The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

30130737-Kertas-Kerja-Keceriaan-Pusat-Sumber-2009

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NurHafizoh Idris, 2020-02-27 01:09:47

30130737-Kertas-Kerja-Keceriaan-Pusat-Sumber-2009

30130737-Kertas-Kerja-Keceriaan-Pusat-Sumber-2009

PUSAT SUMBER SMK SEGAMBUT 2020

KERTAS KERJA

TRANSFORMASI DAN PENAMBAHBAIKAN INFRASTRUKTUR
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK SEGAMBUT

PENDAHULUAN

Pusat Sumber merupakan pusat ilmu yang menjadi sumber rujukan bagi para pelajar SMK
Segambut dan juga guru-guru. Antara peranan penting pusat sumber adalah membentuk profesion
perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah
guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan
agama, membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah
pelajar supaya dapat memainkan peranan positif. Selain itu, pusat sumber juga prihatin terhadap
persekitaran sekolah. Atas dasar tanggungjawab terhadap persekitaran sekolah, adalah wajar agar pusat
sumber mempunyai kawasan koridor sendiri supaya kaedah untuk membudayakan ilmu bukan sahaja
tertakluk di dalam pusat sumber sahaja malah boleh disebarkan di luar terutamanya di persekitaran
sekolah. Oleh itu, pusat sumber telah memutuskan untuk menjadikan koridor di sepanjang Blok A di
SMK Segambut sebagai laman koridor ilmiah.

RASIONAL
Selain berperanan menyediakan bahan-bahan yang berilmiah terhadap warga SMK Segambut,

keadaan persekitaran yang cantik dan kondusif juga menjadi faktor penting untuk menarik murid dan
kakitangan sekolah untuk datang ke pusat sumber dengan lebih kerap. Keadaan laman koridor ilmiah
yang cantik dan selesa juga penting untuk menjadikan kawasan koridor tersebut sebagai salah satu
tempat santai yang berguna dalam menanam minat murid terhadap gaya membaca secara santai

OBJEKTIF

• Mendekatkan para pengawas dengan perpustakaan serta menjadikan khidmat bakti kepada
perpustakaan sebagai satu rutin asas amalan kehidupan sepanjang hayat.

• Pusat Sumber
o Mengoptimunkan penggunaan pusat sumber sekolah dalam kalangan warga
SMK Segambut
o Mengubah pandangan warga SMKS terhadap peranan pusat sumber
o Membentuk wajah pusat sumber yang lebih baik dan selesa
o Menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh kedamaian.

1

PUSAT SUMBER SMK SEGAMBUT 2020

• Laman Koridor
o Menjadi tempat santai yang berilmu dalam kalangan pelajar
o Membentuk sebuah laluan koridor yang mempunyai nilai-nilai positif dn
berilmiah untuk murid
o Membentuk budaya kerja seperti bekerjasama, berdaya-saing dan semangat
berpasukan di kalangan guru pusat sumber, pengawas pusat sumber dan warga
sekolah.

• Menjadi ‘benchmark’ pusat sumber

TEMA
`Pusat Sumber Transformasi Menjana Kreativiti ’.

TEMPAT
Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut, Jalan Segambut,
51200 Segambut, Kuala Lumpur.
TARIKH DAN MASA
Tarikh:April - Disember 2020

ORGANISASI
Rujuk Lampiran 1
IMPLIKASI KEWANGAN
Rujuk Lampiran 2

LOKASI SASARAN
• Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut
• Kawasan Laluan Koridor Blok A

PENUTUP

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya
dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama
ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa
jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dan segala perancangan, pengurusan
dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat dapat berjalan dengan lancar.

