The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cayangsofea_2806, 2022-05-29 11:39:08

FLIPBOOK E-NILAM 2022 SMKSU

AFIF E-NILAM

Keywords: e-nilam smksu

PERTANDINGAN e-NILAM

OLEH : MUHAMMAD AFIF QUSYAIREE BIN ASBULLAH

PENCALONAN

ANUGERAH e-NILAM
PENDIDIKAN KHAS

PERINGKAT KEBANGSAAN
2022

NAMA: MUHAMMAD AFIF QUSYAIREE BIN ASBULLAH

Isi Kandungan m/s

Bil Perkara 3
4-7
1 Kandungan 8-15
2 Profil Peribadi Calon 16-26
3 Borang Folio Calon 27-34
4 Salinan Sijil Penyertaan / Pencapaian
5 Rekod Kutipan Data Nilam 36-39
6 Sinopsis Cerita 40-43

- Si Tanggang
- Angan Mat Jenin

Profil Peribadi
Calon

BIODATA

Nama : Muhammad Afif Qusyairee bin Asbullah
Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama
Tingkatan : 1 Airis
No. Kad Pengenalan : 091014-16-0053
Alamat : No 24, Jalan Bidara 3, Saujana Utama 3,

47000 Sungai Buloh Selangor.
Nama Ibu : Azean binti Ahmad
Nama Ayah : Asbullah bin Osman
No. Telefon : 018-2136075

KAD
PENGENALAN

KAD OKU

Borang Folio
Calon















Salinan Sijil-sijil
Penyertaan &
Pencapaian





















Rekod Kutipan
Data Nilam















Sinopsis Cerita

Tajuk : Si Tanggang

Si Talang dan Si Deruma merupakan bapa dan ibu kepada seorang anak
lelaki yang bernama Si Tanggang. Mereka hidup sebagai keluarga nelayan di
tepi pantai. Kehidupan mereka amatlah miskin. Si Tanggang merupakan
seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Dia selalu berkhayal untuk
menjadi kaya dan terkenal. Akan tetapi, keadaan hidupnya yang serba
kekurangan dan ketiadaan peluang menjadi penghalang kepada cita-citanya.

Pada suatu hari, ketika sudah meningkat usia, Si Tanggang terlihat
sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan
rumahnya. Si Tanggang pun pergi mencuba nasib, dia berjumpa dengan
nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda
kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang
bersampan dan bekerja.

Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan
Si Tanggang belayar mengikut kapal nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah.
Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.

Si Tanggang …

Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh
Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Tidak lama
kemudian, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda
menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil
Nakhoda Tanggang.

Si Tanggang memiliki kecekapan dalam berniaga. Dia menjadi kaya raya
dan namanya menjadi terkenal. Namanya sampai ke telinga Sultan dan
dijemput ke istana. Tidak lama kemudian, Sultan mengahwini puterinya
dengan Si Tanggang.

Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata
negeri. Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai
kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si
Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.

Si Tanggang …

Gembira dalam hati, Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh
sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Apabila tiba di kapal, seorang
anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul
dengan isterinya. Si Tanggang malu melihat keadaan ibu dan bapanya yang
daif di hadapan isterinya. Si Talang dan Si Deruma memanggil-manggil Si
Tanggang, tetapi dia berpura-pura seperti tidak mengenali mereka. Isterinya
bertanya mengenai mereka, tetapi dia mengatakan bahawa ibu dan bapanya
sudah tiada.

Si Tanggang menghalau ibunya dengan biadap. Si Talang dan Si Deruma
berdayung ke tepi dengan perasaan sedih dan kecewa. Apabila tiba di
daratan, Si Deruma memandang ke langit dan memengangkat kedua-dua
belah tangannya, kemudian berseru, "Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si
Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya."

Si Tanggang …

Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup kencang. Kapal Si Tanggang
terumbang-ambing akibat air yang bergelora. Ketika itulah, Si Tanggang
berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan
menerima balasannya kerana telah menderhaka.

Akhirnya, dia berteriak kepada ibunya supaya diampun. Walau
bagaimanapun, penyesalannya sudah tidak berguna lagi. Kapalnya pecah
akibat dipukul oleh ombak yang kuat.

Apabila ribut reda, Si Tanggang, isterinya, kapalnya, dan semua anak
kapalnya telah bertukar menjadi batu.

Tajuk : Angan Mat Jenin

Cerita Jenaka Mat Jenin merupakan salah satu jenis cerita jenaka yang termasuk dalam prosa tradisional. Cerita ini berkisarkan satu
bentuk pemikiran yang diilhamkan dari sebuah angan-angan. Angan-angannya bermula dari mendapat upah sehinggakan bertemu dengan puteri
raja. Dia berangan untuk menggunakan upah memanjat pokok kelapa bagi membeli 20 biji telur ayam kampung. Setelah itu dia berhasrat telur
ayam itu dieramkan dan bercadang menjual ayam-ayamnya. Kemudiannya wang itu akan digunakan untuk membeli beberapa ekor kambing.
Setelah kambing membesar dia akan menjualnya dan membeli beberapa ekor lembu. Apabila lembu membesar dia berhasrat untuk membeli
beberapa ekor kuda.

