KONVENSYEN GMGBM TAHUN 2018
              HOTEL SUMMIT USJ SUBANG JAYA
                            9-12 JULAI 2018
Slot       : 01 (9 Julai 2018)
Masa
Tempat     : 2000 -2200
Moderator
Panel      : Hotel Ballroom
           : Haji Mohd. Faizullah bin Buyong
           : Dato’ Sulaiman bin Wak
            Dato’ Dr. Haji Ridzuan bin Mohd Sagir
            Haji Zais bin Mohd. Akil
Pencatat   : Pn Rohlaizatul Akmal bt Mohamad Sanusi
            Pn Hjh Ainon bt Mohamed Salehuddin
Tajuk      : Guru Besar Pemangkin Kecemerlangan Pendidikan Era Malaysia Baharu
Laporan    :
       Dato’ Sulaiman Wak
1. Malaysia baharu bermaksud kerajaan akan kembali kepada demokrasi dan
         kedaulatan undang-undang dan menghormati kehendak rakyat. Antara manifesto
         Pakatan Harapan semasa pilihan raya ialah menambah baik sistem pendidikan
         negara. Kerajaan berhasrat untuk mewujudkan jawatan pembantu guru untuk
         mengurang beban tugas guru yang semakin banyak.
2. Pendidikan di Malaysia seharusnya bersifat futuristik dalam melahirkan modal insan
         yang berdaya saing di masa akan datang sesuai dengan 6 aspirasi murid yang telah
         digarap dalam PPPM 2013 – 2025.
3. Penekanan telah diberikan dalam aspek pemilihan guru dalam menghasilkan
         pendidikan berkualiti. Hanya indidvidu terbaik dalam dari segi akademik sekurang-
         kurangnya mencapai 5A dalam SPM yang diambil mengikuti latihan perguruan.
4. Penubuhan task force Pendidikan yang terdiri dari tokoh-tokoh bukan pendidikan
         yang akan mencadangkan rombakan sistem persekolahan dari prasekolah hingga ke
         university.
5. Dasar Pendidikan tidak pernah berubah iaitu berpaksikan Falsafah Pendidikan
         Negara, yang berubah hanyalah bagaimana kita melaksanakannya.
6. Findland dan Singapura merupakan penanda aras sistem pendidikan di seluruh
         dunia. .Faktor kejayaan mereka iaah kualiti guru. Mereka sangat menekankan
         tentang melahirkan guru yang berkualiti.
7. Setiap murid boleh belajar. Untuk meningkatkan prestasi sekolah kita harus
         meningkatkan prestasi setiap murid.
8. Di Findland setiap guru harus menjalani Continuing Profesional Development (CPD)
         atau Latihan Dalam Perkhidmatan 100 jam setahun.
9. Jadikan pembelajaran itu menyeronokkan. Digital learning dan hands on harus
         diperkasa. Buku teks digital juga dapat membantu meningkatkan minat murid. Bring
         Your Own Device (BYOD) boleh dipertimbangkan. Kita harus memanfaatkan
         teknologi.
10. Guru Besar harus menjaga kebajikan guru, berbincang dahulu sebelum mengambil
         tindakan. Jangan asyik mengarah sahaja
Dato’ Dr. Haji Ridzuan bin Mohd Sagir
1. Analogi ciri-ciri Guru Besar pemangkin kecemerlangan ialah seperti kita membakar
         sate yang memerlukan arang yang banyak tetapi bara yang sedikit sebagai
         pemangkin untuk mendapatkan sate yang enak dimakan.
2. Pemimpin do the right things manakala pengurus do the things right
3. Otak manusia mempunyai empat sukuan iaitu IQ, Pengurusan, Kepimpinan dan EQ.
         Lelaki cenderung mennggunakan IQ dan kepimpinan manakala perempuan lebih
         banyak menggunakan EQ dan pengurusan.
4. Guru Besar harus pro aktif. Kemahiran dan ilmu harus bergerak bersama-sama. Ilmu
         yang dipelajari harus diamalkan. Guru Besar harus berubah dan mengadun
         perubahan sesuai dengan era Malaysia Baharu.
Haji Zais bin Mohd. Akil
    1. Sepanjang masa kita perlu berubah . Perancangan strategi pendidikan sudah
         mantap, yang perlu dipertingkatkan ialah pendekatan yang sesuai dengan
         gelombang kerajaan baharu.
2. Peranan PIBG harus diperkasa sebagai rakan kongsi sekolah untuk membantu
    pembangunan serta kemajuan sekolah dan pelajar. Ibu bapa harus memainkan
    peranan. Ibu bapa harus memantau anak-anak sepanjang masa anak-anak berada
    bersama mereka. Trend sekarang ibu bapa membiarkan anak-anak kecil bersama
    gajet untuk memudahkan ibu bapa mengawal mereka. Penggunaan gajet yang tidak
    dikawal akan mengganggu proses pembelajaran anak-anak.
3. Program kesedaran perlu dibuat bersama PIBG.
      dari meja pencatat