SALAM PERKENALAN..!!
AFINA FATEHAH BT ADNAN NURUL NATASYA BT ISMAIL
21DDT20F1020 21DDT20F1018
EDITOR PENULIS
NURAISHAH BT BABA NOOR NUR INSYIRAH BT MOHD HASNIDAR
21DDT20F1007 21DDT20F1057
PENULIS PENULIS
NUR FARAH MAISARAH BT MAT NOR
21DDT20F1014
PENULIS
ISI KANDUNGAN
01. MAKSUD MASALAH PERGAULAN 05. KESAN DARIPADA PERGAULAN BEBAS
BEBAS ANTARA PELAJAR LELAKI DAN
PEREMPUAN DI POLITEKNIK MALAYSIA. 06. UJI MINDA
o TEKA SILANG KATA
02. FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA
MASALAH INI. 07. SUMBER RUJUKAN.
03. CONTOH-CONTOH PERGAULAN
BEBAS ANTARA PELAJAR LELAKI DAN
PEREMPUAN DI POLITEKNIK MALAYSIA.
04. HADIS & DALIL.
1.0 MAKSUD
Pada Bahasa Melayu nya, pergaulan
membawa erti percampuran sesame
manusia samada lelaki atau perempuan.
Pergaulan adalah perkara normal dalam
kehidupan sosial manusia. Ia juga sudah
menjadi kepentingan untuk bergaul demi
melancarkan tuntutan hidup
bermasyarakat.
Dari segi fiqh, ulama mendefinisikan
pergaulan sebagai satu keadaan apabila
lelaki dan perempuan ajnabi bertemu
(melebihi dari dua orang) di suatu tempat
dan berlaku interaksi antara
mereka.Interaksi tersebut mungkin dari
segi percakapan, pandangan atau isyarat
yang boleh difahami.
4
Faktor-faktor
pergaulan bebas
antara lelaki dan
perempuan di
Politeknik
Malaysia
1.Tahap Iman yang lemah:
• Kebanyakan remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas mempunyai kelemahan iman,
ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu
daripada menggunakan akal fikiran yang waras. Tahap iman manusia hidup dalam jiwanya
yang lemah dan kosong.
2. Dunia Cinta Remaja:
● Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah
dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan
sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan
semakin memuncak ketika berada di alam remaja.
3. Pengaruh Media Masa dan pendedahan bahan lucah
● Internet sememangnya mengubah pemikiran manusia di seluruh dunia. Internet menjadi
sangat berpengaruh dalam kalangan remaja berbanding dengan media yang lain. Ini adalah
disebabkan oleh sifatnya yang dapat menerobos sempadan negara iaitu sukar disekat, Media
cetak seperti majalah-majalah berbentuk hiburan juga memberi kesan negatif. Banyak majalah
memaparkan gambar-gambar artis barat dan kelakuan dan gaya mereka.
4. Pengaruh rakan sebaya
● Rakan sebaya mengambil alih tanggungjawab ibu bapa kita semasa di luar. Rakan yang
berpengaruh positif mampu membentuk sahsiah yang mahmudah dalam diri remaja.
Namun, rakan yang bersikap negatif akan mengundang kemudaratan kepada kehidupan
kita seperti api yang mampu membinasakan kehidupan.
5. Masalah institusi keluarga.
● Keluarga merupakan benteng pertahanan kita sama ada dari segi mental mahupun dari
segi fizikal. Kita dilindungi daripada masalah dan pancaroba di dunia luar. Maka, ibu
bapa berperanan penting sebagai entiti mithali untuk menyerap nilai murni ke dalam
sanubari anak. Namun, sekiranya ibu bapa leka mengejar fatamorgana mereka dalam
aspek kebendaan dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pembentuk
keperibadian dan sahsiah remaja, mereka akan kehausan kasih sayang ibu bapa dan
berasa tersisih.
