The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sazalisgt, 2021-01-24 06:13:37

Buku Peraturan Sekolah SKS

Buku Peraturan Sekolah SKS

Keywords: Peraturan

MAKLUMAT MURID

NAMA : ……………………………………………….…………….

TARIKH LAHIR : …………………………………………..……

NO.SURAT BERANAK : ……………………………………………

TAHUN : ……………………………………………………………..

NAMA BAPA : …………………….…………………………………

NAMA IBU : …………………………………………………

ALAMAT : ………………………………………………………..

……………………………………………………..…………………………

……………………………………………………………………………….

NO.TEL : (R)………………………………………..

(HP)……………………………………

1

KANDUNGAN
RUKUN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
WAWASAN 2020
VISI/MISI/MATLAMAT
LAGU NEGARAKU/BANGSA JOHOR/LAGU
SEKOLAH/IKRAR MURID
1. WAKTU PERSEKOLAHAN

 Sesi Pagi
 Loceng Permulaan Sekolah
 Waktu Rehat
 Waktu Pertukaran Kelas
 Loceng Waktu Balik
2. PERHIMPUNAN KELAS
3. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
 Murid Lelaki
 Murid Perempuan
 Pengawas Sekolah
 Pengawas Pusat Sumber
 Pakaian Sukan/PJK
 Pakaian Semasa/Ko-Ko
 Lencana
 Tanda Nama
 Rambut

2

4. KEHADIRAN
 Kehadiran
 Ketidakhadiran
 Pulang Awal di Dalam Waktu Sekolah

5. YURAN
6. KEMUDAHAN

 Perpustakaan
 Kantin
 Tandas
 Bilik Sembahyang/Surau
7. KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH
 Bilik Darjah/Bilik Khas
 Kawasan Sekolah
 Papan Kenyataan
 Harta Benda Sekolah
8. KAWASAN LARANGAN
9. NILAI-NILAI MURNI
10. SENARAI TINGKAHLAKU
11. TINDAKAN TATATERTIB
12. PEPERIKSAAN
13. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
14. KOKURIKULUM
15. KESELAMATAN
 Di Dalam Waktu Sekolah
 Di Luar Waktu Sekolah
16. PERTUKARAN SEKOLAH

3

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA NEGARA KITA

MALAYSIA

Mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang
lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya.
Memelihara satu cara hidup demokratik.
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran
Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama.
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang kaya dengan berbagai corak.
Membina satu masyarakat progresif yang menggunakan
sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI
Rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan di atas
prinsip-prinsip yang berikut:-

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

4

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkenalkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.

WAWASAN 2020

Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah Negara yang
bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia yang mempunyai rasa
keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh,
menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis,
liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya,
progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang
mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan.

5

SEMBILAN CABARAN

1. Mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai
matlamat dikongsi bersama.

2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan
maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan
apa yang ada dan yang dicapai serta gagah menghadapi
pelbagai masalah.

3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang
matang mengamalkan satu bentuk persefahaman matang,
demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi
contoh kepada negara membangun.

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan
beretika.

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat
pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan
kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama
meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai
daya perubahan tinggi dan memandangkan ke depan yang
bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga
menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan teknologi masa
depan.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi
iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat,
kebajikan insan tidak akan berkisar kepada negara atau orang
perseorangan tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi

bersaing dinamik, giat dan kental.

6

VISI

Sekolah unggul penjana generasi terbilang

MISI

Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti

MATLAMAT

 Mempunyai barisan pemimpin pengurusan pendidikan yang
berintegriti.

 Mempunyai sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan,
kemahiran dan sahsiah.

 Melahirkan insan berkualiti yang dapat memenuhi keperluan
global.

 Mencapai prestasi cemerlang dalam pentaksiran dan penilaian.
 Mempunyai kemudahan pendidikan yang berkualiti.
 Mempunyai sistem pengurusan yang cekap dan berkesan.

