FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
STE3305
PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
TUGASAN 2: TEMUBUAL USAHAWAN BERJAYA
BACELOR PENDIDIKAN SAINS PERTANIAN DENGAN
KEPUJIAN (SEMESTER 5)
Nama Pensyarah: Datin Rosnani Jusoh
Nurul Nathasha Binti Hashim
208442
Nurul Wahidah Binti Wahidon
208046
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
Nama perniagaan: Mama Bakeri
Jenis perniagaan: Milikan tunggal
Tahun memulakan perniagaan: 2015
Lokasi: Kampung Sungai Nibong Semerah Batu Pahat
Jenis jualan: Kek, pastri,roti dan kuih muih.
Perkhidmatan: cash on delivery (cod), Surprised delivery.
Jumlah Pekerja : 3 orang pekerja wanita
Waktu bekerja Mama Bakeri :
AHAD HINGGA 7.00 PAGI HINGGA 6.00
JUMAAT PETANG
wAKTU REHAT 12.00 TENGAHARI HINGGA
2.00 PETANG
SABTU
CUTI
LATAR BELAKANG PEMILIK
Nama Yubayyina binti Lamri
Umur
Asal 38 tahun
Pengalaman Johor Bharu
Mempunyai pengalaman dalam
kelas pembuatan kek dan pastri.
Pernah mengadakan program
peniaga kecil dan sederhana.
PRODUK/PERKHIDMATAN
YANG DISEDIAKAN
Kek dan Pastri
Brownies Cheese tart Pavlova
Roti dan Kuih -muih
Roti Donut
PRODUK/PERKHIDMATAN
YANG DISEDIAKAN
Bouquet
PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA
Pekerja
Nama Umur Tugas
Nursyafiqa Binti 19 Menjaga ketuhar untuk
Mahmood tahun membakar roti dan kek
Rosmiati 45 Membuat adunan kek
Hazianah tahun dan roti
44 Membuat dekorasi pada
tahun
kek dan roti
1 Hari Rm50.00
Setengah hari RM25.00
RM5.00
Overtime
PENGURUSAN
operasi pengeluaran
Pengurusan operasi pengeluaran bagi perniagaan Mama Bakeri
ini dikatakan tidak mempunyai kuantiti pengeluaran yang
ditetapkan oleh syarikat. Hal ini kerana Puan Yubayyina
menyatakan bahawa memandangkan perniagaan yang
dijalankan oleh beliau adalah perniagaan yang boleh
dikategorikan industri kecil dan sederhana (IKS) kerana ianya
dibuka di kawasan kampung.
Walaupun Mama Bakeri tidak menetapkan kuantiti pengeluaran
seperti kek, roti, pastri, kuih-muih dan bouquet jumlah
pendapatan bersih yang dinyatakan oleh pemilik perniagaan
adalah mencapai jumlah RM2000.00 sebulan. Pemilik
perniagaan memberitahu pihak Mama Bakeri sedia menerima
tempahan walaupun dalam kadar yang sedikit. Pengeluaran
yang dianggarkan sehari bagi kesemua produk boleh mencecah
200 hingga 400 biji kek atau roti sehari. Namun begitu,
walaupun kadar pengeluaran tiada jumlah yang ditetapkan Puan
Yubayyina mengatakan bahawa tempahan bagi setiap produk
perlulah membuat rundingan dan perbincangan tiga hari awal
sebelum tempahan direkod.
Namun begitu, Puan Yubayyina mentapkan pengeluaran produk
untuk dijadikan stok dalam bakeri untuk pelanggan yang
menginginkan kek yang siap sedia.
PENGURUSAN PROMOSI
Platform Media Sosial...
WhatsApp
melalui status dan kumpulan-
kumpulan dalam WhatsApp
bersama-sama rakan
Instagram
melalui muka yang telah dicipta
oleh peniaga dan sentiasa
mengemaskini produk yang
ditawarkan.
Facebook
peniaga membuka akaun
perniagaan dan menyiarkan
tentang pelbagai maklumat
berkaitan produk.
PENGURUSAN KEWANGAN
Pengurusan kewangan merupakan salah satu elemen yang
penting dalam sesebuah perniagaan. Hal ini adalah bagi
memastikan perniagaan yang dijalankan tersebut memberikan
keuntungan atau kerugian atau hanya balik modal sahaja.
Dengan itu, peniaga dapat membuat keputusan bagi
perniagaan tersebut sama ada daripada segi cara untuk
menaikkan perniagaan atau memikirkan alternatif lain untuk
memperbaiki perniagaan sedia ada mahupun menukar
perkhidmatan atau produk yang ditawarkan.
