The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gpmsinhwa, 2017-02-21 22:51:00

Kosa kata BM

BM6

Cantik nian





































BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011

1. BAHAGIAN A ( 20 markah )
∙ Soalan 1- 20
∙ 20 Soalan Aneka Pilihan
2. BAHAGIAN B ( 30 markah )
∙ Soalan 21 (4 markah )
i. Mengisi tempat kosong
ii. Membulatkan jawapan
iii. Memadankan
iv. Membetulkan perkataan
v. Menyenarai

∙ Soalan 22 ( 6 markah )
i. Menulis Ayat Tanya
ii. Menulis dialog yang sesuai bagi

watak
iii. Menyatakan peribahasa

iv. Soalan 23 ( 6 markah )
i. Menjawab soalan Petikan
ii. Memadankan Pernyataan

iii. Soalan 24 ( 7 markah )
i. Menjawab Petikan

ii. Soalan 25 ( 7 markah )
i. Menjawab Puisi
ii. Menandakan betul atau salah

SOALAN 21
1. Contoh Mengisi tempat kosong:

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam
petikan yang diberi.

mengajar mengajarkan memperoleh memperolehi

menemui menemukan tatabahasa tata bahasa

Loceng telah berbunyi menandakan waktu pembelajaran pada hari ini telah

selesai. Cikgu Deen yang ______m__e_n_g__a_ja_r_kmanata pelajaran bahasa Melayu

menyuruh kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah.

Kami___m_e__m_p__e_ro__le_h___banyak pengetahuan tentang aspek __t_a_t_a_b_a_h_a_s_a___

yang telah diajar oleh Cikgu Deen.

Sewaktu dalam perjalanan pulang, saya telah __m_e_n__e_m__u_k_a_n__seutas rantai

emas.Saya memandang ke kiri dan ke kanan namun tiada sesiapapun yang saya
nampak. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menyerahkan rantai emas
tersebut kepada ibu saya untuk tindakan seterusnya.

2. Contoh Membulatkan Jawapan :
Bulatkan kata adjektif yang terdapat dalam ayat di bawah.

1. Perjalanan ke tempat itu mengambil masa tiga hari kerana jaraknya yang amat
jauh.

2. Banjir melanda pantai timur setelah hujan turun dengan lebat selama beberapa
hari.

3. Kempen makan buah-buahan tempatan yang diadakan di
Kuala Kangsar mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

4. Suasana di pesta itu bertambah meriah apabila pengunjung
dihiburkan oleh artis-artis.

3. Contoh Memadankan :
Padankan pernyataan dibawah berdasarkan kata kerja yang diberikaan.

Ibu menganyam ketupat sebagai BETUL
persediaan untuk menyambut hari
raya.

Kakak menghadiahkan ibu seutas
jam tangan sempena dengan hari
lahirnya.

SALAH

Tikus itu menggigit sekeping roti
yang diletakkan di atas meja
makan.

Nenek mencelur pucuk paku itu
untuk dibuat ulam-ulaman.

4. Contoh Membetulkan Perkataan :
Betulkan kesalahan penggunaan rangkai kata dalam ayat yang diberi.

1. Apabila sampai di tengah laut, tekong itu menenggelamkan

sauh supaya bot tidak dihanyutkan ombak. melabuhkan

2. Negeri Terengganu dan Kelantan terkenal dengan

perusahaan membuat batik. mencanting

3. Pengerusi telah menamatkan mesyuarat tersebut tepat

pada jam 5.00 petang. menangguhkan

4. Daneesh akan ke Pulau Perhentian untuk menangkap

sotong bersama-sama rakannya. mencandat

5. Contoh Menyenarai :
Senaraikan kata berimbuhan pinjaman yang terdapat dalam

petikan di bawah

.

Generasi muda hari ini perlu menjaga tatasusila walau di mana mereka berada agar
dipandang tinggi oleh masyarakat. Walaupun pernah bergelar mahasiswa di universiti
tempatan mahupun di luar negara, tidak semestinya mereka hebat dalam pelbagai
sudut. Justeru, sikap budiman dalam diri perlu ada walaupun mereka terkelompok
dalam golongan cendekiawan di negara kita.

1…t…a…t…a…s…u…s…il…a………………….

2…m……a…h…a…s…i…s…w…a……………….

3…b……u…d…im……a…n…………………….

4…c…e…n…d…e…k…i…a…w…a…n…………….

SOALAN 22

ITEM: MEMBINA AYAT / MENULIS DIALOG

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:
__________________________________________________________________________

Apakah buah-buahan tempatan yang__________________________________________________________________
terdapat di negara kita?

Jawapan: Durian, manggis, cempedak, dan rambutan merupakan antara buah-buahan
tempatan yang terdapat di negara kita.

[2 markah]

b. Tulis dialog yang paling sesuai bagi watak di bawah.

Mengapa awak suka melancong ke________________________________________________________________
Pulau Ketam?

[2 markah]

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
_______________________________________________________

• Bagai aur dengan tebing_______________________________________________________
• Berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing

[2 markah]

SOALAN 23

Marang merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Terengganu,
Malaysia. Marang menjadi tempat perhentian untuk menyeberang ke Pulau
Kapas, Pulau Redang, Pulau Gemia dan lain-lain. Pulau Kapas merupakan
pulau yang indah, menarik pengunjung dari serata dunia.

