GABUNGAN MAJLIS GURU BESAR MALAYSIA
                             (GMGBM)
                             PERINGATAN MINIT
           PERSIDANGAN PERWAKILAN KEBANGSAAN KE -36
        GABUNGAN MAJLIS GURU BESAR MALAYSIA (GMGBM) TAHUN 2018
Tarikh     : 11 JULAI 2018
Masa       : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Grand Ballroom, Hotel Summit, Subang Jaya, Selangor
Kehadiran
        1. Pegawai           :7
        2. Pengerusi Tetap   :1
        3. Exco GMGBM        : 30
        4. Perwakilan        : 149
        5. Jumlah Kehadiran  : 187
AGENDA 1 : PESANAN PENGERUSI TETAP
1.1 Selamat dating dan selamat bertemu kepada semua Perwakilan Gabungan Majlis
         Buru esar Malaysia (GMGBM) kali ke-36 tahun 2018
1.2 Ucapan terima kasih kepada En. Haris bin Yahaya selaku penyelaras yang banyak
         membantu dan menyokong GMGBM selama ini.
AGENDA 2 : UCAPAN YANG DIPERTUA GMGBM
                   EN. RUSTAM AFFANDY BI ABDUL AZIZ
2.1 YDP mengalu-alukan kehadiran Penyelaras GMGBM En Haris b Yahya, Exco, AJK,
         perwakilan dan pemerhati ke Persidangan Perwakilan KebangsaanKe 37 GMGBM.
2.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada Majlis Guru Besar Selangor (MGBS) kerana
         telah menguruskan majlis dengan cemerlang dan kehadiran yang paling ramai.
         Majlis juga ceria dengan sambutan luar biasa kepada YB Menteri Pendidikan Dr.
         Mazlee b. Malik
2.3 Beliau juga menyatakan bahawa bukan mudah bagi beliau untuk menyampaikan
         permohonan laluan DG48 kepada YB Menteri, namun apabila YB Menteri bersetuju
         dan menyokong permohonan tersebut, beliau berasa amat lega dan bersyukur.
2.4 Beliau menyeru agar GMGBM bergerak dalam satu suara dalam menyuarakan
         sebarang isu. Beliau menyarankan agar semua perwakilan mengusulkan laluan
         DG48 sebagai usul utama dengan harapan usul ini dapat direalisasikan dengan
         segera.
2.5 Beliau berdoa agar janji YB Menteri Pendidikan untuk menaikan gaji guru menjadi
         kenyataan.
2.6 Sebagai pemimpin dan pengurus, kita harus meningkat imej profesionalisme .
         Sentiasa bersedia meningkatkan ilmu kerana tanpa ilmu kita tidak oleh berbicara
         dengan yakin dan menyakinkan.
2.7 Beliau berharap agar JNJK membimbing sekolah dalam audit SKPMg2 bukannya
         membebankan pihak sekolah.
2.8 Beliau meminta agar semua sekolah mewujudkan student corner bagi memupuk
         minat murid dalam pengucapan awam dan meningkatkan keyakinan diri selaras
         dengan saranan YB Menteri.
2.9 Beliau menyarankan agar dibuat pemilihan serentak di daerah, negeri dan GMGBM
         mengikut perlembagaan. 11 jawatan akan dipertandingkan iaitu
         i. Pengerusi Tetap
         ii. Timbalan Pengerusi Tetap
         iii. Yang DiPertua
         iv. Timbalan Yang Dipertua
         v. Naib Yang DiPertua 1
         vi. Naib Yang DiPertua 2
         vii Setiausaha Agung
         viii. Penolong Setiausaha Agung
         ix. Bendahari Kehormat
         x. Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)
AGENDA 3 : UCAPAN PEGAWAI PENYELARAN GMGBM KPM
                   EN. HARIS B YAHYA
3.1 En Haris b Yahya merakamkan ucapan tahniah kepada semua perwakilan dan
         pemerhati. Beliau menzahirkan rasa terharu kerana pada tahun ini perwakilan dan
         pemerhati datang dengan biaya sendiri.
