Gradient Gradient
HARGA DIRI SEBAGAI
WARGANEGARA
NAMA : NGA HO KIE
KELAS : 5 ALPHA
01 MAKSUD
Harga diri sebagai warganegara
Keupayaan dan keyakinan
diri agar mampu memulia
dan menjaga maruah diri
dalam kehidupan.
02
Peranan dan tanggungjawab saya menjaga
maruah negara
Menjalin perpaduan Meningkatkan imej negara Menyemarakkan semangat patriotik
Saya mengadakan rumah terbuka dari Saya mempunyai aktif dalam bidang Saya mengibarkan bendera Jalur Gemilang semasa
semasa ke semasa untuk menjalinkan sukan dan harap dapat mewakili negara sambutan Bulan Kebangsaan.
perpaduan antara kaum untuk menang dalam pertandingan
supaya dapat meningkatkan imej
negara
03
Kejayaan warganegara yang
mengharumkan nama negara
Datuk Nicol Ann David
Datuk Nicol Ann David merupakan pemain skuasy profesional kebanggaan
setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Beliau adalah antara ikon sukan
negara yang paling dikasihi dengan pengalaman bersaing di peringkat
antarabangsa selama lebih daripada 20 tahun. Beliau merupakan pemain
pertama yang berjaya memegang gelaran pemain skuasy no. 1 dunia
selama 9 tahun berturut-turut. Beliau telah mengecapi kesemua kejayaan
dalam karier beliau, termasuk bergelar juara dunia sebanyak lapan kali,
selain memenangi lima pingat emas di Sukan Asia, dua pingat emas di
Sukan Komanwel dan 81 gelaran kejuaraan Jelajah Persatuan Skuasy
Profesional (PSA). Setelah membuat penampilan terakhir sebagai atlet
skuasy negara dalam Kejohanan Skuasy Terbuka British pada bulan Mei
lepas, Datuk Nicol akan terus aktif dalam membantu membangunkan
pelapis-pelapis muda sebagai jurulatih dengan berkongsi ilmu dan
kemahiran bersama jurulatih yang sedia ada.
Noor Neelofa
Usahawan, pelakon, pengacara serta ikon kecantikan ini telah
membanggakan Malaysia apabila telah terpilih menjadi penghias
majalah antarabangsa Forbes sebagai antara individu paling
berjaya di Asia yang berusia bawah 30 tahun.
Neelofa telah berjaya memasarkan Naelofar Hijab di lebih 38 buah
negara di seluruh dunia. Turut tersenarai dalam barisan itu adalah
seorang lagi anak Malaysia, Datin Vivy Yusof, usahawan berjaya.
Datuk Lee Chong Wei
Atlet badminton no. 1 negara ini merupakan idola
bagi setiap peminat sukan tanah air. Selain
memenangi beberapa kejohanan dunia seperti
Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, beliau
juga pernah berjaya menduduki tempat pertama di
tahap antarabangsa selama 349 minggu. Antara
pencapaian beliau yang paling membanggakan di
persada dunia termasuk memenangi pingat emas
dalam acara Perseorangan Lelaki di Sukan
Komanwel pada tahun 2006, 2010 dan 2018 serta
memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Beijing
2008, London 2012 dan Rio de Janeiro 2016.
Beliau telah mengumumkan persaraan dari sukan
itu badminton/tersebut pada 13 Jun 2019 atas
faktor kesihatan dan kini dilantik sebagai Ketua
Kontinjen Malaysia (Chef de Mission) oleh Majlis
Olimpik Malaysia untuk Sukan Olimpik Tokyo
2020. Kejayaan Datuk Lee Chong Wei serta tahap
komitmen yang luar biasa beliau perlu dijadikan
iktibar buat generasi muda yang ingin mengikut
jejak langkah beliau dalam mencapai kejayaan
dalam bidang yang ingin diceburi.
Syamsul Yusuf
Pengarah, pelakon dan penyanyi ini baru
sahaja membanggakan Malaysia apabila
telah dinobatkan sebagai Pengarah Filem
Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik 2017
yang berlangsung di Kemboja. Syamsul telah
memenangi kategori itu untuk filem Munafik
yang berjaya menerima kutipan pecah
panggung.
Lebih membanggakan filem Munafik turut
menjadi fenomena di negara jiran, Indonesia.
Mohd Faiz Subri
Faiz adalah anak Malaysia pertama yang
tercalon serta memenangi anugerah yang
disertai ‘Superstar’ bola sepak ternama
dunia. Terlebih dahulu, video jaringan gol
cantik Faiz telah menjadi bualan seluruh
dunia sehingga tular di media sosial.
Tahun 2017 dimulakan dengan pencapaian
paling membanggakan bagi pemain bola
sepak Malaysia apabila pemain pasukan Pulau
Pinang, Mohd Faiz Subri berjaya membawa
pulang anugerah ‘FIFA Puskas Award’ yang
mengiktiraf jaringan gol Mohd Faiz sebagai
gol tercantik di dunia.
Gradient
TERIMA Gradient
KASIH