INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)
PENGANTAR ILMU AKIDAH
(PIM1024)
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR MAWADDAH HUDA BINTI MOHD AFFANDI
ANGKA GILIRAN 2020192310125
NOMBOR KAD PENGENALAN 010902-10-0676
KUMPULAN PPISMP JUN 2020 (G7)
NAMA KURSUS PENGANTAR ILMU AKIDAH
KOD KURSUS PIM1024
NAMA PENSYARAH
USTAZ KU MUHAMMAD ASMADI BIN KU MOHD
TARIKH HANTAR SAAD
13 OKTOBER 2020
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, bersyukur dengan limpahan rahmat dan nikmat masa, nyawa, tenaga yang
dianugerahkan oleh Allah dapat saya berkesempatan untuk menyelesaikan tugasan ini
dengan jayanya.
Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
kesayangan saya, Ustaz Ku Muhammad Asmadi Bin Ku Mohd Saad kerana dengan
bimbingannya dapat membuka ruang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan
baiknya.
Tidak lupa juga saya ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya yang memberi dorongan
dan pemudahcara untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Disebabkan mereka, semangat
dalam diri kian meningkat untuk menghabiskan tugasan ini kerana dengan sokongan moral
yang diberikan.
Ucapan penghargaan ditujukan juga kepada sahabat-sahabat saya yang sudi membantu
dalam tunjuk ajar serta banyak memberi peringatan ketika saya leka dan alpa. Mereka
membantu menjawab soalan yang diutarakan apabila saya kurang faham.
Akhir kalam, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Sekian.
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 1
2.0 Sejarah Penyelewangan Akidah 1-3
3.0 Elemen-Elemen Penyelewengan Dalam Akidah 3
3.1 Ajaran Sesat 3
3.2 Kesenian Yang Menyesatkan 3
3.3 Perbomohan Yang Membawa Kepada Pemujaan 4
3.4 Persilatan Yang Menyesatkan 4
4.0 Hubungan Dan Kesan Penyelewengan Akidah Kepada Masyarakat 5
5.0 Rumusan 5
6.0 Rujukan 6
1.0 PENGENALAN
Agama Islam merupakan agama yang (syumul) lengkap dan ianya juga satu-satunya agama
yang benar dan diredai-Nya.Apabila Allah SWT reda maka segala yang terkandung di dalam
ajaran islam adalah benar dan tiada lagi keraguan padanya. Sebagaimana firman Allah SWT
dalam Al-Quran:
ِِإ َّنِال ِّدي َنِعن َدَِّلَّلاِا إْل إس ََل ُمِِۗ َو َماِا إختَ َل َفِالَّذي َنِأُوتُواِا إلكتَا َبِإَ َّّلِمنِ َب إعدِ َماِ َجا َء ُه ُمِا إلع إلِ ُم
ِبَ إغيًاِبَ إي َن ُه إم ِِۗ َو َمنِ َي إكفُ إرِبآيَاتَِّلَّلاِفَإ َّنَِّلَّلاَِِ َسري ُعِا إلح َساب
“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang telah
diberi Al-Kitab, kecuali setelah mereka memperoleh ilmu, karena kedengkian di antara
mereka. Barangsiapa yang ingkar terhadap ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah sangat
cepat perhitungan-Nya.” [Ali ‘Imran: 19]
Oleh yang demikian, Allah SWT mewahyuhkan Nabi Muhammad SAW dan para nabi AS
yang lain untuk menyampaikan wahyu yang berteraskan iman dan amal kepada umat
manusia. Kedua aspek tersebut amat penting dan saling berkait rapat,Iman adalah akidah
yang merupakan pokok ataupun asas bagi membentuk syariat Islam.Manakala amal pula
merupakan cabang-cabang yang tercipta dari iman dan akidah.Hal ini jelas menunjukkan
bahawa penjagaan akidah merupakan aspek paling utama yang perlu diberi perhatian oleh
umat islam sebelum beralih kepada ibadah dan juga akhlak supaya hati hati para umat islam
tetap dengan agama Allah dan tidak memilih jalan yang salah iaitu dengan memilh agama
yang dicipta oleh manusia yang mana dapat menyesongkan akidah dan menyesatkan diri
mereka.
