Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Guar Perahu
1
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Guar Perahu
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 43
1. Ucapan aluan oleh YDP PIBG
2. Ucapan Guru Besar selaku Penasihat PIBG
3. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahun 2019
4. Membentang dan menerima laporan Tahunan 2019
5. Membentang dan menerima Laporan Tahunan 2020
6. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir pada 31
Disember 2019
7. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir pada 31
Disember 2020
8. Pembahasan Usul PIBG
9. Membubarkan Jawatankuasa PIBG 2020 dan pemilihan Jawatankuasa PIBG 2021
10. Pemilihan juru audit dalaman
11. Ucapan Penangguhan
12. Hal-hal lain
2
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Guar Perahu
JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG
PIBG SK GUAR PERAHU
TAHUN 2021 KALI KE-43
Penasihat : En. Mazlan Bin Ahmad Sabari (GB)
Pengerusi
Naib Pengerusi : En. Sharul Nizam bin Ibrahim (YDP PIBG)
Setiausaha : En. Baharuddin bin Abdullah (NYDP PIBG)
Bendahari
: Pn. Roshita bt Ibrahim (PK PENTADBIRAN)
En. Sharil Azrul bin Mohd Sohaimi (PK HEM)
En. Noor Azmi bin Mohamed Zuki (PK KOKURIKULUM )
: Pn. Normazlenha Azma bt Ab Manaf
: Pn. Hasniza bt Zainul
AHLI JAWATANKUASA (WAKIL GURU)
Encik Mohamad Mahran bin Mohd Aini
Encik Mohd Fauzi bin Abdul Halim
Puan Hashanurmima bt Hashim
Pn. Aminah bt Mansor
AHLI JAWATANKUASA (WAKIL WARIS)
Encik Fazudin Bin Md. Said
Encik Khairolajman bin Ismail
Encik Saipul Azhar bin Hassan
Pn. Zureha bt Mohd Zaki
JURU AUDIT
Puan Zuraida bt Mansor
Puan S. Kamariah bt Azid
AJK : semua guru
TEKNIKAL GOOGLE MEET BUKU PROGRAM
• En. Muhammad Fahmi bin Azemi • Pn. Fatin Suhilah bt Awaluddin
• En. Rozman bin Abdul Rahim • Pn. Noraini bt Ismail
• Pn. Mahfuzah bt Othman
PENCATAT MINIT MESYUARAT
BACAAN DOA • Pn. Hartini bt Arjan
• Pn. Hanidah bt Aziz
• Tuan Haji Mohammad Nazmi bin
Bin Mohsin
PENGACARA MAJLIS PENYEMAK KOMEN
• Pn. Adilah binti Khosin
• En. Sharil Azrul bin Mohd Sohaimi
(PK Hal Ehwal Murid )
• En. Noor Azmi bin Mohamed Zuki
(PK Kokurikulum)
• En. Nur Ahmad Fadzli bin Muhammad
3
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Guar Perahu
AHLI JAWATANKUASA PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR PERAHU TAHUN 2020
PENASIHAT
Encik Mazlan Bin Ahmad Sabari
YANG DIPERTUA PIBG
Encik Sharul Nizam bin Ibrahim
NAIB YANG DIPERTUA PIBG
Encik Baharuddin bin Abdullah
SETIAUSAHA
Puan Normazlenha Azma bt Ab Manaf
BENDAHARI
Puan Hasniza bt Zainul
AHLI JAWATANKUASA (WAKIL GURU)
Encik Mohamad Mahran bin Mohd Aini
Encik Mohd Fauzi bin Abdul Halim
Puan Hashanurmima bt Hashim
Pn. Aminah bt Mansor
AHLI JAWATANKUASA (WAKIL WARIS)
Encik Fazudin Bin Md. Said
Encik Khairolajman bin Ismail
Encik Saipul Azhar bin Hassan
Pn. Zureha bt Mohd Zaki
JURU AUDIT
Puan Zuraida bt Mansor
Puan S. Kamariah bt Azid
4
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Guar Perahu
5
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Guar Perahu
LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42 TAHUN 2019
UCAPAN OLEH :
ENCIK MAZLAN BIN AMAD SABARI
GURU BESAR SK GUAR PERAHU
Encik Mazlan Bin Ahmad Sabari mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan
kedatangan semua tetamu yang hadir, terutamanya Encik Abdul Aziz bin Shik Ahmad,YDP
PIBG, NYDP PIBG, AJK PIBG, guru-guru SK Guar Perahu dan semua waris yang hadir ke majlis
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 ini.