Contoh – Contoh Pergaulan Bebas
Seks Bebas
● Seks bebas merupakan gejala yang terlibat dalam aktiviti seksual. Gejala ini adalah
tidak baik kerana boleh merosakkan diri sendiri dan terpesong daripada jalan yang
betul. Aktiviti ini sering dilakukan diantara pasangan mereka tidak kira sesiapa yang
menjadi pilihan mereka. Oleh itu, aktiviti ini dapat menimbulkan rasa untuk
melakukan perbuatan tersebut jika kita tidak menjauhinya.
● Contoh perbuatan yang boleh menjerumuskan diri kita ke arah perkara tersebut
adalah duduk berdua-duaan tanpa ada ikatan dan keluar atau melepak bersama-sama
yang boleh menimbulkan fitnah.
Minum Minuman keras(alkohol)
● Minuman keras merupakan minuman beralkohol yang mengandung pelbagai perisa yang
boleh membahayakan diri. Kandungannya dihasilkan dari penyulingan etanol yang
diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan atau sayuran. Minuman keras dapat
menyebabkan seseorang mabuk sehingga tidak menyedarkan diri. Minuman ini boleh
mengubah diri seseorang itu menjadi tidak terkawal sehingga melakukan hal-hal diluar
jangkaan. Selain itu, minuman ini juga boleh merosakkan diri dan mudah mendapat
penyakit.
Merokok
● Merokok merupakan perkara yang tidak baik terhadap kesihatan diri
kerana bahan yang terkandung adalah bahaya dan boleh mendatangkan
pelbagai penyakit dalam diri. Selain itu, merokok juga turut memberi
kesan kepada orang lain yang tidak menghisapnya kerana mereka
menghirup asap daripada rokok. Rokok mempunyai bahan tembakau
yang boleh merosakkan paru-paru.
Pakaian yang tidak sopan dan terbuka
● Kebanyakkan masyarakat memakai pakaian yang telah mengikuti Syariah islam tapi
segelintir masyarakat mengambil ringan terhadap cara pemakaian yang betul dan tepati
Syariah islam. Memakai pakaian yang tidak sopan dan terbuka boleh menimbulkan fitnah
dan mudah mendapat dosa kerana ramai yang melihat susuk tubuh kita. Jadi, bagi kaum
Wanita perlulah menutup aurat dan memakai pakaian yang sopan mengikut Syariah islam
supaya diri kita terpelihara daripada perkara yang tidak baik. Sekiranya kita tidak patuhi
cara pemakaian yang menepati Syariah, kita akan mudah terjerumus dalam isu-isu
pergaulan bebas.
KESAN-KESAN
PERGAULAN BEBAS
ANTARA PELAJAR LELAKI DAN
PEREMPUAN
❑ PEMBUANGAN BAYI
❑ Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini
menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut,
remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan
anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang
dan sebagainya.
❑ PERCERAIAN DAN KERUNTUHAN RUMAH TANGGA
❑ Kebanyakan pemudi-pemuda yang berkahwin akibat daripada mengandung. Pembinaan
rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka masih tidak matang lagi. Sekiranya sebelum
proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas,
maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur,
walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes
perceraian yang berlaku di Malaysia.
❑ TERSEBARNYA PENYAKIT-PENYAKIT YANG MEMBAWA MAUT
❑ Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan
wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini
boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini
❑ PEMBUANGAN BAYI
❑ Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini
menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut,
remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan
anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang
dan sebagainya.
❑ PERCERAIAN DAN KERUNTUHAN RUMAH TANGGA
❑ Kebanyakan pemudi-pemuda yang berkahwin akibat daripada mengandung. Pembinaan
rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka masih tidak matang lagi. Sekiranya sebelum
proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas,
maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur,
walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes
perceraian yang berlaku di Malaysia.
