The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by daritawaujo, 2020-10-16 07:10:15

MODUL GEOGRAFI TINGKATAN 1 EDITED

MODUL GEOGRAFI TINGKATAN 1 EDITED

SEJARAH TINGKATAN 2

1.Sasaran:Pelajar Tingkatan 2

2.Tajuk/Tema :Bab 9(Warisan Kerajaan Kedah,Kelantan,Negeri Sembilan dan Perlis.

6.Kesultanan Melayu Melaka.

3.Objektif:

1)6.31:Memerihalkan pengasasan kerajaan Kedah,Kelantan,Negeri Sembilan dan Perlis.

2)6.32:Menerangkan hubungan kerajaan Kedah,Kelantan,Negeri Sembilan dan Perlis.

3)6.33:Menjelaskan warisan kerajaan Kedah,Kelantan,dan Perlis hingga kini.

4)6.34:Menghuraikan keunikan adat dan pemerintahan Negeri Sembilan.

3.Masa: 1 Jam 30 Minit

Nota.

Sistem Pemerintahan Beraja 
 
Penggunaan Gelaran Pemerintah 
i) Sultan – Kedah & Kelantan 
ii) Raja – Perlis 
 
Cara Pelantikan pengganti pemerintah 
i) Putera Sultan Atau Raja sebagai pengganti 
ii) Jurai Keturunan pemerintah 
 
a) ​Sultan 
– Hieraki tertinggi 
– Ketua bagi Negeri dan memiliki keistimewaan 
– Ketua agama islam 
– Lambang perpaduan rakyat 
 
b) ​Pembesar​ (Jajahan/Daerah) 
– Wakil pentadbiran bagi pihak kerajaan 
– Bertanggungjawab terhadap jajahan/daerah 
 
c) P​ enghulu ​ (Mukim) 
– Penguasa para peringkat mukim 
– Peranan sebagai Orang Perantaraan (antara rakyat dan pemerintah) 
 

Adat Istiadat 
a) ​Majlis Pemasyhuran 
– pengganti Sultan/Raja disempurnakan sebelum jenazah pemerintah dimakamkan 
 
b) ​Istiadat Pertabalan 
– dimulai dengan prsembahkan Naskhah Al-Quran dan Alat kebesaran diraja 
– Sultan/Raja yang dimasyhurkan membaca watikah pertabalan dan kemudian 
mengucup Keris Kuasa 
 
c) ​Penganugerahan Bintang Dan Darjah Kebesaran 
– lambang hubungan antara pemerintah dengan rakyat 
– bersempena dengan hari sambutan keputeraan pemerintah 
– sebagai pengiktirafan kepada Sultan, Raja, Kerabat Diraja dan rakyat. 

Perundangan 
Undang-undang tubuh kerajaan Kedah, Perlis & Kelantan 
 
i) ​Penggantian Pemerintah 
– Sultan/Raja hendaklah 
a) lelaki 
b) berketurunan raja 
c) bangsa melayu 
d) beragama islam 
 
ii) ​Peranan Sultan/Raja 
– kedudukan sebagai ketua negeri 
– ketua agama islam 
 
iii) ​Badan Penasihat Sultan/Raja 
– menteri besar sebagai dipertua membantu Sultan/Raja dalam mentadbir negeri dan 
rakyat 
 
iv) T​ anggungjawab Sultan/Raja 
– larangan kepada Sultan/Raja, Menteri dan Jemaah Menteri 
a) menyerahkan negeri 
b) menyerahkan kuasa kepada kerajaan lain 
 
– berhak memilih menter besar 
 
v) H​ ak rakyat dalam Pentadbiran 
– warganegara berumur 21 tahun atau lebih yang tinggal di dalam negeri layak menjadi 
ahli dewa undangan negeri. 
 

 
Persuratan 
1) 

 
– Karya Muhammad Hassan Bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad pada tahun 1927 
– Mencatat sejarah istana Kedah dan pentadbiran di Perlis 
– tentang 
a) Pengasas dan senarai pemerintah 
b) Pembukaan ibu kota 
c) Alat kebesaran diraja (nobat) 
d) Pengislaman pemerintah kerajaan Kedah 
 
2) 

 
– Hikayat Merong Mahawangsa Dihasilkan pada tahun 1821 
– tentang 
a) Pengasasan kerajaan Kedah 
b) Pembukaan kota pentadbiran 

c) Pengislaman pemerintah 
 
3) 

