The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 22bi02004, 2022-09-18 12:08:33

PEP Assignment

PEP Assignment

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MPU 3183

TAJUK TUGASAN:
BUDAYA LUAR DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH:
CIK AYU NOR AZILAH BINTI MOHAMAD

DISEDIAKAN OLEH:
AHMAD FATHI BIN ABDULLAH KAMIL (22BI02004)
MUHAMMAD HARITH DANIEL BIN SOKRI (22BI02014)

MUHAMMAD SYAHIN BIN SUPIAN (22BI02024)

PROGRAM:
IJAZAH SARJANA MUDA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DENGAN

KOMUNIKASI
SEMESTER: 1A
SESI & TAHUN: 1 2022/2023

PENGENALAN

Pada masa kini, terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang
melibatkan sesetengah golongan masyarakat. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk
sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk
membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni
kemanusiaan serta agama. Pengaruh budaya luar menyebabkan wujudnya cabaran cabaran
dalam membentuk masyarakat Malaysia yang sihat dari segi mental dan fizikal.

DEFINISI

Antara pengaruh budaya luar ialah budaya barat. Pengaruh barat secara umumnya boleh
didefinisikan sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada
sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara itu kepada
kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan
memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan
keperibadian seseorang (Tyka, 2014).Pengaruh budaya barat seperti berfikiran terbuka,
aktiviti "Clubbing", budaya
hedonisme, budaya punk, black metal dan seks bebas.

BENTUK BUDAYA YANG MASUK DI MALAYSIA

Terdapat pelbagai bentuk kebudayaan asing yang sudah dan mulai meresap dalam
kebudayaan Melayu di Malaysia mahupun negara-negara lain. Permulaan kebudayaan
masyarakat Melayu dapat dilihat bermula dengan fahaman masyarakat Melayu itu sendiri.
Pada asalnya, masyarakat Melayu mempunyai fahaman animisme yang merupakan fahaman
yang percaya akan kuasa ghaib yang teramat berkuasa. Disebabkan oleh masyarakat Melayu
sendiri tidak dapat menjelaskan dengan lebih terang tentang fenomena alam atau gejala
seperti gerhana, hujan, sakit dan lain-lain, maka mulai itu masyarakat Melayu mulai
membabitkan gejala tersebut dengan kuasa luar biasa yang lain. Terdapat pelbagai nama yang
diberikan oleh orang Melayu terhadap kuasa-kuasa ghaib yang dipercayai luar biasa. Antara
nama-nama kuasa ghaib yang dipercayai oleh masyarakat Melayu sehingga kini iaitu hantu,
penunggu, jembalang dan sebagainya.Masyarakat Melayu juga kebanyakannya percaya
bahawa terdapat tempat-tempat yang tertentu seperti di dalam hutan, di tengah laut, di
gunung terdapatnya penunggu-penunggu yang perlu dihormati dan perlu patuhi beberapa adat
Melayu yang tidak boleh dilanggar sama sekali. Bukan itu sahaja, malah kepercayaan seperti
ini terbawa-bawa sehingga zaman kini. Kepercayaan seperti ini masih wujud walaupun
pengaruh Islam begitu luas pada masa kini. Contohnya, masyarakat Melayu percaya bahawa
terdapat sesuatu pnca penyakit berlaku seperti sampuk, saka, terkena buatan orang lain,
santau dan bermacam lagi.

Fahaman masyarakat Melayu terhadap kuasa-kuasa yang dianggap luar biasa ini dapat
ditunjukkan dengan lebih dekat apabila wujudnya penggunaan tangkal, mantera dan juga
tindakan melalui upacara-upacara yang tertentu seperti menyembah dan sebagainya.
Orang Melayu percaya sesungguhnya bagi mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku, ketika
melawat tempat-tempat yang dipercayai berpenunggu, mereka menggunakan ungkapan
tertentu bagi menunjukkan hormat misalnya, “Tok, Nenek, cucu nak lalu sahaja di sini’.
Perkara seperti ini kebiasaannya akan dilakukan di kawasan yang dipercayai bersemangat
seperti hutan. Hal ini membawa maksud mereka memujuk penunggu hutan supaya tidak
mengenakan bala kepada pelawat di kawasan tersebut.