3.2 Beliau juga berkongsi rasa gembira kerana YB Menteri dapat hadir di Konvensyen
         kali ini walaupun jadual YB Menteri amat padat.
3.3 Beliau menasihatkan agar pemilihan dibuat secara professional dan betul. Suara
         GMGBM amat kuat. Kita memerlukan YDP yang mantap dan boleh membawa suara
         kita ke peringkat atasan. Pilihlah yang ada ruang masa yang lebih panjang sekurang-
         kurangnya 2 atau 3 tahun lagi.
3.4 Beliau memohon agar Guru Besar tidak mengatakan yang guru tidak berminat
         menjadi pentadbir. GB hendaklah menggalakkan penolong kanan di sekolah untuk
         mengikuti kursus NPQEL. Sekarang ada golongan yang sentiasa mengintai peluang
         untuk menjadi pentadbir di sekolah.
3.5 Beliau mencadangkan agar permohonan laluan kenaikan gred hakiki GB adalah
         DG52 dan bukannya DG48. Gred sekolah akan ditukar kepada Gred 1,2,3 dan 4.
         Gred 1 diurus oleh GB gred 48 dan seterusnya.
3.6 Beliau juga mengingatkan agar kebajikan Penolong Kanan juga dipertimbangkan.
         Perjuangkan juga kenaikan pangkat Penolong Kanan ke gred DG44.
3.7 Beliau berharap agar penekanan kepada nilai murni dalam pdpc Abad ke-21
         diperkasakan.
3.8 Beliau juga menasihatkan kepada GB, apabila membuat penilaian prestasi guru,
         berilah markah yang berpatutan. Jangan beri markah yang rendah kerana ia akan
         menyekat peluang kenaikan pangkat dan melanjutkan pelajaran para guru. APC juga
         seharusnya diberi kepada mereka yang tidak pernah menerimanya agar ia menjadi
         motivasi kepada mereka untuk menjadi cemerlang.
3.9 Beliau merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada barisan exco di bawah
         kepimpinan En Rustam Affandi atas kecemerlangan pengurusan GMGBM.
AGENDA 4 : PENGESAHAN PERWAKILAN KE PERSIDANGAN PERWAKILAN
                     KEBANGSAAN GMGBM KALI KE-36 TAHUN 2018
4.1 Setiausaha Agung En Ali din Yusop memaklumkan bahawa bilangan perwakilan
         yang hadir ialah 185 orang.
AGENDA 5 : MENERIMA DAN MENGESAHKAN PERINGATAN MINIT MESYUARAT
                     PERSIDANGAN PERWAKILAN KEBANGSAAN KALI KE-36 TAHUN 2018
5.1 Setiausaha Agung En Ali din Yusop membentangkan peringatan persidangan
          perwakilan kali ke-35 Tahun 2017 yang lepas bermula dari muka surat 9 – 17.
5.1.1 Cadangan pengesahan  : En. Musra b Mat Saman (Perlis)
5.1.2 Sokongan             : En Hasan Basri (Sabah)
AGENDA 6 : MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA TAHUNAN GMGBM
                      2017/2018
6.1. Setiausaha Agung En Ali din Yusop membentangkan penyata tahunan GMGBM dari
          muka surat 18 – 29 dan laporan tahunan dari MGB negeri bermula dari muka surat
          30 hingga 107.
