The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maureen, 2021-02-16 01:02:33

IS 02 SURVEY EQUIPMENT

IS 02 SURVEY EQUIPMENT

DPP B2(b)

Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak

INFORMATION SHEET

PROGRAMME Certificate in Building Technology (STN)

SESSION November 2020 – April 2021 SEMESTER 1
IS 02
CODE & COURSE TCB10042 SHEET NO 2
Site Survey

LECTURER Nur Mardhiah Maureen binti WEEK
Chelen

TOPIC 2.0 SURVEY EQUIPMENT

SUB-TOPIC 2.1. Types of equipment
i. Levelling work
ii. Traverse work

LEARNING After completing the topic, students should be able to:
OUTCOME
1. Assemble and used equipment for levelling work;
levelling staf, tripod, dumpy level and etc.(P2)

2. Operate survey equipment for traverse work; total
station, prism, ranging pole and etc. (P2)

Page 1 of 14

DPP B2(b)

PENGENALAN

Kerja ukur dapat diertikan sebagai pengumpulan data yang berhubungan
dengan pengukuran permukaan bumi dan diselesaikan melalui peta. Kerja ukur
juga boleh disebut kegiatan pengambilan data atau biasa dikenali dengan
sebutan pengamatan. Sementara untuk kerja ukur tersebut dilakukan
pengukuran, iaitu peralatan dan kaedah yang berkaitan dengan berlangsungnya
kerja ukur tersebut.

Jadi, kerja ukur merupakan segala sesuatu yang berkaitan dengan
pengumpulan data mahupun proses dan kaedahnya, bermula dari pengukuran-
pengukuran bumi hingga penggambaran bentuk bumi. Alat kerja ukur merupakan
alat yang digunakan untuk mengumpulkan data, mencari data, mencari bahan
galian, mengambil sampel, serta memeriksa permukaan bumi hingga
penggambaran bentuk bumi secara detail sesuai dengan keperluan projek yang
dilakukan. Semasa kerja ukur di lapangan dilakukan, alat-alat yang diperlukan
terdiri dari alat-alat yang menghasilkan data-data yang sangat berharga.

Pengenalan alat-alat yang akan digunakan dalam kerja ukur sangatlah
penting kerana seorang surveyor haruslah menguasai peralatan yang akan
digunakan. Peralatan ukur berdasarkan jenis pekerjaan dipersiapkan secara
lengkap. Pemeriksaan terhadap keadaan peralatan kerja ukur yang sudah
dikalibrasi mestilah dilakukan secara teliti. Laporan keadaan peralatan kerja ukur
di lapangan berdasarkan jenis pekerjaan perlu dilakukan secara lengkap dan
cermat.

Perlarasan peralatan pengukuran dilakukan sebelum digunakan
berdasarkan jenis pekerjaan sebagaimana prosedur standard. Keadaan tempat
penyimpanan alat-alat kerja ukur perlu diperiksa dengan cermat di mana
kelembaban dan suhu tempat penyimpanan peralatan perlu dijaga. Fungsi dan
kebersihan alat-alat kerja ukur harus dipelihara dengan baik.

Persiapan dan pengenalan alat kerja ukur secara cermat dan teliti sangat
diperlukan dan wajib. Pemeriksaan meliputi kegunaan peralatan kerja ukur,
keadaan peralatan, setting awal peralatan, kelengkapan alat-alat dan spesifikasi
teknikal peralatan sehingga alat-alat yang sudah diperiksa dinyatakan boleh
untuk digunakan.

Page 2 of 14

DPP B2(b)

UKUR ARAS
Ukur aras adalah nama yang diberikan kepada proses mengukur beza

tinggi antara dua titik atau lebih titik.
Kedudukan dua titik di atas permukaan bumi boleh ditentukan dengan

pengukuran sudut dan jarak. Maklumat kedudukan titik ini masih dikira tidak
lengkap jika data perbezaan ketinggian antara dua titik ini tidak diketahui. Oleh
itu, pengukuran bagi menentukan perbezaan ketinggian antara titik di atas
permukaan bumi yang dipanggil ukur aras perlu dijalankan.

Prinsip ukur aras adalah bahawa dengan penggunaan alat ukur aras,
kita akan dapat membentuk satu garis pandangan, iaitu garis kolimatan bagi
alat ini yang terletak dalam suatu satah ufuk melalui bebenang ufuk bagi alat.
Operasi ukur aras lebih terletak kepada menentukan jarak pugak dari garisan
ini kepada titik-titik yang ukuran tinggi atau perbezaan ketinggian berkait
antara satu sama lain.

