The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-2639491, 2021-08-31 20:48:50

KADET POLIS SMJK SAM TET 2

KADET POLIS SMJK SAM TET 2

KADET POLIS SMJK SAM TET

Bulan dan bintang
Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Mahkota
Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung
tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja"
kepada pasukan. Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang
Maha Esa dan Rasulullah sebagai pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam
sebagai agama rasmi negara dan keimanan dalam pasukan PDRM yang sanggup
berjuang demi menegakkan maruah negara, bangsa dan agama Islam serta sanggup
berkorban diri.
Keris dan parang
Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Keris merupakan senjata yang
digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu di zaman
purbakala. Ia mula dicipta selepas bermulanya zaman logam dan asalnya direka

oleh bangsa Arab sebelum menular ke seluruh Kepulauan Nusantara (terdiri
daripada kepulauan Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar dan Filipina) dan ia
juga turut digunakan pahlawan dari empayar Hindu Majapahit yang berasal dari
Indonesia (ketika itu agama Islam belum tersebar luas ke seluruh tanah Indonesia
dan Malaysia) serta Siam. Parang Tradisional atau Kelewang melambangkan
Negeri Sarawak dan Sabah dan ia melambang semangat kepahlawanan kedua-dua
negeri yang berbilang bangsa iaitu Dayak, Dusun, Bajau, Kadazan serta Melayu
Brunei.

Kepala harimau
Kepala Harimau melambangkan kegagahan, keberanian dan semangat juang
pasukan PDRM dalam menghadapi segala ancaman musuh. Sebelum ini, PDRM
menggunakan kepala Singa sebagai lambang keberanian
pada 16 September 1963 iaitu gelaran baru yang diberi selepas pembentukan
Malaysia selepas kemerdekaan sehinggalah pada 15 Mei 1994, ia digantikan
dengan kepala harimau sebagai lambang rasmi kerajaan Malaysia.

Bunga padi
Bunga padi melambangkan makanan asasi rakyat Malaysia serta kemakmuran
negara.

Moto
Moto Polis Diraja Malaysia menunjukan ketinggian semangat serta keazaman
anggota pasukan.

Sang Saka Biru
Itulah dia bendera PDRM (SANG SAKA BIRU), setiap warna atau warna
membawa makna dan erti tersendiri, menjadi kemegahan anggota Polis.

Uniform seragam
Pangkat

Latihan kadet polis

Kawad -- semua jenis latihan termasuk pengendalian senjata dan
kawad kaki.
Kuliah -- undang-undang, tugas dan tanggungjawab Polis
Pertolongan Cemas
Syarahan-syarahan berkenaan ancaman anasir-anasir jahat kepada
negara dan cara mengelakan diri dari dipengaruhinya
Perkhemahan tahunan di mana ahli-ahli akan menjalankan latihan-
latihan amali
Menjalankan gerakan jiwa murni dan projek kemasyarakatan.


Click to View FlipBook Version