MINIT MESYUARAT PRA TAHFIZ PASTI CAWANGAN BATU TALAM
RAUB PAHANG BILANGAN 2 ( 2020)
Tarikh : 14.JUN 2020
Masa: 2.30 petang
Hari: Ahad
KEHADIRAN
1. Tn Haji Mat Zain bin Awang ( Pengurus Pasti cawangan Batu Talam)
2. En Wan Mahasan bin Wan Mahmud ( Timbalan Pengurus)
3. En Azman bin Yusoff
4. En Syed Sulaiman bin Syed Nordin
5. En Mohd Saiful Azri bin Tan
6. En Amran bin Salleh
7. Pn Maizatul Akma bt Ali ( setiausaha)
8. Siti Nooradila Binti Azman
9. Pn Haslinda Binti Kamarudin
10. Pn Maziah Binti Abdul Rani
11. Pn Rohayu Binti Dollah
12. Pn Suhaila Binti Mohd Yusoff
13. Pn Lazmun Shahra bt Jaman
TURUT HADIR
1. Mohamad Nilam bin Abd Manap ( YDP PAS Raub)
2. En Sabri bin Salleh ( Pemuda PAS Raub)
3. Pn Ruzana bt Hanan ( Ketua Muslimat cawangan)
4. Pn Hamidah bt Salleh ( Ketua Muslimat Raub)
1. PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi memulakan majlis dengan ummul Kitab Al Fatihah, seterusnya pengerusi
mengalu-alukan kedatangan AJK dan tetamu jemputan yang sudi hadir ke mesyuarat
penubuhan PASTI cawangan Batu Talam.
2. UCAPAN YDP ( Mohamad Nilam bin Abd Manap)
YDP mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua AJK yang dilantik memegang
jawatan dalam Pra Tahfiz PASTI yang baru ditubuhkan untuk cawangan Batu Talam. Semoga
semua AJK dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab dan
dapat menjadikan Pra Tahfiz PASTI ini sebagai organisasi yang terbaik, dalam menjayakan
setiap perkara perlu ada kerjasama dan sokongan antara satu sama lain demi
memertabatkan perjuangan Islam, semoga apa yang dijayakan ini di rahmati Allah dan
pertemuan ini juga diredai oleh Allah hendaknya.
MAKLUMAN : PENGERUSI
3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Di cadangkan untuk disahkan oleh: Ustaz Amran bin Salleh
Di sokong untuk pengesahan oleh : Pn Lazmun Shahra dan Puan Rozana bt Hanan.
4. PERKARA BERBANGKIT
4.1 En Muhamad Nilam mencadangkan agar diletakkan seorang pemuda PAS di setiap
cawangan termasuklah cawangan penubuhan di Batu Talam, untuk memudahkan urusan
dengan perhubungan Negeri.
4.2 En Sabri menyatakan umur untuk jawatan pemuda adalah 40 tahun
4.3 Cadangan untuk tapak Pra Tahfiz PASTI cawangan Batu Talam di tetapkan adalah yang
berlamat Lot 1373A , Kg Batu Talam ( rumah ustaz Amran bin Salleh)
4.4 Yuran telah ditetapkan sebanyak RM 60 sebulan , elaun untuk guru sebanyak RM 400
dan elaun untuk pembantu sebanyak RM 300.
5. FOKUS MESYUARAT
5.1 Kerusi dan meja untuk pelajar akan diusahakan dapatan nya oleh Ustaz Syed Sulaiman
5.2 Hal ini juga akan di war-warkan kepada ibubapa sekiranya ada antara mereka yang ingin
menyumbang , amat dialu-alukan .
5.3 Pn Lazmun telah berhubung dengan jawatankuasa PASTI cawangan Dong cara untuk
mendapatkan peralatan kerusi dan meja, dari mana-mana cawangan yang berlebihan
peralatan itu, hal akan dibuat diusahakan oleh Ustaz Syed Sulaiman.
5.4 Berhubung dengan guru PASTI Pn Lazmun telah menjawab soalan yang dikemukan oleh
Pn Hamidah , iaitu guru PASTi telah dapat dihubungi.
5.5 En Muhamad NIlam memaklumkan bahawa satu lagi cawangan PASTI akan di tubuhkan
iaitu di Kg Ulu Sungai , iaitu pada tahun 2022.
5.6 Penambahan nama AJK yang masih belum diisi iaitu Naib Setiausaha , Naib Bendahari
dan penolong unit ekonomi, sebulat suara nama yang dicadangkan ialah,
Naib Setiausaha : Pn Rohayu binti Dollah
Naib Bendahari : dr kalangan guru PASTI
Penolong Unit ekonomi : En Rahim bin Noh
5.7 Ahli yang hadir telah sebulat suara PASTI cawangan Batu Talam dipilih nama AL ISLAH .
5.8 Ustazah Lazmun mancadangkan yuran pengajian mungkin akan dinaikkan kepada RM80
sebulan namun Ustaz wan Mahasan mencadangkan tidak dinaikkan kerana ada ibubapa
yang tidak berkemampuan.
5.9 Ustaz Mat Zain menyuarakan kepada AJK yang terlibat supaya mengiklankan kepada
ibubapa penduduk setempat untuk menghantar anank-anak mereka ke PASTI yang akan
ditubuhkan ini.