PERALATAN DALAM UKUR ARAS

1. Level
2. Tripod
3. Staff
4. Staff bubble
5. Measuring tape (50 metre)
6. Wooden pegs ( if needed)

Level (Alat Aras)

Alat ukur aras jurutera sesuai untuk kerja-kerja kejuruteraan dan pengukuran
kerana ketepatan pengukurannya memenuhi keperluan jurutera dan ia mudah
digunakan. Bahagian utama alat ini ialah teleskop yang mempunyai set kanta
objek dan set kanta mata yang akan membesarkan objek yang dilihat

Alat aras dompot adalah yang paling ringkas dan mudah digunakan. Ianya
terdiri daripada tiub gelembung yang diletak pada teleskop dan teleskop ini
ditampung oleh plat atas. Teleskop alat aras ini hanya boleh berputar pada
satah mengufuk sahaja. Untuk kerja ukur aras yang tepat menggunakan alat
aras dompot ini, dua keadaan diperlukan, iaitu :-

i) Paksi tiub gelembung aras mestilah selari dengan garis kolimatan
ii) Kedua-dua yang tersebut ini mestilah bersudut tepat kepada paksi pugak

plat

Page 3 of 14

DPP B2(b)
Page 4 of 14

DPP B2(b)
Tripod (Kakitiga)
Digunakan untuk mendirisiap alat aras. Terdapat dua jenis kaki tiga bagi
kegunaan alat aras. Bagi alat aras dompot dan jongkit, kebiasaannya
permukaan tapak kaki tiga adalah rata. Manakala bagi alat aras automatik,
permukaan tapak kaki tiga adalah berbentuk melengkung bagi memudahkan
lagi kerja-kerja pengarasan.

Rajah 4 Kakitiga Alat Aras
Page 5 of 14

DPP B2(b)
Staff (staf)
Staf aras ialah alat untuk mengukur jarak menegak di atas atau di bawah garis
kolimatan. Setaf yang digunakan adalah setaf metrik yang boleh dipanjang dan
dipendekkan. Panjangnya adalah 4 atau 5 meter yang bersambung-
sambung.Terdapat juga setaf Soptwith iaitu dalam unit imperial.

Staff Bubble (Gelembung Setaf)
Gelembung udara yang digunakan untuk memastikan setaf didirikan betul-
betul tegak. Selalunya dilekapkan pada sisi setaf. Gelembung udara pada
gelembung setaf dapat membantu kepugakan setaf.

Rajah 6 Gelembung setaf
Page 6 of 14

DPP B2(b)

Pita Ukur
Pita ukur digunakan untuk mengukur jarak dari alat aras ke setaf. Jarak antara
pandangan belakang dan pandangan hadapan sebaik-baiknya lebih kurang
sama untuk mengelakkan selisih kolimatan alat. Perkakasan ukur biasa yang
mempunyai tanda ukuran memanjang dengan unit metrik. Ia boleh dilentur
membolehkan pengukur jarak yang besar dibawa dengan mudah dalam poket
atau kotak perkakasan dan membenarkan ukuran diambil pada selekoh dan
sudut.

Rajah 7 Pita ukur

Buku Kerja Luar / Borang Pembukuan Ukur Aras

Buku kerja luar digunakan untuk merekod bacaan dan membuat kiraan aras
laras. Pembukuan dan kiraan boleh dibuat dengan dua kaedah, iaitu kaedah
naik turun atau tinggi garis kolimatan (TGK).

PB PA PH Naik Turun AL Pemb. AL Catatan
Mula Akhir

Jadual 1 Jadual Pembukuan Kaedah Naik Dan Turun
Page 7 of 14

DPP B2(b)

PB PA PH TGK AL AL Catatan
Pemb. Akhir

Mula

Jadual 2 Jadual Pembukuan Kaedah Ketinggian Kolimatan

UKUR TRABAS

Ukur terabas ialah suatu cara menyediakan jaringan kawalan mengufuk yang
mana kedudukan dapat ditentukan melalui gabungan pengukuran
bearing/sudut dan jarak garisan-garisan yang bersambungan antara satu
stesen dengan stesen yang lain.

PERALATAN DALAM UKUR TERABAS

1. Compass
2. Theodolite
3. Total Station
4. Tripod
5. Ranging Pole
6. Prism

Page 8 of 14

DPP B2(b)
Kompas Prismatik

Kompas prismatik terdiri daripada kotak logam non – magnetik dan cermin di
permukaan. Bergaris pusat di antara 60 mm - 150 mm. Di dalam kotak logam
ini disediakan dial kompas yang dilekatkan pada jarum magnet yang
dipasangkan di atas sebuah pangsi yang terletak di atas bahagian tengah
tapak kotak. Di kedua – dua sisi kotak ini masing – masing dipasang alat
prisma untuk bacaan bering melaluinya dan bilah tenang untuk maksud
pengarahan.

Kompas Prismatik

Kompas Prismatik dan tripod
Page 9 of 14

DPP B2(b)

Theodolite
Total station

Page 10 of 14

DPP B2(b)

Tripod (kakitiga)

Ranging Pole (pancang jajar)

Page 11 of 14

DPP B2(b)

Prism (Prisma)

Wooden Peg (piket)
Page 12 of 14

DPP B2(b)

Plumbob

Page 13 of 14

DPP B2(b)
EXERCISE :

1. Senaraikan alatan yang digunakan untuk kerja ukur aras dan nyatakan kegunaan
bagi setiap alatan tersebut.

2. Senaraikan alatan yang digunakan untuk kerja ukur trabas dan nyatakan kegunaan
bagi setiap alatan tersebut.

REFERENCE :
o Buku Kejuruteraan Survey

- UTHM, UTM
o Modul

- ECV 2072 -Introduction To Survey -
o Laman web

- http:// www.wikipedia.

Page 14 of 14


Click to View FlipBook Version