TRAGEDI 13 MEI
SIDANG REDAKSI:
1. FATIN NURZULAIKA MOHAMAD NOOR 15DTP21F1004
(PENGARANG)
2. NURUL ALEYA SOFIA BINTI MAT HUSIN 15DTP21F1020
(KETUA EDITOR)
3. NOOR SHAHIRA ALIA BINTI KAMARUL ARIFFIN 15DTP21F1022
(KETUA MULTI MEDIA)
ISI KANDUNGAN
1.0 SEKAPUR SIRIH
2.0 KRONOLOGI
3.0 IKTIBAR PENTINGNYA PENYATUAN KAUM
4.0 MENDAULATKAN MARTABAT NEGARA
5.0 MONUMEN BERDARAH SEBAGAI CERMIN ZAMAN
6.0 PENGAJARAN
7.0 AKHIR KALAM
1.0 SEKAPUR SIRIH
Bersyukur saya ke Hadrat Allah SWT atas limpah KurniaNya yang memberi peluang kepada
saya menyampaikan ucapan aluan dalam e-majalah yang betemakan perpaduan ini.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya
sepanjang menyiapkan e-majalah ini . Pertama sekali kepada Puan Aishah Binti Mohamad
Said , selaku pensyarah MPU21032 kerana beliau banyak memberikan bimbingan dan
semangat. Tidak lupa juga kepada rakan rakan seperjuangannya yang sama-sama
berhempas pulas dalam menyempurnakan projek e-majalah ini .
Saya amat yakin dan percaya bahawa melalui isu-isu perpaduan yang akan kami bicarakan
ini, dapat menarik minat pelajar untuk lebih mementingkan perpaduan di dalam negara kita
ini. dan sikap yang positif terhadap perpaduan akan dapat disuburkan. Disamping itu ia juga
dapat mengembangkan kemahiran dan pemikiran secara terbuka, serta berdaya fikir secara
kritis dan kreatif.
Saya berharap agar e-majalah yang kami terbitkan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh
pelajar pelajar dalam mengetahui pengembangan sejarah negara kita . Kepada tuan-tuan
dan puan-puan, pendidikan yang saudara-saudari berikan kepada pelajar-pelajar adalah
teras kepada kejayaan kita semua yang berada dalam satu sistem pendidikan.
Ketua
Pengarang
FATIN NURZULAIKA
2.0 KRONOLOGI
Kronologi Peristiwa 13 Mei
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei
1969 Dr. Tan Chee Khoon dari Parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor
Beliau meminta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut yang
menyaksikan keputusan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan
jalan raya di sekitar Kuala Lumpur Perarakan sehingga Jalan Campbell dan Jalan Hale dan
menuju ke Kampung Baru Sedangkan di Kampung Baru yang diduduki oleh lebih 30,000
orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak
pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada
kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil
melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai
lambang mereka akan menyapu atau menyingkir orang Melayu ke laut Dalam masyarakat
Melayu penyapu mempunyai maksud yang negatif. Ada yang mencaci dan meludah dari atas
lori ke arah orang Melayu di tepi jalan.
Perarakan Kematian Seorang Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalan raya turut berlaku Di Jinjang.
Kepong. kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dgn kebenaran polis.
Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan
menghina orang Melayu. Pada hari Selasa 13 Mei. Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan
memohon maaf di atas ketelanjuran ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan.
Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tetapi permohonan maaf
sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar Selangor dan rusuhan pertama
Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan Mereka
telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu yang telah
dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini telah melalui Kampung Baru iaitu kampung
terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga
puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiri
daripadan gabungan ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti
"Melayu sudah jaruh". "Kuala Lumpur sekarang Cina punya." "Ini negeri bukan Melayu
punya, kita mahu halau semua Melayu". Orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu
besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala
Lumpur Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya
supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato' Harun Idris
untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar
kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan. Menurut laporan seorang
pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut
Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas
daripada serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu
dengan segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil
tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa
13 Mei 1969. Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa
sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama
sebelum itu Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati golongan
pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis.
