PIBG 18
2018
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKASURAT
3
Kata alu-aluan YDP PIBG 4
5
Kata alu-aluan Pengetua 6-9
Aturcara Majlis
10
Ahli Jawatankuasa Pengelola Majlis 11-19
Penyerahan BKAP dan Mesyuarat PIBG kali
ke—18 20-21
AJK PIBG sesi 2017/2018 22-26
Minit Mesyuarat Agung kali ke-17, Sesi 27-31
2017/2018
Laporan Khas Setiausaha PIBG , Sesi 32
2017/2018 33-35
Kehadiran 36
Laporan Kewangan dari Bendahari PIBG, Sesi 37
2017/2018 38-39
Notis Panggilan Mesyuarat 40
Sarana Ibu bapa
Pelantikan AJK PIBG Sesi 2018/2019
Maklumat AM SMART 2018
Catatan
Penghargaan
3
KATA ALU-ALUAN YDP PIBG
UCAPAN YDP PIBG SM ST MARTIN MESYUARAT AGUNG PIBG KE—18
SALAM SEJAHTERA, SELAMAT PAGI KEPADA
YANG BERBAHAGIA DATUK DANIEL KINSIK, SETIAUSAHA POLITIK,
KEMENTERIAN TENAGA
EN HAISON BIN JAHUDDIN , PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TAMBUNAN
ENCIK JENIUS RANTISAN, PENGETUA SM ST MARTIN
PENOLONG-PENOLONG KANAN, AJK PIBG, IBUBAPA YANG DIHORMATI
& SEMUA PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN
Syukur kepada Tuhan kerana kita dapat berkumpul bersama untuk mesyuarat agung PIBG kali
ke ke—18. pada hari ini. Terima kasih Datuk kerana sudi hadir bersama. Kehadiran Datuk
amatlah kami hargai.
Pada kesempatan ini, saya selaku Yang Dipertua PIBG ingin merakamkan ucapan tahniah
kepada semua guru, warga sekolah,PIBG dan kumpulan anggota pelaksana yang telah
berusaha gigih menyumbang tenaga dan usaha sepanjang tahun 2017 dalam memastikan
SM St Martin Tambunan terus cemerlang di daerah ini. Sememangnya kerjasama sebegitu
amatlah dialu-alukan sesama kita dan diharapkan akan terus berkekalan untuk tahun-tahun
yang seterusnya.
Seperti mana yang telah diamanahkan, saya dan ahli jawatankuasa PIBG yang lain telah
sememangnya berusaha dan berkerjasama untuk melaksanakan pelabagai projek dan
program untuk menjadikan SM St Martin lebih baik, bukan sahaja dari segi akademik malah
dari segi kokurikulum.
Bergerak seiring dengan pembangunan sekolah dan menjadi penyumbang kepada
kecemerlangan sekolah, Saya berharap akan lebih banyak program dan aktiviti yang akan
diusulkan dan dilaksanakan bersama supaya potensi sekolah terutamanyan anak-anak kita
dapat dicungkil dan diperkasakan.
Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru dan kakitangan
bukan guru, PIBG, pekerja-pekerja am, anak-anak dan semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan program kita pada hari ini.
Sekian, terima kasih.
EN OLIVER AK OLANG
4
KATA ALU-ALUAN PENGETUA
SALAM SEJAHTERA, SELAMAT PAGI, SALAM TAMBUNAN MONOTOS
MENERAJUI PERUBAHAN,
SALAM FAITH AND ZEAL KEPADA
YANG BERBAHAGIA DATUK DANIEL KINSIK, SETIAUSAHA POLITIK,
KEMENTERIAN TENAGA
EN HAISON BIN JAHUDDIN , PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TAMBUNAN
ENCIK OLIVER OLANG , YDP PIBG SM ST MARTIN TAMBUNAN
PENOLONG-PENOLONG KANAN, AJK PIBG, IBUBAPA YANG DIHORMATI
& SEMUA PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN
Syukur kepada Tuhan kerana dengan izinNya kita dapat bersama dalam Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG SM St Martin Tambunan kali ke 18. Tahniah dan syabas kerana dapat
menunaikan tanggungjawab besar sebagai ahli PIBG pada sesi 2017/2018.
Ucapan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang hadir. Dalam kesempatan yang ada pada
hari ini , diharapkan ibubapa dapat berkongsi idea-idea, memberikan usul-usul yang dapat
membantu sekolah kita merealisasikan visi dan misi. Gabungan idea kita bersama diharapkan
dapat memantapkan dan mengangkat lagi kegemilangan sekolah kita yang pada tahun ini
sudah mencapai usia 50 tahun.
Perkembangan pendidikan kita kini bergerak begitu pantas, dan kadang-kala kita terkejar-kejar
masa dan kekurangan tenaga untuk bergerak seiring dengan perkembangan ini. Maka kita
amatlah memerlukan satu kekuatan yang mantap bukan sahaja dari para guru tetapi juga
ibubapa bagi memastikan kemenjadian anak-anak kita dan sekolah kita lebih berkualiti,
selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia sedang berlaku sekarang ini.
Penglibatan ibubapa bersama sekolah amat penting bagi menyediakan kelas kondusif abad ke
21, kemahiran berfikir aras tinggi anak-anak dan tidak juga dilupakan perkembangan sahsiah
dan nilai-nilai moral yang tinggi supaya anak-anak kita tidak ketinggalan dalam era globalisasi
ini.
Terima kasih kepada semua ibubapa terutama sekali YDP PIBG dan ahli jawatankuasanya
yang banyak memberi sokongan kepada aktivit dan pembangunan sekolah ini.
Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Daniel sekali lagi kerana dapat
hadir bersama pada pagi ini.
Sekian dan terima kasih
5
ATURCARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG PIBG S.M. ST. MARTIN KALI KE-18 (2018)
DAN
PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN (BKAP)
6.30 - Kehadiran Murid dan Warga Pendidik SMART
6.50 pagi
7.00 - Ketibaan Ibu Bapa / Penjaga
7.30 pagi Ketibaan YDP PIBG dan AJK Tertinggi PIBG
Ketibaan Tuan Pengetua Sekolah
8.00 pagi Ketibaan YBHG Datuk Daniel Datuk Kinsik dan rombongan
Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku
Bacaan Doa
Ucapan Tuan Pengetua Sekolah
Ucapan YDP PIBG
Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan
Ucapan dan Perasmian Majlis oleh
Datuk Daniel Datuk Kinsik
Upacara Memalu Gong (Perasmian Mesyuarat
Agung PIBG)
Penyerahan Cek RM 62,000 (Gimik Penyerahan BKAP)
9.00 - JAMUAN RINGAN
9.30 pagi
9.30 pagi Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-18
Penyerahan BKAP oleh Guru Kelas
1.30 petang Bersurai
6
AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA
MAJLIS PENYERAHAN BKAP (Bantuan
Khas Awal Persekolahan)
& MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-18
(2018)
PADA 5 MAC 2018 (ISNIN) DI DEWAN
BIL TUGASAN NAMA GURU PERINCIAN TUGAS
1. Urusetia Romanus Memastikan semua AJK melaksanakan
Joannes tugasan masing-masing.
Penyambut Semua Menyambut tetamu jemputan
2. Tetamu Pentadbir, AJK
3. Protokol Tertinggi PIBG, dan Menyedia dan menyusun kedudukan para
guru-guru. tetamu jemputan.
Mencari dan mengarah pelajar untuk
Pn. Nancy A. Liging mengangkat sofa/meja untuk kegunaan
Pn. Martha VIP semasa majlis BKAP.
4 Program Murid Semua Penolong Menyediakan jadual aktiviti murid.
Kanan Mengarahkan pengawas untuk mengen-
dalikan aktiviti.
Setiausaha Pn. Ivon Michelle
Kerja & Pen- Jenam Menyediakan surat panggilan mesyuarat,
5 catat Minit Cik Eyrrma Roger Mencatat minit mesyuarat agung
AGM
Pendaftaran Cik Eyrrma Roger Menyediakan buku
6 Ibu Bapa & Cik Sarinah Jaimil pendaftaran kehadiran ibubapa dan guru.
Pn. Aloysia Bohingkid
guru Pelajar-pelajar pem- Mencari pelajar untuk menolong
bantu mengambil kehadiran ibubapa & guru.
7 Jemputan Pengetua Menetapkan siapa yang perlu dijemput
Rasmi Penolong-penolong untuk hadir ke majlis
Kanan
YDP & Naib YDP.
7
BIL TUGASAN NAMA GURU PERINCIAN TUGAS
Kompilasi Pn. Janet Yopong Compile, memperbanyak dan memasti-
Cik Genevieve Ste- kan ibubapa mendapat:
8. Laporan phen Minit mesyuarat agung lepas
& Pn. Verona Balangkit
Pn. Marylene Kami- Laporan Kewangan
Buku Aturcara lus Laporan Khas Setiausaha
Aturcara Program
9. AJK Pemilihan Pn. Amira dalam satu buku aturcara.
Pn. Cornelia
Pn. Rina Menyedia label untuk meja AJK tertinggi
semasa Mesyuarat Agung:
[EX-OFFICO / YDP / NAIB YDP / SE-
TIAUSAHA KEHORMAT / NAIB SE-
TIAUSAHA / BENDAHARI / NAIB BENDA-
HARI / AJK].
Menyediakan kotak undian
Mengendali perjalanan pemilihan AJK
PIBG, mengira dan mencatat kepu-
tusan undian.
10 P.A. Sistem En. Alvin Tong Menyedia dan memastikan peralatan
. Krew P.A. System berfungsi dengan baik.
sekolah
11. Penyediaan En. Heldi Canns Mencari dan mengarah pelajar untuk
Kerusi & Meja Tayar mengangkat kerusi dan meja ke de-
En. Christopher Bush wan, termasuk kerusi dan meja jamuan
En. Johnny Ignatius di belakang dewan (3 meja).
En. Mohd. Fariz Menyusun meja di hadapan dewan
Asbi untuk kegunaan Mesyuarat Agung
En. Jinus Julian selepas majlis selesai.
En. Walter George Mengarah pelajar untuk mengangkat
En. Clayrian Juing semula kerusi meja ke tempat asal
Pelajar-pelajar Pem- selepas majlis selesai.
bantu
12. Penyediaan Pn. Connie Francis Menyediakan jamuan untuk tetamu
Jamuan Cik Aine jemputan (3 meja), dan tapau untuk
Pn. Felicia Imbon ibubapa.
Pn. Faridah
Pn. Hasnah Subari
Pn. Emily
Cik Malini
Pelajar-pelajar Pem-
bantu
8
BIL TUGASAN NAMA GURU PERINCIAN TUGAS
13 Kecemasan Pn. Stellanada Menyedia bantuan peralatan / perubatan
. En. Floyd kecemasan.
Ahli PBSM & St.
John’s Ambulance Menyediakan backdrop “Majlis Penyam-
paian Bantuan Khas Awal Persekolahan &
14 Backdrop & Pn. Fayanti Mesyuarat Agung PIBG S.M. St. Martin
Hiasan Dewan Cik Norhidayah Kali Ke-18”.