7

LAGU NEGARAKU

Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,

Rakyat hidup,
Bersatu dan maju,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,

Raja kita,
Selamat bertakhta,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,

Raja kita,
Selamat bertakhta

LAGU BANGSA JOHOR

Allah peliharakan sultan
Nugrahkan dia segala kehormatan

Sihat dan ria
Kekal dan makmur

Luaskan kuasa
Menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan sultan

8

LAGU SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sepinang
Sekolah yang berjasa
Mendidik anak bangsa

Membentuk peribadi mulia

Kamilah murid pewaris bangsa
Mendukung cita mulia

Kami bersatu kerjasama
Bertakwa berdisiplin setia

Pada guruku semua
Jasamu takkan dapat ku lupa

Pada ayah serta bonda
Harapanmu takkan kupersia

Kami penuh azam tekad bersemangat
Demi untuk terus berjaya

Kami tetap setia berpadu tenaga
Demi negara tercinta

9

IKRAR MURID

Kami, murid-murid Sekolah Kebangsaan Sepinang, berikrar dan
berjanji:

Kami akan menumpukan sepenuh tenaga dan iltizam
kepada pelajaran dan aktiviti ko-kurikulum sekolah.
Akan berusaha untuk mencapai kecemerlangan diri demi
masa depan, agama, bangsa dan Negara.
Akan sentiasa menghormati ibubapa, guru-guru, pemimpin-
pemimpin dan undang-undang Negara.
Akan sentiasa menjauhi diri dari salah laku dan seterusnya
meningkatkan disiplin di rumah dan di sekolah.
Dan seterusnya, kami akan berpegang teguh kepada janji
dan ikrar kami ini, demi masa depan dan wawasan Negara.

10

1. WAKTU PERSEKOLAHAN

1.1 Sesi Pagi

Tahap 1 (Tahun 1-Tahun 3)
 Hari Ahad : 7.15 Pagi - 01.30 Petang
 Isnin – Khamis : 7.15 Pagi – 01.00 Petang

Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5 & Tahun 6 )
 Hari Ahad - Khamis : 7.15 Pagi - 1.30 Petang

1.2 Loceng Permulaan Sekolah

Loceng akan dibunyikan 10 minit sebelum waktu
pertama persekolahan. Murid-murid mesti berbaris
dengan teratur dan senyap di tempat perhimpunan.
Setelah mendengar arahan guru bertugas, murid-murid
masuk ke dalam kelas.

1.3 Waktu Rehat

Waktu rehat adalah 30 minit.
10.00 pagi-10.30 pagi
(Tahap 1 dan Tahap 2)

1.4 Waktu Pertukaran Kelas

Semua murid mesti berbaris dan beredar dengan senyap
dan pantas mengikut arahan guru semasa bertukar kelas.

Semasa pertukaran kelas, semua muris tidak dibenarkan
ke tandas kecuali bagi kelas-kelas Pendidikan Jasmani.

11

1.5 Loceng Waktu Balik

Apabila loceng waktu balik dibunyikan, semua murid
mesti keluar dari kelas dengan teratur dan senyap
dengan diawasi oleh guru. Murid dilarang berlari apabila
keluar dari kelas. Murid beratur di dewan dalam 2
kumpulan- melintas dan tidak melintas.

2. PERHIMPUNAN MINGGUAN

2.1 Semua murid diwajibkan hadir.
2.2 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-

masing dengan penuh berdisplin, bertatatertib dan patuh
pada peraturan sekolah.
2.3 Semua murid mestilah berpakaian lengkap.
2.4 Semasa perhimpunan, lagu NegaraKu, Bangsa Johor
dan lagu sekolah dinyanyikan.
2.5 Murid mestilah berdiri tegak sambil menyanyi dengan
penuh semangat mengikut lagu yang diputarkan.
2.6 Bacaan ikrar dan doa akan dibacakan oleh pengawas
yang bertugas dengan diikuti oleh semua murid. Semasa
bacaaan doa semua murid akan mengaminkan.
2.7 Selepas perhimpunan, murid-murid mesti berjalan
dengan teratur dan senyap masuk ke kelas masing-
masing.

3. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

3.1 Murid Lelaki
Seluar panjang berwarna biru tua
Baju berwarna putih lengan pendek sahaja
Kasut kanvas berwarna hitam atau putih

samaada bertali atau tidak.