Marang terletak di tepi Laut China Selatan. Bentuk muka buminya adalah
kawasan paya di sebelah barat. Sungai Marang mengalir dari Bukit Kor dan
Gunung Gajah Terom (1206 m). Selain kawasan berpaya, terdapat juga
kawasan berbukit yang sederhana tinggi yang sejajar dengan pantai yang
paling panjang di semenanjung ini.

Menyingkap tabir sejarah asal usul nama Marang, pelbagai cerita
dikaitkan dengannya. Dipercayai nama Marang ini adalah berasal daripada
nama seorang peniaga Cina yang masyhur suatu ketika dahulu. Peniaga
yang hanya dipanggil dengan panggilan ‘Ma’ sahaja ini menetap di kuala
sungai. Dia mengusahakan hasil tangkapan laut yang dikeringkan seperti
ikan dan sotong. Proses pengeringan hasil laut ini dilakukan secara manual
iaitu dengan mengeringkannya di atas para atau dipanggil ‘rang’ yang
digunakan lama-kelamaan perkataan ‘Ma’ dan ‘rang’ disebut secara serentak
menjadi Marang.

a) Marang terletak di negeri Terengganu, Malaysia.

b) Bagaimanakah Marang mendapat nama?

Gabungan nama seorang peniaga Cina dan

proses pengeringan hasil laut secara manual

c) Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan.

Hasil laut menjadi punca pendapatan

Utama penduduk Marang. BETUL

Marang terletak di tepi Lautan Hindi. SALAH

Bukit Kor dan Gunung Gajah Terom adalah
punca air Sungai Marang.

Marang merupakan tempat persinggahan
Pelancong ke Pulau Kapas.

SOALAN 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Setiap orang memerlukan sahabat dalam hidupnya. Sahabat
merupakan orang yang rapat dengan kita selepas kedua-dua orang tua kita.

Sahabat memainkan peranan yang penting dalam hidup kita. Sahabat
dapat mempengaruhi perwatakan kita. Hubungan yang rapat antara kita dengan
sahabat merupakan faktor utama situasi ini berlaku.

Selain itu, kita lebih cenderung berkongsi cerita atau masalah dengan
sahabat berbanding dengan ibu bapa atau adik-beradik yang lain. Hal ini
demikian kerana sahabat dianggap lebih memahami sikap dan perasaan kita.

Tambahan pula, sahabat yang mempunyai sikap-sikap positif dapat
mempengaruhi kehidupan kita. Kita akan mudah mencontohi nilai-nilai positif
yang ada pada diri sahabat kita. Oleh itu, kita akan mempunyai akhlak yang baik
dan sahsiah yang tinggi.

Seorang sahabat yang baik akan sentiasa memberi dorongan dan
nasihat kepada sahabatnya untuk melakukan sesuatu yang membawa kebaikan
bersama. Kesimpulannya, sahabat memainkan peranan penting dalam
menentukan arah hidup kita. Oleh yang demikian, berhati-hatilah ketika memilih
sahabat.

a.Perkataan cenderung dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

berminat [1 markah]

b. Bagaimanakah seorang sahabat mampu mempengaruhi perwatakan kita?

Kerana hubungan yang rapat [2 markah]

antara sahabat dengan kita

c. Nyatakan dua ciri seorang sahabat yang baik?

• Sahabat yang sentiasa mendoakan kita [2 markah]
• Sahabat yang menolong kita di kala kita susah

d. Apakah erti sahabat? Nyatakan dua tindakan daripada seorang sahabat yang
boleh membantu kamu dalam kesusahan?
[3 markah]

Sahabat ialah seseorang yang rapat dengan kita dan tidak
mempunyai hubungan darah.
• Membantu kita dari segi kewangan,tenaga dan pemikiran.
• Sentiasa mendoakan kita supaya keluar dari belenggu kesusahan

Soalan 25
Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ayahku
Jasamu amat besar ertinya
Wang dan harta bukan permintaannya
Asuhan dan didikan engkau berikan
Pesanan dan nasihat engkau curahkan

Ayahku
Berpanas berhujan engkau tetap cekal
Mencari rezeki untuk suapan kami
Jarang sekali engkau mengeluh
Namun begitu kami mengerti

Ayahku
Tanpa pengorbananmu siapalah kami
Jasamu takkan kulupa
Selagi hayat dikandung badan

a) Apakah maksud ‘wang dan harta bukan permintaannya’?

Seorang ayah tidak mahu jasanya dibalas
dengan harta dan kekayaan

b) Siapakah individu dalam sajak di atas?

Ayah

c) Tandakan (√) pada pernyataan yang betul dan (×) pada
pernyataan yang salah.

Ayah hanya mengambil berat ketika kita masih kecil sahaja. (×)
Setiap anak mesti menjaga orang tuanya. (√)

Ayahku
Berpanas berhujan engkau tetap cekal
Mencari rezeki untuk suapan kami
Jarang sekali engkau mengeluh
Namun begitu kami mengerti
e) Berikan maksud rangkap di atas.

Ayah tetap tabah dan cekal dalam
mencari rezeki untuk keluarganya


Click to View FlipBook Version