The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khairulhafiz0145, 2021-11-14 11:59:44

Sistem Pentadbiran Zaman Kesultanan Melayu Melaka

pensyarahizzat amin bin mohd nasir (1)

PENSYARAH:IZZAT AMIN BIN
MOHD NASIR
MPU21032

PENGHAYATAN ETIKA
DANPERADABAN

TAJUK:
SISTEM PENTABIRAN ZAMAN

KESULTANAN MELAYU
MELAKA

MUHAMMAD ALIF AIMAN BIN MUHAMMAD
YUSRI
(16DET20F2041)
MUHAMMAD ADAM BIN YAHAYA
(16DET20F2042)

RUJUKAN

Pengenalan 3
Perkembangan Melaka

Analisis Dan Perbincangan 4
Sistem Pemerintahan Melayu Islam
5-7

8

Struktur Pentadbiran Melaka 9
Pengaruh Islam Dalam Sistem Pemerintahan 10

Sistem Perundangan Kesultanan Melayu Melaka 11-12

Kesimpulan 13

Rujukan 14

PENGENALAN

Mempelajari sejarah bukanlah satu proses menghafal fakta semata-mata.
Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa pembelajaran sejarah adalah proses
bagi mendapatkan ilmu pengetahuan dan fakta sejarah melalui daya ingatan. Pelajar
perlu menghafal dan mengingat maklumat yang diajarkan oleh guru atau yang
dibacanya dari buku. Kemudian pelajar perlu mengingat kembali maklumat-maklumat
tersebut. Pandangan seumpama ini sudah tidak relevan. Sejarah bukan sekadar diingati
tetapi juga difahami. Apabila memahami apa yang dipelajari, pelajar seharusnya boleh
mengungkapkan semula apa yang dipelajari, didengar dan dibaca, menukarkan
perkataan dengan perkataan lain (dengan tidak mengubah makna) dan membandingkan
satu maklumat dengan maklumat lain.




Di dalam sukatan pelajaran sejarah yang terkini (Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran - DSKP, bagi KSSM), pengajaran dan pembelajaran sejarah diharap akan melahirkan
seorang murid yang arif dan peka sejarah. Ilmu tersebut juga dapat menyediakan mereka menghadapi
cabaran masa depan dengan memahami dan menghayati peristiwa di dalamnya. Justeru, tidak
memadai dengan sekadar memahami, pelajar juga diharap boleh berfikir pada aras yang tinggi. Dalam
pemikiran aras tinggi seseorang pelajar yang menerima maklumat baru akan menyimpan maklumat
tersebut dalam memori dan disusun semula serta dikaitkan antara satu dengan lain. Seterusnya
maklumat ini diperluaskan untuk mencapai satu tujuan atau mendapatkan kemungkinan jawapan
kepada situasi yang lain. Selain itu, pelbagai tujuan boleh dicapai melalui pemikiran aras tinggi seperti
menentukan kepercayaan, menentukan apa yang perlu dilakukan, menghasilkan satu idea baru, satu
projek baru atau ekspresi kesenian, membuat jangkaan serta menyelesaikan masalah yang bukan
rutin. 2 Sejarah memberikan penekanan kepada pembangunan sahsiah murid di samping pemupukan
nilai-nilai keperibadian mulia dan semangat kewarnegaraan dan dapat menjadikan pengajaran
daripada sejarah sebagai iktibar untuk membina kesedaran kebangsaan serta cintakan negara.

PERKEMBANGAN MELAKA

Parameswara mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya, Megat Iskandar
Syah (1414–1424). Megat Iskandar kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri
Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran Muhammad Shah (1424–1444). Pada
kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya daripada
isteri kedua baginda, Puteri Rokan, iaitu Raja Ibrahim. Disebabkan Raja Ibrahim adalah
sepupu Puteri Rokan,[petikan diperlukan] orang-orang besar Melaka tidak setuju dan
telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran Sultan Abu Syahid.





Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta
pada tahun 1445 dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Syah (1446–1459) menaiki
takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah
Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan
Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.




Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka.
Serangan pertama pada tahun 1445 diketuai oleh Awi Chakra melalui darat tidak jauh
dari Muar tetapi ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok). Serangan
kedua pihak Siam pada tahun 1456 diketuai oleh Awi Dichu melalui laut dan sekali lagi
Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dengan mudah. Selepas dua kekalahan di
darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka.
Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau
berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada
perkembangan Melaka kepada mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu

ANALISIS DAN
PERBINCANGAN

Pemimpin merupakan ketua atau peneraju dalam
sesebuah institusi bauk sebuah institusi yang besar mahupun
kecil di mana terdapat golongan yang dipimpin dibawahnya.
Kebiasaannya, pemimpin adalah seseroang yang mempunyai
tanggungjawab dalam menguruskan dan mentadbir sesuatu
organisasi dalam pelbagai hal.



Oleh yang demikian, dalam sebuah teks Sulalatus Salatin
sudah semestinya raja, bendahara, penghulu bendahari, temenggung
dan laksamana begitu penting dalam sebuah pentadbiran.
Barisan-barisan pemimpin ini merupakan penggerak kepada
sejarah Melaka yang begitu agung di mata dunia. Oleh yang
177demikian, istilah raja, bendahara, penghulu bendahari,
temenggung dan laksamana diperjelaskan seperti yang berikut:

a. Raja/Sultan

Ketua negara dan pemerintah tertinggi bagi sesuatu
negara yang tidak boleh diganggu-gugat dan mempunyai kuasa
autoriti. Sultan atau raja merupakan pemerintah yang mengepalai
segala aspek pemerintahan dalam sesebuah negara. Sultan
bertindak sebagai penyelaras semua kegiatan ekonomi negara
dan menjadi lambing perpaduan rakyat. Selain itu, sultan juga
mengetuai hubungan diplomatic dengan negara-negara luar
dan bertanggungjawab sebagai ketua agama Islam serta adat
istiadat Melayu. Seterusnya, sultan adalah ketua angkatan tentera
dan berkuasa untuk melantik pembesar negeri.

b. Bendahara
Bendahara merupakan pembesar negeri yang paling kanan serta

mempunyai kuasa mentadbir yang meliputi seluruh negari. Bendahara
merupakan orang yang kedua berkuasa selepas sultan. Seseorang bendahara
memiliki kuasa kepimpinan yang terbesar dalam hierarki pentadbiran. Ia juga
berfungsi sebagai penasihat utama dan pengendali peribadi raja. Sewaktu
ketiadaan raja, Bendahara akan berfungsi sebagai wakil raja atau pemangku
raja. Bendahara akan mengetuai pentadbiran kerajaan dan semua pegawai-
pegawai di kerajaan adalah di bawah kawalannya. Peranan Bendahara juga sebagai
ketua pentadbiran kerajaan, penasihat raja dalam segala hal. Bendahara juga
merupakan ketua turus angkatan tentera semasa peperangan.



Bendahara juga bertanggungjawab dalam menasihati raja bagi
menjatuhkan hukuman kepada mana-mana pesalah kecuali hukuman mati.
Bendahara turut ditugaskan untuk melatik bakal sultan dalam menaiki takhta.
Manakala dalam adat istiadat di istana, bendahara turut berperanan penting
sebagai ketua adat istiadat serta penjaga alat sepanjang majlis adat istiadat dijalankan
seperti majlis naik takhta. Bendahara juga mempunyai
178gelaran-gelaran tertentu seperti Sri Wak Raja dan Sri Paduka Raja. Seperti
dalam teks Sulalatus Salatin, Bendahara Melaka iaitu Tun Perak turut mendapat
gelaran Paduka Raja Tun Perak.

c. Penghulu
Bendahari Penghulu Bendahari mempunyai fungsi yang sama

seperti menteri kewangan pada hari ini. Jawatan ini merupakan jawatan
kedua penting selepas bendahara dalam majlis tertinggi. Peranan
penghulu bendahari ialah menjadi ketua adat istiadat dan acara rasmi,
ketua kepada syahbandar yang terdapat di Melaka juga mengendalikan
hamba-hamba raja. Penghulu Bendahari juga berperanan dalam
bidang ketenteraan kerana sebagai seorang pemimpin penghulu
bendahari harus pintar dalam selok belok ilmu peperangan khususnya.
Penghulu Bendahari juga bertugas memungut cukai dan menjaga
harta benda raja serta bangunan istana.