12

Stoking bewarna putih atau hitam mengikut
warna kasut sahaja.

Tali pinggang berwarna hitam/gelap. Jenis getah
atau kulit. Lebar antara 2.5cm hingga 3cm. Kepala
sama besar dengan tali pinggang.

Baju melayu teluk belanga berwarna putih,
bersampin hitam dan bersongkok hitam.

Tali leher berwarna biru tua yang dibekalkan oleh
pihak sekolah.

Lencana ditampal di bahagian atas nama murid.

3.2 Murid Perempuan
Kain panjang berwarna biru tua.
Tudung dan baju kurung putih potongan leher

teluk belanga.
Kasut kanvas berwarna putih.
Bertudung kepala berbentuk segitiga dua sama/

bersesuaian dengan murid yang memakainya.
Lencana dan tanda nama mestilah ditampal pada

tudung disebelah kiri.
Murid-murid dilarang menyimpan kuku panjang

dan mewarnakannya dengan cat kuku, inai atau
sebagainya.

Murid-murid dilarang memakai sebarang alat
solek walaupun nipis kecuali dengan kebenaran
guru untuk sesuatu aktiviti/kegiatan sekolah.

Murid-murid tidak dibenarkan membawa atau
memakai barang kemas atau barang berharga ke
sekolah.

3.3 Pengawas Sekolah

Pengawas lelaki
 Seluar panjang berwarna biru tua.
 Baju kemeja lengan panjang berwarna biru muda.
 Kasut dan stokin berwarna hitam.
 Tali leher berwarna merah.

13

 Tanda nama dan lencana di dada sebelah kiri
baju.

 Baju melayu teluk belanga berwarna biru muda
bersampin dan bersongkok hitam.

Pengawas perempuan
 Baju kurung dan kain tudung berwarna biru muda.
 Kain sarung berwarna biru tua.
 Kasut dan stoking berwarna hitam.
 Tanda nama dan lencana di dada sebelah kiri dan

dilekatkan pada tudung.

3.4 Pengawas Pusat Sumber
Baju kemeja, baju kurung dan tudung berwarna

hijau muda.
Seluar, kain dan tali leher berwarna biru tua.
Tanda nama dan lencana di dada sebelah kiri

baju/tudung.

3.5 Pakaian Sukan/PJK
Memakai baju T rumah sukan atau baju T

sekolah dan sekolah dan seluar panjang (track
bottom)

Kasut getah/kanvas berwarna putih.
Murid-murid tidak perlu menukar pakaian sukan
selepas pelajaran Pendidikan Jasmani.

3.6 Pakaian semasa Ko-Kurikulum
Murid-murid perlulah memakai pakaian yang

sesuai dengan aktiviti yang dijalankan.(badan
beruniform, persatuan/kelab, sukan dan permainan)

Setiap hari Rabu semua murid tahap 2
dimestikan memakai pakaian seragam Pengakap
atau Puteri Islam.

14

3.7 Lencana
Semua murid mesti memakai lencana sekolah di

sebelah kiri baju.
Memakai lencana yang diakui oleh sekolah

sahaja.
 Lencana sekolah
 Lencana pengawas
 Lencana ketua darjah/penolong
 Lencana pengawas Pusat Sumber

3.8 Tanda Nama
Semua murid mesti memakai tanda nama di

sebelah kiri baju di bahagian atas poket. Bagi murid
perempuan di bahagian kiri tudung.

Semua tanda nama perlu ditampal atau dijahit di
sebelah bawah lencana sekolah.

3.9 Rambut (SPI Bil.2/1976)
Murid-murid lelaki dilarang berambut panjang

seperti istilah di bawah:
 Di belakang-rambut melebihi garisan bawah
cuping telinga.
 Di hadapan-rambut yang menutupi garisan
dahi.
 Di sebelah kiri & kanan-rambut yang menutupi
kedua-dua belah telingan atau sebahagian
sideburn melepasi garisan tengah hidung.
 Di atas-rambut yang panjangnya melebihi
16cm.
Murid-murid perempuan yang berambut panjang

hendaklah diikat atau disepit kemas sebagai tocang
(plait) dengan menggunakan riben/cekak berwarna
hitam atau putih.