Hasil dapatan daripada temubual bersama usahawan kek, kami
dapati cara pengurusan beliau adalah secara umum sahaja dan
secara manual dimana jumlah penjualan produk sebulan akan
ditolak dengan jumlah pengeluaran modal sebulan iaitu jumlah
pembelian barang membuat kek, pembayaran elektrik,
pengeluaran gaji dan kos-kos lain. Setelah itu, beliau
mengambil untuk kedai dan hasil dapatan kami, beliau
menyatakan bahawa untung bagi penjualan produk dalam
sebulan dianggarkan sebanyak RM2.,000.00. Selain itu,
pemilik kedai sendiri yang menguruskan kewangan kedai
tersebut, tidak menggunakan pekerja profesional untuk
pengiraan kos keluar masuk perniagaan.
CABARAN DALAM PERNIAGAAN
Pelanggan
Pelanggan memperuntukkan wang yang kecil untuk
membuat kek tetapi menginginkan kek yang
mempunyai hiasan yang cantik dan kelihatan eksklusif.
Permintaan hiasan yang diminta oleh pelanggan
kadangkala sukar untuk dilaksanakan oleh beliau dan
pekerja.
Pelanggan yang membuat pesanan pada saat-saat akhir
dan memperuntukkan masa yang singkat untuk
disiapkan oleh mereka.
Pelanggan yang meminta untuk penghantaran kuih dan
kek dirumah tetapi meminta dihantar dengan kadar
segera sedangkan waktu penghantaran hanya
dilaksanakan pada waktu-waktu tertentu sahaja.
CABARAN DALAM PERNIAGAAN
Bahan
Kenaikan harga pada tepung maka produk yang
ditawarkan juga perlu dinaikkan harga tetapi tidak
boleh secara mendadak. Hal ini menyebabkan, beliau
akan mendapat untung yang sedikit jika kenaikkan
harga berlaku secara mendadak.
Pembuatan kek memerlukan tepung yang spesifik
dimana tidak kesemua jenama tepung dapat digunakan
kerana ia akan mempengaruhi kualiti produk dan ini
akan menyebabkan masalah jika tepung yang biasa
digunakan habis dipasaran.
REFLEKSI
Penggunakan pelbagai platform di media sosial untuk
mempromosikan produk. Kaedah ini juga boleh dinyatakan
sebagai kaedah viral marketing dimana peniaga membuat
status sama ada di WhatsApp, Facebook mahupun platform
lain lalu pelanggan dan rakan-rakan yang lain akan
menyebarkan dan mencadangkan produk kek dan kuih yang
ditawarkan kepada sedara mara dan rakan lain.
Kaedah pengiraan secara manual yang dilakukan oleh pemilik
perniagaan berkemungkinan tidak tepat. Hal ini kerana
kemungkinan terdapat kos-kos kecil yang tidak di ambil kira
atau terlepas pandang contohnya kos penggunaan internet
atau data. Oleh yang demikian, pemilik juga seharusnya
mempelajari serba sedikit tentang ilmu perakaunan supaya
akaun keluar masuk dalam perniagaan dapat dilakukan
dengan lebih sistematik. Contohnya, mengasingkan aset
semasa dan aset bukan semasa kedai, liabiliti semasa dan
bukan semasa, dan sebagainya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, produk kek dan kuih yang ditawarkan dalam
perniagaan ini membantu serba sedikit mengenai pengurusan
suatu perniagaan yang berskala sederhana besar. Selain itu,
melalui temubual yang dilakukan juga, kami dapati
penggunaan produk pertanian dalam perniagaan ini adalah
antara bahan yang penting antaranya ialah penggunaan
tepung, kuih, kacang merah untuk membuat isi kuih, telur dan
sebagainya. Oleh yang demikian, pengeluaran produk
pertanian juga harus dipertingkatkan lagi bagi memastikan
industri yang memerlukan produk ini dapat dijalankan dengan
lebih baik. Berdasarkan temubual, peniaga ada menyatakan
bahawa salah satu cabaran yang dihadapi ialah kekurangan
atau tiada tepung untuk membuat kek dan kuih.
Dalam masa yang sama, pengusaha Mama Bakeri ini dapat
memberi peluang kepada bakat-bakat muda di luar sana yang
berminat dalam pembuatan kek dan kuih ini menambah lagi
pengetahuan supaya mereka dapat merasai bagaimana
seseorang pengusaha kek dan kuih ini menceburkan diri dalam
bidang keusahawanan. Namun pada hari ini, bukan sahaja
kaum wanita yang berlumba dalam menghasilkan dan menjual
kek dan kuih bahkan kaum lelaki pada hari ini juga ramai
menceburkan diri dalam bidang pembuatan kek dan kuih.
lAMPIRAN
Temubual Usahawan
- Pemilik kedai Puan Yubayyina dan pekerja
Persekitaran dan suasana Mama Bakeri
lAMPIRAN
Produk dan Perkhidmatan yang ditawarkan.