AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
PROLOG
IMANI SANGGUP DI BENCI DI BUANG KELUARGA DEMI MENUTUP AIB ARWAH
KAWAN KARIBNYA AISYAH
AISYAH MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH DAN MENINGGAL KETIKA
MELAHIRKAN ANAK YANG DIKANDUNGNYA IMANI SEBAGAI SEORANG SAHABAT
SANGGUP MENUTUP AIB ARWAH SAHABATNYA IMANI MENGAKU KEPADA
KELUARGANYA BAHAWA ANAK ITU MERUPAKAN ANAKNYA
KELUARGA IMANI MEMBUANG IMANI KERANA MERASAKAN IMANI TELAH
MENCONTENG ARANG DI MUKA MEREKA IMANI REDHA DENGAN KETENTUAN
ILAHI DIA MULAKAN HIDUP BARU BERSAMA ARSYAD
PADA SUATU HARI SYARIKAT DI TEMPAT IMANI BEKERJA TERPAKSA DI TUTUP
KERANA TELAH MUFLIS IMANI DIBERIKAN PAMPASAN TETAPI DUIT ITU TIDAK
CUKUP MENAMPUNG HIDUPNYA DIA TERPAKSA MENCARI KERJA YANG LAIN
DIA PERGI KE SEBUAH SYARIKAT YANG BESAR DAN IMANI TERKEJUT DENGAN
TAWARAN GAJI YANG DI BERIKAN OLEH SYARIKAT ITU SEDANGKAN HANYA
JAWATAN YANG DI BERI SEBAGAI PA TEA LADY SAHAJA SETELAH BEKERJA
LAMA DI SITU BARULAH DIA TAHU BAHAWA SIAPA YANG BEKERJA DI SITU
TIDAK AKAN LAMA KERANA TIDAK TAHAN DI CACI MAKI
HAMPIR 2 MINGGU BEKERJA BARULAH IMANI TAHU SIAPA CEO ITU IA
MERUPAKAN EX KEPADA ARWAH AISYAH YANG DIGELAR IMANI BUAYA JADIAN
MULUT ZARIL ZAFRAN TIDAK CUKUP PEDAS BUAT IMANI KERANA MULUT IMANI
10× GANDA PEDAS MEMBUATKAN ZAFRAN TIDAK TAHAN DENGAN MULUT IMANI
YANG ADA SAHAJA JAWAPAN DIA
PADA SUATU HARI ZAFRAN MEMINTA IMANI PULANG KERJA LAMBAT KERANA
DIA AKAN PULANG LEWAT PADA HARI ITU DAN MENYURUH IMANI MEMBUATKAN
DIA KOPI UNTUK BERJAGA SAMPAI MALAM TETAPI ADA KEJADIAN LAIN YANG
TERJADI DI MANA IMANI DAN ZAFRAN TERPAKSA KAWIN DAN PERKAHWINAN
ITU TIDAK BOLEH DI SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN HANYA KELUARGA
TEDEKAT SAHAJA YANG TAHU
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
BAB 1
"jantan tak guna" Aku menyimbah air minuman ke muka bekas
teman lelaki kawan baik aku, sakit hati aku melihat dia melayan
perempuan lain sedangkan kawan aku menangis hari hari.
"hoi!, kau gila eh perempuan simbah air dekat muka aku”
pelanggan pelanggan di restoran itu memerhatikan kami yang
sedang bertikam lidah.
"kau lah yang gila!, berani kau curang belakang Aisyah?, kau
jantan jenis apa!” Kalau ikutkan aku nak sahaja aku lempang
muka jantan tak guna depan aku ini, tapi aku cuba menahan
tangan aku ni daripada melayang ke muka jantan tak guna bi.
"hoi budak, kau ingat aku nak sangat ke couple dengan kawan
kau tu?,sekolah pun tak habis lagi ada hati nak bercintan cintu"
zafran mengambil tisu yang tersedia di atas meja lalu mengelap
mukanya yang basah itu, matanya masih tajam memandang ke
arah aku.
"Imani jom lah balik, malulah orang tengok" Aisyah menarik
tangan Imani agar mengikutnya, Aisyah melihat semua
pelanggan di restoran itu memerhatikan mereka.
"hoi jantan kau ni memang jenis tak cukup satukan?eh
perempuan baik kau hati-hati. buaya darat macam dia ni tak
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
cukup satu perempuan. lelaki depan kau ni dengan budak
sekolah pun dia nak try” aku langsung tak takut, dengan
pandangan lelaki bekas teman lelaki kawannya itu.
" Imani jom lah, malulah orang tengok” Aisyah sedaya upaya
mengajak Imani pergi daripada situ, akhirnya Imani mengalah dia
mengikuti Aisyah dengan peresaan yang amat marah pada lelaki
yang mengecewakan hati rakan baiknya itu
"aku dah cakap dekat kau Aisyah, lelaki macam tu memang tak
boleh pakai. Tapi kau tak nak dengar cakap aku, tengok apa yang
jadi sekarang kau menangis hari-hari dia elok layan perempuan
lain” dulu waktu Aisyah memberitahu aku yang ia telah bercinta
dengan seorang lelaki ia itu belas teman lelakinya itu, aku terang
terang membantah tapi siapalah aku, mereka tetap menjalinkan
hubungan juga.
"Imani stop boleh tak!” Terus aku berhenti membebel dan melihat
wajah Aisyah, aku melihat ada air mata yang jatuh membasahi
pipi Aisyah."Aisyah kau kenapa ni asal kau menangis" soal aku
pada Aisyah
"Imani kau sorang jer boleh tolong aku" kata Aisyah pada aku,
"tolong apa" aku mula cemas, aku dapat rasakan ada sesuatu
yang terjadi pada Aisyah"aku mengandung Imani, please tolong
aku. kita lari dari sini" melopong mulut aku mendengar kenyataan
itu.
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
"kau mengandung, anak siapa?. jantan tak guna tu ke?" Soal aku
tegas, “jantan tu memang cari bala, tunggu kau” aku baru sahaja
ingin mematah balik ke restoran itu tetapi di halang Aisyah,
“jangan buat kecoh lmani” pinta Aisyah “habis kau nak dia
terlepas dari tanggungjawab ke?, kau menderita dia pulak
seronok payan perempuan lain?” Geram aku dengan perangai
Aisyah ini aku langsung tak faham.
"Aku cuma nak kau tolong aku, lari daripada sini. Please Imani
kau kena tolong aku, kau sorang jer harapan aku" Rayu Aisyah
pada aku, "kau nak aku tolong apa Aisyah, kita ni baru jer lepas
habis SPM, duit pun tak ada” kata aku pada Aisyah.
"kau jer harapan aku Imani, please tolong aku" Rayu Aisyah lagi,
"okay, kau cakap apa yang aku kena buat" aku mengalah, tidak
mungkin aku mahu membiarkan kawan baik aku tanggung derita
ini seorang diri
"kau kena yakinkan, Mak ayah kau lepaskan kita cari kerja dekat
Kuala Lumpur" melopong mulut aku, mana mungkin. Aisyah
memang anak yatim piatu ia tinggal di asrama tapi sejak
peperiksaan SPM bermula Aisyah mula tinggal di rumah aku
dengan keizinan Mama dan Ayah aku.
"kau gila ke?, KL tu besar tau. Mustahil mak ngan ayah aku kasi
Aisyah” terang aku, "tolong aku Imani, kali ni sahaja” Rayu
Aisyah, aku mengeluh "yelah aku cuba pujuk” Aisyah memeluk
tubuh aku. “Thank you Imani, kaulah kawan aku dunia akhirat.
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
***************
2 TAHUN KEMUDIAN
"Arsyad jangan main jauh jauh" pesan aku pada anak lelaki aku
itu,Imani tersenyum melihat gelagat seorang budak yang baru
berusia 2 tahun itu berlari di taman kelihatan sungguh comel.
‘aisyah perginya kau telah meninggalkan kesan yang mendalam,
kau bertaruh nyawa untuk melahirkan seorang bayi lelaki dan
sanggup mengorbankan nyawa kau demi satu nyawa yang
berharga dalam hidup aku sekarang. aku harap kau tenang di
sana aisyah’ kata hati Imani, saat teringat kawan baiknya
bertaruhnya melahirkan Zaril Arsyad bin Abdulla. Ya anak tak sah
taraf kerana anak luar nikah di sebabkan seorang lelaki yang tak
bertanggungjawab, Aisyah menanggung segala derita itu.
"mama nak air" pinta budak lelaki yang bernama Arsyad itu,
"Arsyad nak air, jom kita pergi beli" aku menunujuk sebuah gerai
kecil di hujung taman sana. Aku memimpin tangan Arsyad
menujuk ke gerai kecil itu
Imani mengeluarkan dompetnya, ia melihat hanya tinggal RM 50
sahaja dalam dompetnya dia mengeluh. Ini sahaja yang tinggal
sampai aku dapat kerja. Imani membeli air mineral untuk Arsyad
"sayang mama, jom kita balik yee" ajak aku, Arsyad menangguk
setuju, ia jugak sudah penat bermain.
^********************************
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
lepas solat isyak aku terkenang nasibnya yang begitu malang
sekali, aku teringat tentang keluarganya di kampung
FLASBACK
"Anak siapa yang kau bawak balik ni Imani" tengking Sharifah
Amira pada anaknya itu, terkejut Sharifah Amira melihat anak
perempuannya itu pulang bersama seorang bayi."mama ni anak
Imani, ma pa Imani mintak ampun mama papa" aku melutut di
hadapan orang tua aku.
"astagar Imani, kenapa Imani buat macam tu?. kenapa Imani buat
benda terkutuk tu sayang" Syed Razak seperti tidak percaya,
anaknya itu dibesarkan dengan penuh didikan agama.
"kau memang anak tak guna!, aku tatang kau macam minyak
yang penuh. Ini yang kau balas dekat aku!!!" kemarahan Sharifah
Amira sudah meletop seperti gunung berapi. "mama papa, Imani
mintak ampun ma pa. Imani tahu imani salah tapi Imani" lidah
Imani seperti kelu tidak tahu mahu berkata apa ia tidak sanggup
membuka aib kawan baiknya yang telah pun meninggal dunia.
"tapi apa ha!!!! kau keluar” arah Sharifah Amira “ anak tak guna!,
buat malu aku jer. aku tak ada anak yang menconteng arang
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
dekat muka aku, baik kau berambus dari sini kau tak layak jadi
anak aku!, kau keluar sekarang!!" Tengking Sharifah Amira
"Amira, kita bincang Imani satu satunya anak kita Amira” Syed
Razak cuba memujuk isterinya itu, kalau ikutkan hati ia juga
marah pada anaknya itu tapi kemarahan tidak boleh
menyelesaikan masalah.
"aku lagi sanggup tak ada anak, daripada anak yang sanggup
memalukan kita, jangan kau balik dekat sini lagi Imani. Bukan
muka kau sahaja aku tak nak tengok, kalau boleh bayang kau
pun aku tak nak tengok" terus Sharifah Amira menghempas pintu
utama itu dengan kuat.
"maaa paaa ampunkan Imani, maaa paaa Imani mintak maaf dari
hujung rambut sampai hujung kaki. Tolong halalkan makan
minum Imani" Imani mendukung Arsyad dengan perasaan yang
sangat sedih dan pilu. Mamanya sudah tidak mahu memandang
mukanya lagi.
END FLASBACK
panggilan Arsyad menyentak lamunan Imani
"mama Arsyad nak cucu lah" pinta Aesyad pada aku, “ nak susu
ye anak mama ni okay mama buatkan ye” aku bangun dan
menuju ke dapur.
Arsyad ini sah menjadi anak susuan Imani selepas sahaja Aisyah
meninggal dunia imani mengambil ubat hormon yang boleh
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
mengeluarkan susu supaya Arsyad dapat menjadi anaknya yang
halal di sisi agama.
***************************
"Sampai pun kamu Imani, Akak ingat kamu tak jadi hantar Arsyad
ke sini” Kata Yani pada aku, "Imani lewat bangun tadi tu yang
lambat, harini Imani nak cari kerja kak, yelah lepas syarikat tu
tutup punyalah susah nak cari kerja kak, penat jugaklah pusing
satu KL ni cari kerja” keluh aku, yelah mana mana pergi diorang
tengok akademik maklumlah aku ni belajar sampai SPM jer.