Rejimen Renjer
Pasukan FRU dikeluarkan dan Kampung Baru dan askar dan Rejimen Renjer ambil alih
Malangnya pasukan ini terdiri dari orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain
turut menembak orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin
meluap luap. Menurut laporan ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina
Pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru mengamuk kerana merasakan diri
mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turur
ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
Askar Melayu
Akhirnya Rejimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa
bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus
terbakar. Pentadbiran diambil alih oleh Askar Melayu Malangnya beberapa askar Askar
Melayu turut masuk ke kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang
berkata askar tersebut berpakaian preman Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke
dalam lombong bijih timah Konon ada rakaman televisyen. beberapa pemuda Cina
ditangkap dibariskan di tepi lombong dan dibunuh Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada
bukti yang sahih mengenai rakaman ini.
Panggung Odeon
Pemuda Cina dari kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan
Tuanku Abdul Rahman. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam
menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Kesan daripada itu, pemuda-
pemuda Cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan
menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua
penonton di dalam panggung tersebut. mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan Ini
termasuklah 2 orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Namun rusuhan
kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta
Perlis tidak ada sebarang pergaduhan Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi
apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka Di Betong ada tembakan oleh PKM.
Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan
bukanya perkauman Pergaduhan tidak berlaku di negen lam seperti Kelantan, Pahang dan
Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, sudah tentu pada hari itu orang Cina dan Melayu
akan berbunuhan sesama sendini di negeri-negeri tersebut seperti di selatan Thai.
Kesimpulanya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi
selepas pilihan raya dan hanya melibatkan orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.
Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan. Angka
rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9.143 ditahan. 211 kenderaan
musnah Tapi ramai telah menganggar ramai lagi yang dibunuh.
Di manakah Tunku Abdul Rahman?
Ketika peristiwa 13 Mei 1969. Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan
kemenangan beliau di sana. Pada pukul 6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik
Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat
diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.
Penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
Darurat diisytiharkan pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan MAGERAN telah dibentuk di
bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan
Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Orang
Melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum Cina yang dilihat sebagai tidak
mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan Persepsi
negatif masyarakat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti
menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis
berpaksikan negara komunis China Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku
"Dilema Melayu" (The Malay Dilemma") oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan Dikatakan
gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim memburukkan Tunku Abdul Rahman. Keadaan
akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian
termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru
dan Rukun Negara telah diciptakan.
Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan
masalah perkauman Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu
kerana mereka miskin di tanah air mereka sendin Tahun 1969, pilihan raya diadakan semula dan
memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah Barisan Nasional dibentuk
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam DUN
Selangor Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah
dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan ekonomi (hak-hak keistimewaan
bumiputera) mendapat tafsiran semula.
3.0 IKTIBAR
1-Iktibar Pentingnya Penyatuan Kaum
Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kini genap 53 tahun telah mencatatkan satu titik hitam yang
pasti tidak dapat dilupakan oleh rakyat negara ini dalam sejarah Malaysia moden.
Pertumpahan darah dan kacau bilau dahsyat yang berlaku telah mengakibatkan banyak
kerosakan dan tidak dapat dipadam dalam lipatan memori generasi yang mengalaminya.
Tunku Abd Rahman menyalahkan pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM), anasir-anasir
kongsi gelap Cina dan ahli politik pembangkang yang menghasut serta mendorong
perselisihan fahaman demokrasi, sehingga membawa kepada berlakunya insiden berdarah
ini melibatkan dua kaum terbesar iaitu Melayu dan Cina.
Bermula pada tahun 1969, Malaysia bergelut dengan ancaman komunis di samping
perhubungan antara kaum yang lemah. Kesan penjajahan Jepun dan pemerintahan British
dilihat mencetuskan ketidakpercayaan antara kaum dan berlakunya pertelingkahan kecil
antara kaum. Menjelang hari mengundi sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-3 pada 10
Mei 1969, dua petugas parti politik dibunuh di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur melibatkan
seorang ahli United Malays National Organisation (UMNO), manakala seorang lagi dari Parti
Buruh yang dikaitkan dengan komunis. Pada 11 dan 12 Mei 1969, ribuan orang berarak dan
rusuhan berlaku di Kuala Lumpur melibatkan kaum Melayu dan Cina sehingga keadaan
sekitar ibu kota menjadi tegang.
Spekulasi dan khabar angin yang tersebar memburukkan keadaan, sehinggalah pada
penghujung peristiwa 13 Mei 1969, memaksa Rejimen Askar Melayu mengambil alih
kawalan keselamatan di Kampung Baru. Akhirnya rusuhan dapat dikawal dengan
menggunakan gas pemedih mata, diikuti pengumuman perintah berkurung 24 jam (curfew
order). Ketua Polis Negara mengeluarkan perintah ‘tembak sampai mati’ bagi mengelakkan
tindakan ingkar arahan Curfew oleh mana-mana pihak dan Rejimen Askar Melayu mula
meronda kawasan-kawasan rusuhan.