6.1.1 Cadangan pengesahan  : En. Abdul Karim b Taib (Terengganu)
6.1.2 Sokongan             : En. Mohd Hanafi b Deris (Negeri Sembilan)
AGENDA 7 : MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN GMGBM
                       TAHUN 2017-2018
7.1 Bendahari Agung Tn. Hj. Abd Rahim bin Hassan membentangkan penyata
         kewangan GMGBM berakhir 31 Disember 2017 dari muka surat 109 – 113
7.1.1 Cadangan pengesahan  : En. Ahmad Azmi b Hj Ayob (Pulau Pinang)
7.1.2 Sokongan             : En. Hambali b Shuib (Sabah)
AGENDA 8 : MENERIMA DAN MELULUSKAN ANGGARAN PENDAPATAN DAN
                   PERBELANJAAN GMGBM TAHUN 2017- 2018
8.1 Bendahari Agung Tn. Hj. Abd Rahim bin Hassan membentangkan anggaran
         perbelanjaan pendapatan dan perbelanjaan GMGBM tahun 2017-2018 pada muka
         surat 114
8.1.1 Cadangan pengesahan  : En. Mohd Shah b Ramli (Perak)
8.1.2 Sokongan             : En Niezam b Md Derus (Melaka)
AGENDA 9: MEMILIH DAN MENETAPKAN KONVENSYEN PENDIDIKAN
                   KEBANGSAAN KE 25 GMGBM DAN PERSIDANGAN PERWAKILAN
                   KEBANGSAAN KE 37 GMGBM TAHUN 2019
9.1 Cadangan MGB Sarawak sebagai tuan rumah Konvensyen Pendidikan Kebangsaan
         Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ke- 25 dan Persidangan Perwakilan
         Kebangsaan ke-37 tahun 2019.
Cadangan dan sokongan sebulat suara oleh semua perwakilan mesyuarat.
AGENDA 10: PERTANDINGAN DAN PEMILIHAN JK PEGAWAI GABUNGAN MAJLIS
                   GURU BESAR MALAYSIA SESI 2018- 2021
Pengerusi Tetap  : Sandang - Shahrom Bin Samsudin - Selangor
                 : Cadangan - Rustam Affandy Bin Abdul Aziz -Perak
                 : Sokongan - Marzilaini Bin Muhamad – Trengganu
                 : Mohon cadangan ditutup –Ishak Noh - Selangor
Timbalan Pengerusi Tetap
                             : Sandang - Tan Kuang Wui – Sarawak
                             : Cadangan - Sukimin Bin Juki - Selangor
                             : Sokongan - sebulat suara
                             : Mohon cadangan ditutup – Marzilaini Bin Muhamad - Trengganu
Yang Dipertua GMGBM
                             : Sandang –Rustam Affandy Bin Abdul Aziz – Perak
                             : Cadangan –Ahmad Zahudi Bin Abdul Aziz – Perak
                             :Sokong/ mohon cadangan ditutup– Abd Rahman Bin Ibas -Penang
Timbalan Yang Dipertua
                             : Sandang – Sukimin Bin Juki – Selangor
                             : Cadangan – Megat Fauzi Bin Ibrahim – Selangor
                             : Sokong – Andrew Sirai Anak Benang – Sarawak
: Mohon cadangan ditutup – Abd Shukor Bin Ujang – Selangor
Naib Yang Dipertua : Sandang – Hj Yusof Bin Minin – Sabah
                             : Cadangan Dikekalkan / sokongan – Sebulat suara
Naib Yang Dipertua 2 : Sandang – Ibrahim Bin Sahadan –Kuala Lumpur
                             : Cadangan dikekalkan –Zunnurin Bin Abd Aziz – KL
                             : Sokong – Mohamad Shah Bin Ramli – Perak
                             : Mohon cadangan ditutup- Marzilaini Muhamad –Trengganu
Setiausaha Agung  : Calon 1 – Mohd Ali Bin Yusop – Melaka
                  : Cadangan – Jamaluddin Bin Kasim- Melaka
                  : Sokongan – Sebulat suara
                  : Calon 2- Ahmad Kashfi Bin Mohd Ali – Negeri Sembilan
                  : Cadang – Halue Bin Mat Tahir – Negeri Sembilan