Pelajar-pelajar pem- Mencari dan mengarah pelajar untuk
bantu menghias dewan.
15 Banner En. Clay Steven Menyedia dan menggantung Banner
En. Frederick Mousi
Pn. Dina Joachim
En. Syukri Mail
En. Walter Raleigh
En. Mohd. Harizan
16 Disiplin Pelajar En. Flavian Laiwon Mengawal disiplin pelajar
Pengawas-pengawas
sekolah
Kebersihan En. Tiwon Kubis Memastikan kebersihan dewan sebelum
17 Dalam & Luar En. Maturidi dan selepas digunakan
Pelajar-pelajar Pem-
Dewan bantu Memaklumkan cleaner sekolah untuk
membersihkan tandas-tandas di dewan
agar selesa digunankan oleh tetamu.
Kelengkapan Memastikan kemudahan air dan elektrik
18 air & elektrik di En. Gimus Gotil sentiasa ada sepanjang majlis dan
mesyuarat agar majlis berjalan dengan
dewan lancar.
19 Juruacara Pn. Claire Michael Mengacara Majlis dari awal hingga selesai
Majlis Junis
En. Mohd. Harizan
20 Bacaan Doa Bro. Peter Ng Membaca Doa
BIL TUGASAN NAMA GURU 9
21 Jurugambar PERINCIAN TUGAS
En. Joseh Anthony Mengambil gambar sepanjang perjalanan
En. Gimus Gotil majlis
En. Tarmizi
22 Cenderahati En. Frederik Mousi Menyediakan cenderahati
23 Penyediaan En. Jinus bin Julian Menyediakan Mock Cheque untuk gimik
Mock Cheque penyerahan cek
Guru Kelas
1 Bestari – Pn. Connie / En. Walter
1 Cerdik – Cik Malini / Pn. Janet
1 Bijaksana – Cik Eyrrma / En. Christopher
1 Pintar – Pn. Dina / En. Heldi
2 Bestari – Pn. Verona / Pn. Marylene
Penyerah BKAP 2 Cerdik – En. Tiwon / Pn. Martha
2 Bijaksana – Pn. Felicia / Cik Noorhidayah
24 (Lokasi: Dewan 2 Pintar – Pn. Stellanada / En. Johnny
. Phelan,
selepas selesai 4 Sains – En. Flavian / En. Joseh
Mesyuarat 4 Sains Sukan – Pn. Cornelia / En. Syukri
Agung) 4 Votek – Cik Nor Aine / Pn. Chin Siew Yun
4 Geo – Pn. Nancy / Pn. Claire
4 Seni – Pn. Emily / En. Floyld
5 Sains – Pn. Rina
5 Sains Sukan – Cik Sarinah
5 Geo – Pn. Faridah / En. Clayrian
5 Sastera – En. Tarmizi / En. Alvin
5 Seni – Pn. Fayanti / Pn. Amirah
Pengurus En. Augustine Murin
25 Kewangan
Pn. Dahlia Dawat
BKAP Menyediakan dokumen dan fail dan wang BKAP untuk diserahkan
kepada Guru Kelas.
AJK PIBG
SM ST MARTIN, TAMPASAK
2017/2018
Ex-Officio
En. Jenius Rantisan (Pengetua)
YDP PIBG
En. Oliver Olang
Naib YDP PIBG
En. Hildegarda Angkangon
Pengerusi Penganjur
En. Romanus Joannes (PK HEM)
Setiausaha
Pn. Ivon Michelle Anak Jenam
Naib Setiausaha
Cik Eyrrma Roger
Bendahari
Pn. Aloysia Bohingkid
Naib Bendahari
Cik Sarinah Jaimil
Minit Mesyuarat Agung PIBG 11
Kali ke –17
Sesi 2017/2018
Tarikh : MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE -17
08 Mac 2018
Hari :
Masa : Rabu
8.00 pagi
BIL AGENDA TINDAKAN
1 Ucapan Yang Di-pertua PIBG, En. Rainus Raidin
1.1 Mengucapkan terimakasih dan penghargaan kepada barisan
guru dan ibubapa atas kehadiran mereka ke mesyuarat agung ini.
Menyatakan rasa terkilan atas kedatangan yang sangat baik pada hari
ini, yang menunjukkan komitmen tinggi ibu bapa terhadap pelajaran
dan kebajikan anak-anak di sekolah.
1.2 Menyatakan terimakasih kepada barisan AJK PIBG 2016/2017,
dan juga setinggi penghargaan kepada Pengetua di atas sokongan
yang diberikan kepada PIBG dalam melaksanakan tugas.
1.3 Melaporkan bahawa PIBG telah berusaha mencari dana PIBG
untuk membeli van bagi kegunaan sekolah, dan menganjurkan bazaar
untuk membiayai program-program sekolah.
1.4 Berjaya menjemput Datuk Max Ongkili yang telah meluluskan
peruntukan untuk pembaikan dan penyelenggaraan asrama sekolah
(sudah dilaksanakan), Program Ya Hijau, pembinaan laluan beratap
untuk keselesaan pelajar (projek belum dijalankan tapi sudah
diluluskan). Juga berjaya menjemput Tan Sri Datuk Sri Panglima
Joseph Pairin Kitingan di mana beliau telah meluluskan pembiayaan
penyelenggaraan jalan raya kecil dalam kawasan sekolah.
1.5 PIBG berjaya menganjurkan Lawatan Penanda Aras bersama
pihak pengurusan sekolah ke Tawau dan Miri. Kedua-dua lawatan
tersebut telah membawa kebaikan dalam menimba ilmu dari sekolah
lain.
