The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ppkiserilondang, 2020-07-26 11:31:03

5.1

5.1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHANGKAT LADA,
BANDAR SEBERANG PERAK
36800 KAMPONG GAJAH
PERAK

MODUL PENGURUSAN KEHIDUPAN
KSSMPKKR TINGKATAN 1

TAJUK:
5.1 PENGGUNAAN SIMBOL ATAU LOGO MENGIKUT

KONTEKS

DISEDIAKAN OLEH:
KHIRUL AMIR BIN MAT SAAD

GURU PENDIDIKAN KHAS
SMK CHANGKAT LADA

SEKOLAH : SMK CHANGKAT LADA
DAERAH : PERAK TENGAH
MATA PELAJARAN : PENGURUSAN KEHIDUPAN
TINGKATAN :KHAM PKKR TINGKATAN 1
TEMA : KEHIDUPAN HARIAN
KEMAHIRAN : MEMBACA DAN MENULIS

STANDARD KANDUNGAN :
5.1 Penggunaan simbol atau logo mengikut konteks

STANDARD PEMBELAJARAN :
5.1.1 Murid boleh mengenal pasti simbol atau logo mengikut konteks dalam aktiviti
harian
5.1.2 Menyampaikan maklumat yang diperolehi daripada simbol atau logo semasa
berinteraksi dalam pelbagai situasi

PENERANGAN/AKTIVITI:
1. Ibubapa membantu murid mengenal simbol dan keterangan simbol dibaca
kepada murid berdasarkan gambar yang diberikan.
2. Ibubapa bersama murid mengeja perkataan yang mewakili simbol yang
ditunjukkan.
3. Ibubapa membantu murid menulis perkataan yang mewakili simbol.
4. Ibubapa bercerita situasi yang berkaitan simbol yang ditunjukkan.

LATIHAN:
1. Ibubapa membantu murid menulis perkataan/nama symbol
2. Membantu murid memadankan gambar simbol dengan perkataan

NOTA:
PELBAGAI SIMBOL DIGUNAKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

TANDAS: KETERANGAN
SIMBOL Nama simbol: Tandas Lelaki

Penerangan:

1. Simbol ini biasanya dapat dilihat

di pintu tandas lelaki.

2. Simbol ini mewakili jantina LELAKI

sahaja yang boleh menggunakan

tandas tersebut.

3. Simbol ini boleh dilihat di tandas

awam yang berada di pusat

membeli belah, taman awam,

sekolah dan bangunan

kerajaan/swasta.

Nama Simbol: Tandas Perempuan

Penerangan:

1. Simbol ini biasanya dapat dilihat

di pintu tandas perempuan.

2. Simbol ini mewakili jantina

PEREMPUAN sahaja yang boleh

menggunakan tandas tersebut.

3. Simbol ini boleh dilihat di tandas

awam yang berada di pusat

membeli belah, taman awam,

sekolah dan bangunan

kerajaan/swasta

Nama Simbol: Logo OKU (Orang
Kelainan Upaya)

Penerangan:
1. Simbol ini adalah bagi
menyatakan setiap ruang/
tempat dikhaskan untuk golongan
OKU (Orang Kelainan Upaya).
2. Simbol ini dapat dilihat
dibeberapa tempat seperti
tandas, tempat letak kereta, di
dalam kenderaan awam seperti
bas, keretapi, feri dan laluan khas

OKU.
3. Ruang/tempat yang mempunyai

simbol ini hanya boleh digunakan
oleh golongan OKU sahaja.
Menjadi kesalahan jika ianya
digunakan oleh individu selaian
golongan OKU.

Tempat Awam (Taman Permainan, Taman Awam, Taman Tema dan Bangunan

seperti sekolah, bangunan kerajaan, restoran dan sebagainya)

SIMBOL KETERANGAN

Nama Simbol: Dilarang Merokok

Penerangan:
1. Simbol ini mewakili kawasan yang
dilarang merokok.
2. Menjadi satu kesalahan jika
merokok di kawasan yang
terdapat simbol ini.
3. Simbol ini dapat dilihat di
kawasan tumpuan orang awam
seperti taman awam, restoran,
sekolah dan di dalam bangunan
kerajaan.

Nama simbol: Lif

Penerangan:

1. Simbol ini menunjukkan

kawasan/ruang berhampiran

menyediakan perkhidmatan lif.