❑ TERSEBARNYA PENYAKIT-PENYAKIT YANG MEMBAWA MAUT
❑ Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan
wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini
boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini
LARANGAN
PERGAULAN BEBAS
ANTARA PELAJAR LELAKI DAN
PEREMPUAN
Duduk Secara Berdua-duaan
❑ Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
““TTiiddaakkbboloelheuhnutunktusekorsaenogralenlagklieitluakbieritduuab-edrudaauna-ddenugaaannsdeoernagnagnpesreeomrpaunagnperempuan
mmMeuelslaaliinmink.kananbebrsearmsaam-saam-saadmenagdaennpgearenmppeuraenmitpuumaanhirtaummnyaah”Rraiwmaynayta”Riwayat Muslim .
❑ Abdullah Ibnu umar R.A juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
““KKeettaahhuuilailhahbabhaawhaawtidaatkildaahkblearhdubae-rdduuaaan-dseuoaraanngsleeolarkaindganlesleaokriandganpesreemorpaunagn piteurmemelapinukaanniytaung
kmeteilgaainnykaaandaylahngsykaeittaing”anya adalah syaitan”
❑ Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan adalah suatu perbuatan yang diharamkan di dalam
Islam.
❑ Oleh itu, sekiranya mempunyai sebarang hajat dan keperluan yang harus diselesaikan, maka
perjumpaan tersebut boleh dilakukan tetapi hendaklah dilakukan secara berkumpulan ataupun
❑ secara beramai-ramai. Elakkan daripada berjumpa secara berdua-duaan.
Namun sekiranya terpaksa dan urusan tersebut sememangnya melibatkan hanya dua pihak,
maka perjumpaan secara berdua-duaan boleh juga dilakukan tetapi perjumpaan itu haruslah
dilakukan di tempat yang umum iaitu di tempat yang mempunyai ramai orang serta tidak sunyi
yang tidak akan mengundang fitnah kepada kedua-duanya.
Tidak Menjaga Dan Menundukkan
Pandangan
“KKaattaakkanalnalhawhawhaihMaiuMhaumhmaamdmkeapdadkaeopradnga-oorraannggl-eolarkainyganlgelbaekrimyanngsubpearyiammaenreskuapaya mereka
mmeennyyeekkataptapnadnadngaanngmanermekeardeakraipdadaarimpaemdaanmdaenmgaynandganhagraymandganhamreammeldihaanramkeehmoremlihataarna
mkpmeeeenhrngeoekdrtaaam,hlyaauamtanangnpNdemeynmaegtireekentiakatnaahn,iutgyuaaanlpneaNbgiyhydaaensumgtcemiinkbetiaraagennikgmaitkaeueprrealjkeaaybk,aaishnne”sgsSuuumncrgaieghrbueaahkngnaiyNamkuAererl:lrja3eah1kkaaam,nsa”etSsmuurenanghdgaaulanhmnNyuarA: l3la1h amat
.
❑ Allah S.W.T memerintahkan kepada kita agar menjaga dan menundukkan pandangan
daripada memandang sesuatu yang diharamkanNya.
❑ Menundukkan pandangan adalah salah satu cara menjaga hati kerana pandangan mata adalah
langkah pertama untuk membuka pintu ke arah perbuatan zina.
❑ Oleh yang demikian, tundukkanlah pandangan ketika berurusan dengan lelaki ataupun wanita
yang bukan mahram.
UJI MINDA
SOALAN
17
RUJUKAN
http://remajadimalaysia.blogspot.com/2010/10/pergaulan-bebas.html
http://studentsrepo.um.edu.my/832/5/BAB_2.pdf
http://remajadimalaysia.blogspot.com/2010/10/pergaulan-bebas.html?m1
http://stoppergaulanbebasremajakini.blogspot.com/2014/04/kesan-kesan-pergaulan-
bebas.html?m=1
https://tzkrh.com/hukum-pergaulan-antara-lelaki-dan-wanita/amp
Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 5
DISEDIAKAN OLEH,
NAMA:
● AFINA FATEHAH BT ADNAN
● NURUL NATASYA BT ISMAIL
● NURAISHAH BINTI BABA NOR
● NUR INSYIRAH BT MOHD HASNIDAR
● NURFARAH MAISARAH BT MAT NOR
SEKIAN, TERIMA KASIH…