d. Temenggung
Jawatan temenggung boleh diibaratkan seperti jawatan ketua polis

negara pada masa hari ini. Temenggung bertanggungjawab dalam
hal ehwal awam dalam bidang ketenteraan. Tugas penting
temenggung ialah menjaga keamanan dan keselamatan dalam
negeri. Peranan Temenggung ialah menyelesaikan kes-kes yang kecil
dan memastikan undang-undang dijalankan dengan baik.
Temenggung juga menjadi pengiring apabila sultan berangkat
menaiki gajah, serta bertanggungjawab mengatur susunan tempat
duduk menghadap sultan.



e. Laksamana

Laksamana bertugas dalam khusus ketenteraan dan dilantik
daripada kalangan hulubalang. Tugas ini adalah penting kerana
laksamana bertindak sebagai penjaga banteng pertahanan empayar
Melaka. Laksamana berperanan sebagai penjaga perairan Melaka
179dan mengetuai angkatan tentera untuk menjaga keamanan,
keselamatan peribadi sultan dan bendahara, mengetuai urusan
politik dan perdagangan ke luar negeri.

SISTEM PEMERINTAHAN
MELAYU ISLAM:

PEMBENTUKAN pemerintahan Islam telah berlaku secara beransur-ansur di
Nusantara, bermula dari tahap penyebaran Islam kepada tahap penerapan syariah, sehingga
akhirnya mewujudkan sebuah kerajaan dan pemerintahan Islam. Berbanding dengan
Samudera-Pasai yang menjadi pusat perkembangan dakwah Islam, kemunculan Melaka
dengan sistem pemerintahan Islam adalah lebih menonjol. Walaupun secara relatif, kewujudan
Melaka adalah sezaman dengan Samudera-Pasai, tetapi kerana Samudera-Pasai mewarisi
Perlak yang wujud sejak 840M, maka perkembangan sistem pemerintahan Islam di Melaka
lebih mendapat perhatian. Latar belakang kerajaan-kerajaan Islam di utara Sumatera itu lebih
dipengaruhi oleh tradisi Arab-Parsi-India, kerana raja-raja mereka dikaitkan dengan negara-
negara tersebut, sedangkan Melaka benar-benar mewarisi dan mewakili peradaban Melayu
Islam. Kewujudan Melaka yang merupakan lanjutan kerajaan Sriwijaya, telah memperlihatkan
percantuman sistem pemerintahan Islam dengan tradisi kekerajaanan Melayu di Nusantara.




Menurut Auni Abdullah, kerajaan Islam di Melaka telah menyambung tradisi
sebelumnya (Perlak dan Samudera-Pasai) dengan mewujudkan kesinambungan pemerintahan
Islam dan perlaksanaan syariat. Pemerintahan Islam di Melaka lebih bertenaga, perkasa dan
berwibawa berbanding kerajaan-kerajaan Islam di utara Sumatera, di mana Melaka bukan
sahaja menjadi pusat peradaban Islam, tetapi sebuah kuasa politik yang mampu membentuk
empayar dan menjadi tumpuan pedagang dari seluruh dunia. Hakikat kemajuan yang dicapai
oleh Melaka ini adalah berpunca daripada sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam yang
dipraktiskan. Dengan sistem pemerintahan Islam yang dicantumkan dengan sistem
pemerintahan Melayu tradisional telah dapat membina kekuatan baru sehingga mengangkat
kedudukan Melaka dalam bidang politik dan juga ekonomi. Tradisi pemerintahan Islam yang
diterap daripada model kepemimpinan Rasulullah SAW dan para Khulafa’ ar-Rashidin telah
melahirkan suasana baru dalam kehidupan bernegara bagi orang Melayu yang sebelum ini
sangat mendewa dan mensucikan raja-raja melalui konsep “devaraja”, kepada menjadikan
sultan sebagai bayangan Allah di atas muka bumi yang ditaati selagi baginda semua mentaati
Allah dan rasul-Nya.