Beliau menyatakan bahawa keahlian ibu bapa dalam PIBG adalah secara automatik
apabila anak bersekolah di SK Guar Perahu. Mesyuarat PIBG adalah satu tempat di mana ibu
bapa dan guru boleh berbincang dan berkongsi idea dan maklumat demi kecemerlangan murid-
murid.
Beliau menerangkan tentang perubahan penting yang berlaku dalam sistem pendidikan
negara. Beliau menyatakan bahawa peperiksaan berpusat bagi murid-murid Tahap 1 telah
dimansuhkan bermula pada tahun 2019. Ujian bulanan, PKSR 1 dan PKSR 2 akan digantikan
dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang dijalankan secara berterusan di dalam bilik darjah.
Justeru itu, beliau berharap agar ibu bapa memastikan kehadiran penuh anak-anak ke sekolah.
Beliau menerangkan tentang pentaksiran yang dijalankan untuk murid-murid tahun 6
berfokuskan kepada empat elemen penting iaitu UPSR, PBS, Psikometrik dan PAJSK.
Pencapaian murid-murid dalam empat perkara ini mestilah seimbang kerana ia merupakan
penentuan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh.
Tuan Guru Besar juga memaklumkan tentang perubahan dalam sistem keselamatan
sekolah. Untuk tahun 2019, pengawal keselamatan bertugas mengikut 3 sesi iaitu bermula 7.00
pagi hingga 3 petang, 3.00 petang hingga 11.00 malam dan 11.00 malam hingga 7.00 pagi.
Sekiranya ibu bapa mempunyai urusan dengan pihak sekolah, mereka bolehlah masuk melalui
pintu pagar hadapan. Pintu pagar belakang pula akan ditutup pada pukul 3.00 petang. Selain itu,
ibu bapa tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan sekolah ketika
menghantar anak-anak kecuali ketika hujan lebat.
Akhir kata, harapan beliau agar pihak ibu bapa datang berjumpa dan berbincang dengan pihak
pentadbir jika ada sebarang masalah tentang pembelajaran anak-anak dan sebagainya. Pihak
sekolah memerlukan sokongan waris dari segi masa, tenaga dan kewangan untuk mengadakan
program-program sekolah. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG yang
lepas di atas kerjasama dan tugas mereka kepada pihak sekolah.
6
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Guar Perahu
UCAPAN OLEH :
ENCIK SAIFUL AZHAR B. HASSAN
YANG DIPERTUA PIBG SK. Guar Perahu
Yang Dipertua PIBG mengalu-alukan kedatangan tetamu kehormat,Encik Abdul Aziz bin Shik
Ahmad,semua guru dan para waris yang hadir. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada
ahli jawatan kuasa PIBG di atas kerjasama yang diberikan dengan baik sepanjang tahun .
Beliau menyatakan bahawa peranan guru sebagai penggerak transformasi untuk
memajukan bidang pendidikan dalam mendidik anak-anak semakin mencabar terutama dalam
era pembelajaran abad ke 21. Ibu bapa menaruh harapan yang tinggi kepada guru untuk
kecemerlangan anak-anak mereka. Beliau juga menyeru ibu bapa supaya memberikan sokongan
dan sumbangan tenaga, masa dan kewangan kepada pihak sekolah untuk kejayaan dan
kecemerlangan murid-murid SK GuarPerahu.
Akhir kata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Encik Abdul Aziz bin Shik Ahmad
kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan majlis ini walaupun sibuk dengan tugas. Beliau
berharap agar ada sedikit sumbangan ikhlas untuk murid-murid di sekolah ini bagi menjalankan
pelbagai aktiviti.
