The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

D6-LUQMAN UMAR AZIZ BIN TARMIZI (TUGASAN 2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipg002984, 2022-03-31 09:52:41

D6-LUQMAN UMAR AZIZ BIN TARMIZI (TUGASAN 2)

D6-LUQMAN UMAR AZIZ BIN TARMIZI (TUGASAN 2)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2018)

KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

(EDUP3163)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR LUQMAN UMAR AZIZ BIN TARMIZI

ANGKA GILIRAN 2018192340108

NOMBOR KAD PENGENALAN 990302065455

KUMPULAN PISMP D6
TUGASAN TUGASAN 2

NAMA PENSYARAH DATIN PADLON BINTI ABD RAHMAN

TARIKH HANTAR 31 MAC 2022

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH

KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
PENGENALAN
1.0 PROSES PEMBUDAYAAN MASYARAKAT MALAYSIA 1

1.1 ASIMILASI 2
1.2 AKULTURASI
1.3 AKOMODASI 3
1.4 AMALGAMASI 4–5
1.5 SEGRESI 5–6
2.0 DASAR PERPADUAN NEGARA
3.0 USAHA MEMBINA PERADABAN BERDASARKAN DASAR 6
PERPADUAN 7
RUMUSAN
RUJUKAN

PENGENALAN

Setiap bangsa yang dan kaum mempunyai bahasa serta budaya hidupnya yang tersendiri.
Budaya ini muncul kerana manusia melalui proses bagi menyesuaikan diri mereka dengan
keadaan sekeliling. Proses ini berlaku kerana, budaya sifatnya berubah mengikut peredaran
zaman. Perubahan serta percampuran budaya yang berlainan inilah yang akan menyebabkan
proses pembudayaan berlaku. Apabila proses pembudayaan terjadi, maka keseragaman
budaya turut terjadi. Keseragaman budaya ini akan membawa ke arah pembinaan tamadun
masyarakat yang diwarisi serta sifatnya dinamik.

1.0 PROSES PEMBUDAYAAN MASYARAKAT MALAYSIA

Proses pembudayaan merupakan satu proses bagaimana sesuatu budaya itu diserap ke
dalam suatu kelompok masyarakat. Dalam konteks masyarakat Malaysia proses
pembudayaan telah berlaku sejak dahulu lagi. Proses ini berlaku daripada interaksi antara
satu kelompok masyarakat dengan kelompok masyarakat yang lain. Proses pembudayaan
dapat dibahagikan kepada lima jenis, iaitu :

ASIMILASI

SEGRESI AKULTRASI

PROSES
PEMBUDAYAAN

AMALGAMASI AKOMODASI

Rajah 1.0, Proses Pembudayaan

1

1.1 ASIMILASI

Asimilasi ialah proses di mana sesuatu kelompok masyarakat minoriti menyerap
budaya kelompok masyarakat dominan di sesebuah tempat (Mansor, Abdul Rahman
dan Mohamad Ainudin, 2007). Asimilasi juga terbahagi kepada dua iaitu asimilasi
budaya dan struktur. Asimilasi budaya adalah apabila sesuatu kelompok masyarakat
itu mempelajari budaya masyarakat setempat seperti bahasa pertuturan serta cara
berpakaian. Manakala, asimilasi struktur ialah kelompok masyarakat minoriti terlibat
dengan aktiviti sosial atau institusi masyarakat setempat seperti mula terlibat dalam
politik atau organisasi tertentu. Di negara kita, proses asimilasi dapat dilihat melalui
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama serta cara berpakaian seperti
masyarakat India dan Cina memakai baju melayu dan baju kurung.

1.2 AKULTURASI

Proses akulturasi ialah perubahan atau pinjaman unsur-unsur budaya satu
masyarakat daripada masyarakat yang lain (Mardiana dan Hasnah, 2003).
Maksudnya, satu kelompok masyarakat itu perlu berkongsi kebudayaan seperti
menggunakan bahasa yang sama untuk mengelakkan berlakunya gangguan
disebabkan perbezaan antara bangsa dan kaum. Unsur ini digunakan dan disesuaikan
dengan kelompok masyarakat tersebut. Sebagai contoh, pemakaian tali leher dan
suits ialah budaya barat tetapi dipinjam oleh masyarakat Malaysia dalam situasi
tertentu seperti majlis rasmi bagi mengikut protokol yang ditetapkan dan disesuaikan
dengan budaya Malaysia misalnya, pemakaian Three Pieces oleh wanita Melayu
diolah dengan menyesuaikannya dengan pemakaian tudung.