STRUKTUR PENTADBIRAN
MELAKA

Dengan berasaskan sistem kesultanan, pemerintahan Melaka mengekalkan tradisi
pentadbiran Melayu, di mana para pembesar menjadi pentadbir atau wazir-wazir dengan
portfolio khusus. Pada asasnya, sistem ini berasaskan pentadbiran kerajaan Melayu di
Palembang dan Singapura, sebelum sistem Islam diterapkan. Dalam sistem pentadbiran yang
bermula pada zaman Sultan Muhammad Shah, pembesar utama Melaka ada empat tingkat
iaitu Orang Besar Empat, Orang Besar Lapan, Orang Besar 16 dan Orang Besar 32. Pentadbir
utama ialah Orang Besar Empat yang terdiri dari Bendahara, Penghulu Bendahari,
Temenggung dan Laksamana. Bendahara yang menjadi Menteri Utama Melaka adalah ketua
pentadbir (seperti perdana menteri), dengan tokoh yang paling terkenal ialah Tun Perak. Di
samping itu juga, wujud jawatan-jawatan lain yang merupakan pengukuh pentadbiran di
Melaka, yang biasa bergelar Datuk, Penghulu, Pemungut Cukai dan Saudagar. Struktur ini
menggambarkan ketersusunan sistem pentadbiran kerajaan Melaka.

Selaku ketua pentadbir, Bendahara adalah penasihat utama sultan dalam soal
pentadbiran dan hubungan luar negara, memberi arahan-arahan atas kepentingan negara dan
menjaga alat-alat kebesaran ketika kemangkatan sultan, selain sebagai ketua hakim dan ketua
pentadbiran. Selalunya Bendahara terlebih dahulu memegang jawatan Temenggung dan
Penghulu Bendahari, sebelum dilantik ke jawatan tertinggi itu, dan memakai gelaran Seri Nara
Diraja. Pada awalnya Bendahara dibantu oleh dua wazir, Temenggung dan Seri Bija Diraja yang
masing-masing bertanggungjawab terhadap keamanan dan perdagangan serta ketumbukan
hulubalang di Melaka. Selain bertanggungjawab terhadap keselamatan dalam negeri,
Temenggung yang bergelar Seri Maharaja juga adalah ketua protokol dan bertanggungjawab
terhadap Hulubalang Besar dan Laksamana. Penghulu Bendahari yang diwujudkan kemudian
adalah setiausaha kerajaan dan penjaga khazanah negara, manakala Syahbandar pula menjadi
penyelia pelabuhan dan pemungut cukai. Pada zaman Sultan Mansor Shah, jawatan
Laksamana diwujudkan secara rasmi sebagai ketua angkatan laut, yang setara dengan Seri Bija
Diraja yang bertanggungjawab terhadap pertahanan darat. Dengan struktur pentadbiran dan
bidang tugas para pembesar yang tersusun ini, Melaka telah bangkit sebagai kuasa politik
Islam di Nusantara.

PENGARUH ISLAM DALAM
SISTEM PEMERINTAHAN

Pemerintahan kesultanan Islam yang berasaskan struktur pentadbiran Melayu di Melaka
telah memperlihatkan pengaruh Islam yang kuat apabila Sultan Muzaffar Shah menjadikan
Islam sebagai agama rasmi Melaka, sekali gus meletakkan Islam sebagai dasar pemerintahan
negara. Semua urusan negara ditadbir menurut peraturan syariat dan hubungan dengan
negara-negara Islam, khususnya khalifah di Kaherah diperkukuhkan. Sultan Muzaffar Shah
kemudiannya memperkenalkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
sebagai penguatkuasaan undang-undang syariat, di mana jawatan qadhi diwujudkan untuk
mengendalikan urusan kehakiman negara di bawah Bendahara. Elemen-elemen pentadbiran
tradisional Melayu dikekalkan dalam pentadbiran Melaka, tetapi unsur-unsur Islam diterapkan
sehingga elemen Melayu tradisional tidak bercanggah dengan syariat. Keterbukaan Islam
menerima sistem-sistem pentadbiran yang sedia ada, kemudian diterapkan dengan prinsip-
prinsip Islam seperti persamaan, keadilan, syura dan sebagainya, telah memboleh Islam
berperanan besar terhadap kerajaan Melayu di Melaka.