1.6 Berharap yang AJK PIBG seterusnya menitikberatkan hal
kerohanian untuk pelajar-pelajar SMART. Juga, bekerjasamalah dengan
pihak pengurusan sekolah demi membuahkan hasil yang baik.
Memohon agar barisan AJK baru berusaha semaksima mungkin,
kerana bantuan kewangan untuk sekolah kita dari kerajaan adalah
sangat terhad. Beliau mengundur diri dengan memohon maaf kepada
semua jika ada kelemahan dari barisan PIBG 2016/2017.
12
2. Ucapan Pengetua, En. Jenius @ Kow bin Rantisan
2.1 Mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
barisan PIBG di atas perkhidmatan kepada sekolah.
2.2 Amat berterimakasih kepada ibubapa kerana sudi datang ke
sekolah. Mengalu-alukan kedatangan ibubapa ke sekolah untuk
mengambil tahu perihal anak dari segi akademik, kokurikulum dan
disiplin.
2.3 Memberi taklimat ringkas:
2.3.1 KSSM
1. 30 minit satu slot (KBSM sebelum ini – 40 minit satu slot
pdp)
2. Minima waktu Pdpc ialah dua slot atau satu jam
3. Masa persekolahan Jumaat 7.00 pagi – 11.30 pagi, rehat
9.30 pagi 10.00 pagi
4. Jadual waktu akan dinilai semula untuk penambahbaikan
selepas cuti pertengahan penggal pertama.
5. Masa sesi Pdpc mungkin berlaku perubahan jika ada
penambahbaikan jadual Pdpc.
2.3.2 Makluman pelaksanaan mengenai Pelaksanaan PBS,
Pentaksiran Pusat, Pembelajaran Abad ke-21 untuk semua pelajar,
untuk makluman ibu bapa.
2.3.3 Hal Ehwal Murid
Laporan kelakuan murid dalam Sijil Lepas Sekolah akan
dilaksanakan
pada tahun ini.
Pengetua mencadangkan tujuh skala pernyataan dalam Sijil Berhenti
Sekolah:
1. Sahsiah Sangat Cemerlang 150% merit ke atas
2. Sahsiah Cemerlang 130 – 140% merit
3. Sahsiah Sangat Baik 120 – 129% merit
4. Sahsiah Baik 100 – 119%
5. Sahsiah Memuaskan 80 – 99%
6. Sahsiah Kurang Baik 60 – 79%
7. Sahsiah Tidak Baik 59% dan ke bawah
2.3.4 Kokurikulum
1. Perjumpaan akan dilaksanakan setiap awal pagi (7.00 –
8.30) hari Rabu dan Khamis setiap minggu
2. Program CAKNA di bawah kelolaan Mdm Nancy A. Liging
3. Sistem Apresiasi / Insentif (Contoh: cash/markah merit
untuk Sukan)
4. Latihan Berterusan
5. Program Pengantarabangsaan
6. Pembangunan Kemudahan Kokum
7. Pelapis
13
2.3.5 Pembangunan Rohani
Setiap pagi Jumaat dari 6.40 – 7.20 pagi di tempat-tempat yang telah
diagihkan. Murid beragama Islam berkumpul di surau/bilik
pendidikan Islam untuk laksanakan tazkirah. Murid beragama
Kristian di Chapel/Dewan Phelan. Murid beragama Buddha,
Hindu dan lain-lain akan melaksanakan pembangunan Rohani di
lokasi yang telah dipersetujui.
2.3.6 Pengekalan Ethos/Identity sebagai Catholic Mission School
- Bunyi loceng – menandakan Missa
- Sembahyang rosari
- Salip di Chapel dan bilik-bilik darjah
- Missa sekali sebulan
- Sembahyang pagi
- Subjek Bible Knowledge
- Penggunaan Bahasa Inggeris
- Persatuan Agama Kristian
2.3.7 Asrama Yayasan Sabah
Cadangan untuk bangunan Asrama Yayasan Sabah dibaiki dan
dijadikan homestay/lodging dan rumah sewa guru untuk menjana
pendapatan koperasi sekolahh dan pengurusan sekolah Mission.
2.4 Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada AJK
Pelaksana AGM yang telah ebrusaha menyediakan dan mengendalikan
AGM ini. Mengakhiri ucapan beliau dengan lafaz perasmian.
14
3 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat ke-16 (2016/2017)
Pencadang supaya Minit Mesyuarat ke-15 (2016/2017) diterimasahkan:
En Cayus Emin
Penyokong supaya Minit Mesyuarat ke-15 (2016/2017) diterimasahkan:
En. Isidore Dalus
4 Laporan Khas Setiausaha Kehormat PIBG SMART 2016/2017
Pengumuman AJK 2016/2017
Keahlian PIBG – automatik untuk ibubapa/penjaga pelajar SMART
Sumbangan PIBG
Tarikh-tarikh mesyuarat yang telah diadakan
Laporan diterima
Pencadang supaya laporan diterimasahkan : En. Heldi Angkangon
Penyokong supaya laporan diterimasahkan : En. Oliver Olang
5 Laporan Bendahari PIBG SMART 2016/2017
Pencadang supaya Laporan Kewangan Diterimasahkan: En. Elin Angin
Penyokong supaya Laporan Kewangan Diterimasahkan : En. Moilin
Gaduki
6 Pemilihan AJK PIBG Baru (2017/2018)
Pemilihan telah diadakan secara undian. Berikut adalah jawatan-jawatan
yang berjaya dipilih. Jawatan-jawatan lain akan dipilih kemudian oleh
YDP baru (AJK Ibubapa) dan Tuan Pengetua (AJK Guru)
Ex-Officio : En. Jenius @ Kow bin Rantisan
Yang Dipertua : Encik Oliver Olangn
Naib Yang Di-Pertua : En. Hildegarda Angkangon
Setiausaha : Pn. Ivon Michelle Ak Jenam
Timbalan Setiausaha : Cik Eyrrma Roger
Bendahari : Pn. Aloysia binti Bohingkid
Timbalan Bendahari : Cik Sarinah Jamil
5 orang guru dipilih oleh sekolah:
Pn Julita Majail – Kurikulum
En. Joikol Boriud – HEM
En. Pancratius Primus – KO KUM
Pn. Connie Francis – Guru PIBK
En. Gimus Gotil – Gotong-Royong/Keceriaan
7. PEMBENTANGAN DAN PEMBAHASAN USUL
USUL 1 : Pengumuman HEM (En. Jaikol Boriud, PK HEM)
i. Kes Berat : Merokok
ii. Kes Ringan : Ponteng (sekolah akan melakukan Program untuk
mengekang ponteng)
iii. Pdp (Pengajaran dan Pembelajaran) bermula pada pukul 7.00
pagi. Oleh itu, pelajar perlu berada di sekolah pada pukul 6.30
pagi. Isnin – wajib menghadiri perhimpunan. Oleh itu, murid
mesti sudah berada di dewan pada pukul 6.40 pagi.