Berdasarkan laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), jumlah mangsa yang
terkorban akibat peristiwa hitam ini adalah 192 orang (143 Cina, 25 Melayu dan 28 Lain-lain
Bangsa) manakala 439 dilaporkan cedera.
Meskipun topik 13 Mei ini tidak dikupaskan secara terbuka, namun peristiwa ini seharusnya
dijadikan tauladan kepada kita agar tidak berulang lagi. Ia boleh diumpamakan ‘kalah jadi
abu, menang jadi arang’ kerana konflik ini merugikan semua kaum dan menjejaskan imej
negara di persada antarabangsa. Jika dilihat dari sudut positif, peristiwa ini telah membuka
minda masyarakat, serta memupuk usaha peningkatan ekonomi Malaysia dan keseragaman
pendidikan.
Pasca Peristiwa
Pelbagai usaha diambil oleh kerajaan dalam memupuk perpaduan nasional dan
memperbaiki hubungan antara kaum. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh
kerajaan dari semasa ke semasa adalah seperti berikut:
1. Rukun Negara (Ideologi Kebangsaan). Rukun Negara dilancarkan pada 31 Ogos 1970 dan
merupakan sebuah ideologi kebangsaan yang dirangka bagi menimbulkan semangat dan
identiti yang sama bertujuan memupuk muafakat dalam kalangan masyarakat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai etnik. Berteraskan kepada lima prinsip utama iaitu:
• Kepercayaan kepada Tuhan
• Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-undang
• Kesopanan dan Kesusilaan
2. Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB dilancarkan pada tahun 1971 melalui Rancangan
Malaysia Kedua (1971 – 1975) dengan tujuan untuk mewujudkan keseimbangan ekonomi
antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara. Dua strategi utama telah
diwujudkan iaitu:
• Untuk mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan melalui peningkatan
pendapatan serta penambahan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum
• Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi
supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi.
3. Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan termaktub dalam Akta
Pelajaran 1961 yang diasaskan daripada Laporan Razak 1956 serta Laporan 57
Rahman Talib 1960. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan satu
masyarakat Malaysia yang bersatu padu selaras dengan usaha kerajaan untuk memupuk
perpaduan dalam kalangan etnik. Antara langkah-langkah yang diambil bagi memenuhi
matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional
adalah dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah
dan institusi pengajian tinggi. Selain itu, kegiatan kokurikulum turut dilaksanakan sementara
sukatan pelajaran yang seragam kandungannya disediakan untuk semua sekolah di Malaysia
termasuk Sabah dan Sarawak.
4. Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat
memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui
merangkumi unsur-unsur yang baik daripada pelbagai kebudayaan kaum, dengan
berteraskan kebudayaan asli tempatan. Tiga prinsip telah ditetapkan sebagai Dasar
Kebudayaan Kebangsaan iaitu:
• Kebudayaan Kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
• Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur
Kebudayaan Kebangsaan.
• Agama Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
5. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu). Bahasa memainkan satu peranan penting dalam
proses memupuk perpaduan antara kaum. Justeru itu, kerajaan telah menjadikan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di mana mulai tahun 1970, Bahasa Melayu secara
berperingkat telah menggantikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-
sekolah. Usaha kerajaan dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
adalah dengan memastikan bahasa tersebut menjadi bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan
bahasa pentadbiran dalam membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu.
6. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara. Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan
pada tahun 1969 dan memainkan peranan yang sangat penting dalam menyatupadukan
rakyat Malaysia. Melalui Skim Rukun Tetangga, kegiatan yang bercorak muhibah atau
kejiranan amat digalakkan dalam masyarakat seperti kempen kebersihan, pertandingan
sukan, rondaan keselamatan setempat dan kelas kejiranan. Ianya bagi mengeratkan
persefahaman dalam kalangan belia serta menanam sifat-sifat kewarganegaraan, toleransi
dan semangat perpaduan, selain penekanan penggunaan Bahasa Melayu, adat resam, nilai-
nilai keagamaan masyarakat Malaysia dan pelajaran Sivik. Jabatan Perpaduan Negara kini
dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN).