Beliau juga berharap ahli-ahli PIBG yang akan dilantik nanti akan memberikan kerjasama yang
baik kepada pihak sekolah.
UCAPAN OLEH :
YANG BERBAHAGIA,ENCIK ABDUL AZIZ BIN SHIK AHMAD,
PENGARAH URUSAN ROUTE 69.
Encik Abdul Aziz bin Shik Ahmad mengucapkan terima kasih kepada pengacara majlis,
Tuan Guru Besar, YDP PIBG, AJK PIBG dan semua waris yang hadir. Beliau merasa gembira
dapat datang ke SK Guar Perahu dan bersedia untuk membantu pihak sekolah demi anak bangsa
tercinta. Beliau juga merasa bangga dan bersemangat melihat kehadiran ibu bapa yang ramai.
Beliau menjelaskan bahawa bukan mudah untuk mendidik anak-anak pada zaman
sekarang. Ia memerlukan komitmen yang tinggi daripada ibu bapa dan guru. Tugas mendidik
anak-anak tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada pihak guru sahaja. Ibu bapa perlu
mengambil berat tentang pendidikan anak masing-masing. Selain itu, beliau menyeru ibu bapa
supaya sentiasa memantau aktiviti seharian anak-anak agar tidak mudah terjebak dengan
perkara-perkara yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, ketum dan sebagainya.
7
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Guar Perahu
Beliau menjelaskan bahawa kejayaan anak-anak di sekolah dalam bidang akademik bukanlah
kejayaan sebenarnya. Anak-anak yang tidak berjaya di sekolah juga berpeluang untuk berjaya
dalam hidup sekiranya mereka berusaha. Justeru itu, ibu bapa perlu melihat kecenderungan
anak-anak dan memberi peluang kepada anak-anak belajar dalam bidang kemahiran yang
mereka minati.
Beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih kerana sudi menjemput beliau ke sekolah.
Beliau berbesar hati untuk menyumbangkan sumbangan peribadi berjumlah RM2000.00 untuk
murid-murid SK Guar Perahu.
Di akhir ucapan, beliau menyeru agar pihak ibu bapa memberikan sokongan kepada guru-
guru khususnya pihak PIBG dalam melaksanakan aktiviti sekolah demi kecemerlangan anak-
anak. Akhir kata, beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKGP kali ke-42 dengan lafaz
Bismillah.
8
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Guar Perahu
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SEK. KEB. GUAR PERAHU KALI KE – 42
PADA TAHUN 2019
Tarikh : 26 Januari 2019
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Tanjung SK Guar Perahu
Kehadiran : 198 orang waris dan 50 orang guru
Agenda :
1. Ucapan YDP PIBG
Mesyuarat mengambil maklum tentang perkara-perkara berikut :
1.1 Mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua guru dan waris SK Guar
Perahu yang hadir.
1.2 Mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG 2018 atas kerjasama yang diberikan
dengan baik.
1.3 Beliau berharap mesyuarat PIBG ini akan berjalan dengan lancar dan para waris
memberikan kerjasama yang baik untuk membincangkan usul-usul yang dikemukakan
seterusnya melantik AJK PIBG yang baharu.
2. Ucapan Penasihat PIBG (Guru Besar)
Mesyuarat mengambil maklum tentang perkara-perkara berikut :
2.1 Mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan semua AJK PIBG,
guru-guru dan semua waris yang hadir.
2.2 Memaklumkan bahawa keahlian waris adalah secara automatik apabila ada anak yang
belajar di sekolah ini.
2.3 Menyatakan terdapat perubahan dalam sistem pentaksiran sekolah.Pemansuhan
peperiksaan berpusat untuk murid-murid Tahun 1, 2 dan 3. Tiada lagi ujian bulanan,
peperiksaan akhir tahun dan sebagainya. Peperiksaan akan digantikan dengan
Pentaksiran Bilik Darjah yang berterusan dan berlaku ketika sesi pembelajaran di dalam
kelas.