Contoh-contoh bentuk budaya luar yang berada di Malaysia adalah dari segi kepercayaan.
Ia boleh terjadi sama ada dari segi adat ataupun pegangan agama yg dipegang. Seperti mana
dalam kepercayaan agama hindu, mereka mempunyai adat-adat serta kepercayaan yang
mereka pegang sejak dari zaman nenek moyang mereka lagi. Misalnya boleh dilihat upacara
mandi safar misalnya merupakan pengaruh Hindu yang mengambil amalan orang Hindu. Hal
ini demikian kerana penganut agama Hindu kebanyakannya mandi di Sungai Ganges bagi
membuang segala kejahatan yang ada dalam diri. Begitu juga dengan mandi safar yang
dipercayai oleh masyarakat melayu dengan mandian tersebut, mereka boleh menghapuskan
dosa-dosa mereka terhadap Tuhan serta dapat menyucikan diri daripada kejahatan. Temasya
Mandi Safar merupakan satu perayaan orang Melayu khususnya orang Melaka, Negeri
Sembilan, Sabah dan Sarawak yang diwarisi sejak zaman berzaman. Di Kelantan dan
Terengganu, perayaan ini dikenali sebagai Pesta Puja Pantai. Temasya ini diadakan setiap
tahun apabila tiba bulan Safar iaitu bulan kedua di dalam kalendar Islam. Mandi Safar adalah
temasya mandi-manda yang diadakan pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan Safar dengan
tujuan menolak bala. Pada pagi hari tersebut, orang ramai mandi di pantai atau
sekurang-kurangnya minum air yang telah direndam kertas safar atau papan kecil yang
bertulis dengan kalimat suci. Air ini dikenal sebagai air safar. Namun kini perbuatan ini
diharamkan kerana didapati perkara ini berlawanan dengan ajaran agama Islam.

Selain daripada itu bentuk budaya luar yang lain terdapat dalam masyarakat Malaysia dari
segi kebudayaan. Sepertimana yang kita lihat masa kini kebudayaan Arab yang
merangkumi bahasa, cara hidup dan juga nama-nama Islam yang diserapkan di Malaysia,
terdapat juga perkembangan ilmu akibat pengaruh Islam yang meluas. Perkara ini dapat
dibuktikan melalui kewujudan Madrasah yang dibina khas bagi menyebarkan dan meluaskan
pengetahuan tentang ajaran Islam dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu. Selain itu,
terdapat juga pengajian pondok yang begitu popular dalam kalangan masyarakat Melayu
hasil pengaruh Islam dan Arab yang meluas di Malaysia sejak hadirnya mubaligh-mubaligh
Islam yang datang ke Tanah Melayu pada zaman dahulu. Oleh yang demikian, lahirlah
masyarakat yang berpendidikan dan celik ilmu hasil pengaruh budaya luar yang dibawa oleh
pedagang-pedagang Arab. Berbicara tentang pendidikan, pengaruh Islam dan Arab ini juga
membawa bentuk tulisan Arab kepadamasyarakat Melayu sehingga teradaptasinya tulisan
Melayu yang tersendiri yang dipanggil sebagai tulisan Jawi. Tulisan Jawi ini menggunakan
semua abjad Arab disamping menggunakan abjad-abjad tambahan yang dicipta oleh

masyarakat Melayu sendiri. Hal ini kerana dengan penambahan abjad-abjad Jawi yang
tersendiri, masyarakat Melayu dapat menggunakan tulisan Jawi dengan cara yang meluas.

