The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salwa_anuar, 2016-06-03 04:02:42

monograf bab 3

monograf bab 3

SKS 1023
Monograf Litar Asas
Elektrik dan Elektronik

Salwa Anuar / Herdawati Ahmad
Kolej Komuniti Hulu Selangor
SKS 1023

[MONOGRAF LITAR ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK] SKS 1023

3.0 LITAR ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PENGENALAN
Pematerian adalah proses mencantumkan komponen atau
perkakasan kecil di atas papan litar .

Nyahpateri pula adalah proses menanggalkan komponen pada
papan litar tercetak (PCB) atau perkakasan kecil yang sudah rosak.

3.1 ALAT-ALAT KEPERLUAN UNTUK PEMATERIAN/ NYAHPATERI
Alat-alat keperluan untuk memateri dan nyahpateri yang digunakan
adalah seperti di bawah:

BIL. NAMA ALATAN FUNGSI

1 Besi pateri berfungsi untuk mencairkan timah.
Besi Pateri (Soldering Iron) Pastikan besi pateri yang dapat
mengeluarkan haba yg terhad, cepat dan
2 berkesan digunakan.
Pemegang Besi Pateri Besi pemateri yang berkuasa tinggi akan
(Soldering Stand) cepat memanas dan boleh merosakkan IC
atau komponen elektronik kerana haba yang
berlebihan.
Kekuatan kepanasan besi pemateri dikira
dalam Watt (W).
Pemegang besi pateri digunakan untuk
meletakkan besi pateri agar ia sentiasa
panas.
Gunakan tempat letak besi pateri yang
mempunyai pemegang dawai bergulung
dengan tapak besi yang berat.
Dawai bergulung ini mempunyai ruang besi
udara yang cukup bagi membolehkan haba
keluar daripada besi pemateri berkenaan.

1

[MONOGRAF LITAR ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK] SKS 1023

3 Timah pemateri digunakan untuk melekatkan
kaki komponen ke papan litar tercetak (PCB).
Bahan Timah/Plumbum Pilih yang mempunyai kualiti tinggi untuk
(lead) kerja-kerja elektronik.
Komposisi timah pemateri yang sesuai
4 digunakan untuk kerja komponen elektronik
Span mengandungi 60% timah dan 40% plumbum
(60/40).

Span lembab digunakan untuk
membersihkan sisa timah yang terlekat pada
hujung besi pateri. Kekerapan mengelap
hujung besi pateri dengan span
membolehkan pemateri menjadi bersih dan
pemindahan haba berjalan dengan baik.

5 Digunakan untuk menyedut timah pateri
keluar dari papan litar tercetak (PCB). Bila
Penyedut Logam Pateri pateri telah disedut keluar, maka komponen
(Desoldering Pump) dapat diceraikan daripada litar (PCB).

6 Penampal digunakan untuk mengemaskan
Penampal (paste) hasil pematerian agar kelihatan lebih licin
dan berkilat.

2

[MONOGRAF LITAR ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK] SKS 1023

7 Fungsi cecair fluks adalah sama dengan
Cecair fluks (Liquid flux) penampal iaitu membuang oksida yang
terlekat pada cantuman timah di PCB.

8 Pemotong (cutter) digunakan untuk
Pemotong memotong kaki komponen yang berlebihan
agar litar pematerian kelihatan lebih kemas.

Playar digunakan untuk menarik keluar kaki
komponen dari lubang papan litar dan

9

membetulkan kedudukannya.
Gunakan playar muncung tirus.

Playar

Rajah 3.1 : Alat-Alat Keperluan Untuk Pematerian / Nyahpateri

3

[MONOGRAF LITAR ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK] SKS 1023

3.2 TEKNIK-TEKNIK PEMATERIAN DAN NYAHPATERI

Teknik-teknik yang betul perlu digunakan bagi memastikan hasil
pematerian yang baik.

3.2.1 Teknik-Teknik Pematerian

BIL RAJAH PENERANGAN

Sambungkan besi pateri pada

1. soket bekalan dan hidupkan

suis.

Letakkan besi pateri pada
pemegang besi bateri untuk

2. memanaskannya selama lima

atau sepuluh minit.

Sementara menunggu besi
pateri panas, uji keadaan

3. komponen dan susun di atas

stripboard.

4

[MONOGRAF LITAR ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK] SKS 1023

Gunakan playar muncung tirus

4. untuk menarik kaki komponen

Pastikan besi pateri telah
dibersihkan terlebih dahulu

5. dengan menggunakan span

basah.

Setelah besi pateri panas,
Sentuh hujung besi pateri dan
logam timah pada kaki
komponen yang hendak

6. dipateri. Kedudukan keduanya

mestilah dalam keadaan 45o
condong untuk mendapatkan
pematerian yang baik.

Sapu dengan menggunakan
fluks untuk hasil pematerian yang
lebih baik.

7. Angkat pemateri dan timah dan

biarkan ia beku dalam keadaan
semulajadi

5

[MONOGRAF LITAR ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK] SKS 1023

Potong kaki komponen yang

8. berlebihan untuk mengemaskan

dan mengelakkan litar pintas.

Setelah selesai membuat kerja-

kerja pateri, pastikan bekalan

9. elektrik pada besi pateri telah

diberhentikan.

Rajah 3.2 : Langkah-langkah Teknik Pematerian

3.2.2 Teknik-Teknik Nyahpateri PENERANGAN
BIL RAJAH

Kenalpasti bahagian yang

1. hendak dinyahpateri.

Pastikan hujung besi pateri telah

2. cukup panas untuk memulakan

kerja.

6

[MONOGRAF LITAR ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK] SKS 1023

Bersihkan sisa timah yang

3. terlekat pada besi pateri.