1.3 AKOMODASI

Akomodasi ialah setiap kelompok masyarakat dari bangsa atau kaum berlainan
menghormati budaya antara satu sama lain dan mempertahankan budaya masing-
masing (Shamsul Amri, 2007). Setiap bangsa yang tinggal dibawah satu bumbung
bebas mengamalkan budaya masing-masing dan perlu menghormati budaya
masyarakat lain bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan. Dalam konteks
masyarakat majmuk di Malaysia setiap bangsa bebas mengamalkan budaya mereka
seperti kaum Melayu meriakan hari raya, kaum India boleh meraikan perayaan mereka
seperti Deepavali dan Thaipusam dan kaum Cina boleh menyambut Tahun Baru Cina.
Situasi ini masih berlaku kerana adanya sifat saling menghormati antara satu sama
lain walaupun berbeza latar belakang budaya.

2

1.4 AMALGAMASI
Proses amalgamasi berlaku apabila satu ras dan budaya bercampur seterusnya
mewujudkan satu ras dan budaya baharu (Syamsul Amri, 2007). Proses ini terjadi
apabila berlakunya perkahwinan campur daripada ras yang berlainan. Apabila
algamasi berlaku melalui perkahwinan campur ini maka satu budaya baharu wujud
hasil daripada penyatuan ini. Contohnya, amalgamasi yang jelas di Malaysia ialah
masyarakat Baba Nyonya yang wujud daripada perkahwinan antara masyarakat
Melayu dan masyarakat Cina. Budaya Baba Nyonya juga ada berbeza daripada
kedua-dua budaya ini.
1.5 SEGRESI
Segresi ialah pengasingan satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain.
Proses ini berlaku disebabkan perbezaan ciri kebudayaan atau agama serta berlaku
dalam situasi seperti pengasingan tempat tinggal dan jenis pekerjaan. Proses ini dapat
dilihat apabila penajajah barat mewujudkan dasar pecah dan perintah iaitu, kaum
Melayu tinggal dikampung dan bercucuk tanam serta menternak haiwan, kaum India
bekerja dan tinggal di ladang serta estet dan kaum Cina bekerja di lombong. Pada
masa kini, kita masih dapat melihat proses segresi berlaku kerana wujudnya sekolah
vernakular iaitu pengasingan antara Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan India (SKJT).
Proses-proses ini menunjukkan bagaimana proses pembudayaan masyarakat di
Malaysia berlaku. Selain itu, proses pembudayaan ini juga dapat menggambarkan bagaimana
perpaduan yang kuat dapat dilihat dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum. Walaupun berbeza latar belakang tetapi kita masih boleh tinggal sebumbung dan
menerima budaya masyarakat lain. Jadi, sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai
latar belakang budaya secara tidak langsung, proses-proses pembudayaan ini berlaku secara
langsung dan tidak langsung serta kita perlulah mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan
yang telah dikecapi agar tidak berlakunya perselisihan antara kaum.

3

2.0 DASAR PERPADUAN NEGARA

Dasar Perpaduan Negara (DPN) digubal berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara untuk bertindak sebagai dasar yang memayungi semua usaha serta komitmen
kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional. Melalui penggubalan DPN
juga, isu dan cabaran dalam mengukuhkan perpaduan dapat dikenal pasti serta dikaji untuk
mendapatkan penyelesaian yang terbaik untuk mencapai objektifnya dan juga berpadukan
teras utamanya (Kementerian Perpaduan Negara, 2021). Terdapat tiga objektif DPN, iaitu :

Mengukuhkan perpaduan dan integrasi
nasional berteraskan Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara.

Membentuk identiti nasional dengan
semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi,
saling menghormati dan bertanggungjawab.

Melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai
dan mengamalkan perpaduan.

Rajah 2.0, Objektif DPN
Tiga teras bagi DPN pula ialah :

Patriotisme Identiti Ekosistem
dan nasional perpaduan

demokrasi

Rajah 3.0, Teras DPN
4

Natijahnya, teras yang digariskan dalan DPN perlu diamalkan serta difahami dan
semua pihak perlu memberikan kerjasama dalam memastikan matlamat DPN dapat dicapai
iaitu bagi memupuk, mengukuh serta memelihara perpaduan. Perpaduan juga memerlukan
peranan daripada semua pihak keseluruhannnya kerana perlu diperkukuh dan dipelihara
secara berterusan.

3.0 USAHA MEMBINA PERADABAN BERDASARKAN DASAR PERPADUAN

Usaha membina peradaban bergantung kepada bagaimana masyarakat yang hidup dengan
latar belakang berbeza saling bertoleransi antara satu sama lain. Dalam membina peradaban
juga, ilmu serta budaya juga merupakan perkara yang penting (Amini Amir, 2014). Jika hal ini
diamalkan seperti saling menghormati budaya antara satu sama lain masyarakat akan lebih
bertoleransi selaras dengan objektif Dasar Perpaduan Negara (DPN) iaitu melahirkan rakyat
yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.

Pada pandangan saya juga, usaha ini boleh dikaitkan dengan salah satu proses
pembudayaan iaitu, akomodasi kerana seitap masyarakat perlulah saling menghormati
budaya masyarakat yang lain. Contohnya, di Malaysia yang mempunyai masyarakat yang
majmuk perlulah sentiasa bersatu padu dan menghormati budaya lain agar tidak berlaku
perselisihan seterusnya dapat membina dan mempertahankan peradaban negara.

