jenis jenis cerita
KURA KURA INGIN TERBANG
Pada suatu hari,Sang Kura Kura ternampak seekor helang terbang tinggi.Ia juga ingin
terbang.
“Ajarkan aku terbang”,ujar Sang Kura Kura kepada Sang Helang.
“Kamu tidak mempunyai sayap,” balas Sang Helang. NamunSang Kura Kura terus
merayu.Akhirnya,Sang Helang bersetuju. Sang Helang pun mengangkat Sang Kura Kura
hingga ke udara.Kemudian Sang Helang melepaskan Sang Kura Kura dan menyuruhnya
mengibarkan kakinya seperti sayap.
Malangnya,Sang Kura Kura terjatuh dan menyedari bahawa dia tidak boleh terbang.
KURA KURA DAN ARNAB YANG SOMBONG
Pada suatu hari,kura kura sedang berjalan menuju ke tempat biasa berjumpa dengan sang kancil,sang
monyet, dan haiwan yang lain.Ketika itu,arnab datang dan berhenti di depan kura kura sambil
mengejek kura kura yang jalan sangat perlahan.
Ketika kura kura sampai di tempat perjumpaan dengan haiwan yang lain,arnab duduk di samping
haiwan yang lain sambil ketawa ke arah kamu.
Kancil pergi ke arah kura kura dan memberitahu kalau arnab mahu lawan lumba lari dan yang kalah
akan jadi hamba kepada pemenang.Kura kura pun bersetuju dan akan membuktikan kalau dia akan
menang dan mengalahkan arnab.
Pada hari perlawanan kura kura keluar rumah lebih awal supaya cepat sampai ke tempat larian.Ketika
sampai semua haiwan sudah berkumpul di situ untuk menyaksikan perlumbaan larian antara kura kura dan
arnab. Semua haiwan gelakkan kura kura kerana tahu kalau dia akan kalah dan tidak layak untuk berlawan
dengan sang arnab.
Setelah perlumbaan dimulakan , arnab terlebih dahulu lari dengan laju sehinga tiidak kelihatan.Kura kura
tetap berusaha untuk menang dan ketika itu,kura kura melihat arnab sedang tidur di bawah pokok dan
terus lari tanpa buat bising.
Ketika kura kura hampir dengan garsan penamat arnab bangun kerana terdengar suara bising dan melihat
Kura kura sudah hampir dengan penamat dan arnab terus lari dengan laju.Dan akhir sekali pemenangnya
adalah kura kura .Semua haiwan memberikan tepukan gemuruh untuk kura kura dan arnab terus balik
kerana malu dengan semua orang