Di Malaysia juga bentuk budaya yang ada juga sejak dahulu lagi boleh dilihat dari segi
pemakanan. Pemakanan atau lebih spesifiknya masakan juga merupakan salah satu elemen
yang dipengaruhi oleh kedatangan orang-orang Cina. Hampir setiap jenis makanan yang
mengandungi kicap soya, sos tiram dan bebola ikan merupakan hasil pengaruh kedatangan
masyarakat Cina ke Tanah Melayu. Tetapi kini, masakan seperti ini menjadi popular dalam
kalangan masyarakat Melayu sehingga terciptanya masakan yang diadaptasi daripada
masakan Cina seperti Char Kuew Teau.

Dari segi aspek pemakaian pula, boleh dilihat pada era moden ini begitu banyak budaya
luar yang telah disebarkan sama ada yang memberi kesan positif ataupun sebaliknya. Seperti
contoh pengamalan budaya barat yang buruk melalui aspek pemakaian seperti pakaian yang
mencolok mata khususnya kepada pihak wanita. Pemakaian seksi yang dibawa oleh
masyarakat Barat ini sudah tentu menimbulkan pelbagai masalah seperti gejala seks luar
nikah, rogol dan sebagainya. Hal ini termaktublah bahawa ajaran agama Islam dan
kebudayaan Melayu sememangnya mendatangkan kebaikan dalam kehidupan seharian jika
diamalkan.

PUNCA MASYARAKAT MALAYSIA DIPENGARUHI BUDAYA LUAR

Diri sendiri / Remaja

1. Pada usia remaja juga kita akan mengalami perasaan ingin tahu serta kehendak
mencuba perkara-perkara baru dalam hidup. Dorongan perasaan ingin tahu tidak
dibimbing dengan pemikiran yang waras akan menyebabkan remaja mencuba
perkara-perkara negatif walaupun telah mengetahui kesan buruknya sejak awal lagi.

2. Pegangan agama dan amalan kerohanian yang lemah juga adalah faktor yang
mendorong remaja untuk terlibat dalam pergaulan bebas. Kecenderungan untuk
bergaul dengan rakan-rakan tanpa sempadan jantina.

3. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan
dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada
keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka
berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.

Keluarga

1. Konflik dalam keluarga turut memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi
remaja untuk menjauhi keluarga serta mencari teman rapat atau pasangan di luar.
Masalah dalam perkahwinan, kewangan, pekerjaan ibubapa dan ahli keluarga lain
adalah antara isu yang dikenalpasti menjadi konflik dalam keluarga. Kegagalan
ibubapa dan ahli keluarga menangani permasalahan yang wujud menyebabkan remaja
berniat untuk berada di luar rumah dan melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya.

2. Selain itu, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain
menyebabkan ibu bapa dan anak kurang kerana tidak mempunyai masa atau
kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah
ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup
sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.

Rakan

1. Ajakan rakan paling banyak mempengaruhi seseorang individu itu kerana mereka
mempunyai persamaan dari segi perasaan. Tanpa berfikir panjang mereka akan terus
menerima ajakan rakan untuk melakukan sesuatu yang bebas serta tanpa batasan.

2. Bergaul dengan rakan yang memberi kesan negatif adalah merokok semasa lepak,
menyertai buli atau cabaran berbahaya, serta ponteng kelas atau sekolah.

Pengaruh Media Sosial

1. Kemunculan media sosial yang terlalu meluas menyebabkan remaja amat mudah
terdedah kepada pelbagai maklumat. Walaupun pengetahuan kini berada di hujung jari
sahaja, namun tidak semuanya sesuai untuk diketahui oleh remaja. Masalah
keruntuhan akhlak termasuklah pergaulan bebas adalah berpunca daripada
maklumat-maklumat tanpa sempadan yang diperolehi oleh remaja.

2. Selain itu, golongan yang masih belum mampu untuk menapis maklumat dengan
rasional, remaja akan terpengaruh dengan keseronokan yang dipamerkan serta
mengambil keputusan untuk berpasangan serta terlibat dalam pergaulan bebas dan
munculnya unsur pornografi.