"Moga harini ada rezeki kamu” doa Kak Yani pada aku, "aminnn,
oky lah kak saya pergi dulu,, Arsyad sayang jangan nakal-nakal
tau, duduk dengan acik Yani oky sayang" pesan Imani "oky
mama" jawab Arsyad.
"okay kak saya pergi dulu" aku meminta diri dahulu, tangan aku
melambai lambai pada Arsyad,
Imani bediri di hadapan sebuah syarikat yang besar sebelum
melangkah masuk Imani berdoa agar dia dapat kerja pada hari
ini.
"boleh saya tanya, dekat sini ada kerja kosong tak?" Tanya aku
pada kaunter pertanyaan, "ouh hari ni ada interview untuk tea
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
lady kalau Cik berminat boleh pergi ke tingkat 7” jawab staff itu.
Aku mengangguk faham, "ouh oky terima kasih" ucap aku
padanya.
"wow nak jadi tea lady pun kena interview eh, dulu dekat syarikat
lama dia ambil je pekerja" bebel aku, Imani berada di tingkat 7
dia melihat ada orang beratur di situ mungkin menunggu giliran
untuk interview
"hmmm boleh saya tanya dekat sini interview apa ye" soal aku
pada staff yang ada di meja bahagian depan itu, "ouh tea lady"
jawabnya
‘mak i macam ni punya ramai eh orang interview tea lady’ kata
hati Imani "boleh saya tanya, semua ni interview tea lady ke" soal
aku pada staff itu.
"haah semua ni interview tea lady" melopong mulut aku,"kenapa
ramai sangat?” Soal aku lagi."ouh, tawarkan gaji yang sangat
tinggi, lebih tinggi daripada gaji saya mungkin sebab tu ramai"
jawab staff itu lagi.
"berapa tawaran gajinya?" Soal aku ingin tahu "7 ribu sebulan"
kali ini bukan mulut jer terlopong mata aku pun terbeliak sekali.
tersekat nafas aku mendengar tawaran gaji yang di berikan
"kenapa gaji di tawarkan begitu banyak?” Soal aku, banyak pulak
aku tanya.
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
"nanti kalau Cik, masuk interview Cik akan tahu, nak try ke?” Aku
mengangguk "boleh lah, nak cuba nasib" kata aku, mana tahu
rezeki dapat kerja ni.
wanita itu memberinya borang untuk di isi. Aku sudah selesai
mengisi borang tersebut dan memberi borang itu semula kepada
wanita itu lalu wanita itu memberi kad yang tertera nombor di situ
"100" aku orang ke 100 ke, aku tertanya tanya.
"cik last saya tanya, berapa orang yang dah di terima untuk
jawatan ni?” Tanya aku, "tiada siapa lagi yang terima" aku
mengangguk faham, terus Aku duduk di kerusi yang kosong yang
berada di situ. hampir 1 jam aku menunggu akhirnya barulah
nama aku di panggil.
Imani masuk ke dalam ruangan interview tersebut “Cik Sharifah
Imani, sila duduk" Aku duduk di depan pemuda tersebut, Aku
menghadiahkan senyuman manis pada lelaki itu.
"okay awak orang ke 100 yang saya dah interview, saya malas
nak cakap panjang sebab 99 orang yang saya interview tadi
semuanya tolak tawaran ini, walaupun memberi gaji sebanyak 7
ribu sebulan tetapi ada risiko yang awak perlu tahu,
straight to the point. Bos awak ni seorang yang baran dan maki
hamun tak tentu pasal dan awak kena bertahan dengan dia kalau
dia tengking or maki awak dan hanya awak sorang sahaja tea
lady yang boleh masuk dan kemas bilik dia, dan dia sangatlah
cerewet. 20 orang telah berhenti kerja disebabkan tak tahan
dengan perangai CEO ini. sebenarnya panjang lagi senang cerita
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
bos awak ni seorang singa lah, sebab saya dah penat, so Cik
Imani yes or no" soalnya pada aku
"yes" tanpa fikir panjang aku terus terima, langsung tak kisah
perangai bos itu macam mana janji aku dapat kerja.
"alhamdulillah akhirnya ada jugak orang setuju, okay esok awak
boleh mula kerja" pesan Lelaki itu, "okay terima kasih, saya balik
dulu" kmaku keluar dari ruang bilik interview itu.
‘nak tak nak, aku kena terima jugak walaupun dia macam singa.
semoga Allah beri aku kesabaran yang tinggi’ doa aku dalam hati.
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
BAB 2
"Imani, dapat kerja tak?” Tanya Kak Yani pada aku, aku
tersenyum gembira.
"alhamdulillah kak, rezeki Arsyad saya dapat kerja hari ini" Imani
tersenyum melihat Arsyad yang nyenyak tidur di pangkuannya
"bilanya kamu mula kerja ni?” Tanya Kak Yani lagi, "esok kak, haa
Kak ni saya nak tanya. Akak nak saya bayar berapa setiap bulan
untuk upah jaga Arsyad?” Soal aku pada Kak Yani.
"ish kamu ni Imani, Akak ni dah anggap Arsyad macam anak
Akak dah. Tak perlulah kamu bayar, lagipun Akak ni tak ada anak
bila jaga Arsyad ni terasa riuh sikit rumah ni” aku jadi sebersalah
pula, yelah dalam dunia ni mana ada benda free.
"saya pun ikhlas Kak, lagipun sekarang ni barang semua dah
mahal” Kata aku padanya, "terpulang pada kamulah, ikut
kemampuan kamu" aku mengangguk faham.
************
Imani memakai uniform kerja yang baru diberikan kepadanya
"uniform tea lady pun cantik" puji aku dalam hati, sungguh cantik
uniform yang tersarung di tubuh Imani itu tidak terlalu besar dan
tidak terlalu kecil.
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
"Imani kan?” Tanya salah seorang staff Yang berpakaian lebih
kurang dengannya tetapi warna baju sahaja lain. “Haah saya
Imani” kata aku padanya
“Nama akak Salina, kamu panggil Kak Sal sahaja” aku
mengangguk Faham. “Kamu tahukan scop kerja kamu macam
mana?” Soal Kak Sal pada aku, “tahukan, saya kena uruskan bilik
CEO syarikat dan saya seorang sahaja yang boleh kemas bilik
CEO tu” Kak Sal mengangguk sambil tersenyum kepada aku.
“Baguslah kamu dah tahu, ini salah satu keselamatan juga Imani.
Tolong jangan pas pas kerja kamu dekat orang lain kalau barang
barang penting hilang dekat bilik CEO tu kamu yang kena
tanggung” terang Kak Sal, “bilik CEO tak ada cctv, sebab tu
hanya orang tertentu sahaja boleh masuk” Terang Kak Sal Lagi,
aku mengangguk faham.
Aku melihat Kak Sal memandang aku atas bawah atas bawah.
“Kenapa akak tengok saya macam tu?” Soal aku ingin tahu.
"cantiklah kamu ni Imani, kenapalah kamu pilih nak jadi tea lady,
kenapa tak jadi model ke, pramugari kan kena tu. tinggi pun
tinggi, lawa pulak tu perfect lah muka kamu ni" melambung Kak
Sal puji aku.
"mana ada kak saya ni tak layak pun jadi semua tu, pelajaran pun
tak tinggi mana takat SPM jer kak" kata aku, aku sedar diri aku
siapa."haa yelah, kamu naik atas kemas bilik bos buat kopi
semua tu, takut kejap lagi dia sampai tak ada kopi atas meja
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
mahu satu bengunan ni bergegar di sebabkan jeritan dia tu” aku
sedikit gerun mendengar cerita Kak Sal itu
"garang sangat ke, bos tu Kak?" Tanya aku pada Kak Sal "Kejap
lagi akak cerita, kamu cuma tinggal lagi 30 minit jer untuk kemas
bilik dia, kamu pergi siapkan kerja kamu dulu ye” kata Kak Sal,
aku mengangguk faham."oky kak"
Imani sangat berpuas hati setelah selesai mengemas dan kopi
pun sudah disediakan, "macam manalah rupa CEO ni kan, mesti
segak macam Remy Ishak hihihi, sekali CEO ni orang tua
hahahaha" aku mula teringin nak jumpa dengan CEO syarikat ini,
maklumlah nak tau jugak singa jadian tu rupanya macam mana.
Zaril Zafran masuk ke dalam bangunan Syarikat dan menuju ke
arah lift, banyak mata yang memandang dan mengucap selamat
pagi. staff staff wanita tidak lepas memandang wajah tampan
CEO muda itu.
Zafran masuk kedalam ruang pejabatnya, matanya melihat
keadaan pejabatnya yang kemas lalu ia memandang ke arah
meja kerjanya ada secawan kopi di atas meja. "good" itulah yang
keluar dari mulutnya, ia duduk di kerusi CEO lalu Zafran merasa
kopi yang terhidang di mejanya itu, "sedap" terbit senyum di bibir
Zaril Zafran.
"Farah masuk bilik I sekarang" arah Zafran, pintu pejabatnya di
buka"yee Boss" Farah adalah PA Zafran yang ke 7 dan paling
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
lama bertahan dengan perangai Zafran itu, "dah jumpa PA tea
lady aku ke???" Soal Zafran pada PAnya itu.
"dah boss, dia baru mula harini" terang Farah, "oky, awak boleh
keluar" dapat sahaja arahan keluar, lahu sahaja kaki keluar dari
ruang pejabat itu.
****************
pejam celik pejam celik sudah 2 minggu Imani bekerja sebagai
Tea lady di syarikat itu "hmmm dah 2 minggu aku kerja, tak de
pulak aku jumpa singa jadian tu" omel aku,
"Imani!!!! Imani!!!" Terkejut aku melihat kehadiran Farah di ruang
Pantri dengan keadaan tak cukup nadas seperti baru belari
1KM,"eh Farah awak ni kenapa, macam kena kejar hantu jer"
kata aku padanya
"ni bukan kena kejar hantu, tapi ni kena kejar singa" aku mula
terfikir sejak bila ada singa dalam bangunan ni."haaa singa?,
saya tak fahamlah Farah” kata aku padanya.
"Imani awak tak buat air kopi untuk boss kee???" Soal Farah
pada aku, "Allah Farah saya lupalah, alah boss dah sampai ke?"
Aku dah agak memang aku ada lupa sesuatu, baru teringat kopi
aku belum buat lagi.
"sebab bos dah sampai lah, saya belari ke sini. Bos dah
mengamuk kat atas tu" rungut Farah,"Farah apa saya nak buat
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
ni" aku mula buntu, ha padan muka aku, nak sangat jumpa singa
tukan, kan dah termakbul.
"awak buat ker air kopi untuk Bos sekarang, lepas tu awak hantar
kat bilik dia. Yang paling penting sebelum masuk bilik Bos
tolonglah pakai kapas, kalau tak muhu pekak telinga sebab kena
maki dengan Bos macam tengah berzikir 99 kali" bila Farah
cakap macam tu aku lagi takut nak jumpa Bos.
"saya takutlah Farah” kata aku pada Farah, "tabah ye, saya kena
naik atas dulu takut Bos panggil saya tak ada pula” aku
mengangguk faham.
Imani tiba di hadapan bilik singa jadian itu Farah di tempat
duduknya memberi sokongan kepada Imani agar kuat
"Imani ambik kapas ni letak dekat telingat, saya takut awak pekak
jer dengar dia maki awak" aku mengambil kapas yang di hulurkan
Farah itu. "terima kasih farah saya masuk dulu" aku menarik
nafas sedalam dalamnya bagi mengumpul kekuatan, Aku
mengetuk dulu pintu sebelum masuk ke dalam ruang pejabat itu
CEO itu.