 
– Salasiah atau tarikh kerajaan Kedah ditulis oleh Wan Yahya bin Wan Muhammad 
Raib pada tahun 1911 
– mencatatkan secara kronologi maklumat jurai pemerintah negeri Kedah 
– memaparkan perkembangan ekonomi dan pentadbiran kerajaan Kedah menerusi 
pembahagian daerah 
 
4) 

 
– Syair Sultan Maulana dihasilkan pada zaman pemerintahan Sultan Ahamad Tajuddin 
Halim Shah 2 (1804 – 1845) Kisah Perang Tentera Kedah 
– dipersembahkan dalam bentuk syair 
 
5) 

 
– Hikayat Seri Kelantan ditulis pada tahun 1914 
– mengisahkan pemerintahan negeri Kelantan sejak zaman Che Siti Wan Kembang, 
Puteri Saadong dan Raja Abdullah. 
 
6) 

 
– detik-detik sejarah Kelantan ditulis oleh Sa’ad Shukri Bin Haji Muda 
– mencatatkan sejarah pengasasan kerajaan Kelantan dan peristiwa penting setiap 
pemerintah. 
 
Kesenian 
a) W​ arisan seni ukur 
– di Kelantan dan Kedah 

– motif Haiwan dalam karya diganti dengan motif Alam yang bersesuaian dengan 
amalan islam 
– kekal sebagai hiasan pada istana, rumah dan masjid 
 
b) W​ arisan seni bina 
– berupa binaan istana dan hiasan ukiran 
– keunikan binaan rumah tradisional melayu ialah lebar layar berbentuk “V” terbalik 
 
c) W​ arisan seni pentukangan dan barang perhiasan 
– pertukangan perhiasan daripada Emas dan Perak 
– pertukangan senjata tradisional seperti Keris. 
 
d) ​Watisan Seni kraf tangan 
– kraf tangan seperti anyaman tikar dan bakul rotan 
– Kelantan terkenal dengan warisan pembuatan wau dan batik 
 
e) W​ arisan seni persembahan 
– Awang Batil merupakan penglipurlara di Perlis 
– Wayang Kulit telah diangkat sebagai warisan kebangsaan di bawah kategori Warisan 
tidak ketara 
– Mem Mulung merupakan teater tradisional negeri Kedah yang kekal hingga kini 
 
f) ​Warisan seni silat 
– merupakan seni dengan menggunakan ketangkasan menyerang dan 
mempertahankan diri 
– sebagai persembahan majlis dan acara petandingan 

Keunikan Adat Dan Pemerintahan 
Keunikan adat perpatih 
 
a) ​Jurai keturunan sebelah ibu 
– kaum perempuan dianggap ibu Soko 
– anak merupakan anggota suku ibunya 
– anggota suku dianggap sedarah kerana berasal daripada moyang perempuan yang 
sama sebelah ibu 
 
b) ​Upacara Kedim 
– menerima orang dari suku lain atau orang luar 
– seseorang itu akan bersumpah taat setia dan akan bersaudara dengan Ahli Suku. 
“​Darah dicecah 
Doa ditampung 
Sumpah dilabuh 
Quran dijunjung​“ 

 
c) ​Wanita mewarisi pusaka 

– wanita akan mewarisi harta pusaka bertujuan supaya wanita tidak terabai 
– diwarisi secara turun temurun daripada ibu kepada anak perempuan 

 
d) P​ erkahwinan 

– perkahwinan sesama suku tidak digalakkan kerana dianggap sebagai sebuah keluarga 

besar dan bersaudara 

– menggalakkan perkahwinan di luar suku 

– Lelaki yang berkahwin akan menjadi anggota keluarga suku iterinya dan digelar 
“Orang Semenda” 

– wanita yang berkahwin sesama suku akan hilang hak mewarisi pusaka, manakala 

lelaki akan hilang hak untuk menyandang jawatan dalam adat 

 
e) ​Pelaksanaan Hukuman 

– bersifat pemulihan 

– utamakan perasaan dan kepentingan pesalah. 
– kesalahan kecil diselesaikan dengan bermaafan atau denda ringan 

 

Pelantikan Pemimpin 
i) ​Luak 

– daerah/jajahan merupakan kumpulan ketiga dan terbesar dalam susunan masyarakat 

Minangkabau 
 
ii) ​Suku 

– merupakan unit kedua dalam sosiopolitik Adat Peraptih 

– dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar 

 
iii) P​ erut 

– unit terkecil yang ahlinya daripada keturunan sebelah ibu 
 

Hieraki Pemerintahan adat perpatih 
1) Y​ amtuan Besar/ Yang Di-Petuan Besar Negeri Sembilan 

