KAJIAN KES SEJARAH :
PAHLAWANKU KEBANGGAANKU
KHAYLA DAMIA BINTI MUHAMAD KHAIRI
5 IBNU KHALDUN
SK SERTING HILIR KOMPLEKS
YAMTUAN ANTAH
IBNI ALMARHUM TUANKU RADIN
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi
Allah serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, saya dapat
menyiapkan kajian kes ini dalam masa yang ditetapkan dengan sempurna. Terdapat
banyak ilmu yang saya perolehi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Saya lebih
memahami sejarah dan mengenali tokoh tempatan yang banyak berjasa kepada negara
kita. Terdapat banyak pengajaran dan ikhtibar yang boleh diambil kesan daripada
sejarah lampau. Selain itu, saya juga dapat meningkatkan kemahiran dalam
penggunaan internet dan komputer. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
kedua ibu bapa saya, guru mata pelajaran Sejarah Cikgu Mimi Zakila binti Nordin dan
mereka yang terlibat secara tidak langsung dalam proses menyiapkan kajian kes ini.
Sesungguhnya doa dan sokongan kalian banyak membantu dalam menyiapkan tugasan
ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.
DENGAN SEMANGAT PATRIOTIK PERLU DIJIWAI PENUH RASA BERSYUKUR
KENALI YAMTUAN ANTAH
▪ Nama penuhnya ialah Tuanku Laksamana Antah ibni Almarhum Raja
Radin.
▪ Juga dikenali sebagai Yamtuan Antah ibni Almarhum Tuanku Radin
▪ Dilahirkan pada tahun 1812
▪ Pada tahun 1875, para pembesar melantik Yamtuan Antah sebagai
Yamtuan (pemerintah) Seri Menanti yang kelapan yang memiliki wilayah
jajahan terdiri daripada Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol.
▪ Meninggal pada tahun 1888 dan dimakamkan di Seri Menanti, Negeri
Sembilan.
▪ Ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang
keenam dari tahun 1876 hingga 1888.
▪ Baginda telah mempertahankan kedaulatan Seri Menanti daripada
dijajah oleh British.
FAKTOR PENENTANGAN
▪ Menentang tindakan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman yang
membenarkan kemasukan dan penguasaan British di Sungai
Ujong melalui perlombongan bijih timah.
▪ Menentang tindakan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman
menandatangani perjanjian dengan British.
• Tidak bersetuju dengan perjanjian antara British dengan Dato’
Kelana Sungai Ujong pada tahun 1874.
FAKTOR PENENTANGAN
▪ Hubungan antara Yamtuan Antah dengan Dato’ Kelana
bertambah runcing apabila Dato’ Kelana mengisytiharkan Terachi
sebagai wilayahnya
▪ Menentang tindakan British menyokong tindakan Dato’ Kelana
yang mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya.
▪ Hal ini menyebabkan Yamtuan Antah tidak mengiktiraf Dato’
Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong kerana menganggap
Terachi sebahagian jajahan Seri Menanti.
▪ Membantah tindakan residen British P.J.Murray di Sungai Ujong
menghantar tentera dan juru ukur untuk membuat siasatan di
Terachi.
FAKTOR PENENTANGAN
▪ Sebagai bantahan, Yamtuan Antah menghantar 200 orang
pengikutnya menuntut supaya British menghentikan tugas
mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah
▪ Berlaku pertikaian antara kedua-dua pihak hingga
mencetuskan pertempuran.
• Kebangkitan Yamtuan Antah untuk mengusir penjajah itu
turut mendapat sokongan beberapa pembesar
antaranya Datuk Siamang Gagap, Tunku Besar Tampin,
penduduk Rembau, Jelebu dan Johol.
FAKTOR PENENTANGAN
• Disember 1875, pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan
Paroi dan membina kubu pertahanan di itu.
British berjaya menawan semula Paroi apabila dibantu oleh
tentera Negeri-Negeri Selat
• Yamtuan Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus dan
seterusnya meninggalkan Seri Menanti dan mencari
perlindungan di Johor.