"maafkan saya bos, saya terlupa nak buatkan kopi untuk bos
sebab saya ada kerja lain tadi" Aku meletak dulang yang ada
secawan kopi di atas meja kerja CEO itu, Zafran memusingkan
kerusinya melihat seorang wanita di hadapannya "cantik" kata
hati Zafran
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
Aku mengangkat kepala untuk melihat wajah CEO itu, terbeliak
mata aku melihat wajah CEO itu, "kau bos dekat sini!” Kata aku
kasar. Zafran cuba mengecam kembali muka wanita di
hadapannya ini dan memorinya kembali teringat ini lah
perempuan yang telah memalukannya 2 tahun lepas
“Kau ke bos dekat sini?” Soal aku lagi, "Kau ada nampak ada
orang lain ke dalam ni?” Sinis soalan Zafran. “Dasar buaya tua!,
kenapalah banyak banyak orang dalam dunia ni, kenapa kau
jugak yang perlu jadi bos dekat sini!” Menyampah betul aku
tengok muka lelaki di hadapannya ini.
"Kalau aku buaya sekali pun, langsung tak ada kena mengena
dengan kau. Siapa yang datang tempat siapa?” Soal Zafran lagi
"Kalau dah buaya, memang sampai bila bilalah buaya. Dasar
curang” banyak kata kata kesat aku curahkan padanya
"Kalau kau nak kerja lama dekat sini, tolong hormat aku sebagai
bos kau dan untuk pengetahuan kau , Kes 2 tahun lepas yang
kau simbah air dekat muka aku pun belum settel lagi tau!,Kau
jangan ingat aku akan lepaskan kau macam tu sahaja’" Tegas
Zafran berkat.
“Kau pikir aku takut dengan amaran kau tu, sikit pun aku tak
goyang lah” entah mengapa tiba tiba hilang rasa takut tadi bila
tahu siapa CEO syarikat ini, "mulut kau ni kan macam s**l eh, aku
ni boss kau tahu tak’. Kau nak aku pecat kau ke??" ugut Zafran
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
“Daripada saya bertikam lidah dengan kau, baik aku aku
sambung kerja. Malas nak layan lelaki curang macam kau,
langsung tak mendatangkan Faedah"Aku melangkah keluar dari
runag itu dan menghempas kuat pintu pejabat Zafran, terkejut
Zafran melihat keberanian perempuan itu
"kurang ajar punya perempuan, belum pernah staff aku hempas
pintu pejabat aku tau!” Geram sungguh Zafran melihat perangai
berani mati Imaji itu.
"Imani beraninya awak hempas pintu boss tu" Farah yang berada
di luar turut terkejut melihat Imani menghempas pintu pejabat
Bos."Ini Sharifah Imani lah, dia salah pilih orang” lepas berkata
begitu aku terus beredar dari situ.
"Farah!!!!!!!!!" Terkejut Farah mendengar jeritan namanya itu,
"O.M.G jangan cakap aku yang nak kena menghadap singa
jadian tu, haaaaaaa Imani apa kau buat ni" dengan langkah yang
berat aku menuju ke pejabat CEO "ye bos, bos panggil saya
ke??" Soal aku pada Zafran.
"Telinga kau pekak ke?, atau mungkin ada orang lain yang nama
dia Farah dekat tingkat ni!" Zafran menghentak mejanya dengan
tangannya sendiri, terhinjut bahu Farah."ouh, tak ada saya
sorang jer Bos” kepala Farah dah tak berani angkat dah, memang
tunduk memandang lantai sahaja.
*********
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
"punyalah banyak orang dalam dunia ni, kenapa kau jugak aku
kena jumpa ha”panas hati aku melihat wajah buaya curang tu.
"haih mengeluh nampak?” Aku menoleh ingin melihat ke arah
suara yang menegur aku itu.
"eh, Encik Arif maaf saya tak perasan pulak Encik ada dekat sini”
malu aku, mesti dia dengar aku membebel sorang sorang, "eh tak
apa, saya nampak muka awak tu tengah tahan marah kan?, kami
semua satu bangunan dah masak dengan peranagai CEO tu, itu
sebab gaji staff biasa macam PA CEO DAN PA tea lady CEO
dapat gaji tinggi sebab perangai singa jadian dia tulah" kata Arif
pada aku.
"Tu tak boleh panggil singa jadian, kena panggil Tarzan sebab
suka sangat menjerit!" Marah aku,"sebab tulah tawaran gaji yang
tinggi, tapi tulah walaupun gaji tinggi, sampai bila orang boleh
tahan dengan perangai dia yang baran terlebih tu, jadi macam
mana Cik Imani saya dah nak kena bukak interview baru ke?,
kalau Imani nak berhenti" soal Arif padaku.
"Saya tak ada terfikir pulak nak berhenti, selagi saya boleh
bertahan saya tahan untuk kerja dekat sini” tak terfikir langsung
aku nak berhenti kerja, dahlah nak cari kerja susah sekarang ni.
"Nasib awak tak nak berhenti lagi, kalau tak saya kena bukak
interview lagi” kami berdua tergelak. “Imani boleh tolong buatkan
saya Kopi?” Pinta Arif pada aku. “Mestilah boleh, kejap ye saya
buatkan" aku bangun daripada tempat duduk untuk membuatkan
Arif secawan kopi.
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
Zafran tengah memikirkan macam mana nak kenakan Imani
A.K.A perempuan mulut puaka, itulah gelaran yang Zafran
berikan kepada Imani. "dasar perempuan mulut puaka, kau
tunggu nasib kau. Ni Zaril Zafran lah” buku lima di kepal, marah
masih lagi tersisa di hati Zafran.
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
BAB 3
Aku keluar daripada pintu belakang bangunan, sambil membawa
plastik sampah, “setahu aku scop kerja aku uruskan apa yang
bos mintak jer, tapi kenapa aku kena buat banyak kerja” malas
cakap banyak. Aku terus menuju ke tong sampah besar yang
terletak tidak jauh daripada bangunan besar ini. selepas sahaja
aku membuang sampah, aku ingin masuk semula ke dalam
bangunan itu tetapi langkah aku terhenti.
Apabila aku terpandang kearah sebuah motosikal yang sedang
memperhatikan seorang wanita yang dalam lingkungan 50an,
wanita itu sedang berjalan di tepi jalan tanpa ia perasan ada
orang yang memperhatikan tindak tanduknya itu.
apabila Aku melihat motosikal tersebut berhenti di sebelah wanita
tua itu, dan penumpang belakang turun dari motosikal itu lalu
mendekati Wanita itu dan menarik beg tangan wanita tua itu,
tanpa berlengah terus Aku berlari ingin membantu wanita tua
tersebut daripada di ragut.
"woi!" jerit aku, aku terus merentap beg tangan tersebut daripada
di ragut. Lelaki itu berlari naik ke atas motosikal itu semula, dan
memecut laju.
"puan tak ada apa apa" Tanya aku pada wanita berusia itu,
"Terima kasih nak, sebab tolong aunty" kata wanita itu, aku
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
tersenyum memberikan ia senyuman yang manis. "Tak perlu
berterima kasih dengan saya aunty, kalau orang lain nampak pun
mesti diorang tolong" kata aku padanya
"aunty nak pergi mana ni?” Soal aku padanya, "nak pergi depan
tu ha, kereta aunty rosak kat tepi jalan sana. tu yang aunty
berjalan sampai sini lagi pun tak jauh dah. Bangunan ni jer" aku
mengangguk faham
"ouh aunty nak masuk sini, aunty ada urusan apa kat sini?” Soal
aku ingin tahu, "Anak lelaki aunty kerja kat sini" terangnya "ouh
kalau macam tu, jom saya temankan aunty, lagi pun bahayalah
aunty jalan sorang sorang” aku menawarkan udiri aku untuk
menemani wanita ini.
"eh, tak menyusahkan kamu ke?” Aku menggelingkan kepala,
"tak adalah aunty, lagi pun saya kerja dekat sini juga” jawab aku
padanya. "ouh yeke, anak ni apa nama" tanya wanita itu, "Imani"
wanita itu mengangguk “sedap nama” aku membalas
senyumannya itu.
Aku menghantar wanita itu sehingga ke pintu masuk, “terima
kasih ye Imani, nanti kita jumpa lagi ye” aku mengangguk “hati
hati jalan tau aunty” lalu aku pun turut berlalu naik ke pantri
Baru jer sampai dekat pantri, belum sempat buat apa, "Imani"
panggil Farah, aku mengeluh tak lain tak bukan kalau Farah
panggil aku mesti singa jadian tu panggil aku. "yee Farah” jawab
aku
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
"kau pergi mana, singa jadian cari kau tau, dia nak kopi" kata
Farah padaku, "ouh singa tu nak kopi, yelah. aku buat kejap,
nanti kau hantar dekat dia ye” terus Farah menggelingkan
kepalanya.
"eh kau gila ke Imani, tak nak aku hantar, malas aku nak hadap
muka singa tu harini. Ada jer tak kena” rungut Farah, "ish, kau ni
yelah aku hantar" malas sungguh nak hadap muka si buaya
curang tu.
Imani membawa secawan kopi untuk dihidangkan kepada singa
jadian itu, "eh Imani kan?” Tegur seseorang, "eh aunty, aunty dah
jumpa anak aunty ke?" Soal aku, pelik juga setahu aku tingkat ini
hanya pejabat si buaya tu sahaja. "baru nak jumpa" katanya
"dekat mana bilik anak aunty?” Soal aku, "tu” aku memandang
kearah jari yang di tunjuk oleh wanita itu, "anak aunty CEO dekat
sini?" Nafas aku semakin sempit, "ye, dia CEO syarikat iniu" terus
tersekat saluran penafasan aku bila dapat tahu siapa wanita di
hadapannya ini.
"maafkan saya Datin, saya tak tahu yang Datin ni Mak kepada
CEO" terus aku memohon maaf padanya, "eh Imani, tak payah
panggil saya Datin panggil jer aunty" aku menggeling. “Mana
boleh Datin, nanti kalau bos tahu saya pulak kena marah” kata
aku padanya.
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
“Ish, kamu jangan risau, Aunty akan pastikan dia tak akan apa
apakan kamu” aku tersenyum paksa, "air ni untuk siapa?” Soal
wanita itu "untuk bos" jawab aku.
"jomlah, kita masuk sekali" ajak wanita itu, aku pun mengangguk
setuju. Aku berjalan beriringan dengan wanita itu.
"mana pulak perempuan ni, adoi lambatnya” terkumat kamit mulut
Zafran “Si Farah ni pun lembab, panggil perempuan tu pun
lambat!” bebel Zafran,
tok tok tok
"sampai pun” cepat cepat Zafran mengambil telefonnya dan
membuka apps camera dan menukar kearah video untuk
merakam Sesuatu yang bakal terjadi,”masuk" arah Zafran, buka
sahaja pintu itu, bush!! Sebaldi air yang tergantung di atas pintu
pejabat itu terkena kepada si pembuka pintu, “hahahahaha”
Zafran ketawa terbahak bahak tanpa ia sedar siapa yang kena
simbahan air tersebut.
"ZARIL ZAFRAN!!!!!!!!"
Zafran seperti terkedu dengan suara itu ‘bukan ke itu suara
mummy’ bisik hati Zafran, terbeliak mata Zafran apabila melihat
figuran itu basah kuyup, rakaman di hentikan telefon yang ia
pegang terus dicampak ke atas kerusi. Aku yang berada di
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
belakang turut terkejut melihat Datin Alya sudah basah kuyup.
Pantas Zafran mendapatkan Datin Alya.
"mummy Zafran minta maaf, mummy Zafran tak sengaja" Zafran
memohon maaf pada Datin Alya pekara yang paling ia tidak
jangka sekali. "kamu kata tak sengaja?, ke ni memang plan
kamu?” Soal Datin Alya tegas.
"mummy, Zafran tak tahu pun mummy nak datang?" Kata Zafran
jujur, ia memang tak tahu yang Datin Alya nak datang. "jadi kamu
nak kenakan siapa sebenarnya?” Tegas Datin Alya menyoal
anaknya itu.
"zaf... Zaf..." tergagap gagap zafran ingin berkata, "ke kamu nak
kenakan Imani?” duga Datin Alya “sebab dia yang nak masuk bilik
kamu tadi, hantar kopi yang kamu minta?" Datin Alya seperti syak
sesuatu.
