SMK. METHODIST (ACS) SITIAWAN
32000 SITIAWAN, PERAK
PEGAWAI PEGAWAI KEJOHANAN
PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN (PANDUAN RINGKAS UNTUK PEGAWAI)
BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
1 Pengarah Hendaklah merancang semua keperluan kewangan (budget),
Pertandingan jawatankuasa, peralatan dan arena pertandingan bagi
menganganjurkan kejohanan.
Mendapatkan wang peruntukan untuk mengajurkan
pertandingan / kejohanan
Melantik dan mengagihkan tugas kepada semua
jawatankuasa yang berkenaan .
Memastikan pertandingan dapat dilaksanakan dengan baik
tanpa sebarang masalah.
2 Pengurus Kejohanan Bertangungjawab dan menentukan kejohanan berjalan
dengan lancar.
Memastikan semua pegawai telah melaporkan diri untuk
bertugas.
Bertanggung jawab sepenuhnya keatas pegawai yang
bertugas semasa pertandingan.
Melantik pegawai pengganti sekiranya perlu.
Semua guru diminta memberikan kerjasama apabila diminta
menggantikan seseorang pegawai yg tidak hadir, atau
berada di stesen yang kurang pegawai bertugas.
3 Penolong Pengurus Bertanggungjawab membantu Pengurus Kejohanan.
Kejohanan Menjalankan tugas selaku Pengurus Kejohanan sekiranya
beliau tidak dapat dihubungi untuk membuat sesuatu
keputusan.
Bertanggungjawab menguruskan mesyuarat jawatankuasa
kerja atau induk dan penyediaan laporan kejohanan
4 Pengurus Teknik Menguruskan dan menyediakan semua peralatan
pertandingan untuk acara balapan dan padang.
Memastikan alatan untuk pertandingan adalah mengikut
spesifikasi rasmi dan peraturan pertandingan.
Memastikan tempat pertandingan untuk acara balapan dan
padang disedia dan disiapkan mengikut peraturan sebelum
pertandingan.
Menyediakan dan mengedarkan semua kad skor dan borang
yang diperlukan dalam pertandingan.
SMK. METHODIST (ACS) SITIAWAN
32000 SITIAWAN, PERAK
PEGAWAI-PEGAWAI PERTANDINGAN (PANDUAN RINGKAS UNTUK PEGAWAI)
5 Refri Memastikan semua Peraturan kejohanan dipatuhi dan
membuat keputusan terhadap sebarang perkara / masalah
yang timbul ketika pertandingan.
Mempunyai kuasa dalam membuat keputusan dalam hal-hal
yang berkaitan dengan pelepasan / permulaan pertandingan.
Menyemak semua keputusan yang diterima daripada ketua
bahagian yang berkenaan dan menandatanganinya sebagai
tanda pengesahan daripada beliau.
Menyampaikan amaran dengan menunjukkan kad kuning
atau kad merah sebagai tanda penyingkiran sekiranya atlet
berkelakuan tidak senonoh atau menyalahi undang-undang
atau peraturan permainan.
Menerima dan mengesahkan semua keputusan yang
ditandatanganinya dan serahkan kepada kepada Setiausaha
Pertandingan dengan segera sebaik sahaja beliau dapat
menyelesaikan masalah yang timbul pada keputusan yang
diterima daripada Ketua Hakim.
6 Ketua Hakim Menyusun kedudukan pemenang mengikut turutan yang
betul.
Menentukan dan mengesahkan pemenang bagi acara yang
dipertandingkan.
Mendapatkan pengesahan bagi semua keputusan daripada
Referi dan menghantar keputusan tersebut kepada
Setiausaha Pertandingan (Pencatat Keputusan) dengan
segera untuk direkod.
Sekiranya tidak dapat membuat keputusan maka hendaklah
hal ini dirujuk kepada Refri suapaya beliau dapat membuat
keputusan.
7 Hakim Balapan Menentukan kedudukan peserta dari bahagian luar balapan.
Semua hakim mestilah berada dalam satu barisan yang lurus
sebaris dengan garisan penamat.
Mengenalpasti dan menentukan pemenang dalam semua
acara yang dipertandingkan.
Dapat membuat keputusannya tanpa dipengaruhi oleh mana-
mana pihak.
8 Hakim Padang Menghakimi dan merekodkan setiap percubaan dan
mengukur setiap percubaan sah peserta-peserta dalam
semua acara padang.