• Yamtuan Antah dan British atas nasihat Sultan Abu Bakar iaitu
Sultan Johor telah mengadakan rundingan pendamaian.
• Hasil rundingan Yamtuan Antah telah diiktirafkan sebagai
Yamtuan Besar Seri Menanti.
PENGENALAN
Kajian kes ini bertajuk ‘Pahlawan Kebanggaanku’ yang
merupakan perjuangan tokoh tempatan menentang penjajahan
British di Negeri Sembilan. Tokoh pahlawan ini menjadi
kebanggaan saya kerana jasanya yang berjaya
mempertahankan kedaulatan Seri Menanti daripada penjajahan
British. Baginda juga merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan yang keenam.
DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG
PENYATAAN MASALAH
Penjajahan dan campur tangan British di Negeri Sembilan
telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
rakyat dan pembesar tempatan. Para pembesar telah bangkit
memimpin rakyat supaya berjuang dengan gigih untuk
mempertahankan kedaulatan tanah air melalui pejuangan
tokoh tempatan.
OBJEKTIF
1. Mengenal pasti tokoh pejuang yang menentang British di
Negeri Sembilan.
2. Mengenal pasti faktor penentangan terhadap British
oleh tokoh tempatan.
3. Menyatakan kesan dan pengajaran terhadap peristiwa
penentangan terhadap British.
KESAN PENENTANGAN
i. Maharaja Abu Bakar iaitu sultan Johor telah menasihati Yamtuan Antah
agar berdamai dengan British.
ii. Kerajaan British melantik Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri
Menanti pada November 1876.
iii. Menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dari tahun 1876 – 1888.
iv. Yamtuan Antah berjaya mempertahankan kedaulatan Seri Menanti
daripada penjajahan British manakala daerah lain diserahkan di bawah
kekuasaan Ketua Daerah masing-masing kecuali daerah Sungai Ujong di
bawah kekuasaan British.
v. British dapat meluaskan pengaruhnya di Negeri Sembilan.
PENGAJARAN
i. Kita patut mencontohi sikap tokoh perjuangan masa lampau seperti
Yamtuan Antah yang berjuang mempertahankan kedaulatan tanah air
dan maruah bangsa dari penjajahan British.
ii. Jauhkan sikap memntingkan diri sendiri kerana ia akan menggagalkan
perjuangan memartabatkan bangsa. Dato Kelana misalnya, sanggup
menawarkan Sungai Ujong demi kepentingan diri sendiri senhingga
menjadi punca British bertapak di Negeri Sembilan.
iii. Kita haruslah berilmu pengetahuan untuk menghadapi musuh. Kita
memerlukan
kekuatan akal fikiran untuk merancang strategi mengalahkan mereka.
iv. Kerjasama dan muafakat penting untuk menjadi bangsa bermaruah.
KAEDAH KAJIAN
1. Pembacaan buku dan jurnal
2. Pencarian melalui internet
TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA
SELAGI BERPEGANG TEGUH PADA IMAN
ANALISIS DATA
Yamtuan Antah merupakan tokoh pejuang yang menentang
British di Sg Ujong bersama dengan rakyat dan para
pembesar negeri yang lain. Seterusnya ditabalkan menjadi
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang keenam dari
tahun 1876 hingga 1888.
ANALISIS DATA
Pada pandangan saya, Yamtuan telah menunjukkan nilai
kepimpinan yang tinggi apabila para pembesar bersetuju
menabalkannya sebagai Yamtuan Seri Menanti pada tahun 1875.
Seri Menanti memiliki wilayah jajahan yang terdiri daripada
Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol. Tujuan pertabalan
adalah untuk mempertahankan wilayah-wilayah tersebut dari
British. Selain itu, kebangkitan Yamtuan Antah mengusir
penjajah turut mendapat sokongan beberapa pembesar.