2. Simbol ini dapat dilihat di

pasaraya, bangunan

kerajaan/swasta (bangunan

bertingkat) dan bangunan

tumpuan pengunjung (KLCC,

Menara Kuala Lumpur dan lain-

lain).

3. Pengunjung/orang ramai boleh

menggunakan perkhidmatan lif

yang disediakan jika melihat

simbol tersebut.

Nama Simbol: Tangga

Penerangan:

1. Simbol ini bagi menunjukkan

terdapatnya ruang/kawasan

penggunaan tangga.

2. Simbol ini dapat dilihat di

beberapa kawasan terutamanya

di kawasan pasaraya bertingkat,

bangunan kerajaan/swasta dan

bangunan tumpuan orang ramai

Nama Simbol: Dilarang Membuang
Sampah Di Sini

Penerangan:

1. Logo ini dapat dilihat diletakkan

di kawasan tumpuan ramai atau

di tempat awam.

2. Logo ini melarang orang ramai

membuang sampah merata-rata

terutamanya di kawasan

berhampiran logo diletakkan.

3. Menjadi satu kesalahan jika

melanggar perintah/arahan

tersebut.

Logo Agensi Keselamatan PENERANGAN
LOGO Nama Logo: Logo Klinik/Hospital

Penerangan:

1. Logo ini adalah melambangkan

pusat kesihatan seperti klinik dan

hospital.

2. Logo ini juga boleh dilihat pada

kenderaan milik pejabat

kesihatan dan ambulans.

Nama Logo: Logo Polis Diraja Malaysia

Penerangan:
1. Logo ini adalah melambangkan
unit keselamatan Polis Diraja
Malaysia (PDRM)
2. Logo ini juga dapat dilihat pada
kenderaan milik Polis Diraja
Malaysia seperti kereta, motosikal
dan kenderaan berat.

Nama Logo: Logo Pasukan Bomba dan
Penyelamat Malaysia (PBPM)

Penerangan:
1. Logo ini adalah melambangkan
unit keselamatan Pasukan Bomba
dan Penyelamat Malaysia (PBPM).
2. Logo ini dapat dilhat pada
kenderaan milik bomba seperti
jentera pemadam api, van dan
motosikal.

Nama Logo: Logo Pasukan Tentera
Malaysia

Penerangan:
1. Logo ini melambangkan Pasukan
Tentera Diraja Malaysia.
2. Logo ini merangkumi pasukan
Tentera Darat, Tentera Udara dan
Tentera Laut.

Latihan 1:
Arahan:

1. Murid diminta menyalin semula nama logo yang diberikan.
2. Ibubpa/penjaga diminta membantu murid menulis dengan betul

terutamanya bagi anak-anak yang kemahiran menulis masih di tahap
sederhana.
3. Baca semula hasil penulisan bersama anak-anak.

tandas lelaki

tandas perempuan

Lif

tangga

OKU
___________________
___________________
___________________
Dilarang Merokok

Latihan 2

Arahan:
1. Murid diminta menggunting dan menampal logo yang diberikan pada
ruangan yang betul.
2. Mohon kerjasama ibubapa untuk membantu murid proses menggunting dan
menampal sepanjang aktiviti dijalankan.
3. Ibubapa memberikan penerangan ringkas pada setiap logo sebagai
pengetahuan kepada murid.

Gunting Di Sini

Tampal Di Sini

Logo Agensi
Keselamatan

Latihan 3
Arahan:

1. Murid diminta untuk memadankan logo dengan nama logo yang betul.
2. Ibubapa diminta untuk membantu murid memadankan dengan betul
3. Ibubapa diminta untuk membaca bersama murid nama-nama log yang

dinyatakan

klinik

Dilarang merokok

Tandas lelaki

OKU

Bomba

Skema Jawapan:
Latihan 1:

tandas lelaki
tandas lelaki
tandas lelaki
tandas lelaki

tandas perempuan
tandas perempuan
tandas perempuan
tandas perempuan

Lif
Lif
Lif
Lif

tangga
tangga
tangga
tangga

OKU

OKU
OKU
OKU

Dilarang Merokok
Dilarang Merokok
Dilarang Merokok
Dilarang Merokok

Latiha 2:

Logo Agensi
Keselamatan

Latihan 3

klinik

Dilarang merokok

Tandas lelaki
OKU

Bomba


Click to View FlipBook Version