Menunjukkan isyarat dengan bendera putih bagi percubaan
yang sah dan bendera merah bagi percubaan yang tidak sah.
Dapat membuat keputusannya tanpa dipengaruhi oleh mana-
mana pihak.
SMK. METHODIST (ACS) SITIAWAN
32000 SITIAWAN, PERAK
9 Pengadil Pengadil adalah pembantu kepada Refri tanpa mempunyai
kuasa untuk membuat sebarang keputusan.
10 Ketua Penjaga Masa
11 Penjaga Masa Memaklumkan secara bertulis kepada Refri mengenai
12 Penyelia Peserta sebarang kesalahan atau pelanggran Peraturan
13 Pelepas Pertandingan oleh atlet atau sesiapa sahaja yang dilakukan
dalam arena pertandingan.
Memerhati dan memastikan peserta yang bertanding tidak
melanggar peraturan (Contoh :- menolak, berlari di lorong
yang salah, mendapatkan keuntungan dari kesalahan yang
dibuat, menggangu atlet lain, dll).
Memastikan peserta berlari mengikut lorong yang ditetapkan.
Menunjukkan bendera kuning jika atlet melakukan kesalahan
atau melanggar peraturan pertandingan.
Menunjukkan bendera putih jika semua peserta sudah
bersedia.
Memastikan bilangan penjaga masa yang mencukupi bagi
semua peserta yang bertanding.
Mengagihkan tugas-tugas kepada setiap penjaga masa.
Melengkapkan borang Laporan Ketua Penjaga Masa dan
serahkan kepada Setiausaha Pertandingan / Pencatat
Keputusan)
Merekodkan catatan masa atlet di borang Penjaga Masa dan
serahkannya kepada Ketua Penjaga Masa.
Masa yang direkodkan tidak boleh ditunjukkan atau
dibandingkan dengan Penjaga Masa yang lain.
Angan membuat sebarang pindaan masa yang diperolehi.
Jangan berbincang mengenai catatan masa yang diambilnya
dengan rakan lain.
Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang
akan bertanding (sekurang-kurangnya 15 minit sebelum
acara dijadualkan bermula).
Menyemak nombor peserta, nama dan kelas (kategori)
peserta.
Mengesahkan senari nama peserta yang akan berlari
termasuk peserta simpanan.
Menghantar peserta ke tempat permulaan dengan segera.
Menyemak nombor peserta di garisan mula acara.
Menyemak kedudukan tangan semasa membuat dekaman.
Mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap peserta-peserta
yang berada dalam keadaan sedia.
Sebelum memulakan pelepasan pastikan Penjaga Masa,
Hakim dan Pengadil lorong sudah bersedia.
Pastikan berdiri di tempat yang boleh dilihat sepenuhnya oleh
peserta sebelum memulakan pelepasan.
SMK. METHODIST (ACS) SITIAWAN
32000 SITIAWAN, PERAK
14 Pelepas Panggil Membantu Pelepas sekiranya berlaku sebarang kesalahan
Balik semasa pelepasan dibuat.
15 Penolong Pelepas Membantu Pelepas untuk memanggil balik peserta sekiranya
ada ‘kesalahan mula’.
16 Pencatat Pusingan
Memastikan semua peserta bertanding dalam saringan atau
17 Setiausaha larian yang betul dengan menyemak nombor peserta.
Pertandingan
Menempatkan semua peserta bersedia di lorong yang betul.
Memberikan isyarat kepada Pelepas apabila semua atlet
sudah bersedia.
Bertanggungjawab menyediakan baton nagi pelari-pelari
pertama acara Lari Berganti-ganti.
Menunjukkan kad kuning sekiranaya ada peserta yang
melakukkan salah mula (false start)
Menunjukkan kad merah sekiranya melakukan kesalahan kali
kedua.
Merekodkan pusingan yang dilengkapkan oleh setiap peserta
dalam semua larian yang melebihi 1500m ( 800m di balapan
200m)
Memaklumkan dan mempamirkan baki pusingan kepada
setiap peserta dengan jelas dan lantang.
Memaklumkan dan memberikan isyarat dengan
membunyikan loceng kepada peserta yang hanya tinggal
satu lagi pusingan (lap).
Mengumpulkan semua keputusan penuh bagi setiap acara
yang diberikan oleh Referi, Ketua Penjaga Masa, Ketua
Hakim.