                  : Sokongan – Sebulat suara
                  : Mohon cadangan ditutup - Marzilaini Muhamad –Trengganu
                  : Sandang - Ahmad Kashfi Bin Mohd Ali – Negeri Sembilan
P.Setiausaha Agung : Calon 1 – Jabri Bin Hassan –Penang
                             : Cadang – Ahmad Azmi Bin Hj Aiyob –Penang
                             : Sokong – Hawa Md Yazid – Penang
                  :Calon 2 – Tuan Hj Rahman Bin Ibas – Penang
                  :Cadang – Hjh Arifah Bt Ariffin – Penang
                  :Sokong –Basiron Bin Yusof – Johor
                  : Calon 3 – Sahat Bin Yaakub -Sarawak
                  : Cadang –Tan Kuang Wui – Sarawak
                  : Sokong – Roslan Bin Rosli – Sarawak
                  : Mohon cadangan ditutup –Baharuddin Bin Mat Dim -KL
                  : Sandang- Jabri Bin Hassan –Penang
Bendahari         :Sandang –Saupi Jusoh –
                  :Cadang –Mohammad Ismail- Pahang
                  :Sokong – Azmi Bin Mohamad – Pahang
                  : Mohon cadangan ditutup – Ahmad Azmi Bin Hj Aiyob –Penang
Juru Audit        : Calon 1 – Mohd Noor Bin Majid
                  : Cadangan – Zunnurin bin Abdul Aziz – KL
                  : Sokong – Trengganu
                  : Calon 2 – Nor Azmi bin Rahmat- Selangor
                  : Cadangan – Megat Fauzi Bin Ibrahim – Selangor
                  : Sokong – Trengganu
                  : Mohon cadangan ditutup - Mohd Kaman Bin Awang- Trengganu
                  : Sandang Audit 1 : Mohd Noor Bin Majid
: Sandang Audit 2 : Nor Azmi bin Rahmat- Selangor
AGENDA 11: MEMBAHASKAN USUL-USUL
11.1 Usul Majlis Guru Besar Kelantan
         11.1.1 Cadangan menyemak semula peruntukan gran perkapita (PCG) sekolah
         rendah yang sekian lama tidak berubah dan dinaikkan terutama untuk Mata
         Pelajaran Teras. Peruntukan PCG yang diturunkan kepada sekolah hanya 80%
         untuk tahun 2016 dan 85% untuk tahun 2017.
                                                                 Cadangan tambahan usul oleh En Haris:
         Masukkan juga penyemakan semula untuk peruntukan gran yang lain seperti
         sukan dan koku .
         11.1.2 Pembekalan peralatan ICT sekupnya untuk kegunaan staf, guru sekolah yang
         berkaitan dan pentadbir sekolah serta peruntukan khas penyelenggaraan.
         Cadangan menyokong usul tanpa perbahasan oleh Tan Kuang Wui perwakilan
         Sarawak.
11.2 Usul Majlis Guru Besar Pulau Pinang
         11.2.1 Menaikkan elaun GB daripada RM200.00 kepada RM 400.00 dan elaun PK
         daripada RM60.00 kepada RM 200.00
         11.2.2 Wujud Guru Bimbingan Kaunseling tetap bagi sekolah enrolmen murid bawah
         350 orang.
         11.2.3 Wujud jawatan guru pemulihan Bahasa Inggeris di setiap sekolah.
         11.2.4 Perbezaan kenaikan elaun GB DG44 berbanding dengan guru biasa dan
         tuntutan elaun keraian kerajaan DG41 ke bawah terus dimasukkan dalamgaji.
         11.2.5 Pemansuhan SPI lama yang tidak releven lagi dan pemansuhan SPI yang
         bertindih seperti SPI lawatan.
         Cadangan menyokong usul tanpa perbahasan oleh Mohd Hanafi Bin Deris
         perwakilan Negeri Sembilan.
11.3 Usul Majlis Guru Besar Selangor
         11.3.1 Semakan peningkatan gred GB ke Gred Hakiki DG48 dan untuk PK ke Gred
         Hakiki DG44.