– dipilih oleh undang yang empat 

– sebagai ketua negeri 

– lambang kesatuan dan persekutuan 

 
2) ​Undang 

– ketua luak yang dilantik oleh lembaga 

– undang yang empat ialah Undang Sungai Ujong, Undang Jelebu, Undang Johol dan 

Undang Rembau 

– memilih seorang yang layak daripada keturunan Yamtuan Radin menjadi Yamtuan 

Besar atau Yang di-Pertuan Besar 
 
3) ​Lembaga 
– ketua suku dan dilantik oleh buapak 
– peranan 
a) memilih undang dan penghulu 
b) menjaga keamanan dan keselamatan 
c) menyelesaikan pertelingkahan antara suku 
d) mengurus pembahagian harta pusaka 
 
4) B​ uapak 
– anak buah dalam perut akan melantik seorang ketua yang digelar Buapak 
– Buapak menjadi ketua rujukan aspek yang berkaitan dengan adat dan hukum 
 
5) ​Ibu Soko 
– mengetahui, memahami dan menghafal adat dan asal usul kelompok kekeluargaan 
yang diwakilinya 
– telibat secara langsung dalam pemilihan dan pelantikan buapak dalam kelompok 
yang diwakilinya 
– jika tiada ibu soko, semua peringkat pelantikan pemimpin adat di Negeri Sembilan 
tidak boleh dilaksanakan 

 

Aktiviti. 

1)Menonton Youtube 

Link:​ (https://youtu.be/my-wflvU8Jk 

Link:​ h​ ttps://youtu.be/sBq9Zgs4Djs

2)Latihan Bertulis.

Soalan Objektif

https://forms.gle/HkBExeZL168cZ4YEA

Soalan Struktur

1)Warisan sistem pemerintahan kerajaan Melayu ialah sistem pemerintahan beraja yang diwarisi
hingga hari ini.

(a)Apakah gelaran pemerintah bagi kerajaan berikut?

i)Kerajaan
Kedah:______________________________________________________________________

Kerajaan Perlis:________________________________________________________________(2M)
(b)Bagaimanakah pelantikan pengganti pemerintah dilakukan di kerajaan dalam ceraian(a)?
__________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________(2M)
(c)Pada pendapat anda apakah kepentingan pengenalan instituisi beraja di negara kita?
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________(3M)
(d)Terdapat segelintir masyarakat yang tidak menghormati instituisi beraja.Berikan cadangan anda
untuk mengatasi masalah tersebut.
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________(3M)

2)Kerajaan Kedah,Kelantan,dan Perlis telah melaksanakan undang-undang yang kemas dan teratur.
(a)Namakan undang-undang kerajaan tersebut.
i)Kedah:__________________________________________________________________________
ii)Perlis:__________________________________________________________________________
iii)Kelantan:____________________________________________________________________(3M)

(b) Nyatakan tiga kandungan yang terkandung dalam perundangan tersebut.
i)________________________________________________________________________________
ii)________________________________________________________________________________
iii)____________________________________________________________________________(3M)
(c)Kerajaan Kedah dan Kelantan telah memperkenalkan sistem perundngan Islam yang mantap.Pada
pendapat anda mengapakah undang-undang Islam diperkenalkan oleh kerajaan tersebut?
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________(4M)

Soalan Esei.
1.Sistem perundangan kerajaan Kedah,Kelantan dan Perlis mempunyai persamaan
kandungan antara satu dengan yang lain.
(a)Apakah persamaan kandungan undang-undang tersebut.(6M)
(b)Apakah kepentingan sistem perundangan kepada kerajaan tersebut.(6M)
(c)Sekiranya semua rakyat mematuhi undang-undang apakah yang berlaku pada negara hari
ini.(8).

2.Sistem pemerintahan adat di Negeri Sembilan menggunakan sistem Adat Perpatih.
(a)Jelaskan ciri-ciri Adat Perpatih berikut.
i)Pelaksanaan hukuman (4M).
ii)Perkahwinan(4M)
(b)Nyatakan peranan pemimpin tersebut.
i)Undang(3M)
ii)Lembaga(3M)
(c)Sistem pentadbiran mengikut Adat Perpatih mempunyai unsur demokrasi dan amalan
maufakat.Beri bukti untuk menyokong pernyataan berikut.(6M)





https://youtu.be/sBq9Zgs4Djs


Click to View FlipBook Version