2.0 SEJARAH PENYELEWANGAN AKIDAH
Penyelewengan akidah bukanlah satu fanomena yang baru,kerana ia telah wujud ketika
Baginda masih hidup iaitu dengan kemunculan beberapa orang yang mengakui diri mereka
sebagai nabi. Antara ancaman akidah yang pertama muncul adalah dari individu yang
bernama Musaylamah Al-Kadhdhab dari Yamamah,merupakan seorang yang berpengaruh
daripada kalangan Bani Hanifah. Musaylamah menyatakan bahawa separuh dari bumi ini
1
miliknya dan separuh daripadanya milik Rasulullah. (Engku Ahmad,2015). Dia juga mengaku
sebagai nabi yang diutuskan oleh Allah serta mendakwa mempunyai surah tersendiri
sedangkan dia hanya mengubah isi Al-Quran.
Selepas kewafatan nabi Muhammad SAW, semakin banyak fahaman dan ajaran sesat
yang timbul seperti cendawan tumbuh selepas hujan akibat kecetekan ilmu serta kurangnya
kefahaman tentang ajaran agama Islam.Secara ringkasnya,hal ini memperlihatkan bahawa
ajaran-ajaran yang salah ini telah tersebar ke seluruh dunia tidak terkecuali di Malaysia.Antara
ajaran sesat yang terdapat di Malaysia ialah Syiah,agama Kerajaan Langit dan juga Qadiani.
Menurut Syeikh Abu Muhammad (2013),Syiah dalam lughah (bahasa arab),bermakna
pengikut dan pembela seseorang.Syiah mula berpecah dari Islam akibat dari persoalan
siasah(politik).Tetapi, selepas kematian Saidina Hussin, pengaruh Syiah dan dikenali sebagai
fahaman yang menyentuh persoalan akidah.Pelbagai kefahaman dan fatwa yang ganjil
dikeluarkan oleh syiah yang menyebabkan perselisihan dalam masalah akidah dan fiqh, di
mana pada awalnya mereka hanya ingin mempertahankan Ahli Bait Rasulullah SAW.
Namun,semangat kecintaan ini telah dimanipulasi oleh beberapa ideologi sesat yang dibawa
oleh para munafik.
Fahaman Syiah ini mula tersebar secara meluas di Malaysia apabila kemenangan revolusi
islam diketuai oleh Ayatullah al-Khomeini di Iran serta menjadikan Iran sebagai Republik
Islam. Rakyat Malaysia telah memberi sokongan kepada Iran atas dasar kerajaan Islam tanpa
menyedari bahawa orang Iran yang berfahaman Syiah sedang menyebarkan fahaman
mereka dengan meluas di Malaysia. Namun,tindakan pihak berwajib,Jawatankuasa Fatwa
Negeri Perak (2012) telah mewartakan pengharaman ajaran Syiah di negeri Perak kerana
ianya bercanggah dengan fahaman ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Seterusnya, ajaran Kerajaan Langit yang diasaskan oleh Arifin Mohamad atau lebih
terkenal sebagai Ayah Pin.Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai tuhan untuk semua agama
di dunia serta menegaskan bahawa dia menerima wahyu dari langit untuk menyebarkan
ajarannya di muka bumi.Rata-rata pengikut Ayah Pin merupakan orang melayu,yang mana
bukan sahaja terdiri daripada rakyat biasa malah daripada golongan profesional.
Berdasarkan penulis Engku Ahmad (2015),ajaran Qadiani atau Ahmadiah diasaskan oleh
Mirza Ghulam Ahmad Qadiani pada 1889 di India. Ajaran ini dipercayai mula bertapak di
Malaysia di Batu 20,Jeram,Kuala Selangor pada tahun1930-an.Tempat itu dikatakan sebagai
antara pusat aktiviti terbesar bagi ajaran Qadiani. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia telah memutuskan bahawa ajaran ini terpesong
daripada ajaran Islam pada 29 hingga 30 April 1975. Hal ini demikian kerana
pengasasnya,Mirza Ghulam mendakwa bahawa dirinya sebagai nabi yang mendapat wahyu
2
serta mengajak pengikutnya melaksanakan ibadah haji di Qadian,India dan bukannya di kota
Mekah yang menjadi tempat berkumpul seluruh umat bagi mengejarkan ibadah haji.