"ye, Zafran nak kenakan dia mummy" tertunduk kepala Zafran
menjawab,Aku yang berada di luar terkejut dengan kenyataan
Zafran itu, "apa nak jadi dengan kamu ni?, sebagai CEO kamu
perlu jadi contoh yang baik!, bukan buat pekara yang tak elok
macam ni!” Marah Datin Alya pada Zafran. “dah malam ni balik
rumah mummy, banyak benda yang mummy nak settlekan
dengan kamu” pesan Datin Alya “di sebabkan perbuatan budak
budak kamu ni habis mummy basah kuyup, baru ingat nak ajak
kamu lunch sama tapi lain pulak jadinya, dahlah mummy balik
dulu" bebel Datin Alya, pusing sahaja ke belakang wajah Imani di
lihat.
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
"aunty okay?, basah teruk ni aunty" teruk jugak basah ni aku
tengok, "aunty okay, Imani kalau lepasni Zafran ni buat bukan
bukan dekat kamu, jangan segan terus cakap kat aunty. tahulah
apa aunty nak buat dekat dia" pesan Datin Alya sambil
menghadiahkan jelingan tajam pada Zafran.
"okay Aunty” aku mengangguk faham, sebelum Datin Alya berlalu
pergi, Zafran hanya berdiam diri sahaja sehingga Aku mula
bersuara.
"ouh bos nak kena saya ye” aku memandang Zafran atas bawah
“tapi sayang, bos pulak yang terkena.padan muka buek hahaha"
Aku menjulurkan lidah kepada Zafran sambil tersenyum gembira.
Aku meletakan air kopi di atas meja kerjanya, lalu keluar dengan
ketawa yang tidak henti, "hahahahahaha hahahahahaha
hahahahahaha, kesian kat boss hahahahahaha"
"tak lawak lah s**l" Marah Zafran, "bagi saya lawak, lepas ni kalau
bos kenakan saya. Saya terus report dekat Datin tau" puas hati
aku dapat gelakkan dia depan depan, dengan tengok muka tahan
marah tu.
Zafran memandang Aku besar kecik besar kecik jer "rosak plan
aku nak kenakan dia” geram Sungguh Zafran bila plan ia tidak
berjaya “aduh mati aku, nak kena hadap mummy balik ni" keluh
Zafran
***************
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
"Assalamualaikum" Zafran memberi salam sebelum masuk ke
rumah agam milik keluarganya itu, "waalaikumussalam Zafran”
Dato Syukri segera mendapatkan anak lelakinya itu. “Zaf, Daddy
nak tanya sikitlah dengan kamu” aku mengangkat kening, "daddy
nak tanya apa??"
"kamu tahu tak kenapa mummy kamu tu balik baju dia basah
kuyup, setahu daddy lah dia cakap dekat daddy dia nak lunch
dengan kamu, ni tak sampai berapa jam daddy tengok dia dah
balik. Lepastu yang Daddy terkejut baju mummy habis kuyup"
cerita Dato Syukri
"mummy di...a ba..sah sebab Zafran daddy" tergagab gagab juga
Zafran nak terangkan dekat Dato Syukri itu, "basah sebab kamu?,
kamu buat apa Zafran?" Soal Dato Syukri ingin tahu.
"anak kamu ni abang, dia nak kenakan salah sorang staff dia. alih
alih saya yang terkena" Datin Alya tiba tiba muncul dari arah
belakang, terkejut Dato Syukri "Zafran kenapa kamu buat macam
tu?”suara Dato Zaril Syukri sudah meninggi
"Zafran sebenarnya geram dengan mulut puaka perempuan tu
mummy daddy, mulut dia langsung tak ada insurans geram
Zafran" beria Zafran becerita pada mereka berdua,
"habis kalau kamu buat macam tu nampak sangat yang kamu ni
tak boleh jadi contoh Zafran, malu daddy kalau staff lain anggap
daddy ni tak pandai jaga anak" kecewa sungguh Dato Syukri
dengan sikap kebudak budakan anaknya itu.
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
"kamu tahu tak, kalau bukan di sebabkan Imani, mummy mungkin
cedera sebab ada orang nak ragut mummy. Imani tulah yang
selamatkan mummy tadi” cerita Datin Alya
"betul ke sayang yang kamu hampir kena ragut" terkejut Dato
Syukri, tidak pulak isterinya becerita tentang perihal itu padanya
tadi. "ye nasib baik ada si Imani tu tolong selamatkan saya"
terang Datin Alya.
"kalau macam tu, Zafran esok bawak budak Imani tu datang
rumah, daddy nak ucap Terima kasih dekat dia sebab tolong
mummy kamu ni" ternganga mulut Zafran, ia langsung tak
percaya yang daddy suruh bawak staff balik rumah.
"daddy, belum pernah staff kita datang rumah agam ni tau, daddy
ni kenapa?" Zafran tidak puas hati, ia sudahlah tidak suka dengan
perempuan tu, alih alih kena bawak balik rumah memang tak lah.
"apa salahnya Zafran, budak Imani tu baik sahaja mummy
tengok. Mummy ni langsung tak percaya apa yang kamu
ceritakan pasal Imani tu, kalau mulut dia puaka pun. mummy
dapat rasa punca dia disebabkan mulut kamu yang kurang adab
tu, kalau tak kamu tak akan tukar PA sampai 6 kali. Siapa jer
tahan dengan mulut longkang kamu tu" pedas sungguh Datin
Alya berkata.
Zafran terdiam bila mummy daddy membela Imani "hais Imani,
kau tunggulah nasib kau nanti" lagi lah ia geram dengan Imani,
sudahlah ia tidak suka dengan perempuan itu ini kan pula
Mummy Daddynya menyebelahkan ia daripada tadi.
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
*******************
"Farah selamat datang ke rumah ku syurga ku HAHAHA" Imani
membawa Farah masuk ke dalam rumah yang disewanya itu.
"makin lama saya kenal awakkan Imani, awak ni boleh tahan
kelakar jugak ye” kata Farah pada aku.
"Tu baru kenal, belum rapat lagi tau” aku bercakap aku sendiri
yang ketawa. “saya nak ambil Arsyad kejap, Farah kemas kemas
lah dulu, barang barang ni bawak masuk bilik yang saya tunjuk
semalam" Farah mengangguk faham "okay"
"selesanya rumah ni, cantik ,besar pulak tu hais"puji Farah. Lepas
habis kemas aku pun turun kebawah aku melihat ada seorang
budak sedang bermain dengan permainannya di hadapan tv, “tu
mesti Arsyad” aku pun turun mendekati budak itu.
"Ya Allah, Arsyad comel kamu ni, geram ibu tengok” Farah
mencubit manja pipi Arsyad. "ibu?" Arsyad pelik dengan
panggilan ibu itu.
"Imani boleh saya bahasakan diri saya ibu?” Pinta Farah pada
Aku, "boleh je Farah, kalau itu yang Farah selesakan" aku
langsung tak kisah, "mari makan Farah saya dah masak ni"
walaupun masa agak suntuk, tapi aku sempat menyediakan ayam
masak merah untuk menu makan malam hari ini.
"haih ayam masak merah, wow msedapnya Imani" teruja Farah
melihat lauk yang di masak aku itu, Farah menyenduk nasi lalu di
letak pada pinggangnya lalu ia menyenduk ayam masak merah
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
pula, selapas mabaca doa Farah terus menyuap masakan itu
kedalam mulunya. "Imani sedapnya awak masak, nanti ajar
Farah, Farah tak pandai masak" kata Farah pada aku
"tak apa nanti Imani ajar, kita belajar masak yang senang senang
dulu” aku tidaklah pandai masak mana, tapi menu menu yang
simple tu retilah juga.
"Imani saya nak tanya sesuatulah?” Kata Farah padaku, "nak
tanya apa?" Soal aku pada Farah.
"tadi waktu Farah balik daripada tandas, Farah ada nampak Datin
dan paling Farah pelik keadaan Datin basah kuyup, imani tahu
tak kenapa?” Aku rasa nak tergelak sahaja bila mengingati
moment tadi,
"ouh bos, dia nak kenakan Imani sekali aunty yang kena" cerita
aku pada Farah. "aunty maksud Imani Datin?” Aku mengangguk
"haah Datin, kenapa?” Soal aku pada Farah
"Imani panggil dia aunty" tanya Farah, "haah, Datin yang suruh
Imani panggil dia macam tu" terang aku. "wah macam special jer,
eh tapi series lah bos nak kenakan awak?” Aku mengangguk. "iya
Farah, boss sendiri yang mengaku depat Datin tadi, lepastu teruk
tau dia kena marah saya gelakkan jer, padan muka dia hahahaha
daripada orang gelarkan dia singa jadian terus jadi kucing parsi
depan Datin tadi" ketawa aku semakin menjadi jadi.
"hahahaha yeke Imani, ish rugilah saya tak ada tadi. kalau tak
mesti saya dapat tengok muka dia kena marah dengan Datin tadi”
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
Farah juga turut ketawa."sumpah cuak gila muka dia Farah
HAHAHA", Farah Dan Imani sangat terhibur bercerita tentang
kejadian tengah hari tadi
**************
"haih baru nak kemas pejabat aku?, lambat harini?” Soal Zafran
yang baru sahaja masuk ke dalam pejabat."ehh bos, saya baru
nak kemas pejabat bos ni, kalau ikutkan hati saya nak jer saya
kemas bilik bos tahun depan" perli Imani, bukan Imani tak tahu
Zafran sengaja masuk awal, jam di tangannya baru pukul 8:10
pagi.
"eh eh kau, aku kasi muka kau lebih lebih pulak" geram Zafran
dengan jawapan Imani tadi, “bos” panggil aku, Zafran
memberikan jelingan tajam pada aku.
"bos ada plan nak kenakan saya lagi ke?" Soal aku pada Zafran.
“Kau dah kenapa tanya soalan macam tu kat aku?” Tanya Zafran.
“Yelah kan semalam, plan bos tak jadi. Hahaha” aku ketawakan
Zafran lagi. "suka kau eh?" Ikutkan hati Zafran mahu sahaja dia
baling Imani ni daripada tingkat 15 ni.
"sebenarnya saya macam tak boleh bla tau,. Cuba bos bayang
kan. Seekor singa jadian tiba tiba depan mak dia jadi kucing parsi
alololo, comel sangat hahahaha” perli aku, aku sambung balik
kerja yang terkendala tadi.
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
"mulut kau ni tak reti diam ke ha!, daripada tadi asyik popek
popek jer, ni kau dah siap kemas belum kalau dah siap. Kau
tunggu apa lagi berambus lah!!" marah Zafran
"memang nak berambus pun, saya pun tak larat nak tengok muka
singa jadian bos tu!!” aku sengaja menyimbah lagi api
kemarahan Zafran tu, “berambuslah cepat!” Tengking Zafran.
"bye bos" Imani keluar sambil melambai lambai ke arah bosnya
itu, Zafran melihat iphone 11nya berbunyi tertera nama mummy di
situ terus menekan punat hijau.
"hello mummy ada apa call Zafran ni?" Soal Zafran di corong
talefon itu. "mummy nak ingatkan kamu jer, jangan lupa bawak
Imani datang rumah harini, daddy dah tak sabar nak jumpa Imani”
Zafran memutarkan anak matanya 360 darjah.
"haa yelah mummy, Zafran banyak kerja ni Zafran letak dulu ye
mummy" kata Zafran, ia mahu menamatkan panggilan ini dengan
cepat "haa yelah, jangan lupa tau" pesan Datin Alya lagi.
"ye Zaf tak lupa mummy" terus Zafran meletakkan panggilan itu
"hais mummy ni banyak banyak perempuan, kenapalah dia jugak
nak kena tolong mummy. menyusahkan betullah, aku nak kena
angkut dia bawak balik rumah dah lah mulut puaka" bebel Zafran
seorang diri
Zafran mengambil air kopi yang sudah di sediakan di atas
mejanya, Zafran mengambil dan minum kopi tersebut tidak
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
sampai berapa saat air kopi itu tersembur keluar daripada
mulutnya kerana kopi itu terasa masin.
"Imani!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" jerit Zafran habis bergegar satu bangunan
"hahahahahaha" Imani yang berada di meja Farah tergelak besar
apabila mendengar jeritan itu, "Imani awak buat apa sampai bos
menjerit kuat macam tu?" Soal Farah, dia mula takut nak hadap
Zafran.