iv. Adalah dimaklumkan bahawa pagar sekolah akan ditutup pada
pukul 6.45 pagi. Murid lambat yang tidak mempunyai alasan
munasabah disuruh pulang sahaja. Murid yang mempunyai
alasan munasabah atau mengalami masalah yang tidak dapat
dielakkan (seperti kereta rosak) harus memaklumkan guard dan
menghubungi pihak sekolah (Pengetua/PK1/PK HEM/ PK KK);
ada guru yang akan mengambil murid dari pondok pengawal.
15
v. Sistem Merit Demerit
¨ Setiap pelajar ada modal markah 100
¨ Kalau ada masalah disiplin, markah akan dipotong
mengikut jenis kesalahan
¨ Kalau pelajar ada membuat sumbangan,
(contohnya di kampung, gereja, sekolah) markah
akan ditambah
¨ Kalau markah jatuh ke 70, ibubapa akan dipanggil.
vi. Menangani Kes Ketinggalan PDPC Kerana Ponteng Sekolah –
Kelas gantian bagi pelajar ponteng selepas sekolah agar tidak
ketinggalan pelajaran. Kelas gantian akan bermula selepas pdpc rasmi
di sekolah (2.00 – 3.00pm). akan berubah jika jadual waktu sekolah
berubah.
vii. Pakaian & Rambut Pelajar
¨ Kaki seluar murid lelaki tidak boleh sempit di
hujung
¨ Rambut lelaki harus dipotong mengikut No. 3, 2
atau 1. Tidak dibenarkan untuk berfesyen /
berwarna / kerinting bukan secara semulajadi.
¨ Pakaian murid lelaki dan murid perempuan
mestilah mematuhi standard yang dinyatakan
dalam Pekeliling KPM dan dinyatakan dalam Buku
Peraturan Sekolah. Murid yang tidak mematuhi
peraturan tersebut dan setelah diberi peluang
seminggu masih tidak mematuhi peraturan sekolah,
murid akan diminta balik untuk menggunting
rambut/ memperbaiki pakaian yang tidak mematuhi
standard / peraturan sekolah
16
PEMBAHASAN USUL:
1. Puan Veronica Dallus
Tidak bersetuju dengan penutupan gate pada pukul 6.45 pagi.
Menyatakan bahawa ini mengundang risiko murid tidak datang ke
sekolah.
Malahan, penutupan gate akan menjadi satu ‘galakan’ untuk
ponteng.
2. Puan Margaret
Bersetuju dengan Pn. Veronica Dallus. Menyeru pihak sekolah agar
mencari langkah lain untuk mengekang masalah lambat ke sekolah,
daripada menutup gate pada pukul 6.45 pagi.
Mengulas tentang masalah ponteng, Pn. Margaret menyatakan
Bahawa ada pelajar-pelajar (yang ponteng ini) pergi ke hospital dan
meminta
MC kerana kononnya tidak dapat hadir ke sekolah.
Mengenai rambut, Pn. Margaret mengadu ada baru-baru ini, ada
rambut
dipotong lubang-lubang. Beliau mencadangkan agar Sekolah
mempunyai
seorang tukang gunting – tugas tukang gunting ini adalah
menggunting
rambut pelajar dengan cantik dan pelajar Membayar perkhidmatan
pengguntingan itu.
3. Seorang Guru (Bukan Guru SMART)
Mengenai perihal rambut yang dipotong lubang-lubang, guru ini
menyatakan bahawa tindakan disiplin seumpama ini boleh
menyebabkan pelajar menghadapi tekanan. Jikalau ada tukang
gunting sekolah, adalah lebih baik kerana, sekolah juga boleh
mencari duit daripada ‘hukuman’ ini keraja pelajar mesti membayar
servis gunting rambut cantik-cantik itu.
Setuju dengan pendapat ibubapa sebelumnya bahawa penutupan
gate pada pukul 6.45 pagi akan mengakibatkan masalah disiplin.
Beliau menjelaskan, kalau pintu pagar ditutup, pelajar akan berlegar
legar.
Bagaimana kalau yang terkandas ini adalah pelajar perempuan?
Bagaimana dengan keselamatan pelajar ini di luar gate?
