HANGAT DIPASARAN!!
adamasih
ruang
FADHIL SHARUDIN
Penyihir itu mempunyai seekor kucing
dan topi yang sangat tinggi dengan
memegang tongkat ajaibnya, rambut
berwarna perang yang panjang sambil
memakai reben rambut. Bagaimana
kucing itu boleh tidur? dan mengapa ahli
sihir itu tersengih? sedangkan mereka
duduk di atas batang penyapu mereka
dan terbang melalui angin. Bukankah
mereka patut takut?
Tetapi bagaimana penyihir itu boleh
duduk ibarat bersandar didinding dan
bagaimana kucing itu ingin membuang
najisnya?Sedang duduk diatas penyapu
datang angin bertiup kencang, maka topi
panjang itu telah jatuh ditiup angin.
Turun! Turun! Turun! jerit ahli sihir itu
kepada penyapu ajaibnya dan mereka
terbang turun ke tanah. Mereka mencari
topi itu tetapi tiada topi ditemui.
Tiba-tiba terdengar bunyi nyalakan
anjing keluar dari semak sambil
mengongong topi panjang itu pada mulut
dan giginya. Maka Ahli sihir tersebut
menunduk hormat dan akan menunaikan
hajat si anjing itu tadi. Maka anjing itu
pon berkata “saya seekor anjing yang
pantas dan tajam penglihatan, adakah
masih mempunyai tempat dan ruang
untuk anjing macam saya duduk pada
penyapu ajaib itu”?
"Ya!" menjerit ahli sihir
itu, lalu anjing itu
memanjat penyapu itu.
Ahli sihir itu
mengetukkan kaki
pada batang penyapu
dan berkata whoosh!
whoosh! whoosh!
mereka pun berdesup
pergi meninggalkan
tempat semak itu tadi.
"Sedang bersoronok
anjing, kucing dan ahli
sihir duduk di atas
penyapu ajaib itu,
tetiba datang angin
yang amat kencang
telah menerbangkan
reben rambut penyihir
tersebut.
"Apa lagi, penyihir itu pon
menjerit dengan sekuat
hati, TURUN!!!!, maka
penyampu ajaib itu pon
turun dan mereka mencari
reben rambut itu di semak
samun yang tinggi tetapi
tidak berjaya dijumpai.
"Tatkala mereka mencari reben rambut,
tiba-tiba kedengaran bunyi berkicauan
dengan amat kuat keluar dari pokok,
tetapi ahli sihir itu hanya memekakkan
telinga. Anjing itu tadi pon mengeluarkan
bunyi aum!aum!aum! untuk memberikan
amaran bahawa terdapat burung yang
berwarna hijau dengan reben rambut di
paruhnya. Lalu ahli sihir mendekati
burung itu, burung hijau itu pun
menjatuhkannya reben rambut dengan
sopan dan menundukkan kepalanya
rendah hati.
"Kemudian berkata (sambil penyihir
mengikat rambutnya dengan reben
rambut).. "Saya seekor burung, hijau yang
cantik. Adakah terdapat ruang pada
penyapu untuk burung seperti saya?"
"Ya!" teriak ahli sihir itu, maka burung itu
pon mengibarkan sayapnya. Sepantas
kilat ahli sihir itu itu mengetuk batang
penyapu dan whoosh! Mereka pon hilang,
Zurp!!.
"Di atas sebatang sungai mereka
terbang. Burung itu menjerit
keriangan dan angin ribut bertiup
kencang. Kawalan penyapu ajaib
tidak terkawal, kemudian ahli sihir
itu telah melepaskan tongkatnya
ajaibnya sambil berkata “aduh, asyik
jatuh ja bila angin datang!!!” ketiga-
tiga haiwan itu gelak tawa melihat
gelagat ahli sihir itu.