2.4 Bagi murid-murid Tahap dua pula, masih ada pentaksiran berasaskan sekolah termasuk
UPSR, PBD, Psikometrik dan PAJSK. Murid-murid perlu seimbang dalam keempat-
empat perkara penting untuk memasuki sekolah berasrama penuh atau MRSM.
2.5 Meminta kerjasama ibu bapa memastikan kehadiran penuh anak-anak mereka ke
sekolah.
2.6 Mengulas mengenai isu keselamatan,beliau memaklumkan terdapat perubahan dalam
sistem keselamatan sekolah. Pengawal keselamatan akan bertugas dalam tiga sesi.
Sekiranya ada urusan dengan pihak sekolah, waris boleh datang ke sekolah melalui
pagar gerbang timur (Blok F) selepas pukul 8.00 pagi.
2.7 Menegaskan bahawa kenderaan tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah ketika
menghantar anak-anak kerana boleh membahayakan murid-murid yang lain kecuali pada
hari hujan.
2.8 Menyatakan bahawa pihak sekolah mengamalkan polisi terbuka di mana waris boleh
berjumpa dengan Guru Besar dan Penolong Kanan sekiranya ada sebarang masalah.
9
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Guar Perahu
3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ke – 41
3.1 Puan Normazlenha Azma bt Ab Manaf (Setiausaha PIBG), membentangkan minit
mesyuarat kali ke – 41 tahun 2018.
3.2 Beliau meminta waris meneliti minit mesyuarat yang diedarkan.
Pengesahan minit mesyuarat
Cadangan : Encik Abdul Hamid bin Hj.Mohamad Nor
Encik Rodzlin bin Noordin
Sokongan :
3.3 YDP PIBG memberi respon berkaitan pertanyaan Encik Mohamad Sany bin Abdul
Rahman tentang perkara 6.2 iaitu usul mesyuarat Agung kali -41 (2018). Antara program
yang telah dilaksanakan bagi mencari dana ialah Hari Karnival Usahawan PIBG dan
sumbangan daripada pelbagai pihak seperti Dato’ Zaidi, En Abu Bakar, Encik Aziz dan
syarikat-syarikat seperti dalam penyata kewangan di lampiran.
Tindakan : Untuk makluman
4. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG 2018
4.1 Mesyuarat mengambil maklum aktiviti PIBG bagi sesi 2018 seperti di Lampiran A.
5. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan
5.1 Puan Hasniza bt Zainul (Bendahari PIBG), membentangkan penyata kewangan PIBG
berakhir 31 Disember 2018 seperti di Lampiran B.
5.2 Pengesahan penyata kewangan
Cadangan : Encik Mohamad Sany bin Abdul Rahman
Sokongan : Encik Rodzlin bin Noordin
5.3 Encik Mazlan (Guru Besar) menjawab pertanyaan En Muhamad Sany bin Abdul Rahman
yang bertanyakan tentang peruntukan kelas Abad ke 21 daripada Dato’ Zaidi dan Encik
Abu Bakar. Beliau menjelaskan bahawa peruntukan tersebut telah digunakan untuk
melengkapkan peralatan bilik Abad ke 21 yang terletak di blok A iaitu bilik MBMMBI.
Antara kelengkapan yang dibeli ialah kerusi, meja, televisyen, komputer serta lain-lain
kelengkapan yang diperlukan oleh penyelaras bilik berkenaan iaitu Puan Nor Hazlina binti
Mohd Rasidi. Baki peruntukan yang ada akan digunakan juga untuk menggantikan atau
menambahbaik kelengkapan pembelajaran murid-murid.
6. Pembahasan Usul
6.1 Kutipan Sumbangan PIBG
Kutipan Sumbangan PIBG untuk satu keluarga berjumlah RM 30
Pencadang : Encik Saipul Azhar bin Hassan
Penyokong : Encik Sharul Nizam bin Ibrahim
Mesyuarat bersetuju kutipan sumbangan PIBG pada tahun 2019 kekal sebanyak
RM30.00 untuk satu keluarga.