Berdasarkan pengalaman ini di sekolah beliau, beliau
mencadangkan agar pelajar-pelajar yang datang lambat ini menulis
nama dalam ‘buku datang lewat’. Pihak sekolah boleh meng
gazette-kan satu tempat dalam kawasan sekolah sebagai salah satu
tempat untuk pengumpulan pelajar-pelajar lewat ini. Beliau
menyatakan yang ini telah dijalankan di sekolah beliau dan terbukti
berkesan di sana.
4. Ulasan Pengetua
Berkenaan dengan concern ibubapa tentang murid yang terkandas
Di pintu gate selepas gate 6.45, Pengetua mengulas bahawa
Terdapat CCTV meliputi kawasan gate. Oleh itu, sekiranya ada
murid yang terkunci di luar, pihak sekolah akan turun dan tidak
akan membiarkan pelajar berlegar-legar begitu sahaja. Hal ini boleh
dirunding.
17
Berkenaan dengan para pelajar yang mengadu kepada ibubapa
Tentang rambut dipotong lubang-lubang oleh guru disiplin,
Pengetua menyatakan bahawa para pelajar tersebut telah pun
diberikan warning satu minggu sebelum mengatur rambut mereka.
5. Puan Rosilong
Mengenai pakaian pelajar, Puan Rosilong bertanya mengenai
jaket dan
tali pinggang. Beliau menyatakan bahawa pada 2014, jaket
belum
dicadang. Bila dipakai, ditangkap dan dirampas pula. Tingkatan 5,
baru
boleh dituntut. Bila dituntut, diberitahu sudah dilupus pula.
6. Encik Joikol Boriud, PK HEM SMART
Membidas hujah ibubapa mengenai penutupan gate dengan
menyatakan bahawa pada tahun 2013 sebelum ada keputusan
untuk menutup gate, bilangan pelajar lambat bertambah dan
semakin bertambah. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat
ibubapa yang menyatakan bahawa penutupan gate pada 6.45
hanya akan menggalakkan ponteng, kerana mengikut kajian
SMART, dapatan SMART adalah bercanggah dengan dapatan
sekolah ibu tadi. Setakat ini, masalah lambat telah dapat
diselesaikan dengan penutupan gate. Encik Jaikol mengulas lebih
lanjut bahawa memang ada beberapa pelajar yang memang
sudah membuat keputusan untuk ponteng – para pelajar inilah
yang ‘memberi alasan’ gate tutup sebagai alasan tidak masuk ke
sekolah. Encik Joikol menegaskan bahawa bagi pelajar yang betul
-betul ada sebab munasabah kenapa lambat, pihak sekolah tidak
akan membiarkan pelajar itu; ada wakil guru yang akan turun ke
gate mengambil mereka.
Mengenai hal rambut, Encik Joikol menyatakan bahawa bayaran
Untuk service pengguntingan di sekolah pernah dijalankan tetapi
tidak pernah ada pelajar yang membayar. Dulu pernah ada ibu
bapa memarahi guru berkaitan rambut. Encik Joikol menegaskan
bahawa pihak sekolah tidak sewenang-wenangnya menggunting \
rambut pelajar, peringatanamaran selalunya akan diberikan
terlebih dahulu, kadang kala untuk tempoh
sehingga sebulan sebelum spot – check seterusnya diadakan.
Mengenai komen Puan Rosilong, Encik Joikol mengulas bahawa
terdapat pekelilling yang menyatakan sebarang barang
tangkapan tidak boleh dikembalikan. Di SMART, barang-barang
ini boleh diambil semasa habis Tingkatan 5, atau apabila
berpindah. Mengenai jaket lagi, En. Joikol menyatakan bahawa
sekolah membenarkan pemakaian jaket sehingga pukul 10.00
pagi (kerana cuaca Tambunan yang sejuk di waktu pagi).
Selepas 10.00 pagi, pelajar tidak dibenarkan memakai jaket lagi
Kecuali diisytiharkan sakit. Rasional melarang pemakaian jaket
adalah kerana terdapat pelajar yang menyimpan bahan terlarang
dalam poket jaket.
18
USUL 2: Oleh En. Joikol Boriud
Mana-mana ibu bapa yang tidak hadir mesyuarat atau mana-mana
aktiviti PIBG mesti bayar denda RM 20, jikalau tiada apa-apa sebab
munasabah.
Tidak ada bantahan terhadap usul, jadi, usul diterima dan
dilaksanakan.
USUL 3: Oleh En. Joikol Boriud
Mencadangkan agar En. Heldi Angkangon (Naib YDP) mengadakan
kelas bahasa asing untuk pelajar-pelajar SMART memandangkan
beliau fasih dalam beberapa foreign languages.
Respon Pengetua : Akan dibawa dalam mesyuarat pengurusan
sekolah untuk melihat pelaung pelaksanaannya.
USUL 4 : Oleh En. Heldi Angkangon
Holistic Planning
Respon Pengetua : Sememangnya pengurusan sekolah telah mula
melaksanakan perancangan secara holistik melalui pembangunan
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS)
USUL 5 : Oleh En. Cayus
Isu pembawaan handphone ke sekolah.
Ulasan Pengetua
Mengikut pekeliling, handphone memang sama sekali tidak
dibenarkan untuk dibawa ke sekolah. Akan tetapi, mesyuarat PIBG
pada tahun-tahun lepas mempertimbangkan hal ini, dan diputuskan
bahawa pelajar boleh membawa handphone ke sekolah dengan
syarat handphone itu mestilah diserahkan kepada Guru Tingkatan
untuk disimpan sebelum masa pertama Pdpc bermula. Masalah
(seperti hilang handphone) yang berlaku adalah disebabkan oleh
palajar yang ingkar.
USUL 6: Oleh En. Saruddin
Mana-mana ibu bapa yang tidak hadir dianggap setuju dengan
semua keputusan mesyuarat.