Semua murid lelaki dan perempuan adalah
dilarang mewarnakan atau menginai rambut kecuali
hitam.

15

SK. SEPINANG

16

17

TATACARA PEMAKAIN KASUT YANG BETUL

4. KEHADIRAN

Semua murid diwajibkan hadir ke sekolah tepat pada
waktunya.

Pada hari persekolahan semua murid diwajibkan hadir
10 minit lebih awal sebelum waktu persekolahan, kelas
tambahan atau aktiviti ko-kurikulum bermula.

Adalah menjadi satu kesalahan jika murid datang
lewat tanpa sebab yang munasabah.

Murid yang tidak hadir mestilah mengemukakan surat
akuan doktor atau surat keterangan dari ibu
bapa/penjaga kepada guru kelas/guru berkenaan. Tanpa
maklumat tersebut murid berkenaan dianggap ponteng.

18

Ibubapa/penjaga akan dimaklumkan secara bertulis
jika murid tidak hadir dan diminta memberi penjelasan,
sekiranya pihak sekolah tidak diberi sebarang
keterangan bertulis, tindakan tatatertib boleh diambil ke
atas murid berkenaan.

Tindakan Ponteng berturut Ponteng berkala
Surat amaran Pada hari ke-3 Pada hari ke-10

pertama 7 hari selepas 10 selepas amaran
Surat amaran kedua amaran pertama pertama

Surat amaran ketiga 7 hari selepas 20 hari selepas
amaran kedua amaran kedua

Dalam waktu persekolahan, murid-murid tidak
dibenarkan keluar dari bilik darjah atau kawasan sekolah
tanpa kebenaran.

Murid-murid yang balik awal pada vwaktu
persekolahan, ibubapa/penjaga perlu mengisi maklumat
dalam BUKU KEBENARAN balik awal di pejabat.

4. YURAN

Murid-murid adalah dikehendaki menjelaskan yuran
tahunan sepertimana yang diluluskan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Murid-murid yang berpindah masuk yang telah
menjelaskan yuran di mana-mana sekolah terdahulu
dikecualikan membayar di sekolah ini dengan syarat
membawa resit asal/salinan yang telah disahkan
daripada sekolah asal.

19

5. KEMUDAHAN

5.1 Perpustakaan
Jagalah kebersihan dan kekemasan

perpustakaan. Jangan membuang sampah atau
makan di dalam perpustakaan.

Selepas membaca, letakkan buku di tempat asal
dengan kemas.

Murid tidak dibenarkan membawa masuk beg ke
dalam perpustakaan.

Murid tidak boleh membawa buku lain ke dalam
perpustakaan kecuali buku Nilam, kertas dan alat
tulis.

Buku-buku boleh dipinjam selama seminggu.
Murid-murid mesti memulangkan buku-buku
yang dipinjam mengikut tarikh yang ditulis di
belakang buku.
Denda akan dikenakan 10 sen seminggu bagi
murid-murid yang lewat memulangkan buku pada
tarikh yang ditetapkan atau menggantikan dengan
tunai sekiranya buku hilang.
Murid dilarang membawa keluar buku sebelum
membuat pinjaman.
Murid dibenarkan mempunyai dua kad pinjaman
dengan bayaran RM1.00 sekeping.
Kad pinjaman tidak boleh dipinjamkan kepada
murid lain.
Murid dilarang membuat bising di dalam
perpustakaan.

5.2 Kantin
Kebersihan kantin hendaklah dijaga sepanjang

masa oleh oleh murid-murid.

20

Semua pinggan mangkuk dan gelas hendaklah
dimasukkan ke dalam bekas yang telah disediakan
selepas makan.

