SMK TAMAN KOTA JAYA,
KOTA TINGGI.
UJIAN 2 1103/2
BAHASA MELAYU Satu Jam Tiga Puluh Minit
Tingkatan 5
September 2021
1 jam 30 minit
1. Kertas soalan ini mengandungi lima soalan. Satu soalan daripada bahagian A dan lima
soalan daripada bahagian B.
2. Jawab semua soalan. Murid wajib
3. Jawapan bagi setiap soalan berdasarkan pelbagai bahan dan sumber.
menulis jawapan dengan merujuk semua bahan yang disediakan.
4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas kajang.
5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak termasuk muka depan
BAHAGIAN A
[30 Markah]
[Masa dicadangkan : 30 minit]
Maklumat di bawah berkaitan dengan amalan kebersihan dalam kehidupan masyarakat.
Huraikan pendapat anda tentang amalan kebersihan dalam kehidupan masyarakat.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
2
BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[ 35 markah ]
SOALAN 1 : MORFOLOGI
Baca petikan di bawah dengan teliti, senaraikan tiga kata nama am dan dua kata nama khas.
Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
Sejak dibuka kepada orang ramai pada tahun 1995, Air Terjun Telaga Tujuh amat dikagumi
dan dikenali ramai sebagai air terjun paling cantik di Langkawi, Kedah. Air terjun ini
bermula dari kawasan puncak Gunung Machinchang lalu membentuk tujuh buah air terjun
dengan tujuh buah telaga di tujuh ketinggian yang berbeza. Air terjun yang turun meresap
masuk ke dalam tanah lalu ditapis. Air jernih ini akan mengalir dari satu telaga ke satu
telaga yang lain.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Keajaiban Telaga Tujuh’
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, DBP, m/s 178.
[10 markah]
3
SOALAN 2 : SINTAKSIS
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat majmuk yang bergaris dalam petikan
kepada ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.
Skrip drama berbeza daripada novel dan cerpen. Dalam dua genre ini, situasi bagi peristiwa
yang berlaku akan dijelaskan secara rinci kepada pembaca. Dalam skrip drama pula,
pembaca hanya akan diberikan gambaran umum tentang situasi atau latar. Skrip drama
boleh digerakkan oleh dialog manakala pemikiran pengarang dapat disampaikan melalui
dialog watak-watak dalam drama. Skrip drama yang baik akan dapat memberikan
gambaran yang jelas tentang pemikiran pengarang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tahukah Anda?’
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, DBP, m/s 131.
[6 markah]
4
SOALAN 3 : PENYUNTINGAN
Dalam petikan di bawah, terdapat lapan kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada lapan kesalahan
yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Yayasan Salam Malaysia atau ringkasnya SALAM adalah badan bukan kerajaan yang
diadakan pada tahun 1997. Penubuhannya adalah bertujuan untuk menanamkan
semangat sukarelawan dalam kalangan masyarakat. Para sukarelawan SALAM yang
mampu meujudkan kesejahteraan dalam komuniti dengan cara memupuk etika
perkongsian, sikap bantu-membantu dan saling sayang-menyayangi. Oleh itu, rakyat
Malaysia yang berumur 18 tahun di atas dialu-alukan untuk menyertai sukarelawan
SALAM.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Yayasan Salam’
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, DBP, m/s 124.
[8 markah]
5
SOALAN 4 : BAHASA MELAYU STANDARD
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
“Hai Temenggung, suruh segala saudagar berkawal pada kampungnya!”. Maka
Temenggung pun menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar. Kertala
Sari pun membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Setelah hari pun
siang, orang kaya-kaya itu pun datang menghadap raja dan mengadukan halnya kecurian
semalam itu. Baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam Buku Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul DBP, m/s 32.
[5 markah]
6
SOALAN 5 : PERIBAHASA
Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat-tempat kosong dengan peribahasa
yang sesuai.
Suresh : Wah, bersih sungguh tempat ini! Dahulu tidak begitu.
Haziqah : ______________________. Kini, kesedaran tentang penjagaan kebersihan di
tempat awam semakin meningkat.
Arman : Minggu lepas, saya dan Haziqah ke tempat perkelahan yang berhampiran
dengan rumah saya. Keadaannya agak mendukacitakan.
Haziqah : Betulkah begitu Suresh?
Suresh : Betul, Haziqah. Tempat ini bersih sungguh sebelum ini.
Haziqah : Aduhai, sungguh tak sangka! Janganlah kita menjadi ___________________.
Arman : Ya, kesedaran tentang penjagaan awam perlu bermula dari rumah. Ibu bapa
perlu menjadi contoh kerana __________________________.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Komik Bahasa’
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, DBP, m/s 82
[6 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
7