The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BUKU PROGRAM GMGBM 2018, 2018-07-13 04:09:28

LAPORAN SLOT 3

LAPORAN SLOT 3

KONVENSYEN GMGBM TAHUN 2018
HOTEL SUMMIT USJ SUBANG JAYA

9-12 JULAI 2018

Slot : 03 (10 Julai 2018)

Masa : 1400 - 1600

Tempat : Hotel Ballroom

Moderator : Hj. Yusof bin Minin

Panel : YBhg. Prof. Dr. Zulkifli bin Yusof
Dekan Penyelidikan,
Pusat Kelestarian Alam Sekitar dan Sekuriti Air (IPASA)
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Pencatat : 1. Pn Hjh Ainon bt Mohamed Salehuddin

2. Pn Zubidah bt Anuar

Tajuk : Harapan dan Cabaran Pembinaan Generasi Baharu

Statistik Asas

1. Pada tahun 2018 individu berumur 15 – 40 tahun adalah seramai 14.5% dari populasi
penduduk Malaysia. GDP USD 1.2 trilion. Kanak- kanak di bawah umur 5 tahun
sebanyak 29.6%. Warga emas sebanyak 5.1%. Warga aktif sebanyak 41%. Jngka
hayat 74.5 tahun. 672 kereta setiap 1000 orang dan 1270 telefon bimbit bagi setiap
1000 orang

2. Global kompetensi Global 2016-2017. Malaysia berada di tangga 25. Menyediakan
peluang yang baik untuk para pelabur. Dalam masa 25 tahun lagi, Chna, Brazil. Turki
dan Indonesia akan muncul sebagai kuasa ekonomi baharu.

3. Perdana Menteri YAB Tun Mahathir mendakwa Pendidikan di Malaysia sudah lapuk.
Akibatnya orang ramai menjadi tidak terpelajar. Sementera Menteri Pendidikan Dr
Mazlee menyatakan bahawa sistem Pendidikan akan diubah. Pelajar tidak perlu
menjadi robot. Sistem peperiksaan akan diubah.

4. Prof. Lant Prichett dari Harvard Universiti pula menyatakan graduan di Malaysia setaraf
dengan pelajar yang gagal di Belanda. Pelajar terlalu menekankan penghafalan untuk
peperiksaan. Manakala Prof Micheal Woolcock pula mendakwa sistem pendidikan di
Malaysia tidak berapa bagus untuk golongan bawahan, namun bukan guru yang harus
dipersalahkan.

5. Keputusan PISA 2012, Malaysia berada di tangga 421 bagi Matematik, 398 bagi
membaca dan 420 bagi Sains manakala bagi tahun 2015 meningkat sedikit iaitu
Matematik 446, membaca 431 dan sains 443.

6. Indikator PISA 2012 ialah Matematik, kemahiran, Pendidikan menengah atas, gaji guru,
kelas kondusif, perubahan budaya, perubahan kurikulum , membuat keputusan dan
perbelanjaan.

7. Malaysia berada di tangga 75 dalam Environmental Performance.

8. Antara rungutan guru ialah mereka terpaksa bekerja keras untuk skor banyak A, oleh itu
guru terpaksa mengajar secara pantas untuk memastikan murid lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaan.

9. Murid-murid hanyak menjelan seberapa banyak ilmu yang boleh untuk memastikan
mereka boleh menjawab soalan ketika peperiksan dan melupakan ilmu yang dihafal
setelah tamat peperiksaan.

10. Tugas pentadbiran, pengisian laporan dan data atas talian, penganjuran aktiviti sekolah,
penyertaan kursus dan latihan yang keterlaluan semakin menekan para pendidik,
sehinggakan tugas hakiki sebagai pengajar yang mencambah minda murid tidak dapat
dijalankan dengan lancar. Akhirnya guru jugalah yang menjadi kambing hitam atas
kekurangan KBAT.

11. Matlamat pendidikan di Malaysia adalah melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia
dan bersatu padu, melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,
berketrampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan
kemajuan negara dan memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warga
Malaysia.

12. Antara kekurangan sistem pendidikan di Malaysia adalah terlalu berorientasikan
peperiksaan, pelajar kurang kualiti kepimpinan, guru kurang mengispirasi, penguasaan
bahasa yang lemah, cara pembelajaran lama, pemisahan terutama antara kaum
(sekolah vernakular)

13. Masalah sosial yang melanda negara ialah gensterism, penyalahgunaan dadah,
masalah rempit, jenayah ragur, ponteng sekolah , pelacuran, seks bebas, pembuangan
bayi, arak, jenayah rogol, tidak hormat orang lain, melepak, tidak pedul alam sekitar dan
masyarakat, kiasu, rasuah, keruntuhan rumah tangga, peningkatan kadar jenayah dan
samseng jalan raya.