Tindakan : Bendahari PIBG
10
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Guar Perahu
6.2 Pelaksanaan Program Mencari Dana
Melaksanakan program-program untuk mencari dana PIBG
Pencadang : En.Rozman bin Abd Rahim
Penyokong : En.Muhamad Sany bin Abdul Rahman
Mesyuarat bersetuju sebulat suara supaya AJK PIBG 2019 meneruskan program-
program yang sesuai bagi menambah dana PIBG SK Guar Perahu
Tindakan : YDP PIBG
6.3 Sumbangan Program Peningkatan UPSR 2019
Kutipan sumbangan bagi Program peningkatan UPSR
Pencadang : Puan Aminah bt Mansor
Penyokong : Pn.Siti Salmina bt Mohammad
Mesyuarat bersetuju sumbangan sebanyak RM 100 seorang bagi murid tahun enam bagi
tujuan pelaksanaan Program Peningkatan UPSR dan sebarang aktiviti yang berkaitan
dengan murid tahun 6.
Tindakan : Guru Penolong Kanan 1
6.4 Menyediakan kemudahan lampu jalan di sepanjang jalan masuk ke pintu masuk
berhampiran padang
Pencadang : En.Mohamad Fahmi bin Azemi
Penyokong : Encik Sharul Nizam bin Ibrahim
Mesyuarat bersetuju sebulat suara dengan cadangan,supaya pihak PIBG membuat
permohonan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan
lampu jalan di sepanjang jalan masuk ke pintu masuk berhampiran padang.
Tindakan : YDP PIBG
6.5 Mencari jalan untuk mengatasi masalah aliran trafik yang sesak
Pencadang : Encik Baharuddin bin Abdullah
Penyokong : Encik Rozman bin Abd.Rahim
6.5.1 Mesyuarat menerima maklum berkaitan kesesakan lalulintas jalan utama sebelah
6.5.2 padang.
Mesyuarat bersetuju untuk menyambung khidmat Encik Zaini dan Encik Fazudin
6.5.3 yang bertugas mengawal lalu lintas jalan utama waktu pagi dan waktu pulang
murid.
Mesyuarat juga mengambil maklum supaya semua waris memberi kerjasama bagi
memastikan keselamatan murid ketika pergi dan balik sekolah.
Tindakan : YDP PIBG
6.5.4 En.Fazudin bin Mohd Said menerangkan tentang isu keselamatan. Beliau dan En
Zaini telah berusaha mengawal lalu lintas sekolah sebaik mungkin walaupun
kadangkala membahayakan nyawa mereka berdua. Beliau meminta kerjasama
daripada pihak waris untuk sama-sama membantu pihak sekolah mengawasi
keselamatan keselamatan murid-murid .
Tindakan : Untuk makluman
6.6 Mengawal kemasukan kenderaan waris ketika menghantar anak-anak ke sekolah
Pencadang : Encik Rodzlin bin Noordin
Penyokong : Encik Fazudin bin Md.Said
Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk pihak sekolah menguatkuasakan peraturan
yang tidak membenarkan kenderaan waris masuk ke dalam kawasan sekolah ketika
menghantar anak-anak kecuali pada hari hujan.
Tindakan : Guru Besar
11
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Guar Perahu
7. Pembubaran AJK PIBG 2018/2019 dan Perlantikan AJK PIBG 2019/2020
Mesyuarat bersetuju melantik AJK PIBG 2019/2020 seperti berikut :
YDP : En. Sharul Nizam bin Ibrahim
NYDP : En. Baharuddin bin Abdullah
Setiausaha : Pn. Normazlenha Azma binti Ab Manaf
Bendahari : Pn. Hasniza binti Zainul
AJK Guru : En. Mohamad Yusof bin Daud
En. Mohamad Mahran bin Mohd Aini
AJK Waris : En. Mohd Fauzi bin Abd Halim
Pn. Aminah binti Mansor
Juru Audit : Pn. Hashanurmima bt Hashim
En. Fazudin bin Md. Said
En. Khairolajman bin Ismail
En. Saipul Azhar bin Hassan
Pn. Siti Salmina bt Mohammad
Pn. Zureha bt Mohd Zaki
Pn. S. Kamariah bt. Azid (Waris)
Pn. Zuraida binti Mansor (Guru)
Tindakan : Untuk makluman
8. Hal-hal Lain
Mesyuarat menerima maklum perkara-perkara berikut :
8.1 Bagi menjawab persoalan Puan Fauziah bt Md Dum waris Nurul Iman bt Mohd Shahrizam
1 UKM. Pihak sekolah akan sentiasa memaklumkan secara bertulis kepada ibubapa/ penjaga
sebarang perkara rasmi. Mohon kerjasama semua waris selalu menyemak berkaitan perkara
ini bersama anak-anak. Ketirisan maklumat mungkin berlaku sekiranya anak-anak tidak hadir
atau terlupa membawa pulang surat atau memo yang disampaikan.