Murid beratur semasa membeli makanan.
Makan di tempat yang disediakan dengan tertib.
Membaca doa dan membasuh tangan sebelum
dan selepas makan.
Bekas pembalut makanan hendaklah dibuang ke
dalam tong sampah yang disediakan.
Sisa makanan tidak boleh dibbuang ke dalam
sinki.
Masa membeli makanan ialah pada sesi pagi
persekolahan, waktu rehat dan selepas waktu
persekolahan.
Murid dilarang membeli makanan, makan dan
minum pada waktu P&P tanpa kebenaran guru.
Tidak dibenarkan membeli makanan di luar
sekolah semasa waktu pembelajaran.

5.3 Tandas
Gunakan tandas dengan betul dan pamkan air

setelah digunakan.
Kebersihan tandas adalah tanggungjawab

bersama.
Murid tidak digalakkan keluar ke tandas semasa

P&P berjalan kecuali atas sebab-sebab munasabah.
Tuala wanita tidak dibenarkan dibuang ke dalam

lubang tandas. Tuala wanita hendaklah dibungkus
dan dimasukkan ke dalam tong sampah.

Murid dilarang meninggalkan pakaian di dalam
tandas sewaktu PJK.

Murid diingatkan supaya tidak menconteng
dinding atau pintu tandas.

Segala kerosakan peralatan di tandas perlu
dimaklumkan kepada Guru Besar.

21

5.4 Bilik Sembahyang/Surau
Murid-murid diminta menjaga kebersihan dan

kekemasan bilik sembahyang/surau sepanjang
masa.

Semua kemudahan yang disediakan di dalam
bilik sembahyang/surau hendaklah disimpan
dengan kemas dan teratur setelah digunakan.

Bilik sembahyang/surau tidak boleh digunakan
sebagai tempat membuat kerja rumah, tempat
membaca, tempat belajar, berehat dan tidur.

Kipas dan lampu mestilah ditutup sebelum
meninggalkan bilik sembahyang/surau.

5.5 Bengkel Kemahiran Hidup

Keselamatan Am
 Sentiasa mematuhi peraturan keselamatan.
 Mempunyai rasa tanggungjawab terhadap diri

dan orang lain.
 Tidak menggunakan kuasa elektrik hidup.
 Melaporkan sebarang kemalangan kepada

guru dengan segera.

Peraturan Bengkel Kemahiran Hidup
 Memakai pakaian yang sesuai.
 Menggunakan alatan atau bahan seperti yang

diarahkan oleh guru.
 Berhati-hati menggunakan alatan tangan.
 Memberitahu guru mengenai kerosakan alatan

yang hendak digunakan.
 Membersihkan alatan yang telah digunakan.
 Hanya ketua kumpulan yang mengambil

alatan.
 Membersihkan bengkel setelah digunakan.

22

5.6 Bilik Sains
Beratur menunggu ketibaan guru di luar bilik.
Membersihkan alat dan radas yang telah

digunakan.
Melaporkan kemalangan yang berlaku kepada

guru dengan segera.
Dilarang makan di dalam bilik sains.
Dilarang minum air paip di dalam bilik sains.
Menyalakan penunu Bunsen dengan mancis, lidi

atau pemetik api sahaja.
Dilarang membuang sampah yang masih

menyala di dalam tong sampah.
Jauhi bahan kimia yang mudah terbakar dari

bahan api atau penunu Bunsen.
Panaskan bahan kimia yang mudah terbakar

dengan cara kukusan air sahaja.
Sentiasa mengikut arahan guru ketika amali.
Bertanya kepada guru sebarang keraguan

mengenai eksperimen yang dijalankan.
Tutup paip dan semua suis yang telah digunakan

sebelum keluar dari bilik sains.

5.7 Pejabat dan Bilik Guru
Ketuk pintu sebelum masuk ke pejabat/bilik guru.
Memberi salam/ucap selamat kepada guru/kaki

tangan sekolah.
Menggunakan bahasa yang sesuai dan bersopan.
Meminta kebenaran daripada PGB1, PGB HEM,

PGB KO-KO atau kakitangan pejabat terlebih
dahulu sekiranya hendak berjumpa Guru Besar.

Dilarang membuat bising di kawasan pejabat
atau bilik guru.

