021/031 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK
MAKLUMAT KERTAS PEPERIKSAAN
Kod Mata Pelajaran : 021/031
Markah : 30 markah
Masa : 1 jam 15 Minit
FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN
Kertas ini mengandungi Bahagian B yang terdiri daripada 5 soalan yang perlu dijawab.
Soalan 21 : Soalan padanan (2 markah)
Soalan 22 : Soalan mengisi tempat kosong (5 markah)
Soalan 23(a) : Soalan memilih jawapan yang betul (4 markah)
Soalan 23(b) : Soalan melengkapkan frasa (2 markah)
Soalan 23(c) : Soalan berbentuk dialog (2 markah)
Soalan 24 : Soalan pemahaman berbentuk peta pokok (7 markah)
Soalan 25 : Soalan pemahaman berbentuk peta buih (8 markah)
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Prestasi Terperinci
Soalan 21
Soalan ini mengkehendaki calon memadankan perkataan yang sesuai bagi
melengkapkan ayat yang diberi.
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Contoh Jawapan Cemerlang:
Calon dapat menjawab dengan memadankan perkataan yang tepat. Calon juga dapat
menguasai penggunaan kata hubung yang diberi dengan tepat.
Contoh Jawapan Sederhana:
Calon berjaya memadankan satu jawapan sahaja dengan tepat.
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Soalan 22
Soalan ini mengkehendaki calon memilih perkataan yang paling sesuai bagi mengisi
tempat kosong dalam ayat.
Contoh Jawapan Cemerlang:
Berdasarkan contoh di atas, calon berjaya mengemukakan jawapan dengan tepat
berdasarkan arahan tugasan iaitu memilih perkataan dan mengisi tempat kosong dalam
ayat dengan jawapan yang sesuai.
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Contoh Jawapan Sederhana:
Jawapan ini menunjukkan calon hanya berjaya mengemukakan sebahagian jawapan
dengan tepat.
Soalan 23(a)
Soalan ini mengkehendaki calon menggariskan jawapan yang paling sesuai bagi ayat
yang diberi.
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Contoh Jawapan Cemerlang:
Calon berupaya memberikan jawapan yang tepat dengan menggariskan jawapan yang
betul.
Contoh Jawapan Sederhana:
Calon hanya berjaya mengemukakan sebahagian jawapan dengan tepat .
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Soalan 23(b)
Soalan ini mengkehendaki calon melengkapkan frasa yang diberi supaya menjadi
peribahasa yang betul.
Contoh Jawapan Cemerlang:
Calon berupaya memahami arahan soalan dan memberikan jawapan yang tepat.
Contoh Jawapan Sederhana 1:
Jawapan ini menunjukkan calon tidak berupaya melengkapkan frasa yang diberikan
untuk menjadi peribahasa yang betul.
Contoh Jawapan Sederhana 2:
Jawapan yang dikemukakan oleh calon tidak tepat atau tidak menjawab tugasan.
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Soalan 23(c)
Soalan ini mengkehendaki calon memberikan respons terhadap soalan yang
dikemukakan dalam bentuk dialog.
Contoh Jawapan Cemerlang 1:
Calon berupaya memberikan jawapan yang relevan dengan soalan yang dikemukakan
menggunakan ayat yang lengkap tanpa sebarang kesalahan tatabahasa.
Contoh Jawapan Cemerlang 2:
Calon menunjukkan kematangan dalam mengolah jawapan yang diberikan dengan
menyatakan persediaan-persediaan yang dilakukan sebelum menduduki UPSR.
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Contoh Jawapan Sederhana 1:
Calon berupaya memberikan jawapan yang sesuai dengan soalan yang dikemukakan
tetapi melakukan banyak kesalahan bahasa dari aspek kosa kata (eraser), ejaan
(pensil), imbuhan (mensediaan) dan tanda baca (noktah).
