KONVENSYEN GMGBM TAHUN 2018
        HOTEL SUMMIT USJ SUBANG JAYA
                      9-12 JULAI 2018
Slot    : 02 (10 Julai 2018)
Masa    : 0900 – 1100
Tempat  : Hotel Ballroom
Moderator : Anuar Husin (Presiden KONGRES)
Panel   : En Qalam Zainuddin bin Sani
          Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan
          Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian
          Pendidikan Malaysia
        Dato’ Haji Mohd. Sabri bin Mohd. Arsad
        Mantan Presiden Kongres & Pengerusi Tetap SBT
        Kuantan
                  Tn Hj. Mohd Shaman bin Jaes, DSM, AMN, PMC, PJK)
                  Timbalan Presiden CUEPACS.
Pencatat : 1. Pn Zubidah bt Anuar
                 2. Pn Hjh Ainon bt Mohamed Salehuddin
Tajuk   : ISU SEMASA – Kepimpinan Sekolah Rendah Diiktiraf,
          Jawatan Pentadbir Sekolah Rendah Diperkasakan
Laporan :
En Qalam Zainuddin bin Sani
1. Pemerkasaan Jawatan Guru Besar
       Cadangan untuk menaikkan jawatan gred hakiki guru besar
       sedang dibincangkan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam.
       Jelasnya telah diberi keutamaan dan masih dalam tindakan
       Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
2. Pemerkasaan dari segi kompetensi guru besar
       KPM perlu menitikberatkan kompetensi untuk kenaikan guru besar
       di mana sejak tahun 2012 KPM menetapkan semua guru yang
       dilantik perlu menduduki dan lulus kursus NPQEL.
3. Hubungan dan kerjasama KPM dengan JPN dan PPD
       Hubungan dan kerjasama ini telah diwujudkan bagi membentuk
       ‘pelan penggantian’ untuk pemantapan dan pemerkasaan guru
       besar yang mantap di mana JPN/PPD menyediakan calon
       simpanan yang secukupnya untuk menggantikan guru besar yang
       bersara wajib dan pilihan. Ini merupakan satu tindakan cekap dan
       menepati kehendak jawatan guru besar.
4. Kenaikan gred hakiki guru besar perlu mempertimbangkan banyak
   faktor dan melalui saluran/panel untukkelulusan. Walau
   bagaimanapun ia diberi perhatian yang utama.
Dato’ Haji Mohd. Sabri bin Mohd. Arsad
1. Peranan dan perubahan
       Dalam era masa kini peranan guru besan telah mengalami
       perubahan di mana Kemenjadian Murid melalui PPPM bermula
       daripada Prasekolah dan Pendidikan Khas adalah keutamaan.
       Memenuhi tuntutan dan kehendak Falsafah Pendidikan
       Kebangsaan, konsep perpaduan dan Muhibbah dalam negara
       yang berbilang kaum serta perubahan/semakan sistem pendidikan
       KLSR/KBSR/KSSR, telah meletakkan Kemenjadian Murid secara
       holistik dan universal sebagai agenda utama dan sebagai aras
       kepada penyediaan murid dari perinkat bawah ke perinkat yang
       lebih tinggi merubakan satu cabaran yang amat besar.
       Jelasnya guru besar berasa sedikit terkilan kerana tiada
       pengiktirafan khas jika dibangdingkan dengan tugas guru besar
       yang dilaksanakan.
       Di bawah Kerajaan Baharu, mohon dipertimbangkan gred jawatan
       guru besar dinaikkan kepada hakiki daripada KUP.
       Cadangan
       Kesatuan memohon supaya jawatan guru besar dikekalkan
       walaupun setelah mendapat ijazah.
       Laluan khas di mana dalam tempoh 3 tahun guru besar dinaikkan
       ke dg44 daripada dg41.
       Guru pembantu saranan Kerajaan Baharu amat dialu-alukan.
Tn Hj. Mohd Shaman bin Jaes, DSM, AMN, PMC, PJK)
1. Tugas dan bebanan kerja
       -Melahirkan Modal Insan yang akan menjadi pemimpin bermula
       daripada sekolah rendah adalah tugas utama guru besar.
       -Mengawal dan mengurus kewangan sekolah
-Mengurus tadbir aset sekolah adalah sangat berat
-Mentadbir guru-guru terutama guru baru
-Memenuhi kehendak ibubapa, komuniti, masyarakat dan
pemimpin
-Mengajar subjek tertentu
-Penurunan pelbagai sistem untuk dilaksanakan
Jelasnya guru besar memerlukan ilmu yang tinggi beserta latihan
dan pengalaman manakala segulung ijazah tidak berkaitan
dengan pengurusan di sekolah rendah.
Cadangan
Pengalaman perlu diambilkira dalam memertabatkan guru besar.
Jawatan guru besar perlu diberikan gred sepadu ke gred 42
manakala KUP dinaikkan daripada 48 kepada 54.
KPM mempunyai Suruhanjaya yang mempunyai kuasa melantik
harus membantu buka menyekat kenaikan guru besar.
Mengadakan perjumpaan antara wakil MGB dengan Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam.
SESI SOALJAWAB.
1. En Hambali Hj Shuib, MGB Sabah.
       Apakah kita perlu menunggu lebih lama untuk
       memertabatkan jawatan guru besar yang sekarang berada di
       dalam kumpulan sokongan 1 bukan dalam kumpulan
       professional.
       Jawapan:
       Tempoh kenaikan gred hakiki guru besar masih ada dalam
       laluan TBBK, kemajuan kerjaya masih tidak disekat dan
       kenaikan gred hakiki perlu penelitian pusat.
2. En Andrew, MGB Sarawak
       Beliau menerima tawaran permohonan TB dengan status
       diperakukan oleh BPSM pada tahun 2018 tetapi masih tiada
       apa-apa perkembangan.
       Jawapan:
       En Andrew dinasihatkan agar terus merujuk kepada
       bahagian berkenaan di BPSM kerana permasalahan setiap
       pemohon adalah berbeza.
3. En Nordin m.Taib, MGB Sabah
       Bagaimana kompetensi guru besar diukur?
       Tiada jawapan daripada BPSM.
4. En Tawab Ahmad, MGB Kedah
       KPM perlu mengambilkira lantikan guru besar sebelum dan
       selepas ijazah berdasarkan tawaran kenaikan ke gred 41, 42
       dan 44 yang dibuat pada tahun 2013.
       Jawapan:
       Lantikan ini adalah di bawah tanggungjawab Jabatan
       Perkhidmatan Awam.
5. Peserta mengajukan agar perhatian diberikan kepada guru
   besar yang mempunyai master dan PHd agar diberi
   pengiktirafan yang sepadan dengan kelulusan.
       Tiada jawapan daripada BPSM.