14. Faktor kejayaan Singapura ialah adanya Guru Polis untuk menangani isu disiplin dan
penguatkuasaan peraturan sekolah, fungsi utama mengurangkan jenayah juvana. Polisi
dwi Bahasa dan satu aliran dengan English sebagai bahasa pengantar. Sistem
sokongan yang tersusun dan bersistematik untuk murid yang memerlukan Pendidikan
khas peringkat rendah di sekolah aliran utama dan membantu golongan ini untuk
berasimilasi dengan sekolah-sekolah aliran utama. Program makanan sihat yang
menggalakkan murid mengambil makanan sihat dan pemakaman yang seimbang.
Menyediakan kaunselor untuk memberi sokongan emosi kepada murid dan memastikan
kebajikan pelajar. Memberi peruntukan yang berpatutan.

15. Pengajaran dari sistem pendidikan Findland,

i. Kesamaan untuk semua. Tiada pengasingan antara murid pintar dan lemah. Guru
bantu murid untuk berusaha memastikan tiada murid yang tertinggal. Perbezaan
antara yang pintar dan lemah adalah kecil, yang paling kecil di dunia.

ii. Lebih kepercayaan , kurang birokrasi. Masyarakat beri kepercayaan kepada sekolah
untuk melantik guru dan sekolah mempecayai murid dan sebaliknya murid
mempercayai guru mereka. Tiada dress code dan murid boleh membawa peranti /
gajet. Kerap rehat untuk bermain dan bersosial dalam bilik darjah. Masyarakat
percaya sistem dengan sepenuhnya.

iii. Tiada peperiksaan (sehingga 16 tahun). Peperiksaan hanya akan memisahkan
murid.

iv. Guru adalah wira masyarakat. Semua guru berkelayakan ijazah sarjana. Calon guru
dipilih dari 10% graduan terbaik, sama status dengan doktor dan peguam. Murid
dididik oleh the best minds in the nation.

v. Subjek sastera sama penting dengan subjek sains. Galakkan kreativiti. Tiada
diskriminasi antara aliran vokasional dengan akademik tradisi.

16. 4 idea menteri
i. Pentingkan konsep pembentukan karakter untuk menghasilkan murid yang
berinovasi dan kreatif
ii. Pendidikan berkualiti akan diberikan kepada semua
iii. Beban guru akan dikurangkan dengan adanya pembantu guru
iv. Pembelajaran seharusnya menyeronokkan

17. Cadangan
i. Istiqamah
- mantapkan sukatan pelajaran
- kurangkan subjek- ukan tambah. Sepadukan ko kurikulum
ii. Ajar subjek praktikal
- kemahiran untuk kegunaan harian. Kurangkan beban akademik
- murid dapat menyesuaikan diri dengan cabaran sebenar dalam masyarakat
iii. Fokus kepada kerja kursus bukan peperiksaan
- lebihkan kerja kursus, tekankan kerja berkumpulan
- tingkatkan kemahiran berkomunikasi, pemikan kritis, rangsang perbincangan
matang, kemahiran menyelesaikan masalah dan experiential learning
iv. Pengajaran interaktif
- Elakkan spoon feeding
- Kemahiran berhujah dan memberi pendapat
v. Galakan aktiviti ko kurikulum
- Membantu menyuburkan minat murid dalam kerja-kerja amal.
vi. Jangan terlalu bebankan guru
-lebihkan masa yang berkualiti dengan murid

vii. Kepentingan Lingua Franca
-Sebagai persediaan untuk bekerja dengan syarikat multi nasional, merentasi
dunia. Dalam masa yang sama penguatkuasaan bahasa ibunda perlu
ditingkatkan.

17. Kualiti pelajar harapan
i. Berintegriti
ii. Beradab
iii. Peduli alam sekitar
iv. Berjati diri
v. Bermotivasi
vi. Berdaya saing
vii. Semangat sukarelawan
viii. Cinta ilmu
ix. Dinamik dan mampu bersaing

18. Kesimpulan
Bilangan subjek perlu dikurangkan
Lebihkan masa pelajar untuk berinteraksi dengan komuniti dan persekitaran
Perkukuhkan kerja berkumpulan dalam semua aktiviti
Perkenalkan subjek untuk keperluan harian secara berintegrasi
Kurangkan beban guru untuk memberi tumpuan kepada masa berkualiti dengan
pelajar dengan aktiviti yang lebih interaktif
Perlu silibus yang lebih berorientasikan pembinaan insan
Sekolah satu aliran yang boleh diterima oleh semua pihak
Jepun merupakan model terbaik

dari meja pencatat


Click to View FlipBook Version