Contoh Jawapan Sederhana 2:
Calon berupaya memberikan idea yang relevan dengan soalan yang dikemukakan
dengan laras bahasa dialog yang tidak lengkap.
Soalan 24
Soalan ini mengkehendaki calon menganalisis maklumat yang terdapat dalam peta
pokok bagi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Soalan 24(a)
Soalan ini mengkehendaki calon menulis jawapan berdasarkan maklumat dalam peta
pokok yang diberikan.
Contoh Jawapan Cemerlang 1:
Jawapan calon pada peringkat ini menunjukkan calon berjaya menaakul dan
memahami maklumat dalam peta pokok dan menyatakan hak pengguna terhadap alam
sekitar dengan tepat.
Contoh Jawapan Cemerlang 2:
Jawapan ini menunjukkan calon dapat mengemukakan satu idea yang lengkap
(mendapat alam sekitar yang tidak tercemar) dan menepati kehendak soalan.
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Contoh Jawapan Sederhana 1:
Calon masih dapat memberikan jawapan yang betul tetapi ayat dalam jawapan tidak
mempunyai subjek. Sepatutnya calon mesti memulakan jawapan dengan hak
pengguna terhadap alam sekitar yang bersih dan selamat adalah…
Soalan 24(b)
Soalan ini mengkehendaki calon memberikan dua cara penguna dapat memelihara alam
sekitar.
Contoh Jawapan Cemerlang 1:
Calon dapat menaakul dan memahami maklumat dalam peta pokok serta menyatakan
dengan tepat dua cara pengguna dapat memelihara alam sekitar.
Contoh Jawapan Cemerlang 2:
Contoh jawapan cemerlang ini menunjukkan calon dapat menjawab soalan yang
dikemukakan dengan tepat.
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Contoh Jawapan Sederhana:
Calon hanya dapat mengemukakan satu jawapan sahaja yang menepati kehendak
soalan (membuat gotong-royong).
Soalan 24(c)
Soalan ini mengkehendaki calon membuat ramalan tentang kesan yang akan berlaku
sekiranya alam sekitar tidak dijaga.
Contoh Jawapan Cemerlang 1:
Calon berupaya memberi pendapat dengan bernas. Jawapan ini menunjukkan calon
mempunyai pengetahuan sedia ada tentang apa yang akan berlaku sekiranya alam
sekitar tidak dijaga. Calon menggunakan kosa kata yang meluas seperti racun
serangga dan hidupan air. Penggunaan penanda wacana yang betul seperti selain itu
dan oleh itu.
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Contoh Jawapan Cemerlang 2:
Calon dapat mengemukakan jawapan yang cemerlang dengan penggunaan kosa kata
yang meluas seperti kepupusan flora dan fauna, pemanasan global dan kekurangan
oksigen.
Contoh Jawapan Sederhana 1:
Sebahagian idea calon tidak menepati kehendak soalan (tidak merupakan makanan
yang cukup kepada orang ramai). Idea alam sekitar akan berbau busuk diterima.
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Contoh Jawapan Sederhana 2:
Calon berupaya mengemukakan idea yang sesuai tetapi terdapat kesalahan bahasa dari
aspek kosa kata (kita = yang, bahu = bau ), ejaan (alam sekita = alam sekitar, busuh
= busuk), tanda baca (Air = air).
Soalan 25
Soalan ini mengkehendaki calon menganalisis maklumat yang terdapat dalam peta buih
bagi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Soalan 25(a)
Soalan ini mengkehendaki calon mengemukakan pendapat Tun Tan Cheng Lock
tentang cara untuk mencapai kemerdekaan.
Contoh Jawapan Cemerlang 1:
Berdasarkan contoh di atas, calon berjaya mengenal pasti jawapan yang tepat
berdasarkan maklumat dalam peta buih.
Contoh Jawapan Cemerlang 2:
Calon dapat mengemukakan jawapan dengan tepat tanpa kesalahan bahasa
menggunakan ayat songsang.