CARA-CARA MENGHADAPI BUDAYA LUAR

Diri sendiri / Remaja

● Remaja perlu mengimbangkan keperluan emosi diri seperti perasaan ingin tahu dan
kehendak untuk berpasangan. Individu haruslah ada matlamat hidup iaitu untuk
berjaya dalam pelajaran dan mencapai cita-cita yang disemat sejak kecil lagi. Oleh
yang demikian, remaja amat memerlukan hubungan yang berkualiti dan dipercayai
dengan ahli keluarga , guru-guru dan masyarakat disekeliling . Apabila hubungan
tersebut dapat disemai maka remaja akan memilih untuk berkongsi setiap suka dan
dukanya serta tidak memerlukan individu lain bagi mengisi kekosongan emosinya.

Memilih rakan

● Adalah penting bagi seorang remaja untuk mendampingi rakan-rakan yang baik untuk
menjadikan diri sendiri menjadi lebih baik. Rakan yang baik akan mengajak remaja
untuk belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran, mendengar
nasihat ibubapa serta menjadikan guru-guru sebagai idola untuk maju dalam
kehidupan. Oleh kerana itu, individu haruslah bijak dalam memilih rakan.

Penyediaan jadual waktu

● Mengatur masa dengan baik merupakan kunci kepada kejayaan. Pembahagian masa
sangat membantu kita untuk mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental dan
emosi. Remaja yang dapat mengatur masa dengan baik akan mendahulukan
perkara-perkara yang penting dan mengenepikan aktiviti yang tidak berfaedah seperti
bermain game dan sebagainya.

● Pengaturan masa secara bertulis dapat memastikan remaja mengenalpasti aktiviti yang
dijalankan setiap hari bermanfaat. Secara tidak langsung remaja akan mengetahui
apakah aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk dilakukan tidak kira samada di hari
persekolahan atau hari cuti.

Kawalan terhadap media sosial

● Perkara ini memerlukan kerjasama yang padu di antara individu, remaja , keluarga,
sekolah, masyarakat serta pentadbiran negara. Seperti yang diketahui, dunia tanpa
sempadan pada hari ini menyebabkan semua maklumat yang tidak ditapis mampu
sampai kepada pengetahuan remaja. Nilai etika, moral, budaya serta ideologi perlu
ditapis sendiri oleh remaja sedangkan pengetahuan mereka adalah terbatas dan
kemahuan untuk meneroka perkara-perkara baru adalah sangat tinggi. Oleh yang
demikian,semua pihak perlu menggunakan sebaik mungkin kemudahan yang telah
disediakan pada masa kini untuk menjauhi portal-portal media yang memberi
pengaruh negatif kepada fikiran dan emosi kepada semua pihak.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya,berbagai krisis akhlak dan moral terus menular,merebak dan menjadi
wabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja.Jenis2 budaya yang diperkatakan
di atas merupakan budaya yang menjadi ikutan remaja dan masyarakat timur hari ini.Remaja
yang diperkatakan kini sudah hilang pegangan agama dan jauh terpesong daripada budaya
ketimuran yang diangkat oleh masyarakat sejak berkurun lagi.ternyata pendidikan
moral,sivik,pendidikan islam masih belum cukup untuk menangani isu budaya sosial
ini.Pelbagai pihak perlu mengambil langkah dari sekarang bagi membendung budaya
negative ini daripada terus menular dan menjadi ikutan generasi akan datang nanti.

Sumber Rujukan

https://masyarakat-pengaruh-budaya-luar.blogspot.com/
https://cikgualqahharmson.blogspot.com/2017/11/cabaran-pengaruh-luar-khususnya.ht
ml

Jurnal Pengajian Media Malaysia, 2009
Malaysian Journal of Communication, 2015
NM Yusof - JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2017


Click to View FlipBook Version