Tindakan : Untuk makluman
9 Ucapan Penangguhan
9.1 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang lepas dan
mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG yang telah terpilih bagi tahun
2019/2020.
9.2 YDP PIBG 2019/2020, Encik Sharul Nizam bin Ibrahim mengucapkan terima kasih
kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan dan kerjasama yang baik. Beliau
berharap ibu bapa dapat memberikan sumbangan wang dan tenaga kepada pihak
sekolah demi kecemerlangan anak-anak mereka di sekolah ini.
Tindakan: Untuk makluman
Mesyuarat Agung PIBG kali ke -42 ditangguhkan pada jam 11.47 pagi
Disediakan oleh :
(NORMAZLENHA AZMA BT AB MANAF)
Setiausaha PIBG
SK Guar Perahu
12
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Guar Perahu
LAMPIRAN A
LAPORAN AKTIVITI PIBG 2019
TARIKH AKTIVITI
12 Januari 2019 Dialog Prestasi Bersama Waris Tahun 6
26 Januari 2019 Mesyuarat Agung PIBG
13 April 2019 Sukan Tahunan
16 Mei 2019 Sambutan Hari Guru
13 Jun 2019 Majlis Sambutan Hari Raya
12 Oktober 2019 Hari Sukan Negara
12 Oktober 2019 Hari Keusahawanan PIBG
7 November 2019 Hari Kanak-kanak
14 November 2019 Hari Anugerah Cemerlang
13
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Guar Perahu
LAPORAN AKTIVITI PIBG 2020
TARIKH AKTIVITI
14 - 16 Januari 2020 Kem Kepimpinan Pengawas
Merentas Desa
31 Januari 2020 Dialog Prestasi Bersama Waris Tahun 6
7 Februari 2020 Sukan Tahunan
22 Februari 2020 Sambutan Hari Guru
Majlis Sambutan Hari Raya
9 Julai 2020
9 Julai 2020
14
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Guar Perahu
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEK KEB GUAR PERAHU 14400 KUBANG SEMANG, BM
PENYATA KEWANGAN TAHUNAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019
PENDAPATAN JUMLAH PERBELANJAAN JUMLAH
(RM) (RM)
Baki b/b Petty Cash ( alat tulis, potostat ) 250.00
Sumbangan MPSP 11607.89 Elaun 2 pengawal lalu lintas 2200.00
Sumbangan PIBG 100.00 Lampu & bateri pengawal lalu lintas 100.00
Perbelanjaan Mesyuarat Agung
Sumbangan Luar 9960.00 PIBG 1663.00
Sumbangan Zuric Takaful Sumbangan Murid Cemerlang
Insurans 760.00 UPSR 400.00
Sumbangan YB Nurul Izah Kelas Abad ke 21 2235.00
832.00 Kem Pengawas di Pusat
Sumbangan Parlimen Ptg Pauh 2000.00 Kokurikulum 1000.00
Sumbangan Yapiem Merentas Desa 150.00
Sumbangan Coop Bank 2000.00 Sukan Tahunan SKGP
( wang syubhah ) 1000.00 Penyelenggaraan bilik darjah 2100.00
Sumbangan Kelab Guru 1000.00 Insuran 2 pengawal lalu lintas 1000.00
Sumbangan Parlimen Ptg Pauh Sambutan Hari Guru
296.00 Aktiviti Kokurikulum (ptandingan 827.80
( Hari Kanak-Kanak ) 2000.00 luar) 168.00
Jualan Hari Sukan Jamuan Atlit SKGP
882.00 Lawatan Pasukan TKRS ke C. 390.00
Keuntungan Hari Karnival PIBG Highland 556.00
Hibah 5589.40 Majlis Apresiasi Murid
29.00 Mesyuarat AJK PIBG 500.00
Jamuan Hari Kanak-Kanak 3000.00
Caj Bank
159.00
3000.00
28.04