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Contoh Jawapan Sederhana 1 :
Calon dapat menyatakan idea tetapi ada kesalahan dalam aspek struktur ayat (Tun Tan
Cheng Lock tentang cara untuk mencapai kemerdekaan ialah berpendapat).
Contoh Jawapan Sederhana 2 :
Jawapan ini mempunyai kesalahan bahasa dari aspek struktur ayat (tentang cara
untuk) dan tanda baca (Berpendapat = berpendapat).
Soalan 25(b)
Soalan ini mengkehendaki calon mengemukakan pendapat tentang bantuan yang boleh
diberikan kepada pelajar miskin selain bantuan kewangan.
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Contoh Jawapan Cemerlang 1:
Jawapan calon pada peringkat ini menunjukkan calon mempunyai pengetahuan sedia
ada yang luas. Calon dapat menyatakan pelbagai jenis bantuan selain bantuan
kewangan yang boleh diberikan kepada pelajar miskin seperti bantuan pakaian,
makanan, pelajaran dan tempat tinggal yang selesa.
Contoh Jawapan Cemerlang 2:
Berdasarkan jawapan di atas, calon dapat mengemukakan jawapan dengan
pengolahan yang cemerlang. Calon dapat menggunakan perumpamaan “seperti
katak di bawah tempurung” untuk mengukuhkan idea.
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Contoh Jawapan Sederhana 1:
Calon hanya berjaya menyatakan sebahagian jawapan dengan tepat (mengajar
mereka untuk menambah ilmu pengetahuan). Idea (dan mendermakan wang
kepada pelajar miskin) tidak diterima.
Contoh Jawapan Sederhana 2:
Idea yang dikemukakan oleh calon tidak lengkap (didikan). Sepatutnya calon perlu
menghuraikan idea dengan lengkap seperti didikan di sekolah, didikan agama dan
moral.
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Soalan 25(c)
Soalan ini mengkehendaki calon menandakan (√) atau (X) bagi pernyataan yang
diberikan.
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Contoh Jawapan Cemerlang:
Calon berjaya menjawab soalan dengan tepat.
Contoh Jawapan Sederhana 1:
Calon berjaya menjawab sebahagian soalan dengan tepat iaitu pernyataan 2 dan 3.
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Contoh Jawapan Sederhana 2:
Calon berjaya menjawab sebahagian soalan sahaja dengan tepat iaitu pernyataan 2
sahaja yang menyebabkan mereka kehilangan markah.
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
SARANAN KEPADA CALON.
1. Calon mestilah menguasai sistem bahasa yang dipelajari di sekolah dari tahun
satu hingga tahun enam seperti kata nama, kata adjektif, kata hubung, simpulan
bahasa dan kata majmuk.
2. Calon mestilah menguasai ejaan, tanda baca dan pengimbuhan dalam jawapan
yang diberikan.
3. Calon dikehendaki membaca setiap arahan atau kehendak soalan dengan teliti.
4. Calon juga mestilah mematuhi arahan seperti meletakkan simbol yang terdapat
dalam arahan soalan.
5. Akhir sekali, calon mestilah membaca dengan teliti bahan sastera atau bukan
sastera yang terdapat dalam soalan.
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
SARANAN KEPADA GURU
1. Semua guru mestilah mengajar mengikut Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan
(DSKP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Kesemua kemahiran yang terdapat dalam DSKP mestilah diajarkan kepada murid-
murid.
3. Semua guru mestilah menggunakan buku teks yang disediakan sebagai bahan
utama dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah (PDPC).
4. Guru mestilah mendedahkan murid-murid dengan pelbagai bentuk soalan terutama
soalan KBAT.
5. Guru mestilah bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing kepada murid-murid
serta peka terhadap pelbagai bentuk soalan.
Bahasa Melayu Pemahaman SJK 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017