"saya cuma balas apa yang dia plan nak kenakan saya semalam
jer" terkejut Farah. "awak buat apa Imani?, awak jangan macam
macam nanti saya yang kena hadap dia tau" Farah sudah tidak
senang duduk.
"relax lah Farah saya just letak 2 senduk garam jer dalam kopi
dia" terkejut Farah, "Imani!, awak buat apa ni!!!!!" Farah dah
gelabah sudah pasti dia yang kena hadap singa tu dulu.
kring.....kring
Telefon sudah berbunyi, "Imani tengok tu, ni mesti bos. Apa Farah
nak cakap ni" Farah buntu
"awak angkat jelah, Imani ada kerja dekat bawah Imani pergi dulu
ye, apa apa nanti panggil jer okay" Imani tersenyum riang dapat
mengenakan Zafran "Imani janganlah macam ni” Aku pergi
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
sahaja meninggalkan Farah di situ, pandai pandailah nak jawab
dengan singa jadian tu.
kring... kring
"bismillah, Assalamualaikum bos” Farah menjauhkan telinganya
daripada Telepon itu.
"Farah kau buat apa haaa!, lambat sangat angkat. kau makan gaji
buta ke curi tulang?” Tengking Zafran, “saya pergi tandas tadi”
Farah berikan alasan supaya tidak terus di marahi oleh Zafran.
“aku nak dalam masa lima minit, Imani ada dalam pejabat aku!,
kalau TIDAK dengan kau sekali kena faham!!!!!" tengking Zafran
"Saya faham bos", apabila Farah meletakkan sahaja telefon itu,
Farah terus berlari untuk mendapatkan Imani kalau tidak dengan
dia sekali kena. Tak sanggup!!!!!!!!!!!
*************
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
BAB 4
Selepas penat bertikam lidah dengan Farah tadi, akhirnya aku mengalah untuk masuk ke dalam
pejabat singa jadian itu semula. Ikutkan hati aku memang aku tak nak jejak lagi pejabat singa
jadian tu. Tapi tengok muka Farah tadi hati aku mula terbit rasa kesian.
Dengan selambanya aku masuk ke dalam pejabat CEO tanpa ketuk pintu, ada yang berani
macam aku tak?, "bos nak apa panggil saya ni?,, bos tahu tak saya ni banyak kerja, tak kan 24
jam nak layankan kerenah bos je” bebel aku padanya, Zafran memandang aku dengan
pandangan yang tajam sekali.
"kau boleh tanya aku, sebab apa aku panggil kau, kau bodoh ke apa?. Air apa yang kau buat
ni!, apa yang kau letak dalam air kopi ni!” Zafran berkata tegas, muka yang di tayang Zafran
sangat tegang. Tapi aku langsung tak rasa takut. “Kau cuba nak bunuh aku ke?” Soal Zafran
tegas, ternganga mulut aku mendengar kenyataan itu.
"astagar bos, tak baik bos tuduh saya macam tu. Kecik hati saya bos, sampai hati bos tuduh
saya cuba bunuh bos. Saya bukan orang yang macam tu tau” setakat garam 2 senduk tiadanya
mati, "kau ni kan, besar kecik besar kecik jer tau aku tengok. Aku tanya kau lagi sekali apa
yang kau letak dalam kopi ni!” Tangan Kanan Zafran menghentak meja kerjanya tanda yang ia
tidak main main dan kali ini ia betul betul marah.
Aku pulak, langsung tidak takut kalau aku kena buang kerja sekali pun aku puas sangat dapat
kerjakan lelaki tak guna ni. "Tak kan bos tak tahu air tu rasa apa, haa entah entah Allah dah
tarik deria rasa bos kut, sebab tu bos tak tahu air tu rasa apa ish ish, haaa tulah saya dah
cakap. Mulut kita ni kena cakap benda yang baik baik jangan selalu keluarkan perkataan yang
menyakitkan hati orang jer tak elok, kan Allah dah tarik nikmat deria rasa bos. Nasib dia tarik
nikmat deria rasa kalau dia bisu kan bos haa macam mana" Aku membuat muka selamba
sahaja di hadapan Zafranl
"Sharifah Imani!!, aku tak ada masa nak main main dengan kau!” Tengking Zafran, terhunjut
bahu aku, “sekarang ni, Aku nak kau mintak maaf dekat aku sekarang!!" Tengking Zafran lagi,
“okay” itu sahaja yang dia mintak baiklah aku ikutkan. “Sorry, tu jer yang bos nak kan?, kalau
tak ada apa apa saya pergi dulu” panas hati Zafran ketika itu,
"Imani!” Kuat Zafran menjerit nama aku, “bos nak apa lagi” muka malas aku tayangkan
padanya. “kau memang tak reti hormat aku sebagai bos kau ke?" tengking Zafran “lagi sekali
aku ingatkan kau, aku bos dan kau tu cuma KULI” perkataan kuli itu Zafran tekan kan. “Apa apa
jelah bos, saya ni naik letih nak layan perangai bos, esok esok sahajalah saya hormat ye. saya
sambung kerja dulu ye bos” aku ingin melangkah keluar dari pejabat ini terasa sangat panas
dalam pejabat ini. ‘Langsung tak makan saman budak ni’ marah Zafran dalam hati.
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
baru sahaja aku membuka pintu untuk keluar tiba tiba Zafran bercakap sesuatu, "Harini Mummy
ajak kau datang rumah. time balik tunggu aku kat bas stop sana. kang kalau naik depan pejabat
karang tak pasal pasal aku dapat gosip bercinta dengan kau" kata Zafran pada aku.
"eeeeeeeeee, saya pun tak ingin lah nak kena gosip dengan bos, simpang malaikat 44” aku
masuk semula lalu mendekati meja Zafran, aku mengambil kertas dan pen di atas meja zafran
lalu menulis sesuatu di kertas itu selepas siap aku menghulurkan kertas itu pada zafran. "tu
nombor saya” Zafran melihat kertas yang aku berikan padanya,
"Kau nak try aku ke?” Soal Zafran pada aku, loya terus tekak aku dengar dia cakap macam tu.
"perah santan nya bos ni kan, nombor tu nanti bos share location, dan nanti saya boleh pergi
sendiri, tak payahlah bos nak angkut saya naik kereta bos tu” terang aku pada Zafran. “Arahan
aku senang bukan?, lepas kerja tunggu dekat bas stop” Arah Zafran
“tak nak lah, saya takut nanti bos jatuh hati pulak dekat saya, kalau kita naik kereta sekali" aku
mengernyitkan mata kepada Zafran lalu terus berlari keluar daripada ruang pejabat itu. Zafran
terkejut dengan perbuatan Imani tadi terus memegang dadanya sungguh laju jantungnya
berdegup "ui dia nak usya aku ke?" Zafran menggelingkan kepalanya.
"Imani awak okey tak?,telinga awak tak pekakkan sebab kena tengking dengan bos” Farah
memegang kedua dua belah pipi aku, risau sungguh Farah pada aku, "ish taklah, lagi pun dia
bukan marah mana pun, sebab kalau dia marah saya, saya marah dia balik hahahahahaha"
kata aku pada Farah. "seronok ye awak gelakkan bos, kalau dia dengar mahu dia jerit lagi" aku
tersenyum.
"Ni Sharifah Imani lah, salah orang lah kalau dia nak marah, sepatah dia bagi berpatah patah
saya bagi” berlagak sungguh aku berkata, tapi aku kecut jugak part dia hentak meja tu tapi aku
pandai cover. “Okeylah Farah, saya sambung kerja dulu tau” banyak lagi kerja yang perlu aku
siapkan, "yelah pergi sambung kerja" aku mengangguk faham.
"ouh ya Farah boleh tak harini, tolong saya ambilkan Arsyad dekat rumah kak Yani, sebab
lepas balik kerja Saya kena jumpa orang. Farah boleh tolong?" Pinta aku pada Farah, "ouh
yeke, Imani nak ke mana?, nak Farah hantar kan tak?” Soal Farah pada aku. "eh tak apa, saya
boleh pergi sendiri. Cuma nak mintak tolong ambilkan Arsyad sahaja boleh kan?" Tanya aku
lagi,
“Eh boleh sangatlah, lagipun selang berapa rumah jer pun. Pasal Arsyad Imani jangan risau
biar Farah uruskan okay” kata Farah pada aku "thanks, Farah" ucap aku padanya "welcome"
tanpa berlengah aku terus menyambung kerja akh semula.
************************
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
DI BAS STOP
"Ish mamat ni bila nak bagi location ni, lebab!” Bebel aku seorang diri. Aku melihat ada sebuah
kereta Audi berhenti di hadapan bas stop. lalu tingkap penumpang diturunkan Aku mula melihat
siapa gerangan pemilik kereta Audi itu. Nampak sahaja muka singa tu juling terus mata aku.
"hoi cepatlah masuk, karang orang nampak pulak aku angkut kau" jerit Zafran pada aku
"eee tak ingin lah, saya naik kereta dengan bos. Bukan saya suruh bos bagi location ke?" Jerit
aku pula, “aku suruh masuk, masuk sahaja lah!” Marah Zafran pada aku, aku menggelengkan
kepala tanda aku tidak mahu naik kereta bersama dengannya "kan saya suruh bagi location,
saya boleh pergi sendirilah" tegas Aku lagi, aku tidak mahu naik kereta bersama dengan singa
jadian tu.
"Baik kau masuk, sebelum aku dukung kau masuk dalam kereta ni!” Kali ini Zafran tidak main
main, "pikir kisah, saya kenal bos, dan saya yakin yang bos tak akan buat macam tu” Zafran
tidak tunggu lama terus dia keluar dari perut kereta dan mendapatkan Imani
"bos nak apa berdiri depan saya ni, saya boleh pergi sendirilah, cepatlah bagi location!” Bentak
aku, boleh v dia bediri depan aku, “aku kalau cakap, aku buat betul betul" tanpa amaran Zafran
terus mengcempung Imani. "aaaaa" terjerit Imani apabila terasa dirinya terapung akibat di
dukung oleh Zafran.
"eh bos, apa bos buat ni lepaskan saya lah!!" Aku sedaya upaya cuba turun daripada dukungan
ini, tapi Zafran memegang aku dengan erat, "aku dah cakap, tapi kau yang degil" Zafran
memegang erat tubuh Imani "kau ni tak lah berat mana boleh lah aku angkat selalu" usik
Zafran, muka aku tak payah cakaplah berubah terus.
"ish dah dah turunkan saya, karang tak takut kena gosip ke?" Kata aku padanya "aku rasa kau
yang suka kena gosipkan dengan aku kan?" Zafran mendekatkan mukanya dengan muka Aku,
apabila Aku terasa muka Zafran terlalu dekat dengan aku terus aku memalingkan muka aku ke
arah yang lain.
"dah lah turunkan saya!!" Aku berusaha untuk turun daripada dukungan Zafran "kau duduk diam
diam, sebelum aku campak kau dekat longkang belakang tu” aku memandang longkang
belakang bas stop itu, mak ai penuh air. Aku yang mendengar kenyataan daripada mulut singa
jadian tu terus diam karang dia campak aku betul betul naya jer.
"eh diam?, tak ada jawapan yang nak di keluarkan ke??" Zafran yang melihat aku diam
langsung tidak berkata apa apa terus mendukung Aku sampai kereta dan meletakkan Aku di
tempat penumpang, setelah meletakkan Aku, Zafran menutup pintu kereta dan berlalu masuk
ke tempat pemandu.
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
"saya tak suka lah, bos sesuka hati angkat saya macam tu" aku berkata tegas padanya,
walaupun aku tak bertudung aku masih tahu halal dan haram "whatever" melopong mulut aku
mendengar jawapan yang keluar dari mulut dia ‘ish dasar buaya’ desis hati Aku
Zafran fokus terhadap pemanduannya tanpa mengeluarkan sebarang suara begitu juga Aku,
aku hanya diam sahaja sepanjang perjalanan, hampir 20 minit Zafran memandu akhirnya
sampai juga di rumah keluarga Zafran.
