MINIT MESYUARAT PROGRAM TRANSISI
TAHUN 1 / 2021
Tarikh : 19 JANUARI 2020
Hari : SELASA
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Rumah masing-masing
Pautan : https://meet.google.com/ift-ybgf-mif
Pengerusi : Pn. Azlienah Bt Mohamad Ali
Kehadiran : Rujuk lampiran
Tidak Hadir : Rujuk lampiran
AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pn Azlienah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kehadiran semua guru Tahun 1 bagi
sesi 2021 dalam mesyuarat maya hari ini.
1.2 Pn Azlienah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pn Fatimah Bt Hasan, atas khidmat bakti
menjalankan tanggungjawab senagai penyelaras transisi pada tahun lepas. Pada tahun 2021, akan
diambil alih oleh Pn Mahayu Bt Mat Hassan sebagai Penyelaras Transisi tahun 1 /2021.
1.3. Pn Azlienah menegaskan bahawa Program Transisi Tahun Satu 2021, dilaksanakan dengan
mengambil kira kandungan kurikulum Prasekolah yang terkesan dan kandungan kurikulum Tahun
satu. Program Transisi Tahun Satu dirancang dengan memberi penekanan terhadap aspek
sosioemosi,kognitif dan fizikal murid bagi menyediakan mereka menghadapi perubahan,
menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri di sekolah rendah.
1.4 Pn Azlienah menegaskan bahawa Program Transisi dilaksanakan selama 43 hari dan dilaksanakan
dalam tiga fasa iaitu Fasa Persediaan, Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan. Pelaksanaan ketiga-
tiga fasa ini memerlukan usaha dan penglibatan semua pihak termasuk pentadbir sekolah, guru dan
ibubapa. Penyelaras Transisi Pn Mahayu akan menyusun jadual dan perancangan Program Transisi
ini mengikut fasa yang telah di tetapkan.
AGENDA 2: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT.
Pn Norezeti mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Pn Mahayu.
AGENDA 3: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit
AGENDA 4: PERKARA YANG DIBINCANGKAN
4.1 PERLANTIKAN JAWATANKUASA GURU TAHUN 1/2021
4.1.1 Pn Azlienah menyatakan pelantikan guru tahun 1 telah ditetapkan dan Jadual Agung telah pun
siap.
4.1.2 Pn Azlienah juga menegaskan jadual untuk pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) tidak
sama dengan jadual agung bagi meminimumkan masa guru mengajar secara atas talian.
4.1.3 Hanya lapan orang guru sahaja yang terlibat dalam proses PdPR tahun 1 bagi sesi 2021.
4.2. CARA PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1/2021
4.2.1 Pn Mahayu, selaku penyelaras program transisi menegaskan semua guru tahun 1 hendaklah
memahami Kit Program Transisi yang di bekalkan oleh pihak KPM.
4.2.1 Pn mahayu menjelaskan bahawa proses pelaksanaan program transisi ini dilaksanakan dalam
tiga Fasa. Fasa yang pertama, Fasa persediaan. Fasa kedua ialah Fasa Penyesuaian dan Fasa
ketiga adalah Fasa Kesediaan. Program Transisi ini bermula di fasa yang kedua iaitu fasa
penyesuaian. Fasa ini hendaklah dirancang dengan aktiviti yang boleh membina keyakinan
diri murid yang tinggi untuk melalui proses pembelajaran di rumah (PdPR). Dan bermula
20hb Januari 2021 adalah bermulanya fasa kedua iaitu Fasa penyesuaian.
4.2.3 Tuan Guru Besar mencadangkan program transisi diteruskan dengan aktiviti yang telah pun
dirancang dalam buku pengurusan dan di ubah suai mengikut tajuk yang bersesuaian dalam
memudahkan pelaksanaan melalui atas talian. Semua guru harus bekerjasama dengan
penyelaras transisi bagi menjayakan program ini.