Antaranya Datuk Siamang Gagap, Tunku Besar Tampin ,
penduduk Rembau, Jelebu dan Johol. Sikap kerjasama dan
muafakat ini menguatkan kebangkitan Yamtuan Antah untuk
menentang British.
ANALISIS DATA
Selain itu, Yamtuan juga sangat memperjuangkan hak dan
keadilan rakyat. Baginda sangat menentang kehadiran orang-
orang Inggeris untuk tujuan perlombongan di Sg. Ujong kerana
bimbang penguasaan British ke atas penduduk tempatan dan
wilayah-wilayah lain. Penentangan terhadap British diteruskan
apabila Dato Klana bersetuju menandatangani perjanjian yang
menawarkan Sg. Ujong berada di bawah lindungan British.
Perjanjian ini hanya merugikan bangsa dan tanah air.
ANALISIS DATA
Seterusnya, Yamtuan juga amat mempertahankan
kedaulatan negara. Penentangan demi penentangan
diteruskan. Pada Disember 1875, pasukan Yamtuan Antah yang
seramai 200 orang berjaya menawan Paroi dan mereka
membina kubu di situ. Pada tahun 1876, Kerajaan British
bersetuju melantik Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri
Menanti melalui perjanjian damai seperti yang disyorkan oleh
Maharaja Abu Bakar yang merupakan Sultan Johor pada masa
itu.
ANALISIS DATA
Yamtuan Antah mempunyai perancangan dan strategi yang
berkesan untuk semasa menentang British. Antaranya ialah
Yamtuan Antah telah mengerahkan pasukannya seramai
kira-kira 4000 orang untuk bersedia menghadapi peperangan
apabila mengetahui kedatangan British ke Seri Menanti. Selain
itu, pasukan perang Yamtuan Antah tidak melalui jalan biasa
tetapi mendaki dan menyeberang Bukit Putus untuk
memasuki Paroi. Baginda juga telah mengutus surat amaran
kepada Murray supaya tidak lagi menggangu kedaulatan Seri
Menanti dan menceroboh Terachi.
HASIL DAPATAN
Hasil dapatan kajian kes ini menunjukkan bahawa Yamtuan
telah berjaya mempertahankan kedaulatan Seri Menanti
melalui perjanjian damai yang disyorkan oleh Sultan Abu
Bakar iaitu Sultan Johor. British telah melantik Tuanku Antah
menjadi Yamtuan Seri Menanti pada tahun 1876. Seterusnya
menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang
keenam dari tahun 1876 hingga 1888.
KESIMPULAN
Yamtuan Antah adalah tokoh kebanggaan rakyat Negeri Sembilan
kerana telah mempertahankan Seri Menanti dari penjajahan
British. Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang British telah
menunjukkan taat setia negara yang tinggi kerana sanggup
berkorban untuk bangsa. Sifat bekerjasama dan tolong- menolong
antara pemimpin dan pengikut dalam menentang British telah
menyumbang kejayaan.
Selain itu, sikap berdisiplin dan gigih berusaha dapat
menghasilkan perjuangan yang berjaya. Kekalahan mereka dalam
perjuangan adalah kerana kekurangan ilmu dan senjata moden.
Oleh itu, kita patut mengambil iktibar dengan berusaha
melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang baik
supaya tidak dijajah lagi.
RUJUKAN
Buku Teks Sejarah Tahun 5 (m/s : 14)
Sumber Internet :
http://gadisdls.blogspot.com/2015/03/faktor-penentangan-yamtuan-antah-tidak.html
https://anyflip.com/dvum/ymlf/basic
https://intelekblogirls.wordpress.com/2016/06/27/yamtuan-antah-negeri-sembilan/
LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN
YAMTUAN ANTAH
KEBEBASAN TIDAK TERNILAI .
UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PAHLAWAN KEBANGGAAN NEGARA.
BUBUR SELASIH UBI KELADI,
LEMAK MANIS SANTAN KELAPA,
TERIMA KASIH JASA DAN BUDI
SELALU TERSEMAT TIADA LUPA.
TERIMA KASIH