"takkan nak aku dukung keluar pulak" Kata Zafran pada Imani apabila ia melihat perempuan ini
seperti tiada tanda tanda nak keluar, "eeee suka eh main dukung dukung orang" kata aku
padanya. "dah kau macam tak nak keluar jer, ke kau suka aku dukung kau macam tadi?, kalau
nak lagi cakap je" Zafran mengangkat kening sambil memandang Aku dengan muka gatal
"eee, tak ada makna saya suka, dah lah muka bos macam pak guard lobby kat ofis saya tu haa
langsung tak ada test" kata aku padanya. "eh sedap mulut kau jer, nak samakan muka aku
dengan Bangla tu" marah Zafran, Imani menjulurkan lidahnya pada Zafran.
"jelir jelir lidah tu, kang aku cium baru tahu" ugut Zafran lagi." dasar jantan tua miang" terus Aku
berlari keluar daripada kereta Zafran itu kang lain pulak jadinya. "ehhh budak ni, orang tua dia
panggil aku, umur aku baru 27 tahun lah" bebel Zafran seorang diri.
"eh Imani dah sampai" Datin Alya teruja melihat kedatangan Imani ke rumahnya,
"assalamualaikum aunty, sihat?” Soal aku pada Datin Alya "waalaikumussalam Imani
alhamdulilah sihat sangat,, Zafran mana imani?" Soal Datin Alya apabila tidak nampak figuran
anak lelakinya itu.
"ada tu dalam kereta" Imani menunjuk ke arah kereta Zafran,"ouh tak apalah, jom kita masuk
dulu Imani" Datin Alya sungguh mengalu alukan kedatangan Imani ke rumahnya itu, Aku
terpegun melihat kecantikan rumah banglo ini simple tapi moden, orang cakap sedap mata
memandang.
"abang!, ni lah budak Imani tu, yang selamatkan saya semalam" cerita Datin Alya pada
suaminya. Dato Syukri datang mendekati mereka berdua, "Imani Uncle nak ucapkan terima
kasih banyak banyak dekat Imani, sebab selamatkan isteri uncle semalam, kalau tak ada
kamu. Entah apalah jadi dekat isteri Uncle ni" kata Dati Syukri pada aku.
"sama sama uncle, lagi pun kalau sesiapa yang ada dekat situ, mesti akan tolongkan" Aku
hanya tersenyum memandang pasangan suami isteri itu. "mummy!” Bentak Zafran, ia
mendekati Datin Alya, “selalunya kalau Zafran balik, mummy jemput Zafran depan pintu ni tak
pun" Zafran menayang muka cemberutnya pada Datin Alya.
"eh kamu ni dah kenapa Zafran, tiba tiba nak bermanja dengan mummy?" Pelik sungguh
perangai anak lelakinya malam ni, "ala,, mummy ni dah ada perempuan ni lupa kat Zaf" Zafran
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
mengeluarkan suara rajuknya, "Zafran, perempuan yang kamu kata ni dia ada nama, dan nama
dia Imani" tegas suara Dato Syukri kata pada anak lelakinya itu.
"hmmmmm, tiba tiba pulak Zafran terasa macam anak angkat” Zafran menghadiahkan
pandangan yang tajam pada aku. "dah lah Imani tak payah layan Zafran ni, jom lah kita ke
dapur, rasanya kak Timah dah hidangkan makanan tadi, Mari Imani" Dato Syukri sudah berlalu
pergi diikuti dengan Datin Alya,Imani tetapi langkah aku terhenti apabila Zafran menarik
pegelangan tangan aku. “Eee apa ni!” Aku merentap agar tangan aku terlepas daripadanya.
“Kau mesti sukakan di bela” kata Zafran tegas, “mestilah suka dapat saya tengok adegan singa
jadian balik rumah jadi kucing parsi, mesti jadi berita panas dekat ofis nanti kalau saya viralkan
hahahahahaha” selepas ketawakan zafran terus aku berlalu pergi "berani buatlah!!!" jerit Zafran
tapi aku langsung tak hiraukan.
di meja makan Zafran hanya berdiam diri sahaja ia memerhatikan tiga figuran di hadapannya
berborak sehingga terlupa kehujudan Zafran di situ, "Imani duduk dengan siapa sekarang?”
Soal Datin Alya pada aku, “ouh sekarang ni, Imani duduk dengan kawan dekat rumah sewa”
terang aku, "ouh, dia kerja dekat MEGAH HOLDING jugak ke??" Soal Datin Alya lagi.
"Haah PA singa jadian" aku terkaku sekejap dalam hati aku memaki diri sendiri kerana terlepas
cakap, ‘mampus aku, kalau aunty dan uncle tahu aku panggil anak dia singa jadian’ desis hati
aku. "PA singa jadian?, siapa pulak singa jadian itu Imani" Zafran yang daripada tadi diam kini
bersuara
"haaa Imani siapa singa jadian tu?, aku pun nak tahu jugak” aku memandang muka mereka
bertiga silih berganti, "hahaha” demi menutup gugub aku ketawa paksa “CEO Megah Holding"
lancar aku menyebut tetapi masih ada getaran pada suara aku.
"hahahahahaha hahahahahaha" Datin Alya Dan Dato Syukri ketawa, aku langsung tak sangka
respond itu yang keluar dari aunty dan uncle. "mummy daddy, diorang kutuk Zaf tau, mummy
daddy boleh ketawa jer" Zafran memamerkan wajah serius, "Zaf daddy kenal sangat perangai
kamu ni, memang patutlah dekat ofis tu gelarkan kamu singa jadian" masih ada getaran
menahan ketawa pada suara Dato Syukri
"apani" bentak Zafran, "Imani aunty tak marah pun kalau korang semua panggil si Zafran ni
singa jadian, sebab aunty tahu perangai anak aunty macam mana,baran tak bertempat" jelas
Datin Alya "yeke aunty, takut saya tadi, mana tahu aunty marah sebab saya gelarkan anak
aunty singa jadian” terang aku, "eh tak lah, dah dah sambung makan" aku mengangguk dan
kami menjamu selera sambil melihat muka cemberut Zafran.
"aunty uncle Imani balik dulu yee, Terima Kasih jemput Imani, makan tadi sedap sangat" puji
aku, "Sama Sama, kalau ada masa datang jer” kata Datin Alya pada aku, "yelah aunty, saya
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
balik dulu” tangan Datin Alya aku salam, "siapa nak kasi kau datang lagi kat sini haa" Kata
Zafran dari arah belakang, "mummy, mummy yang suruh dia datang lagi, ada masalah ke
Zafran" Zafran membuat muka menyampah, Dati Syukri hanya menggelengkan kepalanya
melihat kelakuan ke anak anakkan anaknya itu.
"apa apa jelah, eh dah le tu beborak dengan mak aku, jom balik aku tak ada masa nak tunggu
kau" marah Zafran Dato Syukri dan Datin Alya hanya berdiam sahaja melihat gelagat anak
bujang dia seorang itu. Aku hanya diam sahaja tanpa mengeluarkan apa apa bunyi dalam hati
ni aku tahan sahaja.
"suka kau kan?, mummy dengan daddy aku sebelahkan kau jer tadi” kata Zafran pada aku "apa
maksud bos ni, saya tak faham?” Aku bertanya padanya sambil buat muka. “Kau tak faham ke,
atau buat buat tak faham” soal Zafran “saya memang tak faham, nak buat macam mana?” Kata
aku padanya.
"Ouh aku faham, kau kan hidup sebatang kara kat KL ni, jadi mesti kurang kasih sayang
keluarga, sebab tu mintak simpati nakkan kasih sayang daripada Mummy dan daddy aku kan?"
Zafran berkata tanpa rasa bersalah
"bos ingat saya apa, saya sedar dirilah saya ni siapa. Tak perlu pun nak mintak simpati orang
untuk sayangkan saya." Geram aku mendengar kata kata Zafran tadi, ikutkan hati nak sahaja
aku lempangkan muka lelaki ini.
Zafran memberhentikan kereta di tepi jalan, "kau sedar dirikan, tadi kau cakap kau boleh pergi
sendiri, aku rasa kau pun boleh balik sendiri, sekarang ni aku nak kau keluar dari kereta aku
sekarang!!!” Tengking Zafran, "saya pun tak ingin lah nak naik kereta dengan bos" terus Aku
keluar daripada kereta Zafran itu.
setelah Aku keluar, Zafran terus memecut laju keretanya itu pergi daripada situ "dasar bos tak
guna, menyampah gila, kau ingat aku nak sangat naik kereta dengan kau!" terus aku
mengeluarkan handphone daripada dalam beg. "eh asal tak hidup ni, jangan cakap bateri habis,
astagar memang habis pun” aku seperti hilang kata, baru sahaja aku mahu memanggil grab
tetapi bateri phone habis pulak "nak tak nak kena jalan kaki lah ni" Aku mengambil keputusan
untuk berjalan kaki untuk pulang ke rumah, kalau bernasib baik adalah taxi malam malam
macam ini
****************^*^^
"dasar perempuan mulut puaka, padan muka kau aku tinggalkan dekat tepi jalan, pandai pandai
le cari cara balik rumah” bebel Zafran, hujan tiba tiba turun hati Zafran tiba tiba terbit rasa
bimbang pada Imani, “agak agaknya dia masih dekat situ ke?" Fikir Zafran
"dah balik kut, tak akan dia tak panggil grab atau taxi kan" kata Zafran lagi, hatinya seperti tidak
sedap, "ish tak boleh jadi ni kalau dia masih kat situ, lepastu dia report kat Mummy mahu tak
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
cukup tanah aku lari sebab mummy kejar" terus Zafran mengambil keputusan untuk mematah
balik ke tempat yang ia meninggalkan Imani tadi.
*************
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
BAB 5
Perlahan sahaja Zafran memandu kereta di tempat ia meninggalkan Imani tadi. "macam tak de
jer dia kat sini. dah balik ku" desis hati Zafran. tiba tiba mata Zafran terpandang seseorang yang
sedang berjalan dalam hujan. ya tubuh itu dia amat kenali perempuan itu ialah Imani. laju kereta
Zafran berhenti, sebelum Zafran keluar ia sempat mencapai payung yang memang tersedia di
keretanya.
"Imani jom masuk kereta, biar aku hantar kau balik rumah”kata Zafran pada aku, malah aku
balas pandangan yang cukup tajam. "bos balik saja lah, sa..ya boleh balik sendiri" sungguh aku
degil ketika itu, walaupun waktu itu aku sangat kesejukan. "jangan degil boleh tak Imani karang
kau sakit, macam mana?” Marah Zafran pada aku.
"bos adalah bos yang paling tak guna yang saya pernah jumpa, dah dah tepi saya nak balik"
aku menolak badan Zafran dengan sekuat hati, Aku tidak dapat mengimbangkan badan,
pandangan aku semakin kabur lalu badan aku rebah nasib Zafran sempat menyambut Imani
yang sudah tidak sadarkan diri itu.
"Imani Imani" panggil Zafran. tidak tunggu lama zafran terus mencempung tubuh kecil masuk ke
dalam kereta. Zafran juga masuk ke dalam keretanya ia juga kebasah. "aduh macam mana aku
nak hantar kau ni, bukannya aku tahu rumah kau”Otak Zafran ligat memikirkan cara untuk
menghantar Imani pulang ke rumahnya. “haaaa Farah kan satu rumah ngan dia ni, call Farah
lah" Zafran mengambil iPhonenya itu, lalu mencari contact Farah. sudah berkali kali dia
menelefon Farah tetapi tidak berjawab. "ehhh mana pulak minah ni, time ni lah tak angkat call
aku. ish menyusahkan betullah" Zafran tidak tahu untuk membuat apa "rumah mummy, eh no
no no, mahu aku kena dengan mummy kejap lagi, arrrh bawak balik jelah" Zafran memandu
pulang ke rumahnya
sebelum Zafran membawa keluar Imani dia memerhati kawasan sekeliling takut takut Ada
orang nampak tak pasal pasal kawin free jer, apabila ia nampak keadaan okay baru dia
mencempung tubuh Imani untuk membawa masuk kedalam rumahnya.