7. Penggabungan Parti-Parti Politik Melalui Barisan Nasional. Kerjasama dan persefahaman
politik adalah amat penting bagi menjamin kestabilan dan perpaduan negara. Pada tahun
1953, Parti Perikatan telah ditubuhkan dan berjaya menubuhkan kerajaan di Tanah Melayu
pada tahun 1955. Setelah peristiwa 13 Mei, kerjasama politik melalui muafakat dalam Parti
Perikatan diperluaskan lagi dengan tertubuhnya Barisan Nasional pada tahun 1971. Dengan
tertubuhnya Barisan Nasional, telah melengkapkan perwakilan dari pelbagai etnik dan
kepentingan dalam parti pemerintah.
8. Integrasi Antara Wilayah. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti
nasional baik dari segi sosial, wilayah, ekonomi, kebudayaan, pendidikan mahupun politik.
Pada tahun 2006, Jabatan Perdana Menteri telah mengetengahkan Dasar Perpaduan Dan
Integrasi Nasional dalam Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional (2006-2010).
Dasar ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi perpaduan dan integrasi nasional dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan mengambil langkah dengan
memberikan peruntukan perbelanjaan pembangunan yang lebih banyak kepada negeri-
negeri yang kurang maju seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Penyelarasan
sistem perhubungan antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak turut
diperkukuhkan melalui perkhidmatan telekomunikasi, rangkaian radio, televisyen nasional,
pengangkutan udara dan perkhidmatan pos yang baik.
RUJUKAN: https://btdm.my/index.php/2022/08/19/tragedi-13-mei-1969-iktibar-
pentingnya-penyatuan-kaum/
4.0 MENDAULATKAN MARTABAT NEGARA
– Mendaulatkan Martabat Negara
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah
perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda
dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969” merupakan satu titik
hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Latar belakang
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang
kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa
kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya
daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan
Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
(Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan
perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO–MCA–MIC) telah mengalami kekalahan yang
teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat
(Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun
1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti
Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang
12 kerusi.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang.
Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu
semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.Pembangkang
meraikan kemenangan.
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei
1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor.
Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di
Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan
jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan
menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang
Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak
pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’ Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada
kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil
melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai
lambang mereka akan menyapu (‘menyingkir’) orang-orang Melayu ke laut. Dalam
masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci
dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan
kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan
pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas
ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di
kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan
terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya
kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di
Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu
cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa
senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato’
Harun Idris untuk mengamuk. [petikan diperlukan]
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-
luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya
dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah
dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-
pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas.
Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina
dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang
di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar
dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer
lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Rejimen Renjer
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih.
Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan
lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang
Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan
berbangsa Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain
mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen
Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa
bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus
terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar
Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada
yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada
rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan
dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman
ini.
Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung
Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam
bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung.
Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar
Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di
Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga
sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas,
dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut
terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei
itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru
tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat
tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu
kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh
terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung
Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang
terbang dan memenggal kepala orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah,
Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan
juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan
dilepaskan oleh PKM.
Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan “politik” dan
bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan
yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan,
Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-
negeri tersebut kerana habis dibunuh.
Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas
pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur
sahaja.
Angka korban
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan
musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti
California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [1]
Di mana Tunku,
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan
beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian
pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei
1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung. Dalam tulisannya, Tunku
menafikan hal tersebut.
Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di
bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.
Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan
Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku
“Dilema Melayu” (“Malay Dilemma“) oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan Tun Dr
Mahathir memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.
Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan
penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar
Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.
Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan
masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu
kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.
Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan
yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi
mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang
dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan
pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya
dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.
RUJUKAN: https://zanas.wordpress.com/artikal/peristiwa-13-mei/
5.0 MONUMEN BERDARAH SEBAGAI CERMIN ZAMAN
-Monumen Berdarah Sebagai Cermin Zaman
13 MEI 1969 tetap relevan untuk diingati dan dicermati lekukan sejarahnya walaupun
jumlah korbannya bukanlah mencecah puluhan ribu mangsa seperti tragedi ‘ketupat
berdarah’ di Indonesia, pergaduhan etnik di Maunday, sittwe di Mynmar, konflik Singhalese-
Tamil di Sri Langka, tragedi Fiji 1987 yang membawa rampasan kuasa Mejar Rabuka dan
lain-lain pergeseran kaum. Angka korban bergantung kepada kecekapan pihak keselamatan
menguruskan konflik, manakala pengajarannya daripada tragedi yang wajib diberi
perhatian.