Menerima dan mencatat semua keputusan acara yang
dipertandingkan ke dalam borang keputusan rasmi.
Menyampaikan keputusan tersebut kepada Juruhebah,
Pengurus Hadiah dan Pengerusi Rekod / Statistik dengan
segera.
Merekod dan mengemukakan semua keputusan kepada
Pengarah Pertandingan selepas pertandingan.
Menyimpan semua dokumen, kad skor dan keputusan
dengan selamat dan serahkannya kepada Setiausaha Sukan
sebaik sahaja tamat pertandingan.
SMK. METHODIST (ACS) SITIAWAN
32000 SITIAWAN, PERAK
18 Pengawas / Marshall Mempunyai kuasa penuh untuk mengawasi arena
19 Juruhebah pertandingan dan tidak membenarkan sesiapa yang tidak
berkenaan kecuali pegawai-pegawai yang bertugas dan
peserta yang bertanding memasuki dan berada di arena.
Memastikan peserta dan penyokong tidak menghampiri
kawasan khemah tetamu kecuali untuk mengambil hadiah.
Memastikan pelajar / penyokong berada dalam khemah
rumah sukan.
Jangan benarkan pelajar pergi ke kawasan kelas.
Memastikan pelajar tidak memasuki kawasan / balapan.
Menyediakan skrip mengikut susunan aturcara dan program.
Memaklumkan kepada hadirin nama dan nombor peserta
yang mengambil bahagian bagi setiap acara, lain lain
maklumat yang berkaitan seperti komposisi saringan, undian
lorong, keputusan, (masa dan jarak, dan ketinggian) dengan
segera.
Bertanggungjawab dalam semua aspek-aspek protokol ketika
membuat hebahan.
Keputusan acara pertandingan perlu diumumkan dengan
segera.
Mengumumkan pemenang bagi upacara penyampaian
hadiah.
Menyediakan senarai nama penyampai hadiah dan
maklumkan kepada mereka.
Menjemput dan mempersilakan penyampai hadiah semasa
majlis penyampaian hadiah.
Mengucapkan terima kasih kepada penyampai hadiah.
SMK. METHODIST (ACS) SITIAWAN
32000 SITIAWAN, PERAK
PEGAWAI PEGAWAI TAMBAHAN
Pengerusi Rekod Menyelia papan markah (Score board).
20 dan Statistik Mengira jumlah markah bagi setiap rumah sukan.
Dapatkan markah terkini daripada Setiausaha Pertandingan.
Memaklumkan markah kepada Juruhebag dari masa ke
masa untuk diumumkan.
Memproses dan mengira markah dan memilih Olahragawan
(L1), Olahragawati (P1), Olahragwan Harapan (L2 dan L3)
dan Olahragawati Harapan (P2 dan P3).
21 Pengerusi Buku Menyediakan buku program/cenderamata.
Program Mengedarkan buku program kepada setiap guru dan tetamu.
Menyediakan kain rentang kejohanan.
Menyediakan buku pertandingan..
Perasmian dan Mengatur aturcara perasmian pembukaan dan penutup
22 Penutupan kejohanan.
23 Pengerusi Hadiah Mengelola dan menguruskan raptai perasmian pembukaan
dan Cenderahati dan penutup (termasuk bacaan ikrar).
Menyediakan borang skor dan menguruskan pertandingan
perbarisan rumah sukan dan pasukan beruniform.
Menyediakan bendera, papan tanda/sepanduk untuk
pasukan yang mengambil bahagian.
Menyediakan senarai hadiah dan cenderamata.
Mencadangkan hadiah dan harga kepada Pengetua.
Mendapatkan kelulusan untuk membeli hadiah daripada
Pengetua.
Memastikan bilangan hadiah adalah mencukupi.
Menyusun hadiah dan melabelkan semua piala pusingan dan
cenderamata.
Menyediakan dan menghias ‘tray’ hadiah dan meja hadiah.
Melatih pembantu untuk upacara penyampaian hadiah.
Menyediakan senarai pemenang hadiah.
Menyampaikan semua hadiah kepada pemenang.
Pengerusi Bertanggungjawab merakam dan merekod segala aktiviti
24 Jurugambar dan yang berlangsung sepanjang program.
Dokumentasi Membuat laporan atau dokumentasi setelah program
berakhir.
Disediakan oleh,
Ravichandran Arumugam
Setiasuaha Sukan
SMKMACS 2020