23

5.8 Bilik Sakit/Rawatan
Perlu mendapatkan kebenaran guru terlebih

dahulu.
Tanggalkan kasut dan susun di atas rak.
Dilarang makan dan minum.
Sentiasa menjaga kebersihan bilik.
Tutup suis lampu dan kipas apabila keluar bilik.

5.9 Makmal Komputer
Beratur menunggu ketibaan guru di luar

bilik.tanggalkan kasut dan susun di atas rak yang
disediakan.

Dilarang membuat bising.
Sentiasa menjaga kebersihan bilik.
Menggunakan segala peralatan dengan
kebenaran guru.
Simpan peralatan yang telah digunakan ke
tempat asal.
Tutup semua suis yang telah digunakan sebelum
keluar dari bilik.

6. KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH

6.1 Bilik Darjah

6.1.1Semua murid dikehendaki menjaga kebersihan dan
keceriaan bilik darjah.

6.1.2Ketua/Penolong Ketua Kelas bertanggungjawab
memastikan jadual bertugas dipatuhi dengan bantuan
guru kelas.

6.1.3Setiap kelas hendaklah menghias kelas dengan
bahan-bahan pembelajaran dan hasil kerja murid.

6.1.4Sebelum meninggalkan kelas, kerusi perlu
diangkat/disorongkan ke bawah meja. Tutup semua
tingkap, pintu, suis lampu dan kipas angin.

24

6.1.5Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik
darjah pada waktu rehat bagi mengelakkan kejadian
yang tidak diingini berlaku.

6.1.6Bekalan makanan/air yang dibawa hendaklah
diletakkan di satu ruang di belakang bilik darjah.

6.1.7Murid-murid dianggap ponteng sekiranya keluar tanpa
kebenaran guru.

6.2 Kawasan Sekolah

6.2.1Semua murid mestilah menjaga kebersihan dan
keceriaan kawasan sekolah.

6.2.2Murid dilarang membuang sampah dan meludah di
merata-rata tempat.

6.2.3Semua murid dilarang menconteng dinding sekolah
dengan sebarang bahan/vandalisme.

6.2.4Pembalut makanan hendaklah dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan.

6.3 Papan Kenyataan

6.3.1Sebarang kenyataan yang ditampal atau ditulis
mestilah mendapat kebenaran guru.

6.3.2Hanya gambar dan maklumat yang sesuai sahaja
yang dibenarkan

6.3.3Murid dilarang memindah kenyataan yang terdapat di
papan kenyataan tanpa kebenaran guru.

6.3.4Murid dilarang menconteng, mengoyak dan
menanggalkan maklumat yang ditampal.

6.4 Harta Benda Sekolah

6.4.1adalah menjadi tanggungjawab semua murid untuk
menjaga keselamatan harta benda sekolah yang
terdapat di dalam kelas, stor sukan, bengkel
Kemahiran Hidup, bilik sains, perpustakaan, kantin,

25

bilik sembahyang/surau, makmal komputer dan di
mana-mana sahaja dalam kawasan sekolah.
6.4.2Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan kepada
guru dengan segera.
6.4.3Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah
diganti oleh murid sendiri.
6.4.4Murid tidak dibenarkan membawa peralatan keluar
dari sesuatu bilik tanpa kebenaran guru.

7. KAWASAN LARANGAN

7.1 Kawasan larangan adalah seperti berikut:
Bilik Guru
Pejabat Sekolah
Tandas Guru
Bengkel
Pusat Sumber
Bilik SPBT
Bilik Pengurusan Sukan
Bilik Komputer
Makmal Sains
Bilik Sembahyang/Surau
Kawasan belakang sekolah Blok A dan Blok B
Persekitaran rumah pam bomba

7.2 Semua murid dilarang memasuki kawasan larangan
tanpa kebenaran/pengawasan guru.

8. NILAI-NILAI MURNI

8.1 Setiap murid mesti mengenali semua guru dan
kakitangan sekolah.

8.2 Setiap murid mesti menghormati guru-guru, kakitangan
sekolah, pelawat dan sesama murid.

8.3 Murid-murid digalakkan memberi salam apabila
berjumpa guru-guru, kakitangan sekolah, pelawat dan
sesama murid.

26

8.4 Semua murid mestilah mengamalkan nilai-nilai murni
seperti berbudi bahasa dan bersopan santun dengan
sesiapa sahaja.

8.5 Semua murid mestilsh patuh kepada arahan guru,
pengawas, ketua kelas, penolong ketua kelas, dan
sesiapa sahaja yang patut dipatuhi.