Sejarah bukanlah sekadar untuk tatapan dan dihafal garis masa perjalanan dengan
peristiwa, tokoh-tokoh, asal muasal sesuatu peristiwa. Paling penting bagaimana untuk
mengambil ibrah dan mengelakkan sesuatu yang buruk daripada berulang dan terus
mengulangi kesilapan silam. Hari yang suram ini kini genap 53 tahun berlakunya Peristiwa
13 Mei pada tahun 1969 yang merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia,
simbol rapuhnya perpaduan kaum serta tipisnya tahap kesabaran jika provokasi isu kaum
berterusan.
Tanggal 13 Mei 1969 telah berlakunya rusuhan kaum yang mengakibatkan kehilangan
nyawa, kecederaan, hilang rasa percaya dan kemusnahan harta benda. Tragedi ini
mempunyai kaitan secara langsung dengan keputusan pilihan raya umum 1969, lonjakan
pengaruh parti cauvinis Cina serta hilang majoriti dua pertiga parti PERIKATAN di DUN
Selangor. Faktor hiliran yang lain juga agak rencam menjadi motor pencetus kejadian.
Negara ini dipecah perintah oleh penjajah British dengan dasar pengelompokan etnik
sehingga terpisah melalui identiti sosio budaya. Orang Cina menetap dikawasan lombong
bijih dan pekan-pekan, orang India di ladang-ladang getah, manakala orang Melayu terpuruk
di kampong.
Mobiliti sosial juga berbeda, kaum Cina melangkah jauh kedepan manakala kaun Melayu
sebagai tuan rumah dibiarkan miskin dan kurang pendidikan. Penjajahan Jepun juga
semakin melebarkan jurang sosio budaya, intergrasi antara kaum hancur apabila Jepun
membantai etnik Cina dan mengupah kempetai dan Tekikan daripada bangsa Melayu.
Pemerintahan Bintang Tiga pasca penjajahan Jepun telah mengesahkan bahawa hubungan
antara kaum di Tanah Melayu sangat rapuh dan nipis.
Peristiwa 13 Mei adalah mercu tanda kegagalan hubungan komunal negara ini. Banyak
faktor mengapa terjadinya 13 Mei 1969, antara faktor yang memicu tragedi ini ialah
berikutan pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) pada 10 Mei 1969.
Parti-parti pembangkang bernuansa perjuangan kaum Cina telah menang besar di kawasan-
kawasan Kuala Lumpur. Saat itu kerusi-kerusi konstitusi di Kuala Lumpur berada dalam DUN
Selangor. Penyokong-penyokong pembangkang sangat teruja bahkan lupa diri seketika
akibat kemenangan dalam pilihan raya.
Parti pembangkang bertunjang dokongan kaum Cina telah meminta kebenaran pihak polis
untuk mengadakan perarakan bagi meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang
menyaksikan kedudukan getir parti pemerintah di Selangor.
Laungan provokatif menggema di langit Kuala Lumpur, bandar yang dimajukan oleh Sutan
Puasa, Haji Abdullah Hukum serta peranan Yap Ah Loy kemudiaannya. Perarakan
kemenangan ‘victory parade‘ Pilihan raya tersebut telah menyebabkan kesesakan jalan raya
di sekitar Kuala Lumpur. Ada yang sinis, terbakar perasaan, tersulut api dendam dan
kemarahan mula menjalar serta membakar perasaan.
Dalam catatan beberapa sumber sejarah, perarakan yang majoriti oleh etnik bukan Melayu
itu telah bergerak sehingga ke Jalan Campbell, juga Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru
yang merupakan titik tumpuan orang Melayu di Lembah klang, kawasan Melayu yang
dibangunkan pada tahun-tahun 1890an ini juga terletaknya rumah Menteri Besar Selangor
ketika itu, Dato’ Harun Idris. Beliau pemimpin karismatik dan juga mempunyai pengikut
yang ramai.
Perarakan kemenangan sebagai pencetus provokasi besar yang membakar kemarahan kaum
Melayu, sebahagian etnik Cina yang berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan
mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi di Kuala Lumpur.