JUMLAH Baki h/b 18329.45
38056.29 38056.29
PENDAPATAN RM 38056.29
PERBELANJAAN RM 19726.84
BAKI RM 18329.45
15
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Guar Perahu
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEK KEB GUAR PERAHU 14400 KUBANG SEMANG, BM
PENYATA KEWANGAN TAHUNAN BERAKHIR DISEMBER 2020
PENDAPATAN JUMLAH PERBELANJAAN JUMLAH
(RM) (RM)
Baki b/b Kem Pengwas SKGP
Sumbangan PIBG 18329.45 Hadiah Merentas Desa 1000.00
Sumbangan individu 6000.00 Petty Cash 200.00
Sumbangan luar 100.00 Sukan Tahunan 200.00
Sumbangan waris 350.00 Kos pendawaian Bilik Abad 2300.00
Sumbangan Syarikat F&N 110.00 ke 21 & Pusat Sumber 1200.00
Sumbangan COOP Bank 400.00 Buku resit PIBG
Hibah 500.00 Sambutan Hari Guru 290.00
Elaun 2 pekerja jaga lalu lintas 660.00
6.96 Caj bank 1500.00
7.00
Baki h/b 18439.41
25796.41 25796.41
PENDAPATAN RM 25796.41
PERBELANJAAN RM 7357.00
BAKI RM 18439.41
16
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Guar Perahu
USUL- USUL PIBG 2021
1. Kutipan Sumbangan PIBG untuk satu keluarga berjumlah RM 30 dikekalkan.
Pencadang : Encik Sharul Nizam bin Ibrahim (YDP PIBG 2020)
17
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Guar Perahu
AHLI JAWATAN KUASA PIBG SESI 2021
Jawatan Nama No.Tel
...............
Yang Dipertua : ……………………………………… ..............
..............
Naib Yang Dipertua : ……………………………………… ..............
..............
Setiausaha : ……………………………………… ...............
..............
Bendahari : ……………………………………… ..............
..............
Ahli-ahli Jawatankuasa : ……………………………………… ..............
Wakil Guru 1. ……………………………………… ..............
..............
2. ……………………………………… ..............
..............
3. ……………………………………… ..............
4. ……………………………………… ..............
..............
5. ......................................................
Ahli-ahli Jawatankuasa 1. ………………………………………
Wakil Ibubapa/Waris 2. ………………………………………
3. ………………………………………
Juru Audit 4. ………………………………………
5. ......................................................
1. ………………………………………
2. ………………………………………
Penghargaan
Jawatan kuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga kepada individu dan kumpulan yang mencurahkan tenaga, buah fikiran secara
langsung dan tidak langsung bagi melancarkan Mesyuarat Agung PIBG SK Guar Perahu kali ini.
Tidak dilupakan dihulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada:
Tuan Guru Besar Sek. Keb. Guar Perahu
Yang Di Pertua PIBG SKGP 2019/2020
AJK Induk PIBG 2019/2020
Guru-guru dan kakitangan SKGP
18
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Guar Perahu
Para waris/Penjaga/Ibubapa murid SKGP
Hanya ALLAH S.W.T. sahaja yang dapat membalas budi dan jasa baik tuan/puan sekalian……
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t
Yang lemah itu datangnya dari kelemahan hambaNya.
Terima kasih daun keladi
Tahun hadapan berjumpa lagi…
19