8.6 Murid-murid perlu bijak menghargai dan menepati masa
pada setiap ketika.

9. JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH
DIKENAKAN MENGIKUT JENIS KESALAHAN.

BIL. JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN
1. Kesalahan Berat Rotan dipunggung dengan
dilapik pakaian dengan
2. Kesalahan Sederhana menggunakan rotan ringan
3. Kesalahan Ringan (maksima 3 kali sebatan)
Rotan di tapak tangan dengan
menggunakan rotan ringan
(maksima 3 kali sebatan)
Diberi amaran dan sesi
kaunseling.

Kesalahan Berat
(SPI Bil.9/1975)

Murid adalah dilarang dan akan diambil tindakan jika:-

9.1 Menjadi ahli pertubuhan haram.
9.2 Membawa senjata tajam dengan niat buruk.
9.3 Bergaduh
9.4 Mengancam dan melawan guru-guru/ kakitangan

sekolah/ rakan sekolah.
9.5 Berjudi.
9.6 Mencuri.
9.7 Membawa, mempunyai dan menghisap rokok dan dadah.
9.8 Merosakkan harta benda sekolah/ guru/ rakan sekolah.

27

9.9 Menulis kepada akhbar tanpa memberitahu pihak
pentadbir sekolah.

9.10 Melanggar peraturan sekolah, jabatan dan kementerian
pelajaran.

9.11 Membantah hukuman guru-sekalipun sudah 3 atau 4
amaran.

9.12 Meminum minuman keras atau memabukkan.
9.13 Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan

terhadap guru besar/ guru-guru/ kaki tangan sekolah/
rakan-rakan.
9.14 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif
dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpaduan
kaum.
9.15 Melanggar peraturan-peraturan tatatertib yang menurut
budi bicara guru besar sebagai pelanggaran tatatertib
yang berat.

10. TINDAKAN TATATERTIB

10.1 Nasihat/ kaunseling
10.2 Menghubungi ibu bapa/ penjaga
10.3 Amaran
10.4 Rotan satu kali
10.5 Rotan dua kali
10.6 Rotan tiga kali
10.7 Rotan melebihi tiga kali
10.8 Digantung persekolahan
10.9 Ditukar sekolah
10.10 Dibuang sekolah
10.11 Lapor kepada polis

~ Jika murid melanggar peraturan atau membuat
kesalahan, murid akan didenda oleh guru besar, guru
displin atau guru yang telah diperturunkan kuasa oleh
guru besar.

28

~ Tindakan sewajarnya akan diambil ke atas murid yang
melanggar undang-undang dan peraturan sekolah
mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.
~ Murid juga boleh didenda mengganti barang yang telah
dirosakkan samaada harta benda sekolah, guru-guru
atau rakan-rakan.

11. PEPERIKSAAN

UJIAN BULANAN
 Ujian ini dijalankan mengikut jadual yang telah ditentukan

oleh pihak sekolah.

UJIAN PKSR (SEMESTER)
 Ujian ini akan dijalankan dua kali setahun. Biasanya

diadakan di penghujung setiap semestar. Markah/
keputusan ujian akan dicatatkan di dalam Buku
Pelaporan Murid.

UJIAN UPSR (MURID-MURID TAHUN 6)
 Bagi menilai prestasi murid. Pencapaian maksimum bagi

UPSR ialah enam mata pelajaran utama iaitu BM (1), BM
(2), BI(1), BI(2), MATEMATIK dan SAINS.
 Kehadiran dalam semua ujian wajib dan peperiksaam
adalah wajib.
 Murid-murid dilarang melakukan sebarang penipuan
dalam ujian atau peperiksaan sekolah.
 Ibu bapa/ penjaga hendaklah menyemak dan
menandatangani kad ujian dan buku laporan Kemajuam
murid di ruangan yang disediakan.
 Memalsukan tandatangan atau markah dalam kad
laporan murid adalah satu kesalahan berat.