Menurut akbar Mstar karya Nurul Ain (2010),terdapat 25 ajaran yang telah difatwakan
sebagai sesat oleh Jabatan Mufti Negeri Selangot sejak tahun 1990-an hingga kini dan di
antaranya ialah ajaran Ahmadiah atau Qadiani
3.0 ELEMEN-ELEMEN PENYELEWENGAN DALAM AKIDAH
3.1 AJARAN SESAT
Seperti yang sedia maklum,ajaran sesat ialah antara elemen terbesar dalam
penyelewengan akidah. Ajaran dari segi bahasa berarti segala sesuatu yang diajarkan
,nasihat,petunjuk,teori,mazhab atau hukuman (Kamus Dewan,2007:20). Sesat pula
didefinisikan sebagai tidak mengikut jalan yang betul, tersalah atau tersilap jalan,
terkeliru atau menyimpang dari jalan yang benar (Kamus Dewan,2007:1478).
Gabungan dua perkataan ini menurut Kamus Dewan (2007) dapat diinterpretasikan
sebagai ajaran yang terpesong daripada akidah atau syariah Islam. Melalui definisi
yang dikemukan,ajaran sesat seperti ajaran Kerajaan Langit,Syiah dan Qadiani
dikatakan sesat kerana syariah mereka bertentangan dengan Al-Quran dan As-
Sunaah seta mereka turut mengaku menjadi utusan Alllah di muka bumi dan
mempercayai sesuatu melebihi kepercayaan kepada Aallah.
3.2 KESENIAN YANG MENYESATKAN
Seni menurut perspektif Islam adalah sebahagian daripada kebudayaan islam.Hukum
bagi kesenian dan hiburan adalah harus. Namun,padamasa kini telah timbul begitu
banyak kesenian yang menyesatkan di samping mengandungi unsur-unsur syirik yabg
boleh merosakkan akidah seseorang. Sebagai contohnya adalah ahli kumpula muzik
Black Metal yang muncul pada akhir 1980-an dan awal 1990-an.
Mereka mencipta lagu-lagu yang tidak jelas serta lirik yang lucah.Mereka juga
berpaksikan pemujaan syaitan dan menolak kewujudan tuhan kerana menginginkan
sebuah hidup yang bebas. Antara simbolik Black Metal ialah salib terbalik,kepala
kambing, dan Baphomet yang mana dapat mendorong ke arah syirik terhadap Allah.
3
3.3 PERBOMOHAN YANG MEMBAWA KEPADA PEMUJAAN
Perbomohan merupakan satu ikthiar manusia terutama pada zaman dahulu untuk
mencari kesembuhan.Amalan perbomohan ini kebiasaannya diwarisi daripada nenek
moyang yang mana banyak dipengaruhi dengan unsur-unsur agama lain dan pemujan
syaitan yang boleh menyebabkan terseleweng akidah seseorang Muslim jika
diamalkan.Sebagai contoh,tangkal azimat digunakan semasa proses perbomohan
yang dipercayai menjadi sakti untuk melindungi pemakai.Sudah terang lagi
bersuluh,bahawa azimat ini adalah syirik dan bertentangan dengan Islam
sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW iaitu :
انِالرقيِوالتماِءمِوالتولةِشرك
“Sesungguhnya jampi, azimat dan pengasih adalah syirik.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Baihaqi dan Hakim)
Hal ini demikian kerana,pemakaian azimat diibaratkan seperti sesorang tersebut
meletakkan kebergantungannya terhadap azimat tersebut atau syaitan dan bukannya
kepada Allah.
3.4 PERSILATAN YANG MENYESATKAN
Persilatan merupakan satu seni mempertahankan diri yang tidak salah di sisi ajaran
islam.Tetapi ianya menjadi salah apabila amalan tersebut memasukkan unsur-unsur
memanggil roh pahlawan,pembacaan mantera,meyembah gelanggang dan lain-lain
lagi.Sebagai contoh,persilatan Nasrul Haq yang berasal dari Minangkabau dan
pengasanya ialah Syeikh Musa Paradik.Persilatan ini dikatakan sesat kerana mereka
perlu berbaiah dengan khalifah dan memulakan jurus dengan zikir untuk mendapatkan
kekuatan yang luar biasa yang kononnya datang daripada Allah.Perkara lain yang
menyebabkan persilatan menjadi satu bentuk penyelewangan akidah iaitu mereka
harus memperhambakan diri mereka kepada kuasa seperti dewa dan menggunakan
tangkal azimat yang mana merupakan perbuatan yang menduakan kekuasaan Allah
sebagai pencipta.
