The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Soalan Lazim Pengambilan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hakam Hamka, 2020-11-09 11:56:12

FAQ PMA MAIWP

Soalan Lazim Pengambilan

FAQ

PoPnPdeokelManojdgeSaneasrAil2m-’BA02b1aabqihrialhaaMrAnIuWP

01

Soalan
Pengambilan pelajar baharu bermula

tingkatan berapa?

Jawapan
Bermula Tingkatan 4 (Tahun 1)

FAQ Pengambilan Pelajar Baharu 2021 Pondok Moden Al-’Abaqirah MAIWP

02

Soalan
Adakah bukan warganegara Malaysia boleh

membuat permohonan?

Jawapan
Tidak, hanya warganegara Malaysia sahaja

FAQ Pengambilan Pelajar Baharu 2021 Pondok Moden Al-’Abaqirah MAIWP

03

Soalan
Kenapa pelajar perempuan tidak diterima?

Jawapan
Buat masa ini PMA MAIWP hanya menerima

kemasukan pelajar lelaki sahaja

FAQ Pengambilan Pelajar Baharu 2021 Pondok Moden Al-’Abaqirah MAIWP

04

Soalan
Berapakah had minimum umur calon untuk

layak membuat permohonan?

Jawapan
Had minimum umur adalah 16 tahun

FAQ Pengambilan Pelajar Baharu 2021 Pondok Moden Al-’Abaqirah MAIWP

05

Soalan
Bolehkah calon berumur 15 tahun dan
mempunyai PT3 membuat permohonan?

Jawapan
Tidak boleh kerana tidak mencapai had

umur minimum

FAQ Pengambilan Pelajar Baharu 2021 Pondok Moden Al-’Abaqirah MAIWP

06

Soalan
Adakah permohonan secara manual

diterima?

Jawapan
Tidak diterima, hanya permohonan secara

dalam talian sahaja

FAQ Pengambilan Pelajar Baharu 2021 Pondok Moden Al-’Abaqirah MAIWP

07

Soalan
Bilakah tarikh iklan pengambilan pelajar

baharu?

Jawapan
Bermula 31 Oktober sehingga 14 Disember

2020

FAQ Pengambilan Pelajar Baharu 2021 Pondok Moden Al-’Abaqirah MAIWP

08

Soalan
Bagaimanakah cara membuat

permohonan?

Jawapan
Permohonan secara dalam talian di pautan:

https://my02.awfatech.com/main/appsps/stureg/st
ureg_status.php?sysapp=alabaqirah

FAQ Pengambilan Pelajar Baharu 2021 Pondok Moden Al-’Abaqirah MAIWP

Soalan 09

Bagaimanakah cara untuk mengetahui iklan
pengambilan pelajar baharu telah diumumkan?

Jawapan

Iklan akan diumumkan di :
1. Laman web MAIWP
2. Laman sosial rasmi PMA MAIWP

FB: https://m.facebook.com/pondokmodenmaiwp/
Instagram: https://www.instagram.com/pondok_moden_al_abaqirah/?hl=en
Twitter: https://mobile.twitter.com/alabaqirah?lang=en

FAQ Pengambilan Pelajar Baharu 2021 Pondok Moden Al-’Abaqirah MAIWP

10

Soalan

Berapa lamakah tempoh pengajian di PMA MAIWP?

Jawapan

Tempoh pengajian di PMA MAIWP adalah selama 4
tahun (7 semester)

FAQ Pengambilan Pelajar Baharu 2021 Pondok Moden Al-’Abaqirah MAIWP

11

Soalan

Apakah kurikulum utama PMA MAIWP?

Jawapan

Kurikulum utama PMA MAIWP adalah pengajian
turath, di samping kurikulum arus perdana
(SPM & STAM)

FAQ Pengambilan Pelajar Baharu 2021 Pondok Moden Al-’Abaqirah MAIWP

12

Soalan

Adakah permohonan diterima sekiranya maklumat
diberikan tidak lengkap?

Jawapan

Tidak diterima. Calon hendaklah memastikan semua
maklumat diisi dengan lengkap sebelum
menghantar permohonan

FAQ Pengambilan Pelajar Baharu 2021 Pondok Moden Al-’Abaqirah MAIWP

13

Soalan

Adakah perlu memuat naik semua sijil-sijil
akademik?

Jawapan

Ya, perlu memuat naik semua sijil-sijil akademik

FAQ Pengambilan Pelajar Baharu 2021 Pondok Moden Al-’Abaqirah MAIWP

14

Soalan

Apakah yang perlu dibuat selepas permohonan
lengkap dihantar?

Jawapan

Calon perlu menunggu status permohonan sama
ada berjaya dipanggil temuduga atau tidak

FAQ Pengambilan Pelajar Baharu 2021 Pondok Moden Al-’Abaqirah MAIWP

15

Soalan

Bagaimanakah untuk mengetahui status
permohonan?

Jawapan

Status permohonan akan dikemaskini dalam pautan
yang diberikan

FAQ Pengambilan Pelajar Baharu 2021 Pondok Moden Al-’Abaqirah MAIWP

16

Soalan

Apa yang perlu dibawa sekiranya dipanggil untuk temuduga?

Jawapan

1. Salinan butiran peribadi pemohon secara dalam talian yang telah dicetak.
2. Kad pengenalan calon (asal & salinan).
3. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (salinan).
4. Sijil kelahiran calon (asal & salinan).
5. Keputusan peperiksaan akademik terkini atau sijil akuan hafazan.
6. Sijil-sijil penglibatan kokurikulum.
7. Laporan kelakuan baik (husnul khuluq) daripada sekolah sebelum.
8. Kalkulator & alat tulis.

FAQ Pengambilan Pelajar Baharu 2021 Pondok Moden Al-’Abaqirah MAIWP

17

Soalan

Adakah status berjaya dipanggil temuduga dikira
sebagai berjaya diterima masuk PMA MAIWP?

Jawapan

Tidak, calon perlu berjaya dalam temuduga untuk
diterima masuk PMA MAIWP

FAQ Pengambilan Pelajar Baharu 2021 Pondok Moden Al-’Abaqirah MAIWP


Click to View FlipBook Version