Turun!" jerit ahli sihir itu dan mereka
terbang turun ke tanah. Mereka mencari
tongkat itu tetapi tiada tongkat yang
ditemui. Sedang mencari tongkat keluarlah
seekor katak
secara tiba-tiba. Katak itu pun berbunyi,
ong! Ong! Ong! Sambil menghulurkan
tongkat ajaib yang ditemuinya dalam sungai
itu. Lantas katak pon berkata “aku akan
bagi tongkat ini sekiranya ada ruang pada
tongkat ajaibmu untuk aku ikuti, aku
hanyalah seekor katak yang bersih”. Ahli
sihir yng diam membisu lalu berkata,
BOLEH!!! Masih ada ruang pada penyapu
ajaibku ini! Sila-sila kerana mereka semua
ini telah membantuku juga tadi. Hahahaha
(mereka semua bergelak ketawa)
Ahli sihir pon mengeluarkan kata-kata
ajaibnya whoosh!whoosh! lalu mereka pon
menghilangkan diri bersama penyapu itu ke
tempat lain. Sedang duduk beramai-ramai
atas batang penyapu ajaib itu, tiba tiba
kepui-kepui asap keluar dan penyapu dalam
keadaan yang tak terkawal lalu telah patah
kepada dua bahagian “Tolong-tolong, jerit
haiwan-haiwan tersebut.
Kucing, katak, anjing jatuh ke dalam paya.
Burung terbang menyelamatkan dirinya.
Batang penyapu patah separuh itu terbang
ke awan dan ke tanah, tiba-tiba penyihir itu
mendengar bunyi ngauman yang
menakutkan dan kuat.. “ROAR” “ROAR”!!
Saya seekor naga, yang kuat dan
gagah, saya mahukan makanan
petang BISKUT BADAN ENGKAU
untuk teh saya!"
"Tidak!" jerit ahli sihir itu, terbang
semakin tinggi. Naga itu terbang
mengejarnya dan menghembuskan api.
"Tolong!" jerit ahli sihir itu, terbang
turun ke tanah. Dia memandang
sekeliling tetapi tiada bantuan dapat
ditemui.
Naga itu mendekat dan menjilat
bibirnya, sambil berkata. "Mungkin
sekali ini saya akan mempunyai ahli
sihir tanpa biskut cicah teh."
Seronok naga itu nak makan ahli sihir
dan mahu memulakan pestanya, Dari
paya itu muncul seekor binatang yang
mengerikan. Ia tinggi, gelap dan
melekit, dan berbulu dan berbulu. Ia
mempunyai empat kepala yang
menakutkan. Ia mempunyai sayap
seperti burung dan suaranya yang
dahsyat, apabila ia mula bercakap.
WOI!! Itu ahli sihir saya, jangan engkau
berani dekati dia!!! Akan aku makan
kau naga sebagai lauk untuk makan
malam aku. HA HA HA HA. Jangan kau
cuba berani apa apakan ahli sihir itu!!!
Naga itu berundur
dan dia mula
bergetar lutut kaki.
"Saya minta maaf!"
dia membebel. "Saya
membuat kesilapan.
Naga sepantas kilat
melarikan diri dan
dia mengembangkan
sayapnya terbang
ke langit dengan
selaju mungkin.
HAHAHA gelak merek
dengan naga tersebut.
Mereka pon turun dari
paya yang mereka bina
bersama dan turun
secara melompat oleh
katak. Turun pula
kucing dan "Fuh!" kata
anjing itu.
"Terima kasih, oh, terima kasih!"
penyihir
yang bersyukur itu menangis. "Tanpa awak
semua saya akan jadi makanan petang naga
itu."
. "Kemudian ahli sihir itu mengunakan
tongkatnya lalu mengeluarkan kualinya
dan berkata sambil tersenyum, "Cari
sesuatu untuk dicampakan kedalam kuali
itu. Cepat!Cepat! mereka pon mencari
Katak jumpa bunga lili, kucing jumpa
jagung, burung pula jumpa ranting dan
anjing jumpa tulang.
Mereka melemparkan mereka semua dan
ahli sihir itu mengacau dengan laju
sambil mengeluarkan jampi dengan
menggumamkan mantera. "ZAM ZAM
ALA KAZEBO ZAM MI MI UUU”
Kemudian keluar satu wangian yang
menakjubkan kerana, “PENYAPU YANG
MEMANG HEBAT”! Kata mereka.
Maka terjadilah tempat duduk untuk ahli
sihir dan kucing dan anjing. Sarang untuk
burung dan pancuran untuk katak.
"Ya!" ini semua sebab jasa dan kebaikan
kamu semua!! teriak ahli sihir itu dan
mereka semua memanjat naik. Ahli sihir
itu mengetuk batang penyapu dan
whoosh! mereka telah kini batang
penyapu sudah semakin luas dan selamat
untuk mereka duduki.
TAMAT