5.10 Ucapan dr En Sabri - guru akan dihantar berkhusus, manakala sukatan mata
pelajaran adalah berpandukan sukatan yang telah ditetapkan oleh PAS PUSAT,
berkenaan yuran pula boleh berbincang dengan MANTIQ dan AL FATEH, namun boleh
merujuk kepada PASTI negeri.
5.11 PASTI negeri akan datang melawat PASTI yang baru ditubuhkan.
5.12 Bagi murid yang tidak mampu membayar yuran bulanan, AJK perlu mencari Dana
dari sumber lain untuk menampung keluarga yang tidak mampu.
TINDAKAN : AJK
6. HAL-HAL LAIN
6.1. Belian barang-barang dapur boleh di pelawa kepada ibubapa sekiranya mereka ingin
menyumbang.
6.2. Tentang keselamatan murid perlu diambil cakna, juga bangunan kelas perlu di letakkan
alat pemadam api, First Aid dan pelan kebakaran
6.3. Ustazah Lazmun meminta kerjasama AJK untuk mempromosikan barangan dari MATIN,
keuntungan akan disumbangkan kepada PASTI.
MAKLUMAN: PENGERUSI
7. PENUTUP
7.1 Ketua muslimat PAS Raub mengucapkan terima kasih kepada semua kerana sanggup
memberi komitmen yang tinggi kepada parti, cawangan Batu Talam adalah PASTI yang
ke6 dalam daerah Raub.
7.2 Tuan YDP juga mengucapkan sekali tahniah kepada semua.
7.3 Ucapan pengangguhan oleh pengerusi mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang
berikutnya.
7.4 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang
Disediakan oleh
………………………
SETIAUSAHA
PRA TAHFIZ PASTI BATU TALAM
MINIT MESYUARAT AJK KECIL PRA TAHFIZ PASTI AL ISLAH
CAWANGAN BATU TALAM
RAUB PAHANG BILANGAN 3 ( 2020)
Tarikh : 21.JUN 2020
Masa: 2.30 petang
Hari: Ahad
KEHADIRAN
1. Tn Haji Mat Zain bin Awang ( Pengurus Pasti cawangan Batu Talam)
2. En Mohd Saiful Azri bin Tan
3. En Amran bin Salleh
4. En Azman bin Yusoff
5. En Rahim bin Noh
6. Pn Maizatul Akma bt Ali ( setiausaha)
7. Pn Suhaila Binti Mohd Yusoff
8. Pn Lazmun Shahra bt Jaman
9. Cik Ilhamni Syamila bt Amran
1. PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi memulakan majlis dengan ummul Kitab Al Fatihah, seterusnya pengerusi
mengalu-alukan kedatangan AJK ( ketua Unit) ke mesyuarat kali ke 3.
MAKLUMAN : PENGERUSI
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Di cadangkan untuk disahkan oleh: En Amran bin Salleh
Di sokong untuk pengesahan oleh : En Rahim bin Noh
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 . Yuran bulan sebanyak Rm80 dikekalkan, ibubapa/penjaga boleh membayar
yuran bulanan melalui tiga cara iaitu bayaran tunai , ansuran dan direndahkan kos
bagi yang tidak berkemampuan ( mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak
pengurus PASTI cawangan)
3.2 Bagi yang ingin menyumbangkan derma kepada PASTI Batu Talam , iklan akan
diwar-warkan melalui laman sosial selepas pembukaan akaun PASTI oleh bendahari.
3.3 Pihak pengurusan cawangan akan mengadakan sesi temuuji kepada guru-guru
yang layak.
3.4 Pemadam api akan disediakan oleh pihak pengurusan cawangan.
3.5 Alatan perabut akan diuruskan oleh ustaz Syed seperti yang telah di bincangkan
dalam mesyuarat ke dua pada 14 Jun yang lalu.
3.6 En Badrul Nizam bin Borhan dilantik sebagai pemuda PAS cawangan Batu Talam.
TINDAKAN : AJK
4. HAL-HAL LAIN
4.1 Buku akaun PASTI AL ISLAH akan dibuka setelah cukup wang tabung PASTI
cawangan ( BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)
4.2 Pelajar yang telah mendaftar perlu membayar wang deposit sebanyak RM40.00.
4.3 Seorang muslimat kawasan sukarela akan menderma pada setiap bulan untuk
belian barangan basah seperti ikan, ayam dan sayur-sayuran.
4.4 Pihak pengurusan juga telah menerima amanah dari seorang muslimat yang
menderma sebanyak RM1000.00 untuk pembelian alatan PASTI cawangan Batu
Talam.
4.5 Pihak PASTI menghadapi satu situasi berhadapan dengan kekangan kewangan,
oleh itu mesyuarat telah memutuskan supaya di kutip dana bulanan dari AJK dan
juga infak bulanan dari individu.
4.6 Mencadangkan pihak PASTI cawangan Batu Talam mengeluarkan produk sendiri
seperti Kalendar, Mug dan sebagainya untuk menampung tabung PASTI.
4.7 Bonus hari raya akan diberikan kepada guru dan pembantu.
MAKLUMAN: PENGERUSI
5. PENUTUP
5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang
Disediakan oleh
………………………
SETIAUSAHA
PRA TAHFIZ PASTI BATU TALAM