MINIT MESYUARAT
MAJLIS PEMUAFAKATAN IBU BAPA GURU (MPIBG)
SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL BAYAN PAKA
SESI 2021/2023
Mesyuarat MPIBG SRIDB kali I / 2022 8) Pn Haslizan Binti Harun
Hari : Selasa 9) Pn Hajjah Nor Maiza Bt Haji
Tarikh : 19 Julai 2022
Masa : 2:00 petang Abdullah
Tempat : Dewan Tertutup SRIDB 10) Pn Fauziana Binti Hamzah
Kehadiran: 11) Pn Norizan Binti Yamin
12) Pn Siti Nolaila Binti Abdullah
1) En. Azizul Hisham
2) En. Wan Mohd Tarazi
3) En. Mohd Aswadi Che Abdullah
4) Pn Abidah Binti Bunyamin
5) Pn Siti Norazila Binti Razali
6) Pn Farah Hanani Binti Mohamad
7) Pn Khalidah Binti Khalid
Agenda :
Bil Perkara Tindakan
1 Ucapan Pembukaan
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al- Ustaz Azizul Hisham
Faatihah dan pengerusi mengucapkan terima kasih (Pengerusi MPIBG SRIDB)
kepada hadirin yang sudi meluangkan masa untuk
menghadiri mesyuarat.
1.2 Pengerusi memulakan sesi taaruf bersama AJK
MPIBG.
1.3 Pengerusi juga menjelaskan harapan guru besar
dan pihak sekolah terhadap MPIBG baru yang bakal
dilantik agar berfungsi dengan lebih baik.
2 Penstrukturan Organisasi MPIBG
2.1 Pengerusi memberikan taklimat ringkas
berkenaan perkara-perkara berikut:
2.2 Tujuan MPIBG sebagai badan sokongan bagi
pentadbiran sekolah.
2.3 Bergerak atas nama Majlis Pemuafakatan Ibu
Bapa dan Guru.
2.4 Lantikan AJK mengikut biro-biro.
2.5 Pengerusi menyerahkan kepada ahli mesyuarat
untuk membuat pemilihan bagi setiap biro.
2.5 Setelah selesai pengundian melalui beberapa
cadangan nama dan sokongan ahli, berikut ialah
keputusannya:
2.5.1 Biro Akademik
– Encik Tarazi (K) Puan Zaidah (AJK)
2.5.2 Biro Perhubungan dan Komunikasi
– Puan Laila (K) Encik Zulkhairi (AJK)
2.5.3 Biro Kebersihan dan Keceriaan
– Puan Hajjah Maiza(K) Pn Fauziana(AJK)
2.5.4 Biro Kebajikan,Keselamatan dan Kesihatan
– Puan Haslizan (K) Pn Norizan(AJK)
2.5.5 Biro Ekonomi
– Puan Rafidah (K)
3 Perubahan pemegang amanah akaun
3.1 Pemegang amanah akaun MPIBG ditukar Encik Mohd Aswadi bin
kepada Penasihat (Puan Hasnun Lailani binti Che Abdullah
Abdullah), Timb. Pengerusi (Encik Mohd
Aswadi bin Che Abdullah) dan Bendahari (Puan
Siti Norazila binti Razali)
4 Cadangan Aktiviti MPIBG 2022 Jawatankuasa MPIBG
4.1 Beberapa cadangan dan keputusan aktiviti telah
diutarakan oleh ahli mesyuarat. Antaranya:
4.1.1 Perjumpaan ahli jawatankuasa dan ibu
bapa dan sesi dialog pada 6 Ogos 2022 di Dewan
Terbuka Sekolah.
5 Hal-hal Lain Jawatankuasa MPIBG
5.1 AJK membuat keputusan supaya mewujudkan
satu tabung di setiap rumah pelajar dan diserahkan
kepada guru kelas pada setiap akhir bulan.
5.1.1 Tujuan untuk menggalakkan pelajar
menderma.
5.1.2 Mewujudkan satu dana berterusan bagi
akaun MPIBG.
5.1.3 Cadangan pelancaran tabung semasa
program perjumpaan MPIBG pada 6 Ogos 2022.
5.2 AJK mencadangkan untuk menambah lagi dua
orang ahli jawatankuasa MPIBG.
5.3 AJK memutuskan untuk menukarkan aplikasi
online Maybank2u bisness bagi memudahkan urusan
kewangan MPIBG.
5.3.1 Telah diputuskan Guru Besar Sridb Puan
Hasnun Lailani Binti Abdullah sebagai Checker.
5.3.2 Maker pula Encik Aswadi Bin Abdullah
dan Puan Siti Norazila Binti Razali.
5.4 Puan Farah Hanani mencadangkan agar MPIBG
dapat berusaha mencari dana bagi menjaga
kebajikan guru-guru dan kakitangan SRIDB.
5.5 Ahli mesyuarat bersetuju untuk mengadakan
mesyuarat berkala dua bulan sekali pada minggu
ketiga dan dibuat selepas waktu persekolahan di
sekolah.
5.6 Mesyuarat akan datang ditetapkan pada hari
Isnin, 12/9/2022 jam 2:00 petang.
5.7 Gotong-royong persiapan majlis perjumpaan
MPIBG akan diadakan pada 5/8/2022 iaitu hari
Jumaat.
6 Penutup
6.1 Mesyuarat diakhiri dengan ucapan daripada
Pengerusi MPIBG.
6.2 Dalam ucapannya, beliau mengucapkan Encik Mohd Azizul Hisyam
terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan
menganggap bahawa mesyuarat yang diadakan
berjaya serta mencapai objektif.
6.3 Mesyuarat berakhir pada jam 3:30 petang
dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-
‘Asr.
Disediakan oleh:
…………………..
(PN. ABIDAH BINTI BUNYAMIN)
Setiausaha,
MPIBG SRIDB sesi 2021/2023.
Disemak oleh:
…………………..
(EN. MOHD ASWADI BIN CHE ABDULLAH)
Timbalan Pengerusi,
MPIBG SRIDB sesi 2021/2023.
Disahkan oleh:
…………………..
(EN. MOHD AZIZUL HISYAM BIN ZULKIFLI)
Pengerusi,
MPIBG SRIDB sesi 2021/2023.