29

12. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

12.1 Buku teks pinjaman adalah kepunyaan Kementerian
Pelajaran Malaysia yang dipinjamkan kepada murid-
murid dan dikembalikan setelah tamat penggunaannya.

12.2 Murid bertanggungjawab menjaga kebersihan dan
keselamatan buku tersebut.

12.3 Murid wajib menyampul atau membalut buku teks
tersebut.

12.4 Sebarang catatan tidak dibenarkan di buku tersebut
melainkan dengan izin guru besar.

12.5 Buku pinjaman dilarang ditinggalkan di dalam bilik darjah
selepas sessi pembelajaran tamat.

12.6 Buku pinjaman yang dirasakan penjagaannya kurang
memuaskan akan dirampas atau murid diminta
menggantikannya sekiranya hilang.

12.7 Tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap
ibubapa dan murid yang gagal menyerahkan kembali
buku tersebut pada masa yang ditetapkan.

13. KO-KURIKULUM

13.1 Semua murid tahap 2 adalah diwajibkan mengambil
bahagian di dalam aktiviti ko-kurikulum berikut:-
 Kelab/Persatuan
 Pasukan beruniform/Pakaian seragam
 Sukan/Permainan

13.2 Kedatangan adalah diwajibkan.
13.3 Pakaian perlulah sesuai dengan aktiviti yang dijalankan.
13.4 Murid tidak dibenarkan menjalankan aktiviti tanpa

kehadiran guru penasihat.
13.5 Seseorang murid boleh dikecualikan daripada aktiviti

sekiranya ada surat pengesahan daripada doktor.
13.6 Surat kebenaran ibubapa/penjaga perlulah diisi jika

melibatkan murid keluar dari sekolah untuk sertai
aktiviti/lawatan.

30

14. KESELAMATAN

14.1 Dalam waktu sekolah
 Keselamatan diri adalah tanggungjawab murid
sendiri, namun ia adalah di bawah pengawasan
pihak sekolah.
 Kemalangan akibat kecuaian diri sendiri adalah
menjadi tanggungjawab murid kecuali atas sebab-
sebab teknikal.
 Kemalangan yang melibatkan murid perlulah
dilapor segera kepada PGB HEM dan Guru Besar
untuk diambil tindakan segera.

14.2 Luar waktu sekolah
 Keselamatan diri adalah tanggungjawab murid
sendiri.
 Sesuatu yang berlaku, pihak sekolah tidak
bertanggungjawab.

15. PERTUKARAN SEKOLAH

15.1 Pertukaran hanya dibenarkan dengan

kebenaran/kehendak ibubapa/penjaga murid.

15.2 Sekiranya murid dari kelas peperiksaan (UPSR), ibu

bapa/penjaga hendaklah memastikan pertukaran pusat

peperiksaan telah dibuat.

31

Kepada,
Guru Besar,
SK. Sepinang,
85000 Segamat,
Johor.

Tuan,
PERATURAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk:
2. saya ...........................................................................................
No.Kad Pengenalan...........................................................................
Ibu bapa/penjaga kepada pelajar yang bernama...............................
..............................................................................................................
Di Tahun...................................dengan ini telah mengaku membaca
dan faham sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah.

3. Sehubungan itu, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan
terhadap pihak sekolah sekiranya anak saya dikenakan tindakan
akibat melanggar mana-mana peraturan.

4. Saya faham peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah
adalah untuk mengawal disiplin para pelajar demi melahirkan pelajar
yang mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi, berketrampilan dan
menjadi pelajar cemerlang.

32

5. Saya akan memastikan anak jagaan saya sentiasa mematuhi
peraturan sekolah. Justeru itu, saya juga akan memberi kerjasama
kepada pihak sekolah agar tercapainya visi dan misi sekolah ini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
.................................................
()

33


Click to View FlipBook Version