The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-4248132, 2021-01-19 03:04:31

tugasan cuti sekolah

tugasan cuti sekolah

Esei Pendek (Pemikiran A
Kritis & Analitis)

Objektif
• Menyusun & mengolah idea/fakta dgn lancer & berkesan
• Memberikan pandangan, ulasan, / kritikan terhadap kandungan teks
• Menggunakan Bahasa yg baik & berkesan

Soalan bhgn B melibatkan:
1. Kemahiran membaca: - tahap asas: memahami - tahap lebih tinggi :menginterprasi, menganalisis,

merumus&menilai
2. Masa: 30 minit utk 4/5 soalan

Esei pendek
• Tak perlu pendahuluan & penutup
• Bina ayat yg lengkap (subjek + predikat)
• Pastikan tiada kesalahan Bahasa
• Esei: 3 isi & 3 perenggan shj
• Tidak lebih 150 patah perkataan (tulis patah perkataan)

Teknik menjawab
• Membaca soalan
• Menganalisis soalan
• Menyenaraikan isi utama
• Menulis perenggan penuh

BN

Contoh soalan

Pada pandangan anda, apakah usaha yg wajar dilakukan oleh graduan bagi
menghadapi cabaran persaingan dunia pekerjaan pada hari ini? .Panjang
jawapan anda hendaklah tidak melebihi 150 patah perkataan.

Jawapan

Keperluan utk bersaing dlm pekerjaan:

• Kelayakan akademik

• Penguasaan pelbagai Bahasa

• Kemahiran komunikasi

1.Jawapan cadangan:

Graduan perlu mempunyai (I) kelayakan akademik yang sesuai dengan
pekerjaan. Kelayakan akademik yang perlu diperoleh sekurangnya-kurangnya
(H) Diploma hingga ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang yang diminati
selaras dengan kehendak pasaran kerjaya semasa. Sebagai contoh, jawatan
pensyarah di institusi Pengajian Tinggi memerlukan kelulusan Sarjana atau
Doktor Falsafah. (H)Hal ini dapat menyerlahkan keyakinan diri dan
membolehkan pekerja menggunakan ilmunya memberi pandangan bernas
berkaitan kerjaya yang akan disandang.

2. Jawapan cadangan:

Kriteria yang perlu ada dalam diri graduan bagi menghadipi cabaran
persaingan dunia pekerjaan pada hari ini iaitu (I) menguasai kemahiran
komunikasi. Kemahiran komunikasi dapat (H) menjadikan mesej disampaikan
dengan jelas dan lengkap. Sebagai contoh, graduan yang bijak berkomunikasi,
petah, ramah dan mudah mesra lebih tinggi kemungkinan untuk dipilih bekerja
berbanding dengan mahasiswa pasif. Hal ini menyebabkan graduan lebih mudah
berurusan dengan rakan sekerja, majikan, klien dan perlabur.

3. Jawapan cadangan:

Graduan perlu menguasai pelbagai Bahasa. Apabila seseorang mengusai
lebih daripada satu Bahasa, mereka dapat bersaing pada peringkat global.
Sebagai contoh, graduan yang mahir dalam Bahasa Inggeris membolehkan
meeka menjadi lebih kompetitif dalam era dunia tanpa sempadan. Hal ini
bertujuan untuk membuka peluang mereka di luar negara ataupun bekerja
dengan syarikat antarabangsa yang berpengkalan di negara ini.

Set 2 :(soalan 20 markah)

Pada pendapat anda, apakah masalah yang akan berlaku sekiranya sesebuah
keluarga tidak bijak dalam menguruskan perbelanjaan mereka? Panjang jawapan
anda hendaklah tidak melebihi 150 patah perkataan.

Jawapan:

1. Dibelenggu masalah hutang

2. Kehidupan keluarga tidak harmoni/sering mengalami tekanan

3. Menjejaskan kesihatan ahli keluarga

Skema jawapan

ISI 1

Isi utama : dibelenggu masalah hutang

Huraian isi : untuk menampung perbelanjaan dan membeli barang-barang
keperluan keluarga

Contoh : meminjam duit daripada lintah darat

Huraian cth : masalah hutang semakin parah – bunga yang tinggi menyebabkan
mereka terikat dengan hutang

ISI 2

Isi utama : kehidupan keluarga tidak harmoni/sering mengalami tekanan

Huraian isi: perbelanjaan menyebabkan ketua keluarga sentiasa tertekan dan
tergamak untuk melakukan perbuatan negative

Contoh : pergaduhan, melakukan penderaan, penceraian, dan sebagainya

Huraian cth: hal ini disebabkan oleh merekan gagal untuk mengawal perasaan

ISI 3

Isi utama: Pendidikan anak-anak terjejas

Huraian isi: anak-anak kerap tidak hadir ke sekolah kerana mereka tidak mampu
membayar wang keperluan Pendidikan

Contoh: wang saku, tambang pengangkutan, yuran sekolah, bayaran untuk
membeli peralatan sekolah, dan lain-lain lagi

Huraian cth: anak-anak ponteng sekolah, gagal dalam peperiksaan, tercicir, dan
sebagainya

Set 3: (soalan 20 markah)
Huraikan formula baharu yang dimaksudkan dalam petikan di atas. Panjang
jawapan anda hendaklah tidak melebihi 150 patah perkataan. (20 markah)
Jawapan:
1. Memastikan keamanan negara terjamin
2. Menambah destinasi pelancongan baharu
3. Meningkatkan keberkesanan kempen & promosi

