TILAWAH SURAH
AT-TAKASUR (TAHUN 4)
SUNDUSUL AKHYAR BINTI FAKHRI
PENGENALAN SURAH AT-TAKASUR
1. Surah al-Takasur adalah surah ke-102 dalam al-
Quran
2. Surah ini terdiri atas 8 ayat dan termasuk
golongan surah Makkiyah
3. Dinamakan al-Takasur (bermegah-megah)
diambil dari perkataan al-Takasur yang terdapat
pada ayat pertama surah ini
SURAH AT-TAKASUR
(AYAT 1-8)
TERJEMAHAN SURAH AT-TAKASUR
أَ ْل َها ُك ُم التَّ َكاثُ ُرKamu telah dilalaikan (daripada َكلا َل ْو تَ ْعلَ ُمو َن ِع ْل َم ا ْليَ ِقي ِن.Demi sesungguhnya! Kalaulah
mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan
berlumba-lumba untuk mendapat dengan kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) -
sebanyak-banyaknya (harta benda, anak- dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu
akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi
pinak pangkat dan pengaruh), - (QS. 102:1) bekalan kamu untuk hari akhirat). (QS. 102:5)
َحتَّى ُز ْرتُ ُم ا ْل َمقَابِ َرSehingga kamu masuk kubur. (QS. ( لَتَ َر ُو َّن ا ْل َج ِحي َمIngatlah) demi sesungguhnya! - Kamu
102:2) akan melihat neraka yang marak menjulang. (QS.
102:6)
َكلا َس ْو َف تَ ْعلَ ُمو َنJangan sekali-kali (bersikap
demikian)! Kamu akan mengetahui kelak ثُ َّم لَتَ َر ُو َنّ َها َع ْي َن ا ْليَ ِقي ِنSelepas itu - demi sesungguhnya!
- kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan
(akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! melihatnya dengan penglihatan yang yakin
(QS. 102:3) (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! (QS.
102:7)
ثُ َّم َكلا َس ْو َف تَ ْع َل ُمو َنSekali lagi (diingatkan): jangan
sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu ثُ َّم لَتُ ْسأَلُ َّن يَ ْو َم ِئ ٍذ َع ِن ال َّن ِعي ِمSelain dari itu, sesungguhnya
akan mengetahui kelak (akibatnya yang kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala
buruk pada hari kiamat)! (QS. 102:4) nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! (QS.
102:8)
ASBABUN NUZUL
Surah At Takaatsur termasuk dalam kategori surah ‘Makkiyah’. Bermakna, ia diturunkan
ketika Rasulullah SAW berada di kota Makkah. Pada ketika itu, bangsa Arab
tengah dimabuk harta. Setiap orang berlumba-lumba mengumpul dan menambah harta
sebanyak-banyaknya, bahkan tak kurang juga saling menunjukkan kelebihan dan harta
kekayaan mereka.
.
Menurut Ibn Abbas, al-Kalbi, Muqatil dan Syeikh An-Naisaburi, surah ini diturunkan oleh
Allah SWT ketika kaum Quraisy Makkah saling membanggakan harta yang mereka
miliki. Tepatnya, ketika keturunan Bani Abdul Manaf bersaing dengan keturunan Bani
Saham. Kedua-dua keluarga itu dikenali sebagai golongan kaya yang menguasai
masyarakat kafir Quraisy ketika itu. Kononnya hanya dengan harta yang mereka miliki
sajalah dapat menunjukkan, kekuasaan, kesombongan dan keangkuhan mereka.
.
Masing-masing juga mengaku puak mereka lebih ramai bilangan berbanding puak
lawan, sehingga membawa mereka ke tanah perkuburan untuk mengira kubur datuk
nenek puak-puak mereka yang telah meninggal dunia di Makkah.
ISI KANDUNGAN SURAH AT-TAKASUR
Surah At Takaatsur telah mengingatkan manusia supaya berwaspada dengan
dunia dan bersedia untuk pemergian ke alam akhirat yang pasti tiba. Ringkasnya Surah
At Takaatsur ini mengandungi:
Pertama: Manusia dilalaikan oleh berlumba-lumba kerana mengejar harta kekayaan yang
tidak pernah menjemukan, kedudukan yang selesa dan darjah kebesaran yang
melekakan.
.
Kedua: Mengingatkan manusia dengan persoalan-persoalan yang bakal dihadapi di
Akhirat tatkala di hisab semua amalan yang pernah dilakukan di dunia. Mereka akan
ditanya dari mana sumber kekayaan diperolehi, bagaimana harta diuruskan dan ke mana
ia dihabiskan. Manusia akan menghadapi saat-saat sukar jika gagal menjawab soalan-
soalan ini dengan betul.
.
Ketiga: Mengingatkan manusia dengan huru hara Qiamat, iaitu hari yang tidak berguna
padanya harta dan kekayaan, kecuali yang diuruskan mengikut kehendak Allah dan
Rasul-Nya.
FADHILAT/KELEBIHAN SURAH
1. Sesiapa yang mengamalkan membaca surah At Takaatsur sebanyak 1,000 kali, maka Allah SWT
akan memenuhi hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat.
2. Surah ini dibaca sebanyak 7 kali ketika hujan turun, Allah akan limpahkan kepada si pembacanya
dengan pahala yang amat besar.
3. Sebagai ubat sakit kepala, bacalah surah ini selepas solat asar (sebelum maghrib). Pada waktu ini
perbanyakkanlah membacanya. InsyaAllah segera sembuh.
4. Jika dibaca pada air hujan, kemudian dicampurkan dengan air minuman, InsyaAllah boleh menjadi
penawar yang mujarab. Sebaik-baiknya dibacakan sebanyak 100 kali atau lebih.
PENUTUP Surah ini amat jelas maksudnya. Ia
mengingatkan kita agar memberi
perhatian berat kepada akhirat dan
mengenepikan kenikmatan dunia yang
kecil sahaja dan digemari oleh insan
berjiwa kosong. Di saat kita menikmati
kesihatan yang baik dan masa lapang
dalam kesenangan, masa kita berlalu
dalam jebak kancah kealpaan dan
kelalaian yang sepatutnya diisi dengan
rasa kesyukuran atas nikmat
kurniaanNya.
RUJUKAN https://shafiqolbu.wordpress.com/2
011/11/17/fadhilat-dan-keutamaan-
surah-at-takaatsur/