Cadangan menyokong usul tanpa perbahasan oleh Megat Fauzi Bin Ibrahim
         perwakilan Negeri Selagor.
11.4 Usul Majlis Guru Besar Negeri Sembilan
         11.4.1 Penyelarasan penempatan 2 orang Pembantu Tadbir (Perkhidmatan) dan
         Kewangan bagi setiap sekolah.
         11.4.2 Pergerakan dan perpindahan guru dilaksanakan diawal tahun dan perlu di
         bawah pengetahuan GB.
         11.4.3 Pencalonan jawatan Guru Besar dan PK dibuka setiap tahun berdasarkan
         pengalaman dan proses temuduga melibatkan wakil MGB.
         11.4.4 Garis panduan yang lengkap tatacara mengendali tindakan salah laku dan
         disiplin murid bagi melindungi guru-guru dari sebarang tindakan luar.
         11.4.5 Melantik 2 orang guru prasekolah bagi setiap kelas jika murid melebihi 15
         orang.
         11.4.6 Penetapan peruntukan dan peraturan undang-undang yang jelas berkaitan
         guru membawa murid menjalankan aktiviti luar bilik darjah dan luar sekolah terutama
         yang melibatkan kenderaan bagi melindungi guru-guru.
         11.4.7 Keistimewaan sekolah berasrama penuh khas untuk anak-anak guru.
         Cadangan menyokong usul tanpa perbahasan oleh Megat Fauzi Bin Ibrahim
         perwakilan Negeri Selagor
11.5 Usul Majlis Guru Besar Negeri Sabah
         11.5.1 Perjawatan GB dihakikikan ke Gred DG48 untuk setiap penyandang.
         11.5.2 Menukar gelaran jawatan PGB kepada jawatan tanpa diskriminasi iaitu Ketua
         Guru agar selari dengan jawatan di sektor lain.
         11.5.3 Nisbah bilangan guru dan kelas perlu disemak semula dengan nisbah 1:5
         untuk Tahun 1 hingga Tahun 5 dan nisbah 1:7 untuk Tahun 6 serta menukar nisbah
         guru bagi setiap kelas tidak melebihi 35 orang satu kelas.
         Cadangan sebulat suara menyokong usul tanpa perbahasan .
AGENDA 12: UCAPAN PENANGGUHAN BADAN GABUNGAN NEGERI-NEGERI
12.1 GMGB Negeri Kedah oleh Mohd Razali Bin Md Isa
i. Setinggi-tinggi penghargaan kepada GMGB Selangor yang melaksanakan
           penganjuran Konvenyen dan pesidangan perwakilan dengan cemerlang.
       ii. Syabas kepada JK yang baharu dilantik.
       iii. Mengharapkan tuan rumah penganjuran untuk tahun hadapan juga dapat
           melaksanakan majlis seperti ini dengan lebih kemeriahan dan keceriaan.
12.2 GMGB Negeri Johor oleh Tugiman Bin Nagiman
         i. Syukur konvensyen dan persidangan dapat dilaksanakan oleh tuan rumah Negeri
         Selangor dengan cemerlang.
         ii. Tahniah kepada kepimpinan baharu yang dilantik,moga dapat membawa usul bagi
         merialisasikan kebajikan para GB ke tahap yang cemerlang.
         iii. Mengharapkan tuan rumah penganjuran akan datang juga mampu melaksanakan
         program dengan cemerlang untuk tahun hadapan.
         iv. Tahniah untuk penganjuran konvensyen yang cemerlang dan harmoni.
12.3 GMGB Negeri Pahang oleh perwakilan Pahang
         i. Pentingnya semua perwakilan mengamati setiap pembentangan untuk kepentingan
         kesepakatan bersama.
         ii. Terima kasih kepada wakil Cuepacs dan En Haris Yahya
         iii. Jika setuju perlu diusulkan juga peningkatan jawatan Hakiki GB ke DG52
         memandangkan sinario masa kini yang kebanyakan GB sudah berada di Gred
         DG48.