Setelah betul-betul panas,
sentuh hujung besi pateri pada
bahagian timah yang hendak
dibuang.

4. Kedudukan ketika membuat

kerja menanggalkan logam
pateri juga sama seperti untuk
membuat pateri iatu 45o
condong.

Setelah logam pateri cair,

5. gunakan alat penyedut untuk

membuang logam cair.

Tutup bekalan elektrik, setelah

6. membuat kerja-kerja

menanggalkan logam pateri.

Rajah 3.3 : Langkah-langkah Teknik Nyahpateri

7

[MONOGRAF LITAR ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK] SKS 1023
3.3 LITAR-LITAR PROJEK

BIL SUSUNAN KOMPONEN LALUAN LITAR
1.

Litar Lampu Isyarat
2.

Litar Wheel of Fortune
3.

Litar Rain Detector
Rajah 3.34 : Contoh-Contoh Litar Projek

8

[MONOGRAF LITAR ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK] SKS 1023

Senarai peralatan tambahan yang diperlukan adalah seperti di Rajah
3.4.

Strip board Bread board

Wayar pelompat (Jumper)
Rajah 3.4 - Strip Board, Bread Board dan Wayar Pelompat (Jumper)

9

[MONOGRAF LITAR ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK] SKS 1023

FAKTA KUNCI

 Besi Pateri  Span lembab
 Pemegang besi pateri  Flux
 Bahan Timah/Plumbum  Penampal
 Penyedut Timah  Playar muncung tirus
 Pemotong

Alatan

Pematerian PEMATERIAN
& NYAHPATERI

1. Pasang suis elektrik untuk Nyahpateri
memanaskan besi pateri selama 5
@10 minit. 1. Pasang suis elektrik untuk
memanaskan besi pateri 5 @10 minit.
2. Sentuh hujung besi pateri pada gel
penampal. 2. Sediakan alat penyedut timah.

3. Sentuhkan timah pada mata pemateri 3. Letakkan hujung besi pemateri pada
dan leburkan timah diantara 2-5 mm. kedudukan 45o condong dari papan
litar dan kenakan pada timah di kaki
4. Kedudukan besi pateri dan timah komponen.
mestilah dalam keadaan 45o condong
bagi mendapatkan pematerian yang 4. Setelah logam pateri cair, gunakan
baik. alat penyedut untuk membuang logam
cair.
5. Setelah selesai kerja, pastikan bekalan
elektrik pada besi pater dimatikan. 5. Tutup bekalan elektrik, setelah
membuat kerja-kerja menanggalkan
logam pateri.

10

[MONOGRAF LITAR ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK] SKS 1023

REFLEKSI

a. Namakan alat-alat pematerian di bawah ini:

b. Gariskan jawapan yang betul.
i. Proses mencantumkan komponen atau perkakasan kecil di atas papan
litar . ( Pematerian , Nyahpateri )
ii. Proses menanggalkan komponen yang atau perkakasan kecil sudah
rosak akibat pembakaran yang telalu panas atau terlalu banyak
mengulang kerja pateri. ( Pematerian , Nyahpateri )

11

[MONOGRAF LITAR ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK] SKS 1023

c. Susun semula langkah kerja tersebut mengikut turutan yang betul.

i. Langkah –langkah bagi teknik pematerian

i. Sentuh hujung besi pateri pada gel penampal.

ii. Setelah selesai membuat kerja-kerja pateri, pastikan bekalan
elektrik pada besi pateri telah diberhentikan.

iii. Kedudukan besi pateri yang panas dan logam/timah yang
digunakan mestilah dalam keadaan 45o condong, di mana untuk
mendapatkan pematerian yang baik.

iv. Sentuhkan timah pada mata pemateri dan leburkan timah
diantara 2-5mm.

v. Letakkan besi pateri pada pemegang, pasang suis elektrik untuk
memanaskan besi pateri selama lima atau sepuluh minit.

ii. Langkah –langkah bagi teknik nyahpateri

i. Setelah logam pateri cair, gunakan alat penyedut untuk
membuang logam cair.

ii. Pastikan hujung besi pateri telah cukup panas untuk memulakan
kerja. Alat penyedut hendaklah telah sedia.

iii. Pasang suis elektrik untuk memanaskan besi pateri.

iv. Letakkan hujung besi pemateri pada kedudukan 45o condong
dari papan litar dan kenakan pada timah di kaki komponen.

v. Tutup bekalan elektrik, setelah membuat kerja-kerja
menanggalkan logam pateri

12

[MONOGRAF LITAR ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK] SKS 1023
JAWAPAN REFLEKSI

a. i. besi pemateri

ii. pemotong

iii pemegang besi pateri

iv. playar (plier)

v. penampal (paste)

vi. span

b. i. pematerian
ii. nyahpateri

c. i. Langkah –langkah bagi teknik pematerian
v , i , iv , iii dan ii.

ii. Langkah –langkah bagi teknik nyahpateri
iii, ii, iv , i dan v.

13

[MONOGRAF LITAR ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK] SKS 1023

Teknik Pematerian dan Nyahpateri

1. Semua kerja amali makmal
hendaklah dijalankan di bawah
pengawasan pensyarah modul.

2. Rujuk lembaran kerja berikut:

Peralatan dan Bahan :

i. Besi pemateri
ii. Wayar (jumper)
iii. Pemotong (Cutter)
iv. Strip board

Langkah Kerja :

i. Lakukan pematerian pada stripboard seperti Rajah 1 .

ii. Cantumkan wayar-wayar sehingga menjadi nama anda. Gunakan kreativiti
anda untuk mendapat hasil kerja yang menarik dan kemas.

iii. Jalankan langkah pematerian dan nyahpateri dengan teknik yang betul.

Rajah 1 : Contoh Hasil Pematerian

14


Click to View FlipBook Version