2

PUSAT SUMBER SMK SEGAMBUT 2020

Disediakan oleh,
..................................................
NUR HAFIZOH BINTI IDRIS
Guru Perpustakaan dan Media
SMK Segambut.
Disemak oleh,
...................................................................................
SHARIFAH BINTI MAT DERIS@MOHD IDERIS
Guru Perpustakaan dan Media
SMK Segambut.
Disahkan oleh,
...............................
TAN SIEW CHOO
Pengetua
SMK Segambut

3

PUSAT SUMBER SMK SEGAMBUT 2020

Lampiran 1 STRUKTUR ORGANISASI
PENAUNG
PENASIHAT : Pengetua SMKS
Pn. Tan Siew Choo

: Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Sharifah Bt Mat Deris@Mohd Ideris

Penolong Kanan HEM
Pn. Normah Bt Hasan

Penolong Kanan Kokurikulum
Pn. Hartini Bt Ramli

Penolong Kanan PPKI
En. Rizduan Bin Mohd Yusof

PENYELARAS : Pn. Nur Hafizoh Binti Idris

PENOLONG PENYELARAS : Pn. Azzatul Farah Binti Che Baharudin

AHLI J/KUASA : 1. Ahli Jawatankuasa Induk PSS
2. Ahli Jawatankuasa Kerja PSS
3. Pengawas Pusat Sumber Sekolah

4

PUSAT SUMBER SMK SEGAMBUT 2020

Lampiran 2

IMPLIKASI KEWANGAN

1. Anggaran Perbelanjaan

BIL ITEM KUANTITI ANGGARAN IMPLIKASI KEWANGAN

HARGA

1 Kerusi Indoor 20 RM 600.00 Sumbangan Luar

2 Meja Indoor 5 RM250.00 Dana PSS

3 Meja Outdoor 3 RM1000.00 Sumbangan Luar

4 Kerusi Outdoor 6 RM200.00 Dana PSS

5 Beans Bag 6 RM1000.00 Sumbangan Luar

6 Cat Putih Outdoor 5 3 RM600.00 Sumbangan Luar

liter

7 Cat Hijau Muda 3 RM600.00 Sumbangan Luar

Outdoor 5liter

8 Berus Cat (Roller) 8 RM25.00 Dana PSS

9 Pokok Daun Hiasan 6 RM1200.00 Sumbangan Luar

10 Sticker wallpaper 1 RM250.00 Sumbangan Luar

kaunter sirkulasi RM500.00 Sumbangan Luar

11 3D Foam Bricks 10set RM1200.00 Sumbangan Luar

Wallpaper RM2500.00 Sumbangan Luar

12 Rumput Artificial (2m x 8 RM45.00 Dana PSS
RM45.00 Dana PSS
4m) RM1000.00 Sumbangan PIBG
RM150.00 Sumbangan Luar
13 Rak kayu putih 4x4 8 RM900.00 Sumbangan Luar

hole RM850.00 Sumbangan Luar
RM600.00 Sumbangan Luar
14 Double foam tape 20 RM13515.00

15 Acrylic tape 20

16 LCD Projektor 2

17 Kain Ela 6set

18 Sheeer curtain (rainbow 15 set

theme)

19 Wiring Service -

20 Carpenter service -

JUMLAH BESAR

5

PUSAT SUMBER SMK SEGAMBUT 2020
BERIKUT ADALAH GAMBAR TERKINI PUSAT SUMBER SMK SEGAMBUT
TAHUN 2020:

RAK-RAK BUKU YANG PERLU DIBAIK PULIH SEMULA
6

PUSAT SUMBER SMK SEGAMBUT 2020

BAHAGIAN PERMAINAN DALAMAN MURID DAN SUDUT NOVEL
7

PUSAT SUMBER SMK SEGAMBUT 2020
GAMBARAN PENUH PUSAT SUMBER SMK SEGAMBUT

8

PUSAT SUMBER SMK SEGAMBUT 2020
SUDUT BUKU NILAM DAN SUDUT SEJARAH
SUDUT LITERASI MAKLUMAT DAN SUDUT GEOGRAFI
Berikut adalah blog pusat sumber smk segambut :

9


Click to View FlipBook Version