Jika diteliti secera holistik berkenaan angan-angan yang dikemukakan di dalam Cerita Mat Jenin ini, beliau mempunyai satu bentuk
perancangan yang jelas berkenaan masa hadapan. Bermula daripada bawah iaitu hasil upah mengutip buah kelapa, Dia ingin mengembangkan
angan-angan tersebut untuk membeli telur ayam dan setelah menetas dan menghasilkan telur yang baru, dia ingin membeli kambing, lembu dan
sebagainya. Perincinan yang jelas terhadap visi dan wawasannya untuk menjadi seorang penternak atau usahawan yang bermula dari bawah
dan seterusnya berkembang maju. Pemikiran tersebut pada zaman dahulu boleh dianggap pemikiran yang maju dan terkehadapan berikutan
sistem masyarakat pada zaman dahulu yang lebih kepada ekonomi sara diri dan sistem barter umumnya.

Angan Mat Jenin …

Pada waktu dahulu, setiap yang dicipta di sekeliling kita pada dasarnya dianggap sebagai satu
bentuk angan-angan oleh masyarakat setempat pada ketika itu. Misalnya adik beradik Wrights dianggap
gila, Alexender Graham Bell dianggap kuat berangan kerana ingin bercakap dengan orang yang jauh dan
Watts ditertawakan orang kerana menyumbat kendi air yang menggelegak. Begitu juga dengan hasil
kekreatifan Mat Jenin dalam menghasilkan satu bentuk perniagaan dan bukanlah hanya omongan retorik
semata-mata. Dapat dilihat disana mereka kesemuanya dilihat suka-berangan-angan, kemudian
mempunyai pemikiran kreatif dan seterusnya mencipta kejayaan.

Inovatif secara umum memiliki makna iaitu mencurahkan segala kemampuan diri dalam berfikir
untuk menciptakan sesuatu yang baru bagi diri kita mahupun masyarakat dan lingkungan sekitar kita.
Inovatif yang ingin dilakukan oleh Mat Jenin iaitu daripada sebiji telur ayam yang kemudiannya mampu
menjadi seekor kuda. Beliau ingin mengembangkan hasil pemikirannya kepada sesuatu yang baharu dan
lebih berharga.

Angan Mat Jenin …

Dari segi bentuk futuristik, watak Mat Jenin tersebut adalah satu bentuk watak yang
mempunyai perancangan yang cemerlang. Beliau dilahirkan dalam ruang lingkup
yang amat terbatas. Tidak mempunyai sebarang aset berbentuk fizikal dan material
yang menonjol tetapi mempunyai daya berfikir yang positif, kreatif dan imaginatif.
Perkara Ini meletakkan posisinya jauh terkehadapan daripada manusia
seangkatannya pada waktu tersebut. Perkara menarik mengenainya adalah
keupayaannya berfikir, merangka strategi dan melaksanakan pelan tindakannya
secara kemas, rapi tersusun dan bersistematik. Manusia biasa yang tidak memiliki
daya fikir yang tinggi akan gagal menerokai lapisan dan variasi pola pemikiran dan
strategi Mat Jenin. Mat Jenin berupaya berfikir untuk melonjakkan status-quonya
daripada manusia miskin kepada jutawan.

Angan Mat Jenin …

Perkara ini juga mampu menjadi cerminan sosial kepada masayarakat kita untuk berani berfiir dan berwawasan.
Anehnya wataknya hanya dimatikan sedemikian sebagai seorang yang kuat berangan dan mati ketika berangan tanpa
diketengahkan inti sari angan-angan tersebut. Mereka yang menulis tentang Mat Jenin harus kuat dan luas imaginasi
mereka. Perkara tersebut boleh dijadikan satu bentuk pelajaran khususnya masyarakat sekarang untuk berani kehadapan
dan meneroka segala bentuk peluang yang ada pada masa kini. Sepatutnya imaginasi beliau diperpanjangkan seperti
kegilaan tokoh-tokoh barat yang lain. Melihat kepada futuristik, Mat Jenin itu adalah kita, adalah Melayu yang pada setiap
detik dan ketika mahu mencipta angan-angan dan merealisasikan menerusi usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesimpulannya, Mat Jenin merupakan satu perwatakan yang mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan
futuristik. Pemikiran ini sewajarnya wujud dalam setiap pemikiran masyarakat pada hari ini. Tidak salah untuk berfikir dan
merancang untuk menjadi seseorang yang hebat. Sepatutnya kita tidak boleh merendahkan impian dan pemikiran orang lain.
Hal ini demikian kerana setiap daripada kita mempunyai impian tersendiri dan memerlukan dorongan daripada orang
sekeliling untuk memastikan kita berjaya merealisasikan wawasan itu.


Click to View FlipBook Version