The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LIZA LAJIN, 2020-06-16 10:39:34

LATIHAN AYAT PASIF AKTIF

LATIHAN AYAT PASIF AKTIF

Contoh :
SOALAN 3(b) SINTAKSIS - MENUKAR AYAT AKTIF KEPADA AYAT
PASIF
Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah
maksud

asalnya.
(i) Cikgu Hasnul mengajar pelajar tingkatan Lima Ceria mata pelajaran

Sejarah pada setiap hari Sabtu.
Pelajar tingkatan Lima Ceria diajar oleh Cikgu Hasnul mata pelajaran
sejarah pada setiap hari Sabtu
(ii) Pekerja kontrak telah menebang pokok rambutan yang reput itu

petang tadi.
Pokok rambutan yang reput itu telah dipotong oleh pekerja kontrak petang
tadi.

(iii) Kami membaiki motosikal pusaka kesayangan ayah di Bengkel
Mutiara.

Motosikal pusaka kesayangan ayah kami baiki di Bengkel Mutiara.

1

Latihan Menukarkan Ayat Aktif di bawah kepada Ayat Pasif tanpa mengubah
maksud asal.

1. Puan Mariam meletakkan periuk belanga di atas rak yang disediakan
khas untuk barangan dapur.

JWP
1.
2 Awak harus mempamerkan harga barangan yang dijual supaya mudah di

lihat oleh pelanggan yang datang membeli-belah di kedai ini.
JWP
2.
3 Pelatih Program Malaysian Future Leaders School (MFLS) itu menjalani

latihan intensif selama sepuluh hari.
JWP
3
4 Kita mesti melafazkan ikrar Rukun Negara dengan penuh semangat.
JWP
4
5 Para peniaga menaikkan harga barangan sesuka hati pada musim

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga
membebankan para pembeli.
JWP
5

6 Pak Kodi memajakkan tanahnya kepada syarikat itu untuk dijadikan
tempat penanaman sayur-sayuran.

JWP
6

7. Kita akan melaksanakan tugas menceriakan kawasan taman perumahan
ini bersama-sama.

JWP
7
8 Mereka menyediakan pelbagai hidangan untuk tetamu yang hadir di

majlis kesyukuran atas kelahiran cucu pertama mereka.
JWP
8

2

9 Semenjak pihak polis dan angkatan tentera melancarkan Ops Cegah
Keluar PKP C-19, kadar keluar rumah semakin berkurang.

JWP
9
10 Siti Rofiza Mohd Alias telah menerima sijil perkhidmatan cemerlang

daripada majikannya.
JWP
10

3

Jawapan

Latihan Menukarkan Ayat Aktif di bawah kepada Ayat Pasif tanpa mengubah
maksud asal.

BIL AYAT AKTIF / AYAT PASIF
1. Puan Mariam meletakkan periuk belanga di atas rak yang disediakan khas untuk barangan

dapur.
JWP Periuk belanga diletakkan oleh Puan Mariam di atas rak yang disediakan khas untuk barangan
1. dapur.
2 Awak harus mempamerkan harga barangan yang dijual supaya mudah dilihat oleh pelanggan

yang dating membeli-belah di kedai ini.
JWP Harga barangan yang dijual harus awak pamerkan supaya mudah dilihat oleh pelanggan yang
2. datang membeli-belah di kedai ini.
3 Pelatih Program Malaysian Future Leaders School (MFLS) itu menjalani latihan intensif selama

sepuluh hari.
JWP Latihan intensif selama sepuluh hari dijalani oleh pelatih program Malaysian Future Leaders
3 School (MFLS) itu
4 Kita mesti melafazkan ikrar Rukun Negara dengan penuh semangat.
JWP Ikrar Rukun Negara mesti kita lafazkan dengan penuh semangat.
4
5 Para peniaga menaikkan harga barangan sesuka hati pada musim Perintah Kawalan

Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga membebankan para pembeli.
JWP Harga barangan dinaikkan oleh para peniaga sesuka hati pada musim Perintah Kawalan
5 Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga membebankan para pembeli.
6 Pak Kodi memajakkan tanahnya kepada syarikat itu untuk dijadikan tempat penanaman sayur-

sayuran.
JWP Tanah dipajakkan oleh Pak Kodi kepada syarikat itu untuk dijadikantempatpenanaman sayur-
6 sayuran.
7. Kita akan melaksanakan tugas menceriakan kawasan taman perumahan ini bersama-sama.
JWP Tugas menceriakan kawasan taman perumahan ini akan kita laksanakan bersama-sama.
7
8 Mereka menyediakan pelbagai hidangan untuk tetamu yang hadir di majlis kesyukuran atas

kelahiran cucu pertama mereka.
JWP Pelbagai hidangan disediakan oleh mereka untuk tetamu yang hadir di majlis kesyukuran atas
8 kelahiran cucu pertama mereka.
9 Semenjak pihak polis dan angkatan tentera melancarkan Ops Cegah Keluar PKP C-19, kadar

keluar rumah semakin berkurang.
JWP Semenjak Ops Cegah Keluar PKP C-19 dilancarkan oleh pihak polis dan angkatan tentera, kadar
9 keluar rumah semakin berkurang.
10 Siti Rofiza Mohd Alias telah menerima sijil perkhidmatan cemerlang daripada majikannya.
JWP Sijil perkhidmatan cemerlang telah diterima oleh Siti Rofiza Mohd Alias daripada majikannya.
10

4


Click to View FlipBook Version