Zafran meletakkan tubuh Imani di atas Katil. "teruk juga basah baju budak ni, tak kan aku yang
nak tukarkan baju dia" Zafran sudah tersenyum miang, kalau ia betul betul menukar baju Imani
"eh Zaf gatal kau eh, hahaha" Zafran menampar pipinya perlahan "haaa, call Nadia lah, boleh
dia rawat terus Imani" terus Zafran mencari contact Nadia untuk meminta tolong.
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
tidak sampai 1 jam Nadia sudah sampai di rumah Zafran. "haaa Nadia sampai pun kau" Nadia
bergegas keluar daripada perut keretanya untuk mendapatkan Zafran, "kau sakit apa malam
malam ni haa, sakit dekat mana, lama ke kena hujan?" Nadia memegang pipi Zafran dan juga
melihat keadaan Zafran.
"eh eh kau ni aku okay lah, aku nak suruh kau tengokkan pekerja aku. dia kena hujan habis m
basah kuyup, lepastu dia pengsan tak sedarkan diri lagi" terang Zafran pada kawan baiknya itu,
"ouh takut aku, ingatkan kau yang kena hujan tadi" kata Nadia
"dia dekat bilik mana?” Soal Nadia pada Zafran, "dalam bilik aku, jom lah masuk" Zafran melihat
Nadia masih berdiri di hadapan pintu. “Eh masuklah Nadia, tunggu apa lagi” Nadia tersenyum
ke arah Zafran dan baru ia masuk ke dalam rumah Itu. Nadia terkejut melihat figuran wanita
yang terbaring di katil itu, "What?, aku ingat lelaki Zafran” kata Nadia tegas.
“Aku ada cakap dengan kau, yang aku bawak balik ni staff lelaki ke?” Nadia membuat muka,
“Zaf, memang you tak ada cakap” kata kata Nadia tergantung kerana dipotong Zafran. “Kalau
tak ada apa apa, kau uruskan dia, tukar baju dia, dengan baju yang aku sediakan tu lepastu kau
rawat dia” terang Zafran.
“Kenapa dia boleh jadi macam ni?” Soal Nadia pada Zafran, "dia pengsan waktu hujan lebat
tadi. aku tak tahu dekat mana rumah dia. Lepastu aku call kawan dia tapi tak berangkat, so aku
bawak dia datang sini. nak mintak tolong kau tukarkan baju dia yang basah tu. lepastu kau
check lah dia mana tahu mati ke?" Ternganga mulut Nadia
"Zafran. kalau dia mati kau yang kena bertanggungjawab tahu tak?" tegas Nadia "whatever,
buatlah apa yang patut, aku nak keluar dulu" Nadia hanya menggelengkan kepala sahaja
melihat rakan baiknya itu.
setelah hampir 40 minit Nadia menguruskan Imani
Nadia keluar daripada bilik yang Imani di tempatkan, Zafran memandang Nadia atas bawah.
Nadia pelik melihat Zafran memandangnya begitu, “Dah kenapa kau tengok aku macam tu?”
Soal Nadia “ bukan kemeja ni aku suruh kau sarungkan dekat badan perempuan tu ke?, kenapa
kau yang pakai” soal Zafran pelik, setahu ia baju yang di pakai Nadia ini bajunya yang ia
berikan untuk di sarungkan ke tubuh Imani.
“Ouh, baju ni besar sangat kat badan dia, jadi aku bagi dia pakai baju aku dan aku pakai baju
ni” terang Nadia, “apa apa jelah, macam mana keadaan perempuan tu?” Soal Zafran, "dia
demam, mungkin lama sangat kena hujan. tapi takpa aku dah tukar pakaian dia, dan dah suntik
dia, nanti dia sedarlah tu" Zafran mengangguk faham.
"ni kau nak balik ke?" Soal Zafran pada Nadia, "kau gila aku nak balik, kang buatnya kau
merangkak masuk dalam bilik tu, buat benda tak sepatutnya dekat dia macam mana?” Bebel
Nadia pada Zafran, "eh kau, jaga sikit mulut tu, aku ni lelaki yang suci tau" sungguh berlagak
Zafran berkata.
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
"kalau kau tak buat apa apa kat dia pun, kang kena tangkap basah kau nak ke?, tak pasal pasal
kawin free" Kata Nadia lagi, "aku okay jer, dapat kawin free jimat” selamba sahaja Zafran
berkata, "what" terus Nadia memukul mukul badan Zafran. "Kau nak mati ke?, kau nak nama
kau keluar Paper surat khabar?” Kata Nadia lagi.
“Aku dah biasalah ngan gosip gosip ni, sikit pun tak ada heran lah” kata Zafran lagi, “amboi
berlagaknya, menyampah aku” malas mahu berbahas dengan lelaki di hadapannya ini pasti ada
sahaja yang ia mahu menjawab.
*********
Aku tersedar daripada tidur yang amat lama, aku melihat keadaan sekeliling sungguh asing bilik
ini bagi aku, pintu terbuka dan aku melihat figuran yang sangat aku kenali, “bos buat apa ni, bos
rogol saya ke, aaaaaaa!" jerit Aku sekuat hati.
Zafran terkejut mendengar jerit itu,"woi, berhenti lah yang kau jerit kenapa?" Tengking Zafran,
"bos baik cakap betul betul dengan saya, apa yang bos buat dekat saya, bos buat benda tak
elok ke dekat saya haaa" Aku dah tak senang duduk aku bagun daripada katil itu lalu
memdekati tubuh Zafran.
"kau ingat aku hingin sangat ke, barang kau macam nasi lemak 50 sen. Pikir aku bernafsu?"
Kata Zafran sambil melihat bahagian dada aku, "aaaaaaaaaa, tolong ada orang rogol
saya,aaaaaaaa tolong tolong tolong" jerit Aku sekuat kuatnya. Zafran yang mendengar Aku
menjerit dengan kuat itu pantas dia menutup mulut Aku dengan tangannya. Aku bergelut
dengannya, aku tidak dapat mengimbangkan badan sekelip mata sahaja kami berdua terjaduh
dalam keadaan Zafran berada di atas aku. mata Aku dan Zafran bertentangan .
"astagar, Zafran kau buat apa ni" jerit Nadia. Zafran bangun dengan pantas setelah mendengar
suara Nadia. Nadia terus mendapatkan Imani. "awak okay" soal Nadia pada aku, "saya okay"
jawab Aku sambil tersenyum ke arahnya. "semalam awak pengsan mungkin badan awak terlalu
sejuk sebab lama sangat kena hujan, awak dah okay kan" tanya Nadia lagi "dah, saya rasa
sihat sangat” jawab aku
"hmmm dah lah jum kita sarapan, saya dah siapkan sarapan dekat bawah, dah Zafran jom
turun" ajak Nadia, mereka berdua masih berada di dalam bilik itu, aku mendekati Zafran. "boss
buat apa kat saya semalam" Tanya Aku pada Zafran, bukan boleh percaya sangat mamat buata
darat ni.
"Aku just tukar baju kau yang basah tu sahaja, sebab tu aku cakap aku tak bernafsu dengan
kau, sebab barang kau kecik sangat" terngang aku mendengar jawapan daripada lelaki itu,
selepas berkata begitu Zafran terus melangkah keluar daripada bilik itu tanpa merisaukan
reaksi aku.
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
" dia tukar baju aku, haaaaaaaaaa" aku menepuk nepuk kepala aku sendiri. "woi kau nak Aku
join tepuk sekali tak kepala kau tu, macam best je" Zafran kembali mendekati Aku baru sahaja
ingin menepuk kepala aku. Aku lebih pantas menolak kepala Zafran hingga terdorong ke
belakang. "woiiii kau tolak kepala aku" jerit Zafran
"pandan muka" Aku menjulurkan lidah kepadanya, "ish budak ni, tak padan dengan
kecik"geram Zafran dengan tindakan Imani itu.
"meh sini duduk, alah saya lupa nak tanya nama awak siapa?” Soal Nadia. “Kau dah tua ke
Nadia?, bukan aku dah bagitahu nama perempuan ni dekat kau ke?” Kata Zafran yang baru
muncul di situ. “Ish sibuklah” Nadia kembali fokus pada Imani."nama saya Imani, nama awak
pulak?” Soal Akh
"ouh saya Nadia, umur berapa ni?, nampak muda"puji Nadia,"20 tahun" jawab aku, "ooooo
muda lagi, cantiklah Imani ni neutral beauty sangat" Zafran seperti mahu muntah sahaja
mendengar pujian itu, "tang mana dia ni lawa, macam muka nyonya jual sayur kat pasar jer"
kutuk Zafran
"kalau saya nyonya jual sayur, abis awak tu apa?" Tanya aku tak puas hati, "aku macam hero 7
hari mencintaiku" aku ternganga mendengarnya, “ awak tu macam guard kat ofis tu jer" kata
aku "eh abis kau ingat kau cantik sangat ke?” Nadia hanya menonton sahaja adegan itu. "Habis
bos tu hensem sangat ke?"
"STOP!” Jerit Nadia, “ingat elok gaduh depan rezeki?, aku kahwinkan korang baru tahu" kata
Nadia "TAK NAK” serentak mereka berdua menjawab. "dah dah makan, tak payah gaduh
gaduh. Bingit telinga aku ni dengar” marah Nadia, mereka bertiga makan hanya dengan
bertemankan bunyi sudu sahaja.
"Imani, nak Nadia hantar balik tak?" Pelawa Nadia "eh tak menyusahkan ke?” Kata aku, "kau tu
memang dah menyusahkan aku dengan Nadia pun" sampuk Zafran, "Zafran, cuba kau matang
sikit, asyik nak bergaduh jer" tegur Nadia
"tak apalah cik Nadia, saya boleh balik sendiri. Saya tak suka menyusahkan orang" jelingan
tajam aku berikan pada Zafran "kenapa Imani cakap macam tu, jangan ambil pedulilah, apa
yang Zafran cakap. tak apa biar saya hantar Imani balik okay" kata Nadia "haa yelah" baik aku
terima pelawaan ni, nanti buatnya aku tak dapat taxi mahu aku kena jalan kaki lagi.
"okaylah Zaf, aku balik dulu" selapas sahaja membersihkan pinggan mangkuk, Nadia meminta
diri untuk pulang, “ha yelah, kau tu baik baik. Kalau perempuan ni keras kepala kau tinggalkan
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
je dia dekat tepi jalan” Nadia hanya menggelengkan kepala sahaja. Dalam otak aku muncul
satu idea.
Aku yang ingin keluar daripada pintu rumah itu, dengan selamba sahaja aku melanggar tubuh
Zafran dengan kuat sekali sehingga Zafran terdorong ke depan. "eh apa masalah kau ni" marah
Zafran "ops sorry, sengaja" kedua dua tangan Imani menutup mulutnya
"kau ni kan!" Baru sahaja Zafran ingin mengejar aku, dengan pantas Nadia menghalang,
"Zafran dah lah tu, Imani jom balik" ajak Nadia, "bye bos jumpa isnin" muka tak puas hati
sungguh Zafran tayangkan pada aku. sebelum aku masuk kedalam kereta Nadia, aku sempat
menunjukkan penumbuk ke arah Zafran.
"eeeeeeeeee iii budak nilah geram aku tengok" sungguh Zafran tidak puas hati melihat dirinya
di ketawakan oleh perempuan itu. "tunggu kau Aku kenakan kau cukup cukup nanti, sabar Zaril
Zafran” Zafran mengusap ngusap dadanya agar bersabar.
***************
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
BAB 6
Hanya bunyi radio sahaja yang berbunyi sepanjang perjalanan itu, masing masing berdiam diri
sehinggalah Nadia mula bersuara "Imani dah lama kerja dengan Zafran?" Soal Nadia pada aku
"nak dekat sebulan juga lah” jawab aku.
"lain kali tak payahlah terasa sangat dengan Zafran tu, mulut dia memang macam tu" kata
Nadia pada aku. "Memang pun 24 jam menyakitkan hati orang, mulut tak bayar insurans” bebel
aku tak puas hati, "apa dia?, tak bayar insurans. Maksud Imani” soal Nadia.