Usul ini diterima secara sebulat suara.
USUL 7: Oleh Encik Gimus Gotil
Sebagai usaha untuk mencari dana PIBG, En. Gimus mencadangkan
agar PIBG memohon kepada LHDN agar setiap penderma PIBG
dikecualikan dari cukai pendapatan. Sekiranya ini dapat diluluskan,
maka mungkin lebih banyaklah orang yang tertarik untuk menderma
kepada PIBG sekolah kita.
Respon Pengetua : Perkara ini akan dikemukakan kepada LHDN.
19
USUL 8 : Oleh En. Joikol Boriud
Semua pelajar hendaklah memakai satu jenis baju standard untuk
PJK. Ini adalah untuk memgekang masalah pelajar memakai baju-baju
yang pelbagai semasa PJK yang juga merupakan punca masalah
ponteng kerana pelajar tidak dapat di-detect oleh kerana baju yang
tidak mempunyai identiti. Selepas mesyuarat ini, tiada T-Shirt lain
boleh dipakai di sekolah kecuali T-Shirt badan beruniform.
PEMBAHASAN USUL:
Seorang Bapa Bersetuju dengan usul baju sekolah diseragamkan.
Menyatakan bahawa, seandainya seragam, akan senang
untuk orang luar mengetahui mengesan jika ada pelajar
SMART merayau di luar semasa waktu sekolah, jadi boleh
lapor kepada pihak sekolah.
8.0 Hal-hal lain
8.1 Encik Joikol memberi sebab kenapa pengagihan RM 100 lambat
– kerana bank tidak keluarkan duit sebelum pukul 9.00
8.2 pagi.
Encik Joikol juga memaklumkan bahawa, oleh kerana kekurangan
peruntukan, banyak pelajar telah dipotong dari senarai asal.
Untuk yang tidak layak, permohonan bantuan susah
dikemukakan lagi oleh pihak sekolah. Jadi, apabila bantuan
8.3 yang baru datang, pihak sekolah akan memanggil semula
semua yang tidak layak pada kali ini.
En. Jamili menyatakan bahawa ibubapa-ibubapa tidak menentang
apa apa yang pihak sekolah cadangkan. Beliau menyatakan
ramai yang menyatakan pendapat kerana Mesyuarat Agung
Tahunan adalah tempat untuk ibubapa mengutarakan
pendapat demi kebaikan dan kemajuan sekolah.
9.0 Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG 2017/2018, Encik
Oliver Olang
YDP mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua
dan guru-guru kerana Mesyuarat Agung Tahunan telah berjalan
dengan lancar. Beliau mengharapkan tunjuk ajar dari semua
untuk membantu beliau menerajui PIBG 2017/2018.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari.
20
LAPORAN KHAS
SETIAUSAHA PIBG 2017/2018
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
S.M. ST. MARTIN TAMBUNAN
1. Pendahuluan
Mesyuarat Agung PIBG ini merupakan kali ke-18 diadakan sejak
pendaftarannya pada tahun 2001. Persatuan ini di bawah kepimpinan En.
Oliver Olang, telah memainkan peranan penting bagi membantu pihak
sekolah dalam melaksanakan aktiviti serta membiayai beberapa program
kurikulum kokurikulum dan kebajikan warga sekolah terutama pelajar
untuk meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah para pelajar agar
cemerlang dalam apa jua bidang.
2. AJK Tertinggi PIBG sesi 2017/2018
Ex-Officio : En. Jenius @ Kow bin Rantisan (Pengetua)
Yang Di-Pertua (YDP) : En. Oliver Olang
Naib YDP : En. Hildegarda Angkangon
Setiausaha Kehormat : Pn. Ivon Michelle Anak Jenam
Timbalan Setiausaha : Cik Eyrrma Roger
Bendahari : Pn. Aloysia Bohingkid
Timbalan Bendahari : Cik Sarinah Jaimil
AJK Guru Pn. Julita Majail (PK Pentadbiran)
En. Romanus Joannes (PK Hal Ehwal Murid)
En. Pancratius Primus (PK Kokurikulum)
En. Gimus Gotil
AJK Ibubapa Pn. Rosneh Wasli
Juruaudit Dalaman En. Maturidi (Guru)
Juruaudit Luar Pn. Ivy Peter (Ibubapa)
3. Keahlian
Semua ibubapa dan guru S.M. St. Martin adalah secara automatic menjadi ahli
persatuan.
4. Mesyuarat AJK Tertinggi
Mesyuarat AJK Tertinggi PIBG 2017/2018 telah diadakan sebanyak 3 kali:
Mesyuarat Bil. 1 – 22 Mac 2017
Mesyuarat Bil. 2 – 03 Ogos 2017
Mesyuarat Bil. 3 – 28 Februari 2018
21
LAPORAN KHAS
SETIAUSAHA PIBG 2017/2018
5. Sumbangan PIBG dari Mac 2017 – Mac 2018
Berikut adalah program-program yang melibatkan kerjasama PIBG 2017/2018,
sama ada dari segi sumbangan dana atau tenaga:
i. Majlis Restu PT3 (Oktober 2017)
ii. Majlis Restu SPM (Oktober 2017)
iii. Majlis 5-dalam-1 2017 (Oktober 2017)
iv. Dialog Prestasi 2017 (May 2017)
v. Mesyuarat bersama BOG (Januari 2018)
vi. Majlis Pelancaran Jubli Emas S.M. St. Martin (Januari 2018)
vii. Penglibatan PIBG dalam Penyediaan Coffee Table Book sempena
perayaan Jubli Emas S.M. St. Martin
6. Penutup
Saya, selaku setiausaha kehormat PIBG sesi 2017/2018, mengambil kesem-
patan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua, YDP,
AJK Tertinggi PIBG, guru-guru S.M. St. Martin, dan semua ibu bapa / penjaga
yang sentiasa memberi sokongan penuh kepada saya sepanjang memengang
jawatan ini, terutama sekali semasa persediaan dan pelaksanaan aktiviti PIBG.