Jeritan, makian, sumpah seranah adalah ramuan mujarab bagi dua pihak yang semakin
menipis kesabaran.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di
Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu
cuba mententeramkan keadaan agar tidak berlaku sesuatu yang buruk. Mereka yang
berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang.Khabar angin menjalar
dengan pantas dan semakin memburukkan keadaan.
Ketika berkumpul dalam keadaan bersemangat itu, bergentayangan cerita-cerita tentang
kebiadapan segelintir orang Cina tersebar dan memulakan babak-babak rusuhan. Tragedi
tercetus dengan Kuala Lumpur mula menjulang asap dan api kemarahan, pembunuhan dan
keadaan yang panik mewabak dengan pantas. Kuala Lumpur tidak terkawal, maka perintah
berkurung diadakan oleh kerajaan juga Majlis Keselamatan Negara telah ditubuhkan
dibawah Tun Abdul Razak sebagai Pengarahnya.
Menarik untuk dirakamkan bahawa peranan PAS dan pemimpinnya dalam mengekang
perbalahan kaum 13 Mei 1969. Peranan almarhum Ustaz Hassan Shukri dalam menghalang
kemaraan pejuang-pejuang Sungai Manik ke daerah konflik, disabarkan pasukan sabil orang
Melayu Perak daripada menjadikan Kuala Lumpur berkubang darah.
Kelantan yang ditadbir oleh PAS menyaksikan tiada satu titik pun darah etnik Cina yang
tumpah! Pemimpin PAS Kelantan berjaya meredam emosi dan sentimen orang Kelantan
agar tidak terprovokasi dengan apa yang melanda Kuala Lumpur. Islam adalah agama damai
dan sejahtera yang menjaga masyarakat bukan Islam.
Tragedi 13 Mei yang telah mengorbankan nyawa dan memusnahkan harta benda telah
memberikan banyak pengajaran kepada negara kita, namun semakin lama jarak masa maka
ianya semakin dilupakan terutamanya oleh generasi muda dan pemimpin yang
bertunjangkan etnosentrisme.
Lebih setengah abad lalu, negara ini pernah bersimbah darah, Kuala Lumpur pernah
terbakar dengan noda politik komunal (perkauman) yang parah. Keharmonian dan
keseimbangan politik dirubah semula dengan penubuhan Barisan Nasional yang
menyaksikan penyertaan PAS dan banyak parti komponen yang lain.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah digubal untuk merapatkan jurang ekonomi Melayu dan
bukan Melayu. Langkah-langkah pencegahan diatur untuk mengekang suara perkauman
kerana negara berbilang kaum ini sangat rapuh kesepakatan kaum. Jauhi pemimpin
chauvinis dan yang tidak menghormati kontrak sosial negara ini. 13 Mei akan berulang
kembali jika kita tidak bercermin dengan sejarah lalu.
Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI. – HARAKAHDAILY 13/5/2022
RUJUKAN: - https://harakahdaily.net/index.php/2022/05/13/peristiwa-13-mei-1969-
monumen-berdarah-sebagai-cermin-zaman/
6.0 PENGAJARAN
Peristiwa 13 Mei: Pengajaran perlunya masyarakat bersatu padu
KUALA LUMPUR - Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara ini pada 13
Mei 1969, perlu menjadi pengajaran betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di
negara ini untuk terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni.
Bagi felo utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok
Seong, pengajaran daripada peristiwa 50 tahun lepas itu penting bukan untuk rakyat sahaja
dari segi kerukunan, namun bagi meningkatkan kemajuan negara.
"Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa kalah jadi abu,
menang jadi arang kerana konflik itu merugikan semua kaum, selain menjejaskan imej
negara di persada antarabangsa," katanya kepada Bernama.
Katanya, kejadian itu turut menuntut keperluan menghormati kontrak sosial (kini
Perlembagaan Persekutuan) tentang agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa
kaum Melayu dan kelompok asal Sabah dan Sarawak, serta kedaulatan raja Melayu.
"Peristiwa ini perlu selalu diperingat kepada rakyat agar kita semua bukan sahaja perlu
muhasabah diri pada setiap masa, lebih penting lagi ialah kita hendaklah memastikan ia
tidak berulang lagi dengan menentukan hubungan etnik sentiasa baik," tambahnya.
Bagaimanapun, Teo tidak menolak keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini
boleh kembali terjejas dengan perkembangan etnopopulisme, iaitu fahaman yang mengarah
kepada pembahagian masyarakat kepada dua kelompok berdasarkan kaum dan agama,
yang berpotensi bersengketa antara satu sama lain.