Hal ini disokong lagi dengan warta kerajaan yang dikeluarkan oleh Fatwa Wilayah
Perseketuan (1987) bahawa ajaran dan amalan ilmu kebatinan,kuasa ghaib yang
diajar oleh kumpulan Narul Haq adalah bukan daripada ajaran Islam bahkan
menyeleweng daripada akidah Islamiah yang sebenar.
4
4.0 HUBUNGAN DAN KESAN PENYELEWENGAN AKIDAH KEPADA MASYARAKAT
Sebagaimana yang kita ketahui,penyelewengan akidah tidak mendatangkan sebarang
manfaat terhadap masyarakat setempat. Antara kesan penyelewengan akidah terhadap
masyarakat ialah perpecahan institusi sebuah masyarakat yang berpunca daripada
keretakkan hubungan antara ahli keluarga.Hal ini demikian kerana,perasaan curiga yang
timbul apabila mempunyai perbezaan akidah dan juga fahaman.
Di samping itu,ia juga akan menyebabkan perpaduan dan keharmonian masyarakat
terjejas.Sebagai contoh,pengikut ajaran sesat sangat taaksub terhadap pemimpinnya dan
tidak menghormati masyarakat sekeliling kerana merasa fahaman mereka sahaja benar.
Akhir sekali,akidah ini memburukkan imej Islam di mata dunia.Contohnya,pada tahun
2014,seorang bomoh telah menggemparkan negara Malaysia apabila dia menggunakan
kaedah perbomohan dalam usaha mencari pesawat MH 370 yang hilang dalam perjalanan ke
Beijing, China. Isu ini telah tersebar ke seantero dunia dan menjadi buah mulut masyarakat
dunia. Dalam konteks ini,imej agama islam turut tercemar kerana perbuatan tersebut
dikatakan dilakukan oleh individu Muslim.Hal ini menambahkan lagi prasangka dan
diskriminasi orang bukan Islam terhadap Islam dan Muslim dan usaha untuk menyebarkan
kefahaman tentang agama Islam kepada orang bukan Islam juga menjadi semakin sukar.
5.0 RUMUSAN
Umat Islam sentiasa menghadapi mehnah (ujian) yang mencabar dalam mempertahankan
akidah daripada terseleweng. Isu penyelewengan akidah bukanlah satu isu yang boleh
dipandang enteng dan menjadi satu tanggungjawab kepada setiap individu Muslim dalam
memastikan akidah umat sentiasa berada dalam laluan yang betul. Sebagai umat Islam,kita
hendaklah sentiasa memantapkan ilmu agama terutama ilmu akidah kerana pemahaman
akidah yang kurang akan menyebabkan seseorang itu mudah terpengaruh dengan ajaran
sesat seperti Liberalisme,Syiah,Sekularisme dan sebagainya.
5
6.0 RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. (2015). AJARAN SESAT DI MALAYSIA:FAKTOR
PENYEBARAN DAN CARA PENYELESAIANNYA (Edisi 1.). Dewan Bahasa dan
Bahasa Kuala Lumpur.
Kamus Dewan. (Edisi ke-4). (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Jabatan Mufti Negeri Perak. (2012, January 4). FATWA PENGHARAMAN FAHAMAN DAN
AJARAN SYIAH DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN. Laman Sesawang Jabatan
Mufti Negeri Perak.
http://mufti.perak.gov.my/images/perkhidmatan/koleksi_umum/warta_kerajaan/syiah.
pdf
Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. (1987, December 10). ENAKMEN PENTADBIRAN
HUKUM SYARAK. LAMAN WEB RASMI PEJABAT MUFTI WILAYAH
PERSEKUTUAN.
http://efatwa.muftiwp.gov.my/fatwa/8b1313bd8a9e70dff4b8c16f9ac9f6e1?
Nurul Ain Mohd Hussain. (2010, January 31). 25 Ajaran Difatwakan Sesat di Selangor.
Mstar. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/01/31/25-ajaran-difatwakan-
sesat-di-selangor
Syeikh Abu Muhammad Musanna. (2013). SYIAH KOMPLOT TAWAN DUNIA (Edisi 1 .).
PUSTAKA AL-EHSAN.
6