12.4 GMGB Negeri Perlis oleh Musra Bin Mat Saman
         i.Tahniah kepada Negeri Selangor kerana berjaya melaksanakan penganjuran
         Konvensyen dan Persidangan.
         ii. Mohon pertimbangan perjawatan hakiki GB ke Gred yang lebih baik sehingga ke
         Gred DG52.
12.5 GMGB Negeri Pulau Pinang oleh Perwakilan negeri
         i. Tahniah kepada tuan rumah 2018.
         ii. Tahniah kepada JK baharu yang dilantik dan terimakasih kepada mantan JK yang
         telah memberi perkhidmatan yang cemerlang sebelum ini.
         iii. Sampaikan salam untuk tuan rumah akan datang.
12.6 GMGB Negeri Trengganu oleh perwakilan negeri
i. Tahniah kepada JK Pengelola tahun 2018 atas penganjuran yang cemerlang dan
         tahniah kepada Penolong SU yang telah dilantik jawatan Timbalan Yang Dipertua.
         ii. Tahniah kepada kepimpinan yang baharu dan diharap dapat membentuk
         gabungan kepimpinan yang selari dengan era Malaysia Baharu.
         iii. Harap setiap usul dapat diketengahkan ke pihak yang bertanggungjawab untuk
         tindakan selanjutnya dan dapat diperjelaskan untuk perwakilan akan datang.
         iv. Tahniah kepada Negeri Sarawak atas perlantikan sebagai tuan rumah untuk
         konvensyen dan persidangan akan datang.
12.7 GMGB Negeri Sembilan oleh Mohammad Fadill Bin Mohd
         i. Tahniah kepada En Rustam atas ucapan dasar bersama Menteri Pendidikan yang
         sangat baik.
         ii. Kepada JK yang tidak terpilih untuk pemilihan kali ini jangan sedih kerana
         sumbangan sebelum ini sangat baik dan untuk JK baharu jangan terlau bersuka hati
         kerana perlantikan ini merupakan amanah.
         iii. Tahniah kepada penganjuran Negeri Selangor yang sangat baik dan cemerlang.
12.8 GMGB Negeri Kelantan oleh Zahari Bin Mohamad
         i. Terima kasih dan tahniah kepada penganjur Negeri Selangor.
         ii. Terima kasih kepada barisan exco lama dan tahniah kepada barisan exco baharu.
         Diharap semua usul dan perbincangan dapat disampaikan kepada pihak yang
         terlibat dan dapat menyelesaikan isu-isu yang berkaitan.
12.9 GMGB Negeri Melaka oleh perwakilan
         i. Merakamkan ucapan tahniah kepada penganjuran konvensyen dan persidangan
         2018.
         ii. Jadikan persidangan ini sebagai peluang perjumpaan dan bekerjasama dalam
         semua aspek.
12.10 GMGB Negeri Perak oleh perwakilan
         i. Tahniah Negeri Selangor mengurus konvensyen dengan gilang gemilang dan
         lancar.
         ii. Majlis yang hebat memperlihatkan kehebatan GB dalam memertabatkan profesion
         pendidikan di Malaysia.
         iii.Cadangan penjenamaan status GB sekolah rendah kepada GB sekolah perdana
         bagi mengikis pandangan prejudis terhadap keupayaan kepimpinan di sekolah
         rendah.
iv. Tahniah kepada rakan GB yang terpilih menunaikan ibadah Haji, moga mendapat
         haji yang mabrur.
12.11 GMGB Kuala Lumpur oleh Abd Aziz
         i.Syabas dan tahniah kepada tuan rumah Selangor atas pengisian yang sangat
         bermanfaat sepanjang konvensyen.
         ii. Harap semua usul dan harapan dapat menemui jalan penyelesaian dan dibawa
         hingga ke peringkat atas.
         iii. Perhatian juga untuk memperjuangkan perjawatan GB yang tidak menyambung
         pelajaran agar apabila penyusunan perjawatan baharu,tiada rakan yang terpaksa
         melepaskan jawatan sedia.
         iv. Harap konvensyen tahun hadapan dapat dilaksanakan dengan penglibatan En
         Haris.
