KONVENSYEN GMGBM TAHUN 2018
HOTEL SUMMIT USJ SUBANG JAYA
9-12 JULAI 2018
Slot : 04 (11 Julai 2018)
Masa : 0945 - 1045
Tempat : Hotel Ballroom
Moderator : En. Sukimin bin Juki
Panel : 1. En. Shahirul bin Amran
Pencatat Pengarah Perniagaan YTL Berhad
2. Pn. Maznah bt Zaini
Tajuk GB SK Puchong 2
: 1. Pn Zubidah binti Anuar
: 2. Pn Shamsinar Hayati Mohd Shith
: IR4.0
Laporan:
En. Shahirul bin Amran
1. IR4.0 ( Revolusi Industri ke 4, yang merupakan kesinambungan
Revolusi Industri ke3). Ia meliputi Awan, Automasi Pintar dan
internet.
IR4.0 adalah merupakan teknologi maklumat dan automasi
pintar untuk menambah perkhidmatan dan kegunaan manusia
sejagat.
2. Dari sudut pandang , PA21 mempunyai 2 objektif
a. Menghadapi cabaran PA21
b. Memenuhi keperluan PA21
3. YTL menitikberatkan 4 teras dalam merealisasikan PA21
i. Komunikasi
ii. Kolaborasi
iii. Kreativiti
iv. Kritikal thinking
4. Malaysia merupakan negara pertama yang menggabungkan
semua sekolah di Malaysia menggunakan platform Frog VLE.
5. Frog VLE diletakkan di internet dan semua sekolah boleh
mengakses semua pengisian selaras dengan Anjakan 1 dan 8
PPPM.
6. Dalam mendidik dengan teknologi maklumat, 1Bestarinet
sentiasa mengawal bahan-bahan relevan sahaja yang diakses
oleh pengguna yang telah dikenalpasti di sekolah iaitu murid-
murid dan guru-guru.
7. Selaras dengan keperluan memaksimumkan penggunaan Frog
VLE, YTL menganjurkan pertandingan Frog Championship dan
Memberi pengiktirafan sekolah, guru, murid, ppd, negeri dan
nasional.
Pn. Maznah bt Zaini
1. Di SK Puchong Jaya, langkah pertama adalah memberi
pendedahan dan meningkatkan kemahiran guru menggunakan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
Bermula dengan beberapa orang guru mahir melatih beberapa
orang murid. Beberapa orang murid terlatih ini akan membantu
guru dalam PdPc.
2. Untuk melaksanakan kesemua tindakan ke arah matlamat
Kerajaan Malaysia, terdapat beberapa halangan/kekangan :
1. Guru
2. Ibu bapa
3. Di peringkat pengurusan, Hari Khamis dijadikan Hari akademik
di mana guru dilatih mengguna dan membina ‘site’.
Ibu bapa dan PIBG diberi pendedahan berkaitan dan digalakkan
datang ke sekolah semasa cuti untuk melihat perjalanan
program dalam memberi kesedaran kepentingan program ini.
Murid-murid diberi pengiktirafan setiap bulan dan Frog Play
digunakan sebaik mungkin selepas peperiksaan UPSR bagi
semua mata pelajaran.
4. Impak daripada tindakan itu, keberhasilan dapat dilihat dengan
Jelas di mana sekolah ini menjadi antara 10 sekolah terbaik
penggunaan Frog VLE dan sehingga ke sekolah menengah
murid ini telah menempatkan sekolah menengah ke ranking
tertinggi penggunaan Frog VLE. Guru-guru dapat melahirkan
inovasi baru seperti Quran Digital.
5. Sebagai rumusan, guru besar menggunakan tenaga guru mahir
yang ada di sekolah, belajar daripada guru-guru, mendekati
guru-guru dalam permasalahan berkaitan komputer,
mengadakan PLC dan mendengar luahan guru-guru.
Kesimpulan:
Kemahiran IT dan teknologi komunikasi adalah sangat penting dan
pendidik serta generasi akan datang perlu dilatih untuk menyesuaikan diri dengan
teknologi yang sangat mencabar pada masa akan datang.