4.2.4 Tuan guru besar menyatakan jadual bagi guru tahun satu perlu diubah suai kerana aplikasi
telegram yang akan memuatkan gabungan dua kelas serentak bagi memudahkan guru tahun
1 menyampaikan proses PdPR. Dengan itu, kelas tahun 1 Inovatif akan digabungkan
dengan tahun 1 Proaktif.
4.2.5 Pn Idawati selaku PK Hem, menyatakan akan membantu memastikan penyertaan semua
murid tahun 1 dalam aplikasi telegram bagi memudahkan proses Pengajaran dan
Pembelajaran dirumah (PdPR). Pn idawati juga mencadangkan agar hari pertama PdPR
yang bermula pada 20hb Januari 2021 diberi kepada guru kelas untuk mengendalikannya.
Dan proses pengenalan dan suaikenal di antara guru dan murid akan dilaksanakan pada hari
pertama program ini.
4.2.6 Pn Azlienah menyatakan akan mengubah suai jadual bagi guru-guru tahun 1 agar dapat
memudahkan pelaksanaan program Transisi ini.
Tindakan: Makluman semua AJK
4.3 PERANCANGAN AKTIVITI TRANSISI TAHUN 1 /2021
4.3.1 Pn Mahayu menegaskan bahawa perancangan aktiviti Program Transisi telah pun siap dibuat dan
dirancang mengikut tarikh pembukaan sekolah. Sekiranya sekolah secara bersemuka maka, guru-guru
tahun 1 akan mengikut setiap perancangan aktiviti yang telah disusun oleh Penyelaras Transisi.
4.3.2 Pn Mahayu menyatakan, guru-guru boleh melayari portal DELIMA bagi mendapatkan bahan
tambahan bagi melaksanakan PdPR.
4.3.3 Pn Mahayu menegaskan untuk Fasa Penyesuaian, ia melibatkan sesi suaikenal antara guru dan
murid.Guru-guru boleh rujuk jadual bagi melaksanakan aktiviti dalam fasa ini. Bagi Fasa Kesediaan, guru-
guru hendaklah melaksanakan PdPR secara bertema. Pn Mahayu meminta agar semua guru membaca
dan memahami Kit Program Transisi bagi memudahkan guru-guru mempelbagaikan kaedah PdPR.
Tindakan: Makluman semua AJK
4.4 PdPR Tahun 1
4.4.1 Pn Azlienah menyatakan akan berbincang semula besama Penyelaras tahun satu bagi
menetapkan jadual PdPR bagi Program Transisi dan akan cuba meringankan masa guru dalam
pelaksanaan PdPR.
4.4.2 Pn Mahayu menyatakan bahawa akan menyediakan jadual setiap minggu bagi bagi rujukan guru
dalam melancarkan proses Program Transisi ini.
Tindakan: Makluman semua AJK
4.5 HAL-HAL LAIN
4.5.1 Tuan guru besar mencadangkan agar menubuhkan kumpulan whatapp bagi guru-guru tahun 1 agar
memudahkan perbincangan dalam melaksanakan Program Transisi.
4.5.2 Tuan Guru Besar juga mengharapkan kerjasama semua guru, saling bantu-membantu, berkongsi
idea dan menyokong satu sama lain bagi memastikan Program Transisi dilaksanakan dengan jayanya.
Pengerusi menangguhkan mesyuarat dengan meminta semua ahli membaca surah Al-Asr dan tasbih
kaffarah.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari
Disediakan oleh ; Disemak oleh,
…………………………… ---------------------------
(MAHAYU BT MAT HASSAN) (AZLIENAH BT MOHAMAD ALI)
Penyelaras Program Transisi Penolong Kanan Pentadbiran
SK Bukit Gading Sk Bukit Gading
Disahkan oleh ;
……………………………
(ZURIANI BT HAJI ABDULLAH)
Guru Besar,
SK Bukit Gading
s.k:
i. Fail Kurikulum