12.12 GMGB Wilayah Persekutuan Labuan oleh Naidan Dali @ Sumardi
         i. Terima kasih semua.
         ii. Tahniah kepada semua exco.
         iii. Tahniah tuan rumah.
         iv. Tahniah kepada diri sendiri kerana berada di persidangan ini walaupun perlu
         mengeluarkan duit sendiri.
12.13 GMGB Sabah oleh Abdul Ghani@ Ahmad
         i. Tahniah negeri Selangor atas penganjuran yang cemerlang dan barisan exco yang
         baharu.
         ii.Harap usul dapat diselesaikan dengan Berjaya.
12.14 GMGB Negeri Sarawak oleh Andrew Sirai Anak Benang
         i.Penghargaan untukNegeri Selangor
         ii.Setiap usul yang diajukan adalah sangat baik dan harap dapat terus diselesaikan.
         Akan dibentangkan dapatan maklumat di Sarawak tahun hadapan.
         iii. Sarawak menerima perlantikan sebagai tuan rumah penganjuran konvensyen dan
         persidangan untuk tahun 2019.
         iv. Bercadang mencari hotel berhampiran dengan Kucing Water Front dan jangkaan
         tarik berlangsung pada 8-12 April2019.
12.15 Ucapan Wakil Perwakilan Selangor oleh Megat Fauzi Ibrahim
i. Terima kasih atas kepercayaan dan puas hati semua pihak kepada Negeri
         Selangor sebagai tuan rumah untuk konvensyen dan persidangan pada tahun 2018.
         ii. Mohon kemaafan atas segala kelemahan sepanjang program ini berlangsung.
         iii. Tumpuan juga perlu diberikan kepada penggredan perjawatan untuk semua guru
         disekolah rendah dan GB Siswazah yang sudah berada diGred DG48 untuk peluang
         kenaikan pangkat yang lebih luas berbanding sekolah menengah.
12.16 Ucapan Yang Dipertua En Rustam Affandy Bin Abdul Aziz – Perak
         i. Merakam ucapan terima kasih atas perlantikan beliau yang merupakan satu
         amanah yang besar dan mengharapkan barisan exco baharu dapat bekerja dengan
         cemerlang dalam satu pasukan.
         ii. Akan berbincang dengan barisan exco untuk membina resolusi usul dan berusaha
         untuk memastikan unit-unit berwajib meneliti dan menyelesaikan masalah ini dengan
         kadar segera dan sesuai dengan suasana masa kini. Dan berharap semua usul
         dapat dibentang dapatannya dikonvensyen di Sarawak tahun 2019.
         iii.Pertemuan bersama-sama Menteri Pendidikan pada hari pertama konvensyen,
         beliau jelaskan pandangan pendidik berkaitan bilangan mata pelajaran yang banyak
         disekolah rendah sehingga menimbulkan isu beg sekolah berat.
         iv. Menjelaskan usul perjawatan sedia ada dihakikikan ke DG 48 adalah merupakan
         langkah awal untuk tindakan seterusnya berada di zon iniselama 3 tahun untuk naik
         ke Gred DG52.
         v. Berharap En Haris Yahya akan dapat menyusun tarikh yang sesuai untuk
         penganjuran Konvensyen dan Persidangan tahun depan seawal bulan April.
12.7 Ucapan En Haris Yahya Pegawai Penyelaras Exco GMGBM
         i. Berharap jika ada GB yang mahir dalam gubahan lagu dan lirik dapat mencipta
         lagu berkaitan GMGBM.
         ii. Tahniah kerana Negeri Selangor telah berjaya menganjur program GMGBM
         dengan cemerlang dan menjadi medan pertemuan dan perbincangan professional
         yang terbaik.
Mesyuarat ditangguhkan jam 12.45 petang
.