1.Jawapan
Formula baharu lain yang boleh difikirkan oleh rakyat untuk menarik pelancong asing

datang ke Malaysia (I) dengan memastikan keaman negara terjamin. (H) Pelancong asing
sering bimbang akan keselamatan dan kesejahteraan terhadap lokasi percutian mereka.
Oleh itu, keselamatan dan keamanan untuk Kawasan pelancongan yang kerap berlaku
jenayah hendaklah sentiasa diawasi agar pelacong tertarik untuk melancong ke negara
ini.
2. Jawapan pelajar

Pihak pengusaha destinasi pelancongan perlulah (I) menambahkan kemudahan di
destinasi pelancongan. Umum mengetahui bahawa sesebuah (H) destinasi pelancongan
perlulah mempunyai tempat penginapan yang selesa, aktiviti, dan pengangkutan.
Destinasi pelancongan yang mempunyai prasarana yang lengkap dapat menarik minat
dan mendorong mereka untuk melancong lagi ke negara kita.
3. Jawapan pelajar

Langkah untuk memajukan industri pelancongan (I) ialah meningkatkan
keberkesanan kempen dan promosi pelangcongan. Kempen dan promosi pelacongan
merupakan salah satu daya tarikan para pengunjung untuk dating melancong di negara
ini. Contohnya, Kementerian Pelancongan boleh mengadakan rombongan kebudayaan
dan kesenian ke luar negara. Kesannya, kempen dan promosi pelancongan dapat
meningkatkan industry pelancongan di negara ini.

• ULANGKAJI BAHAGIAN B – PEMBACAAN KRITIS DAN ANALITIS

Bentuk soalan peperiksaan:
1. Memberikan maksud frasa / ungkapan
2. Soalan pemahaman berdasarkan petikan
3. Soalan esei ringkas berdasarkan KBKK (isi di luar petikan)
4. Soalan 1 tidak semestinya bertanyakan maksud frasa atau kata. Ada kalanya

adalah tentang peribahasa
5. Bentuk soalan 1: bincangkan maksud perkataan, frasa, ayat, atau peribahasa

yang terdapat dalam petikan. Contoh:
• Berdasarkan petikan tersebut, jelaskan maksud frasa…
• Jelaskan maksud frasa/peribahasa…

CONTOH SOALAN:
Berdasarkan petikan tersebut, jelaskan maksud frasa yang berikut:
(a)…bagi menangani kemelut yang merantai masyarakat (2)
Cth jwpn- untuk mengatasi masalah yang menyekat orang ramai/ untuk
menyelesaikan situasi yang penting yang membelenggu komuniti

(b)…menuntut kemahiran yang maksimum daripada penciptanya (2)
Cth jwpn- memerlukan kecekapan yang tinggi daripada perekanya /
mengkehendaki kepandaian yang sepenuhnya daripada pembuatnya

*peringatan – 1. tidak perlu ditulis dlm ayat yg lengkap
2. tidak perlu ubah semua perkataan dalam soalan
3. biasanya, yg tidak ditukarkan maksudnya ialah kata tugas!

6. Bentuk soalan 2: memberikan jawapan berdasarkan petikan sahaja. Antara kata
kunci soalan:
• Nyatakan empat peranan / cabaran
• Mengapakah factor…
• Apakah punca…
• Apakah harapan / mesej penulis…
• Berikan dua mesej…ATAU Jelaskan mesej…
• *peringatan- 1. jawapan mestilah diambil dalam petikan

2. dilarang mereka-reka jawapan sendiri

3. dilarang ubah keseluruhan ayat dalam petikan sehingga
menghilangkan maksud asal petikan

• Teknik menjawab soalan esei ringkas

1. Tidak perlu ada pendahuluan dan kesimpulan

2. Teruskan sahaja dengan menulis ISI

3. Jangan tulis esei melebihi 150 patah perkataan

4. Setiap 1 isi ditulis dalam 4 ayat :
✓Ayat 1 = isi utama
✓Ayat 2 = huraian isi
✓Ayat 3 = contoh (jika tiada contoh, boleh tulis lanjutan isi untuk mengukuhkan hujah –

bukannya mengulang isi
✓Ayat 4 = huraian contoh (jika contoh pd ayt 3, berikan ayat penegasan / kesimpulan)

5. Ada 3 perenggan jawapan (1 isi 1 perenggan)

6. Jumlah perkataan bagi setiap perenggan : 40-50 patah perkataan

7. Markah Bahasa ditolah berdasarkan kesalahan ayat

8. Jawapan kurang daripada 150 akan ditolah markah Bahasa

9. Jangan tiru ayat dalam petikan bulat-bulat kerana soalan esei ringkas merupakan
soalan KBKK. (jawapan di luar petikan – pendapat / isi calon sendiri BUKAN
pengarang)

Contoh soalan:

Jelaskan peranan yang boleh dimainkan oleh pelbagai pihak dalam usaha untuk
menangani masalah ketagihan bermain permainan video.

Isi utama – individu perlu mengawasi keinginan untuk bermain permainan video
(2m)

Huraian isi – agar tidak leka (1m)

Contoh – bermain permainan video pada waktu lapang sahaja (1m)

Huraian contoh – supaya tidak mengabaikan tugas lain (1m)

*peringatan :

1. Jangan menulis jwpn kurang daripada 100 patah perkataan – seelok-eloknya
101 patah perkataan

2. Boleh menulis 3 isi ke atas asalkan tidak melebihi 150 patah perkataan

3. Tidak perlu guna Bahasa berbunga-bunga / peribahasa


Click to View FlipBook Version