Jelas beliau, politik yang diamalkan mana-mana pihak di negara ini sebaliknya perlu
memberi perhatian utama kepada soal perpaduan kaum yang harus dipertingkatkan di
Semenanjung Malaysia dan integrasi wilayah yang lebih baik antara Semenanjung, Sabah
dan Sarawak.
Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara
Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed juga senada mahu ahli politik berhenti
memainkan sentimen perkauman dan menyentuh isu-isu sensitif yang boleh
membangkitkan ketegangan dalam negara.
Beliau berkata dalam usaha mengekang rusuhan kaum daripada kembali berulang, pihak
kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas dan segera terhadap pihak yang
membangkitkan sentimen perkauman dan menghina agama.
"Dalam era teknologi masa kini, ada segelintir individu yang memberi komen-komen
melampau dalam media sosial, jika tidak diambil tindakan tegas terhadap mereka, ini akan
menyebabkan individu lain melakukan perkara sama dan tindakan provokatif sebegini amat
berbahaya kepada keharmonian negara," katanya.
Selain itu, kerajaan perlu terus meningkatkan usaha memperkasa orang Melayu dan
bumiputera terutama golongan berpendapatan rendah dalam pelbagai bidang, serta
merapatkan jurang ekonomi antara kaum.
"Antara punca berlakunya peristiwa 13 Mei adalah kerana orang Melayu berasa mereka
tertinggal jauh di belakang dalam bidang ekonomi, lalu diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru,"
katanya sambil menambah bantuan terhadap bukan Melayu yang memerlukan juga tidak
boleh diabaikan.
Berdasarkan angka rasmi peristiwa yang terpahat sebagai sejarah hitam negara itu, dari 13
Mei hingga 31 Julai 1969, mencatatkan 196 orang kehilangan nyawa, walaupun terdapat
pihak yang menganggarkan jumlah kematian adalah lebih tinggi.
Dilaporkan, kejadian selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum ketiga itu juga
menyebabkan kira-kira 6,000 orang kehilangan tempat tinggal dan sekurang-kurangnya 211
kenderaan musnah atau rosak serta 753 bangunan rosak atau terbakar. – Bernama
RUJUKAN: https://www.sinarharian.com.my/article/27800/berita/nasional/peristiwa-13-
mei-pengajaran-perlunya-masyarakat-bersatu-padu
7.0 AKHIR KALAM
Kesimpulannya, kelemahan kerajaan memerintah ketika itu dilihat bermula semasa era
pendudukan British dan Jepun sehinggalah era konflik (1948-1960) ataupun Darurat di mana
setiap kaum di Tanah Melayu merasa curiga antara satu sama lain. Dalam konteks peristiwa
13 Mei 1969, perasaan ragu yang tertanam dalam jiwa individu pada waktu itu sukar untuk
dipadamkan dalam jangka masa yang pendek, namun usaha untuk mendamaikan prasangka
ini tidak dilakukan secara berobjektif. Oleh itu, inisiatif kerajaan memupuk perpaduan
melalui rasa saling bergantung antara satu sama lain terutama aspek pembangunan
ekonomi dan sosial adalah bertepatan demi kelangsungan sebuah negara.
Nilai dan prinsip sejagat seperti menghormati hak asasi manusia, menentang pemerasan
serta penindasan, cintakan keadilan, bencikan keganasan, berperikemanusiaan serta
cintakan perdamaian perlu dipertingkatkan bagi merealisasikan perpaduan negara. Jika
mana-mana pihak pada ketika itu tidak menggunakan sentimen perkauman, perasaan benci
dan tidak puas hati mengenai layanan terhadap sesuatu kaum tidak akan timbul.
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang
menggariskan sempadan-sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak,
malah ia turut membongkarkan rahsia-rahsia pembinaan negara bangsa yang mencakupi
bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional
sebagai pendekatan ke arah perdamaian. Perdamaian adalah tentang bagaimana kita
hendak mengatasi rasa curiga, salah faham, salah maklumat dan berubah ke arah
menghormati antara satu sama lain. Andai kata keharmonian yang diperolehi gagal
dipelihara serta dimanfaatkan, dikhuatiri cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah
negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.
GAMBAR BERKAITAN 13 MEI