"yelah Cik Nadia, 24 jam dia menyakitkan hati saya sahaja. Rasa macam nak cincang jer mulut
dia tu Cik Nadia” aku bercakap sampai lupa Nadia ni rakan karib Zafran. “Hati hati dengan
percakapan awak Imani, saya tengok awak pun sama sahaja. Kuat menjawab, saya minta
maaflah kalau awak terasa Imani” kata Nadia
"eh tak apa Cik Nadia, saya memang mengaku Saya ni memang kuat menjawab. Dah kalau
mulut macam tu Cik Nadia, mana tak panas hati saya ni" kata aku lagi, "hati hati, Jangan
sampai Imani jatuh cinta pulak" pesan Nadia.
“mintak jauhlah Cik Nadia oi, Saya ni langsung tak inginlah dengan orang macam tu" jawab aku
tanpa berfikir panjang,"baguslah kalau macam tu, Nadia cuba ingatkan sahaja" Aku yang
mendengar Nadia berkata begitu terus aku mengambil keputusan mendiamkan diri sehinggalah
tiba di hadapan rumah sewa aku
Kerata Nadia sudah tiba di hadapan rumah sewa Aku, "Terima kasih lah ye” Ucap aku padanya
yelah orang berbudi kita berbahasa, "sama sama" balas Nadia, keluar sahaja aku dari kereta
Nadia, terus ia memecut laju meninggalkan kawasan tempat tinggal aku. Aku pula berlalu
masuk selepas kereta Nadia itu meninggalkan rumah sewa Aku ini.
"Imani!!!!!" jerit Farah, terkejut aku mendengar jeritan itu. " Farah kenapa jerit jerit ni?, malu
orang dengar" tegur aku, "kau pergi mana semalam, aku tunggu kau semalam tak balik balik,
apa yang jadi semalam?" Soal Farah pada aku.
"aku tidur rumah singa tu samalam" jawab aku acuh tak acuh, aku meninggalkan Farah yang
sudah ternganga di hadapan pintu itu, "what, kau biar betul, semalam kau tidur rumah singa tu"
Farah bertanya lagi untuk mendapatkan kepastian "yeee, semalam aku pengsan, dia cakap call
kau semalam tak dapat" Farah menutup mulutnya dengan tangan kanannya.
"jadi dia call aku semalam, sebab kau lah" Farah menepuk nepuk dahinya, menyesal tak angkat
call bosnya itu. "yelah, kau pergi mana semalam. Sampai dia call tak beranggakat" tanya aku,
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
Farah tersengih macam kerang busuk. “aku memang sengaja tak angkat, sebab malas nak
cakap dengan singa tu. Kut kut dia call aku malam malam tu sebab nak bebel” sungguh tak
muhasabah jawapan yang di berikan Farah.
"Farah, lain kali jangan macam tu. mana tahu aku nazak ke semalam, tak pasal pasal kau
tengok jenazah aku jer pagi ni" Farah menggeling gelingkan kepalanya. "Imani, aku mintak
maaf, sorry. aku bukan sengaja tak angkat call dia, mana aku tahu kau dengan dia semalam
aku janji lepas ni aku dah tak buat dah" Farah mengangkat tangannya tanda ia berjanji.
"haa yelah, ni Arsyad mana. Aku tak nampak dia pun" soal aku, kerana daripada tadi tidak
melihat kelibat anak kesayangan aku, "tidur, dia menangis teruk semalam" cerita Farah,
"kenapa??" Aku mula risau, "yelah, dia mana pernah berenggang dengan kau. tidur mesti nak
peluk kau, tu dia menangis semalam sebab dia nak tidur, kau pulak tak ada" aku menghembus
nafas lemah
"ouh yeke, kesian Arsyad, tak apalah aku tengok dia kejap" aku baru sahaja bangun tapi di
tahan Farah. "eh kejap kejap, semalam kau cakap yang kau nak jumpa orang, tapi kenapa kau
dengan singa tu pulak semalam" Farah mula berasa hairan. "ouh, aku jumpa aunty semalam,
Lepas tu dia nak hantar aku balik. Aku adalah bertekak sikit dengan dia dalam kereta tu, tup tup
dia berhentikan aku tepi jalan" cerita aku pada Garah
"what!!, eh apa yang korang gaduhkan sampai dia tinggalkan kau tepi jalan wei” Farah agak
terkejut juga bila aku cerita pada dia hal semalam. "Dia marahkan aku sebabkan aku aunty
lebihkan aku dari dia semalam, lepas kena tinggal tepi jalan semalam ingat nak tempah grab
tapi nasib tak menyebelahi aku. betery aku habis dah lah hujan semalam" cerita aku lagi.
"Jadi semalam dia patah balik lah cari kau lah kan?” Teka Farah, "haah time dia jumpa aku tu
kita orang adalah gaduh gaduh sikit, lepastu aku dah tak ingat apa dah sebab aku tiba tiba
pitam dan tak sedarkan diri” terang aku lagi, "tapi jap, baju kau mesti basahkan sebab kena
hujan?” Aku mengangguk tanda benar, “jadi baju kau…... jangan cakap dia yang tukar doh”
Farah menanti jawapan aku.
"itu aku tak pastilah Farah,sebab bila aku tanya dia, jawapan dia menyakitkan hati jer, arrr
malas lah aku nak fikir, dah lah aku nak tengok Arsyad" malas mahu berbahas pasal semalam
aku terus bangun untuk melihat anak aku itu.
**************
"morning bos” sapa Farah, tapi Zafran memandangnya dengan pandangan tidak puas hati,
“mulakan pagi bos dengan senyuman” kata Farah bila melihat muka ketat bosnya itu. "Tak
payah nak mulakan pagi dengan senyuman sangatlah” marah Zafran, Farah hanya tersenyum
kelat. “Ni aku nak tanya kau apa masalah kau eh Farah. apa pasal aku call kau tak angkat
haaa!!” Marah Zafran
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
"ouh... ti..me tuuu saya dah tidur lah bos" jawab Farah tergagap gagap, "yeke kau dah tidur?”
Tajam mata Zafran memandang mata Farah. “dah lah malas aku nak layan kau, pergi panggil
Imani masuk bilik aku sekarang" arah Zafran tegas "baik bos" malas mahu berbahas dengan
bosnya itu, Farah terus berlalu pergi mencari Imani.
Lebih kurang 10 minit baru Imani masuk kedalam bilik Zafran, tanpa ketuk pintu terus sahaja
Imani terjah macam itu sahaja "haaa singa nak apa panggil saya ni?" Ternganga mulut Zafran
mendengar Imani gelarkan ia singa. "mulut tu kan, kalau aku sental dengan berus kuali pun
bagus jugak" geram Zafran dengan mulut lancang Imani itu." Apa apa jelah bos. cepatlah bos,
nak apa saya ni banyak kerja tau tak!" Bentak Imani.
"Kau fikir kau sorang jer banyak kerja, aku lagi banyak kerjalah!” Kata Zafran. “Dah tu bos
buatlah kerja bos, janganlah sibuk panggil saya” balas aku, “lagi aku layan mulut kau ni lagi
menjadi jadikan” marah Zafran “harini aku kena stay back kat ofis sebab nak siapkan projek
Kiara yang akan dibentangkan esok” terang Zafran. “Habis Itu apa kena mengena dengan saya,
kalau bos nak bentang projek ni esok?” Tanya aku “harini kau pun kena balik lambat faham"
Kata Zafran
"what tak nak saya, bos yang nak kena siapkan apa kena mengena dengan saya" aku tak puas
hati dengan arahannya itu. "eh kau ni, aku suruh kau stay back sebab kau kena buatkan kopi
aku lah,aku suruh tu ikut jelah" tegas Zafran.
"eeee saya malas lah bos!, apa kata saya buat kopi satu jag lepastu bos nak, bos ambil jelah
sendirikan, senangkan?” Terang aku padanya, ish aku memang malas nak balik lambat ni.
"Sharifah Imani!!!!!!!!!!!" Tengking Zafran, kuat sungguh Zafran menjerit gegar satu bangunan.
"aduh sakitlah telinga saya bos jerit jerit, saya ada depan bos jer tak payah lah jerit jerit" marah
aku, geram pulak aku dia jerit jerit nama aku bukan aku jauh pun dalam bilik ni jugak.
"Mulut kau tu kalau tak menjawab tak boleh ke?, kenapa kalau kau tak menjawab nanti mulut
kau tumbuh bisul?” Bebel Zafran pada Imani "abis bos tu tak penat ke, 24 jam asyik nak marah
marah jer" jawab aku lagi. "aku tak kira, aku nak kau stay back jugak. Ini satu arahan!" Tegas
Zaril Zafran.
"apa apa jelah!"tanpa banyak soal aku terus berlalu pergi, keluar daripada pejabat Zafran kalau
aku duduk kat situ lama lagi mahu meletop bangunan ni nanti. "hais, nasib kau sorang jer
perangai macam ni kalau semua staff aku macam ni, mahu botak kepala aku" geling Zafran
Imani keluar daripada pejabat Zafran mulutnya terkumat kamit menyumpah seranah bosnya itu.
"eh dah kenapa ni Imani?” Soal Farah pada aku. "bos singa kau lah, suruh aku stay back sebab
nak aku buatkan kopi" bebel Aku pada Farah. "ouh sebelum sebelum ni pun, kalau bos stay
back mesti PA tea lady dia pun stay back. sebab dia nak kopi panas" terang Farah
AINA_KHAILEEDA YES IM YOUR BOS!
"ouh jadi sebelum ni pun memang ada PA tea lady dia stay back lah" soal aku pada Farah,
"yep, so kau tak terkecuali lah” terang Farah. “Habis kau tak stay back ke?, kau kan PA dia”
tanya aku. Farah menggelengkan kepalanya, “aku tak payah sebab bos kalau stay back
memang dia tak perlukan aku pun, semua dia cari atau buat sendiri, tapi kopi jelah dia tak buat
sendiri” kata Farah lagi "hmmm yelah, nanti kau tolong tengok tengokan Arsyad eh" pinta aku
"Pasal Arsyad tu kau jangan risaulah, aku dah memang anggap dia macam anak aku dah” kata
Farah.
********
"Zafran daddy harap besok kamu buat yang terbaik, dapatkan projek ni okay, daddy percayakan
kamu" Dato Syukri menepuk bahu anaknya itu. "Zafran akan buat yang terbaik daddy, Zafran
tak akan kecewa kan daddy" Zafran tekat tidak akan mengecewakan Dato Syukri
"daddy percaya kebolehan kamu Zafran" kata Dato Syukri "baiklah daddy balik dulu ye” Dato
Syukri sudah meminta diri untuk pulang, "yelah daddy, hati hati tau" pesan Zafran pada Dato
Syukri, iPhone Zafran berbunyi dia melihat Nama Nadia yang tertera di situ.
"hello Nadia" sahut Zafran di corong telefon, "hello Zafran, kau busy tak malam ni. aku nak ajak
kau dinner" tanya Nadia, "sorry Nadia aku kena stay back dekat ofis harini, sebab besok aku
ada projek besar yang aku perlu bentangkan" terang Zafran "ouh yeke, kalau macam itu. Tak
apalah maybe next time” Kata Nadia
"sorry again Nadia. next time okay” kata Zafran pada Nadia "is okay Zafran, oky lah bye" ucap
Nadia "bye" Zafran mematikan panggilan telefon itu.
***************
Imani mengelamun di pantry, bangunan ini sudah pun kosong hanya tinggal dia,bos singa, dan
guard di bawah "nak kena hantar kopi ni pergi bilik singa tu pulak, lemah betullah huh” aku ni
tersangatlah malas ingin menghadap Singa jadian tu. TOK TOL TOK
Imani masuk ke dalam pejabat Zafran dan meletakkan kopi di atas meja Zafran. "nI kopi bos ye”
malas mahu berkata apa terus aku berlalu pergi, "amboi, suara kau macam tak bermaya jer"
pelik juga Zafran tiada bebelan mulut puaka itu, "dah lah bos, saya ni malas nak gaduh dengan
bos tau. Mood tengah tak baik ni" aku memberi amaran pada Zafran.
"ingat, 1 jam lagi hantar kopi lagi ye" jerit Zafran "apa apa jelah" Zafran mengangkat bahunya,
“betul betul tak de mood budak tu” tanpa melengahkan masa Zafran tekun membuat kerjanya
semula.