SI KATAK YANG INGIN TERBANG
Sumber :Teman Pintar
Di sebuah kolam dalam sebuah hutan ada seekor katak. Si Katak sangat suka
berangan-angan ingin terbang seperti burung di angkasa. Si Katak sering saja
membayangkan keseronokannya jika boleh terbang seperti burung.
Pada suatu petang, ketika sedang asyik berangan,Si katak terserempak dengan
Si burung kakaktua.”wahai Kakaktua,aku sungguh kagum dengan kamu!” beritahu Si
katak. Si burung Kakaktua pun bertanya,”kenapa Si Katak?” Si Katak pun
menjawab,”kamu boleh terbang tinggi di angkasa. Aku ingin terbang seperti kamu!
Bolehkah kamu ajar aku terbang?”
Si Kakaktua pun memberitahu Si Katak, bahawa dia tidak boleh mengajar Si
Katak terbang. Si Katak berasa sangat hampa. Tiba-tiba Si katak terpandang akan dua
helai daun teratai yang terapung di permukaan kolam.”wah,bijaknya aku! Aku boleh
gunakan daun itu untuk terbang di angkasa!”monolog Si Katak sambil tersenyum
lebar.
Si Katak memetik dua helai daun teratai itu lalu mengikatnya di kedua-dua
bahagian bahunya “Hore! Akhirnya aku boleh terbang!”jerit Si Katak keriangan. Si
Katak pun mengibas-ngibas lengannya dengan sekuat-kuatnya agar dapat terbang ke
langit.
Tiba tiba, PONG! Si Katak terjatuh ke dalam air. Si Kakaktua yang melihat
adegan itu hanya mampu menggelengkan kepalanya.
Si Kakaktua menghampiri Si Katak dan menasihatinya.”Si Katak,kamu telah
dikurniakan kepandaian berenang tetapi tidak boleh terbang. Aku pun begitu,boleh
terbang tetapi tidak boleh berenang. Kita memiliki keistimewaan tersendiri. Kita harus
bersyukur Si katak”
Si Katak yang mendengar nasihat itu mengiyakan kata-kata Si Kakaktua. Mulai
saat itu,Si Katak tidak lagi berangan-angan untuk terbang. Malah, Si Katak semakin
aktif berenang. Si Katak memasang impian untuk jaguh renang di hutan tersebut.
TAMAT
-PENGAJARAN-
Sumber :Teman Pintar
SETIAP ORANG MEMPUNYAI KEKUATAN DAN KELEMAHAN.
KENALI KEKUATAN DIRI SENDIRI UNTUK KITA TERUS BERMOTIVASI WALAUPUN DALAM
KEAADAAN NORMA BAHARU.
#UBKSMKPTLDM
Sumber :Teman Pintar