Usaha membina peradaban juga bergantung kepada sejauh mana pencapaian serta
pembangunan manusia sama ada dalam bentuk fizikal atau spiritual (Amini Amir, 2014).
Spriritual boleh dikaitkan dengan semangat patriotisme dalam diri masyarakat yang
menghargai kemerdekaan serta kemakmuran seperti teras utama DPN iaitu patriotisme dan
demokrasi. Apabila semangat ini sentiasa ada dalam diri masing-masing maka objektif DPN
juga dapat dicapai iaitu melahirkan masyarakat yang mempunyai identiti nasional dengan
semangat jati diri dan patriotik.

Hal ini amat penting kerana, pencapaian dan perkembangan sesebuah peradaban
meliputi aspek rohani dan jasmani (Norazlan dan Aiza, 2014). Pada pandangan saya,
semangat patriotisme perlu ada dalam diri seluruh masyarakat kerana dengan semangat
inilah yang akan menjadikan kita lebih bersatu padu dalam usaha mencapai objektif dan
matlamat DPN. Tambahan lagi, proses pembudayaan seperti segeresi iaitu pengasingan
etinik-etnik perlu dielakkan supaya tidak wujud kelompok masyarakat yang hanya
mempertahankan budayanya sahaja dan tidak bercampur dengan masyarakat lain.

5

Akhir sekali, dalam membina peradaban juga, hubungan sesama masyarakat juga
amat penting kerana dapat menentukan jatuh bangun peradaban manusia (Norazlan dan
Aiza, 2014). Jika hubungan sosial tidak utuh maka akan berlaku perpecahan dan membawa
kepada keruntuhan peradaban. Perkara ini penting kerana selaras dengan objektif DPN, iaitu
mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional. Selain itu, proses pembudayaan juga ada
menyebut tentang hal ini, iaitu proses asimilasi iaitu menerima dan menyerap kebudayaan
masyarakat sekeliling.

Melalui proses ini, masyarakat akan lebih bersatu kerana masing-masing dapat
menerima budaya masyarakat lain dan menyerapnya ke dalam budaya mereka. Contohnya,
makanan tradisional Melayu boleh dimakan oleh setiap lapisan masyarakat dan budaya. Pada
pendapat saya, usaha ini boleh dilaksanakan oleh seluruh anggota masyarakat misalnya
sentiasa menghormati antara satu sama lain serta menjalinkan hubungan yang baik sesama
masyarakat. Misalnya, saling bertegur sapa dan menjaga pertuturan apabila berbicara agar
tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Justeru, berdasarkan usaha yang dibincangkan wajarlah sebagai masyarakat
Malaysia kita mengamalkannya. Usaha-usaha ini juga penting dalam membina dan
mempertahankan peradaban agar kekal kukuh dan tidak mudah runtuh atau tergugat dengan
anasir-anasir yang tidak baik. Tambahan lagi, usaha ini juga adalah berdasarkan DPN untuk
mencapai matlamat dan objektifnya.

RUMUSAN

Kesimpulannya, proses pembudayaan masyarakat Malaysia berlaku melalui beberapa proses
iaitu, asimilasi, akulturasi, akomodasi, amalgamasi dan segresi. Proses-proses inilah yang
membawa kepada kepelbagaian budaya di negara kita dan menjadikan budaya Malaysia unik.
Selain itu, Dasar Perpaduan Negara juga digubal untuk menjadikan perpaduan masyarakat
sentiasa utuh berdasarkan matlamat, dan teras untuk mencapai objektifnya. Dasar ini juga
menjadi rujukan kepada kita dalam usaha membina sebuah peradaban di negara kita. Oleh
itu, kita perlulah sentiasa berusaha ke arah membina peradaban melalui usaha-usaha yang
telah dibincangkan supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya pergaduhan dan
perpecahan masyarakat.

6

RUJUKAN
Amini Amir Abdullah. 2014. Masa Depan Peradaban Manusia. Artikel. Serdang : Penerbit

Universiti Putra Malaysia.
Norazlan Hadi Yacood dan Aiza Maslan @ Baharudin. 2014. MANUSIA DAN

PERKEMBANGAN PERADABAN: BEBERAPA ASPEK PEMIKIRAN MALEK
BENNABI DAN Ali Syariati. Jurnal Vol.7, No.1. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Laman Web Rasmi Kementerian Perpaduan Negara. 2021. Dasar Perpaduan Negara.
Putrajaya : Kementerian Perpaduan Negara.
Mansor Mohd Noor, Abdull Rahman Abdul Aziz Dan Mohamad Ainuddin Iskandar Lee. 2007.
Hubungan Etnik Di Malaysia. Selangor : Prentice Hill.
Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin. 2003. Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbitan
Fajar Bakti.
Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam : Pusat Penerbitan
Universiti, UiTM

7


Click to View FlipBook Version