Pengaruh Islam yang lebih ketara dalam pemerintahan di Melaka ialah dengan berlakunya
penglibatan para ulamak dalam pentadbiran kerajaan dan peranan kerajaan sendiri yang mendukung
gerakan dakwah Islamiyah di Nusantara. Semenjak Makhdum Syed Abdul Aziz menjadi guru agama
dan penasihat kepada Parameswara dan Raja Kechil Besar, para ulamak seperti Qadhi Yusof, Qadhi
Munawar Shah, Maulana Abu Bakar dan Maulana Sadar Jahan telah berperanan sebagai penasihat
sultan, qadhi dan juga penggubal undang-undang yang berasaskan syariat sebagai undang-undang
Melaka. Kerajaan Melaka juga menggalakkan kehadiran ulamak luar untuk mengembangkan ilmu dan
berdakwah di Melaka. Kemudian, melalui aktiviti pendidikan, penterjemahan dan penulisan yang
berlaku di istana-istana dan masjid, telah melahirkan pula para pendakwah seperti Sunan Gunung Jati
dan Sunan Kalijaga, yang kemudiannya dengan dukungan kerajaan Melaka, telah mengembangkan
dakwah ke seluruh pelusuk Nusantara. Tidak dapat ditolak, bahawa peranan pemerintahan Islam di
Melaka sangat membantu proses dakwah ini, sehingga para sarjana merumuskan Melaka sebagai
pusat penyebaran Islam pada abad ke-15M.

SISTEM PERUNDANGAN
KESULTANAN MELAYU

MELAKA



Sistem perundangan yang dilaksanakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
menjadi tonggak utama kepada kelangsungan dan keamanan negeri Melaka. Kenyataan
Tome Pires yang mengatakan “They have civil and criminal (jurisdiction) over every
person in their lands…” membuktikan adanya undang-undang yang dilaksanakan
sepanjang abad ke-15.

Hukum Kanun Melaka (HKM) boleh disebut sebagai Undang-Undang Darat yang
mengandungi 44 fasal. Undang-undang ini telah disusun sepenuhnya oleh Sultan Mansur Syah
selepas diasaskan oleh Sultan Muzaffar Syah. Dalam HKM mengandungi hal-hal tanggungjawab
raja dan pembesar, jenayah, undang-undang keluarga, harta, kontrak, hukum perdata (civil)
dan pidana (criminal). Pengaruh HKM terserlah apabila negeri Perak dan Pahang
memperkenalkan Undang-Undang 99 dan Hukum Kanun Pahang masing-masing.

Undang-undang Laut Melaka mengandungi 25 Fasal utama dengan 24 Fasal yang
memperuntukkan kuasa dan tugas para pegawai dan anak kapal, peraturan keselamatan
laut, pembahagian dagangan, tambang dan kecurian di atas kapal. Undang-undang ini
digubal sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Undang-undang Laut Melaka lebih
dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Kitab Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-
Undang Laut. Pengaruh undang-undang ini dapat dilihat dalam Undang-Undang Laut Kedah
serta diamalkan di kerajaan Patani dan Gowa di Sulawesi dengan mengekalkan versi asal atau
mengubah ciri-ciri undang asal.

Dengan kewujudan dan pelaksanaan undang-undang ini, aktiviti perdagangan di Melaka
berjalan dengan pesat dan mengundang lebih ramai pedagang dari luar. Peningkatan aktiviti
perdagangan disebabkan keyakinan dan kepercayaan terhadap sistem perundangan di
Melaka. Undang-undang ini mendapat pujian daripada pihak Portugis kerana diterima baik
oleh pedagang dari empat penjuru dunia dan pedagang berpuas hati berdagang di Melaka.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-15 bukan
sahaja disebabkan kepentingannya sebagai pusat perdagangan. Di samping kegiatan
perdagangan, terdapat beberapa faktor lain yang berpengaruh dan menyumbang kepada
kegemilangan kerajaan tersebut. Antaranya ialah faktor politik, faktor ekonomi, dan faktor
pendidikan. Faktor ini merupakan tiga faktor utama yang merangkumi kesemua faktor
kegemilangan Melayu Melaka seperti sistem pemerintahan dan pentadbiran yang sistematik,
hubungan antara kelas melayu dengan orang laut, kekayaan hasil bumi, penggunaan lingua
franca, sistem masyarakat, penyebaran agama Islam dan sebagainya. Kesemua faktor tersebut
amat bertetapan dalam semua aspek yang diperlukan dalam membentuk kerajaan Melaka
seterusnya dijadikan asas dalam mengukuhkan Kesultanan Melayu Melaka.

RUJUKAN

1. https://tahutuai.com/sistem-perundangan-kesultanan-melayu-melaka/
2. https://berita.pas.org.my/kesultanan-melaka-sistem-pemerintahan-melayu-islam/

3. http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/52
4. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1255

5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka


Click to View FlipBook Version