum air
gas / bergula
Cadangan 2 - Ahmad Allnadhor Bin Hamim
1. Mengurangkan beban beg sekolah setiap hari. Mungkin dengan tinggalkan
buku di sekolah di dlm locker.
2. Saiz kantin yg kecil.
Cadangan 3 - Fauzul Azim Bin Baharuddin
1. Program pembangunan sukan murid dengan pibg watak utama
Cadangan 4 - Norzarimah Binti Arif
1. Perbaiki pintu toilet sekolah yg dah rosak.
2. Perbaiki kipas yg ada di dalam kelas jika rosak atau berbunyi bising
3. mohon tukar kan buku nota pendek ke nota panjang yg melibatkan mata
pelajaran 4buku nota pendek.
4. adakan aktiviti karnival supa dupa bagi membantu PIBG tambah dana.
5. Borang kebenaran ibu bapa untuk aktiviti sekolah adakah ibu bapa boleh
menolak untuk pelajar terbabit tidak menyertai program tersebut.
Cadangan 5 - Muhamad Amir Hakim Bin Md Nasir
1. Moga buku aktiviti dapat digunakan oleh guru sepenuhnya (sebab tidak
semua ibubapa berkemampuan termasuk saya)
Cadangan 6 - Saiful Ridzuan Bin Daud
1. Mohon panjangkan waktu kedai buku dibuka dari jam 0940 pagi - 1040 pagi.
2. Sekiranya murid tidak siapkan kerja sekolah, saya sarankan rotan sebagai
pengajaran.
Cadangan 7 - Masyila Bt Bujang
1. Tingkatkan keselamatan ketika pulang
2. Minta perbaiki kualiti makanan kerana anak beri tahu saya makanan terlalu
pedas.
Cadangan 8 - Muhammad Firdaus Bin Abd Shani
1. Menambahbaikkan dari segi menu makanan di kantin
21
Cadangan 9 - Nur Fatin Atiqah
1. Kerapkan aktiviti sukan
2. Ibubapa harus memberi peranan supaya mengambil anak pada setiap hari
persekolahan yang ditetapkan.
3. Mengambil peranan setiap pelajar yang mengalami kesukaran membaca.
Cadangan 10 - Muhammad Syafiq Bin Sallehuddin
1. Menyediakan tempat menyimpan barang untuk kemudahan murid
menyimpan buku-buku di samping dapat meringankan beban beg.
Cadangan 11 - Hanini Bt Fee
1. Buku aktiviti disimpan di sekolah bagi murid tahun 6
2. Kerja rumah diupload dalam group wasap.
Cadangan 12 - Hafizah Binti Zainudin
1. Makanan terlalu mahal
Cadangan 13 - Haslizah Bt Puteh
1. Menyediakan tempat menunggu murid-murid ditepi pagar sekolah (kawasan
tepi padang) bagi memudahkan anak-anak memerhatikan kenderaan
ibubapa@driver semasa pulang. Diharap agar cadangan ini dapat
memudahkan banyak pihak dan melancarkan trafik.
22
PERLANTIKAN JAWATANKUASA PIBKS SK PINJI
TAHUN 2022/2023
Pengerusi : En. Suhaimi Bin Mohd Yusuf (NYDP PIBG)
Naib Pengerusi :
Setiausaha : En. Hafizin Naim Bin Muhammad Sanusi
Bendahari : Pn. Nora’ini Binti Abdul Rahman
Biro Perhubungan : 1)
2)
Biro Peningkatan Akademik : 1)
2)
Biro Keagamaan & Kebajikan : 1)
2)
Biro Sukan & Rekreasi : 1)
2)
Biro Pembangunan Ekonomi & Dana : 1)
2)
Biro Keceriaan & Keselamatan : 1)
2)
23
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak-pihak berikut kerana telah
memberi sumbangan sama ada dalam bentuk wang, tenaga, peralatan dan
sebagainya.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pinji
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Pinji
Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Pinji
Guru-guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Pinji
Ibu bapa Sekolah Kebangsaan Pinji
24