Namun demikian, sebarang kelemahan dan kekurangan dalam pelaksanaan
tugas setiausaha, saya memohon ribuan kemaafan. Semoga AJK baru yang
dilantik dapat memainkan peranan yang lebih maju dan aktif lagi dalam
membantu pihak sekolah dalam pelbagai aspek.
Sekian, terima kasih.
PENERIMAAN Disokong oleh, Disahkan oleh,
LAPORAN:
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:
22
KEHADIRAN
23
24
25
26
27
NOTIS PANGGILAN MESYUARAT
AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH MENENGAH ST MARTIN TAMBUNAN
PENYATA TERIMAAN DAN PERBELANJAAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2017
PENERIMAAN / PENDAPATAN
BI TARIKH FOLIO PERKARA No BIDANG BIDANG HAL BIDANG SUMBANGAN PENYATA TERIMAAN DAN PERBELANJAAN
L Cek KURIKULUM EHWAL KOKURIKULUM PIBG (RM)
(RM) MURID (RM) (RM)
1 01/01/2017 Baki 14,766.12
31/12/2016 2,520.00
1,110.00
2 01/06/2017 Kutipan sum- 30.00
bangan PIBG 90.00
30.00
3 31/1/2017 Kutipan sum-
bangan PIBG
4 02/06/201 Kutipan sum-
7 bangan PIBG
5 02/09/201 Kutipan sum-
7 bangan PIBG
6 23/2/2017 Kutipan sum-
bangan PIBG
Baki wang
sukan
7 28/2/2017 olahraga 154.51
154.51
sekolah
JUMLAH PENERIMAAN 0.00 0.00 18,546.12
MENGIKUT BAHAGIAN 18,700.63
JUMLAH PENERIMAAN 2017
28
29
PENGELUARAN / PERBELANJAAN
30
RUMUSAN
31
RUJUKAN
32
CATATAN
33
SARANA IBU BAPA
PELIBATAN IBU BAPA
INISIATIF #62
PELUASAN PELAKSANAAN PELIBATAN
IBU BAPA DAN
KOMUNITI DALAM EKOSISTEM SEKOLAH
SUATU INISIATIF UTAMA
PELAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
2013-2025.
Sokongan ibu bapa terhadap sekolah dan pelibatan
mereka dalam pembelajaran sangat penting untuk
memastikan anak-anak mereka berjaya dalam
kehidupan. Penglibatan ibu bapa dapat diperlihatkan
melalui pelbagai cara termasuklah dari segi sumbangan
idea dan sokongan terhadap pendidikan. Walau
bagaimanapun, penglibatan ibu bapa bukanlah
bermakna mereka perlu terlibat secara langsung dalam
sesi pembelajaran anak-anak. Mereka boleh
menyumbang bantuan dari aspek sokongan dan
kepakaran bagi keberkesanan proses pembelajaran
di dalam dan di luar kelas.
Page 34
SOKONGAN IBRUUMUBSAANPA TERHADAP
PEMBELAJARAN ANAK-ANAK MEREKA
Page 35
PEMBELAJARAN ABAD KE-21
36
Pelantikan AJK PIBG
2018/2019
EX - OFFICIO : EN. JENIUS RANTISAN
YANG DIPERTUA :
NAIB YANG DIPERTUA :
SETIAUSAHA :
PEN. SETIAUSAHA :
BENDAHARI :
PEN.BENDAHARI :
AJK PIBG :-
IBU BAPA/PENJAGA :
1.
2.
3.
4.
5.
GURU:
1.
2.
3.
4.
5.
JURU AUDIT DALAMAN : 1.
2.
JAWATANKUASA PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK)
PENYELARAS PIBK :
AHLI PIBK : 1.
2.
3.
4.
5.
6.
37
MAKLUMAT AM
SMART 2018
Data Guru
(sehingga 28 FEBRUARI)
GURU LELAKI PEREMPUAN
JUMLAH 19 26
45
Data Pelajar
(sehingga 28 Februari 2018)
TING DUSUN CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH
1 LP LPL P LP
2 82
3 52 72 1 - - - 5- 135
4 22 111
5 55 48 1 1 - - -- 132
44 144
71 56 - -1 - 143
664
59 69 3 2 - -
66 66 3 - - -
JUMLAH KESELURUHAN
38
CATATAN
39
CATATAN
Yang Dipertua, AJK PIBG , Pengetua serta
guru-guru SM ST MARTIN TAMPASAK
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada :
YBHG DATUK DANIEL DATUK STANISLAUS KINSIK
SETIAUSAHA POLITIK KEMENTERIAN TENAGA,
TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Jawatankuasa pengelola Majlis Mesyuarat Agung
PIBG SMART 2018/2019
Dan Majlis Penyerahan Bantian Khas Awal
Persekolahan
Para tetamu dan semua ibu bapa serta penjaga
murid SMART
Yang telah memberikan kerjasama dan
sumbangan dengan penuh tulus dan ikhlas
kepada pihak pibg dan guru SMART sama ada
dalam bentuk material ataupun moral.
Semoga PIBG SMART dan SM ST MARTIN
amnya akan terus berfungsi sebagai
wahana pembentuk masyarakat madani ke
arah membina jati diri dan melahirkan
insan-insan yang beriman dan berilmu
Terima kasih.